Saturday, February 09, 2008

Non Fiction vs Fiction

pix source : http://electronicintifada.net/artman2/uploads/1/intifada-book.jpg


Ambil masa juga untuk aku habiskan baca buku ni. Belinya sudah lama tapi tak punya kesempatan untuk membaca (alasan!). Sebenarnya aku kalau baca buku non-fiction macam ni, aku suka ambil masa dan 'highlight' fakta-fakta yang menarik atau penting untuk rujukan aku (esei dan kerja haram). Memandangkan David Pratt ni juga editor Glasgow Sunday Herald, maka sebarang 'excerpts' dari buku ini boleh diguna pakai :)

Aku memang sarankan buku ini untuk jadi antara bacaan penting kalian. Cara penyampaian beliau kadang-kadang 'personal' dan kadang-kadang 'detached' atau lebih pada 'reportage' menjadikan buku ini memang tak jemu untuk dibaca. Dia menulis 'from the grassroots'. Kisah kehidupan orang biasa di dua 'dunia' yang berbeza. Palestine dan Israel.

ok nanti aku sambung... nak siap-siap pi kerja. Btw.. aku dah dapat tengok cerita Anak Halal. Hahaha... errr... ada yang aku suka tentang filem ni sebenarnya.. nanti aku beritahu.




sambung 21:01












Aku rasa impak yang paling besar masa baca buku ni, adalah mengingati kembali kisah Mohammad al-Durrah 12 tahun, yang terperangkap dalam keganasan askar Israel yang langsung tidak berperi kemanusiaan. Gambar ini dirakam oleh jurukamera Talal Abu Rahmah, jurukamera bebas untuk rangkaian France 2. Beberapa hari sebelum itu Mohammad memang ada minta izin ibunya hendak keluar menyaksikan mujahid menentang askar Israel tetapi ibunya melarang. Ayahnya pula, untuk mengalih permintaan anaknya telah membawa Mohammad pergi ke tempat menjual kereta terpakai di Gaza City. Pulang dari Gaza City mereka terpaksa melalui jalan persisir pantai dan melepasi pos polis Israel di Netzarim. Tiba di sana