Monday, November 06, 2006

'kHas' untuk mu

Jawapanku untuk soalan kHas ko Has.
Aku start dengan ini ;
"Mei 2003

Kalaulah Emak tahu keadaan aku di sini, mesti dia menangis hiba. Mesti dia bentak-bentak suruh aku bungkus baju dan balik sekarang juga. Bukanlah sekarang pun dia tidak bentak-bentak suruh aku balik, cuma aku selalu pujuk dia yang keadaan aku baik. Aku selamat.

Sedangkan hakikatnya, aku dan beribu-ribu rakyat tempatan tersepit di antara bedilan-bedilan mortar dan peluru-peluru raifal yang sering bersimpang siur tidak kenal mangsa, lelaki atau perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak."
Sangkut di sini ;
"“Maafkan ana, Nisa.” Itulah saja ayat yang mampu diluahkan oleh Dr Fatima ketika kertas putih dihulur. Wanita itu terus tunduk tanpa berkata apa. Hanya sinar mata yang redup memohon ketabahan dan kecekalan terus utuh di jiwa wanita Melayu ini.

Dengan jari yang terketar-ketar, Khairunnisa membuka lipatan kertas putih. Matanya berkaca-kaca tatkala membaca sebaris tulisan yang membentuk .... "
(Apa yang dibentuk???)
Aku ni kan, bab-bab air mata memang kalah. Memang tak boleh tulis punya. Memang aku tak de perasaan punya! Bab marah boleh lagi, bab merapu, senang sangat jalan tapi bila tiba aku kena tulis cerita air mata, memang aku surrender. Jenuh aku cuba bayangkan muka Neng Yatimah menangis kat depan mata, tapi akhirnya aku gelak sendiri.
Cuba pulak kenang muka Norkumalasari nyanyi dengan air mata dia yang berjejer-jejer tu, aku terus jadi geli. Jadi macamana? Akhirnya aku sangkut kat situ. Kat situ yang dah berbulan-bulan, berpekan-pekan, berpurnama-purnama dan bermusim-musim. Sekali lagi aku tanya, jadi camne?
La ni aku dah masuk musim hantar assignments, memang tak de masa langsung nak tulis dalam bahasa Melayu. Cuaca gak dah berubah masuk dalam musim sejuk dengan otak dan akal aku pun jadi beku. Hish!
Janjiku kHas;
Aku tetap akan habiskan. Tungguuuuuu.......
p/s thanks for the input about the nasi impit in plastic. Yang plastic aku hidang yang tekan2 dengan penumbuk besar ni, masuk tembolok sendiri. Ok tak hahahaha

1 comment:

akuhas said...

Dengan jari yang terketar-ketar, Khairunnisa membuka lipatan kertas putih. Matanya berkaca-kaca tatkala membaca sebaris tulisan yang membentuk .... "

hmmmm ... ni time nisa dapat surat kata pakwe dia dah k.o ke?

Matanya berkaca-kaca tatkala membaca sebaris tulisan yang membentuk satu berita yang merobek hatinya.

Dunianya terus berhenti. Setiap suara disekeliling tidak lagi kedengaran. Hanya degupan jantungnya yang kencang memenuhi gegendang telinganya.

Sebaris ayat itu lebih dahsyat dari letupan bom yang didengarinya setiap hari.

... pastu kalau ko rasa ko buleh sambung .. ko sambung ler. hehehehe ... hopefully ianya menepati jalan cerita ko yang sepatutnya. kalau tak .. abaikan je! ekekekeke