Wednesday, January 23, 2008

Du'a and apostasy

update:
ATAS NASIHAT SEORANG TEMAN YANG MENEGUR AKU MENGADAPTASI 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA' UNTUK MENYAMPAIKAN MESEJ TENTANG WANITA DAN PERBEZAAN ANTARA TUNTUTAN AGAMA DAN KEHENDAK BUDAYA; DENGAN INI AKU KELUARKAN VIDEO WANITA TIDAK SENONOH DARI BLOG INI.


Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas du'a kalian. Semoga du'a kalian semua termakbul. Sekarang ni aku du'a pula semoga penanda peperiksaan aku senang hati dan baik hati sewaktu membaca (tulisan aku yang teruk tu) dan menanda kertas periksa aku.. amiinnn..

Sebenarnya dah lama aku nak letak video ni. Sejak dari dua tahun lepas tapi asyik terlupa saja. Minggu lepas waktu membaca dan mencari case studies di internet, aku terserempak balik dengan video ni. Video ini ditulis oleh Ayaan Hirsi Ali dan diterbitkan oleh Theo Van Gogh (Belanda) menceritakan tentang seorang wanita yang tersiksa di tangan lelaki. Maaf, sekiranya video ini memaparkan tubuh badan wanita telanjang (bersalut chador nipis) sedang merintih kepada Tuhannya. Tubuhnya penuh dengan petikan ayat-ayat dari surah An-Nisa (Wanita - ayat madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al-Baqarah).

Ayaan Hirsi Ali
ahli politik yang tak tentu hala, dia kini hidup dalam ketakutan di Belanda dan bakal hidup dalam ketakutan di Amerika. Van Gogh pula sudah mati kena bunuh - macam atuk saudara dia juga si Vincent, yang sangat genius tapi kurang cerdik.

Surah An-Nisaa memang surah yang sering disalah erti dan disalah guna oleh (lelaki-lelaki) Islam dan bukan Islam dalam membincangkan perhubungan antara lelaki dan wanita - (padahal surah ini memberi penerangan lebih dari perhubungan antara lelaki dan wanita).

"Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women because God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth. (In their turn) righteous women are (meant to be) devoted and to guard what God has (willed to be) guarded even though out of sight (of the husband). As for those (women) on whose part you fear ill-will and nasty conduct, admonish them (first), (next) leave them alone in beds (and last) beat or separate them (from you). But if they obey you, then seek nothing against them. Behold, God is most high and great. (4:34)

Baik. Sungguh benar seorang isteri wajib mentaati suami dan suami berkuasa terhadap isterinya tetapi ia haruslah berlandaskan kasih dan sayang (30:21). Suami harus peka terhadap perasaan isterinya. Apabila suami sayang dan berlembut dengan isteri, pasti isterinya dengan luhur hati menyayangi dan menurut kata-kata suaminya. Ketaatan isteri pada suami juga harus berlandaskan hukum agama dan hukum akal.

Apabila wanita tadi tidak mempunyai cinta pada suaminya, bukankah ada ruang dan hak untuk mereka menuntut cerai?

Dalam konteks video ini, 'wanita' yang merintih pada Tuhannya keliru antara tuntutan agama dan kehendak budaya. Ramai lelaki-lelaki di luar sana bertopengkan agama untuk 'menyiksa' lahiriah dan batiniah seorang wanita. Hayati sungguh-sungguh surah An-Nisa, hak dan jawapannya jelas dan terang. Jangan tutup mata hati kerana nafsu. Jangan salahkan Allah dan Rasulnya kerana perbuatan manusia yang suka memutar belitkan agama demi kepentingan diri sendiri.

Oh lupa Ayaan ini sudah murtad. Dia kini atheist.

Laaa... berat pula entry aku lepas exam ni ye?

p/s : Oh, tak lama lagi aku nak buat pertandingan. Siapa yang terpilih akan dapat hadiah dari aku. Tunggu!

26 comments:

hakim dirani said...

Memang sakit hati bila dengar ada orang yang meletakkan atas nama hukum untuk buat jahat.

DeeN said...

Akak, daku setuju 200% dgn kata2mu itu. Bak dlm kapal, kalau nakhodanya terer mengemudikan kapalnya, op kos la, anak2 kapalnya akan tabik spring pada nakhodanya. Dan sudah tentunya, pelayaran mereka selamat. <-- erk! bakpe la relate smp bab kapal neh? Hik, hik!

Kalo x mng, tp nak gak hadiah, buleh ker *wink, wink* - cabuuuttt!!

Azhar Ahmad said...

Memang berat tajuk yang puan bawa... Adehhhhh... Saya tak mampu tengok lagi. Ada nude. Tengah menghafal ni....

akuatik said...

ayaan ni ada buku dia tapi takler laku sangat...dia ingat dia pandai tapi sebenarnya dia takleh bezakan agama ngan budaya tribal kat somalia nun sebab sebenarnya dia mmg tak cerdik pun ...trauma kehidupan dia tu dia ingat berpunca dari islam...la ni takut la...dutch gomen pun takleh nak protect dia...erkkk aku rasa kat negara ibunda pun sebenarnya ramai yang camni gak pemikirannya

Pa'chik said...

uhuk... aku tengok kelip tu pasal ko kata ada tunjuk orang telanjang je... ekekek..

mintak cerai pasal tak cinta... tak tau lah buleh ke tidak.. tapi kalau kena pukul segala, menyiksa tu.. buleh lah... pasal dalam lafaz taklik pun ada disebut, suami tak leh menyakiti batang tubuh perempuan tuh secara melampau... tapi banyak orang tak amik berat pun pasal lafaz taklik tu... tak tau pasal apa...
satu lagi, masalah ngan kadi.. susah benar mereka nak memihak kepada isteri-isteri nih... selalu nak kepastian yang jelas, tapi mereka tak de sediakan kakitangan yang buleh menyiasat aduan isteri-isteri, bukan hanya dengar dari kedua belak pehak... kadang masalah ngan orang ugama kita ni.. mereka... maaf... kerja sambil lewa lah... malas pun ada... tapi pasal tau ugama.. perasan bagus sesangat lah...

err.... aku yang bengkeng dan garang ni pun tak penah sekali pun jentik telinga bini... ekekeke...

indera kencana said...

Ohh.. Ayaan sudah atheist..??
Sebelum ini yang saya baca tentang dia, dia masih muslim tetapi sudah pun dilantik menjadi sebahagian daripada ahli Parlimen Belanda...

Unknown said...

Allah tak pernah zalim. Yang zalim itu manusia.

Keluar dari berkhalwat, mood blog pun berubah eh. Emmm... ooo sedang dalam 'peralihan'?

khairyn said...

salam

hakim
sebab orang selalu terkeliru yang mana budaya dan yang mana agama.
Bacalah kisah si Ayaan ni dan buat kesimpulan sendiri.

nur
haha mu ni.. minat kapal perang tak? mendidik isteri dan keluarga dah diajar oleh Rasulullah. Kenapa ramai yang dungu lagi? 'Manja' sangat kot hehehe.
Op! Kena masuk pertandingan baru dapat hadiah ler.

enchek azhar
oit oit! nak study tak leh tengok nudity nanti tak masuk ilmu hahaha.
Eh! Kamu nak ke UK ke? Wah! Boleh kita deting nanti. kamu belanja ye!

akuatik
pak dia pun bengong gak. Dah dapat asylum seeker status pi buat hal kat negara host plak. Ingat depa tu terer sangat kot. Theo Van Gogh tu.. ingat tak masa kita masuk museum tok sedara dia hari tu? Aku rasa macam bukan peminat seni la plak.

khairyn said...

pa'chik
mu memang suka bab2 tak pakai baju ni kan? Almaklumlah tido pun berlenggeng.
Cerai tak cinta? ish dah ramai po'chik oi.. alasan tak sefahaman. Ramai orang sekarang rela cerai dari ubah diri sendiri untuk menyelamatkan institusi perkahwinan tu.. hmm kat mana aku baca ni ek?
Pasal khadi ngan pegawai tu aku setuju.
mu memang bengkeng.. err ai tau yu tak pernah jentik telinga ai kan kan kan..

kalian rasa akan ada tak orang yang jeles nanti ni???? :)

indera
tu dah lama tu.. Dia ada cerita macamana dia murtad. Wanita Ego.

ainin
setuju.
Exam yang memeningkan kepala. Harap2 lepas.
Nak kena letak entry ni cepat2 takut terlupa lagi hahahaha...

Ellemilano7 said...
This comment has been removed by the author.
Ellemilano7 said...

Sungguh benar seorang isteri wajib mentaati suami dan suami berkuasa terhadap isterinya tetapi ia haruslah berlandaskan kasih dan sayang (30:21).

Suami harus peka terhadap perasaan isterinya. Apabila SUAMI SAYANG DAN BERLEMBUT dengan isteri, pasti isterinya dengan luhur hati menyayangi dan menurut kata-kata suaminya.

Aku suka...aku suka...sebab aku yang bengkeng ni pun boleh cair dengan lelaki yang lemah lembut ni....asalkan dia bukan ler lembut bak SOTON!!!

Anonymous said...

lorh... tak sempat nak tengok bidio... hikhik!

Anonymous said...

setelah bersusah payang dan mengganggu sume org..las2 dpt gak kakpinK masuk sini...pehhh

salam kenal khairyn

akirasuri said...

ada ayat kontrobesi tu kak :p

Hmmm. Kebanyakan lelaki sekarang ni, cetek ilmu, yang ada ilmu pulak tersalah faham ilmu..
Kahwin atas dasar nafsu bukan atas dasar cinta Illahi.. Huhu..
Jadiklah lelaki-lelaki bongek camtu..
Hish!

Erk!
Mana bidionye :-o

Pa'chik said...

hahak... mujo datang pagi tadi.. sempat tengok bidio.. ekekek...

oit.. baik ko kansel kan je pertandingan tu.. bagi je terus adiah tu kat aku weh... ekekek...

izinni said...

video tu takde dalam versi youtube ke? yang hang bagi link tu lama benor bufferingnya. sejam tak abih 20 second lagi ... cengeng aku dibuatnya.

err .. sebelum pa'chik tanya ... aku jawab dulu .. BELUM LAGI LA PA'CHIK OIIIIII!!!

err .. bini yang mana satu yang hang tak pernah jentik tu? yang kat malaya ke, obersea ke? eekkekekke

Anonymous said...

Salam khairyn,
berat tajuk blog kau hari nie, aku pun tak reti jawab mcmana...

Nasib bukan tajuk thesis aku :)

Apapun, doa aku utk kau terus sukses.

khairyn said...

elly
will yu marry me? lalalalala

mudin
hahaha.. terlambat.

KakPink
welkam welkam.. mari la selalu
salam kenak kakPinK, I laik yor entry gambar tiga orang pandang belakang tu hehehe

ati
haha.. kontrobasi ek? saja jer tu.
Betul betul.. ramai yang ikut napsu jer
erk.. video removed lepas kena tazkirah jap tadi hahaha

pa'chik
huh gatai mu ni!
nak adiah aku jentik-jentik telinga ko? nak tak nak tak? lalalala

izinni
hahaha bila nak beranak daaa? Best tak soklan aku?
Ada kat youtube. Cari title clip tu. Err... nak share saham? hahaha

Beth
tak de berat mana sebenarnya. Kalau ko tengok video tu maybe ko faham kot. Tak pun baca link merah tu.

Pa'chik said...

adiah jentik wat mende.. lani orang kawalan vektor kerap masuk kampung.. kang tak pasal kena saman ada jentik-jentik... ekekek..

izi, heheh...
bini yang mana.. semua sekali lah... ekekekek...
bila nak beranak daaa.. nanti dah beranak.. bagi aku jaga budak perempuan tu ye... ekekek..

bidio tu.. tak beh pun.. pas tu.. ayat suci dicacah dibadan [aku syak memang ditulis terus kat badan yang separa bugel...] kan tak buleh tuh... kalau pun nak buat jugak.. pasal tak guna cgi je... bodo sungguh tukang buat pilem tuh...

Anonymous said...

Salam,

Aku dh tengok video tu. Rather shocking, but I'm glad the film maker's dead now.

I don't know what Ayaan is trying to prove from that video, but if a person calls Nabi Mohamad a paedophile, I think he or she deserves to be shot too.

blackpurple @ jowopinter said...

Sesekali berat, sesekali ringan. Eloklah. Baru seimbang. :)

Mana videonya...

kingbinjai said...

good luck!

khairyn said...

Pa'chik
alaaa ko malu ek ngan aku? hahaha
petikan ayat tu diambil separuh2. Ambil bab yang mana katanya lelaki berkuasa di atas isterinya dan isterinya kena menurut kata suami. Ada bab nusyuz gak.

Beth
She's a delusional twat (oh yeah, she deserves to be called that!). Calling our prophet a pedophile is a Western propaganda to insult Islam. Just google wikislam you'll get the picture.

Nevertheless, we can't simply dismiss the video as a total insult to Muslims. There are still some points to ponder. Women in certain society are being oppressed and their rights are being denied, not by religion but by culture and this boundary tend to be blurred. Aku suka baca buku 'honour killing' yang masih diamalkan di negara Timur Tengah.

purp
kadang2 yang berat aku suka simpan sendiri. Tak suka terlalu opinionated, hilang manis hidup. :)
Oh videonya kau terpaksalah cari sendiri ye. Aku telah diingatkan untuk tidak menjual saham (dosa) pada kawan-kawan hahahaha

king
thank you. InsyaAllah.

Nina Suria said...

salam khairyn

n3 ni memang berat tahap petala ke8 :(

khairyn said...

salam kak mon

hahaha.. tak de nya berat. Perkara yang sudah kita tau tapi kadang2 orang sengaja nak putarbelitkan fakta

Unknown said...

kenapa mcm semua orang tahu kisah Aayan ni? xpernah dgr pun..

BTW..berapa hadiah yg diprovidekan ni?wahaha~yakin!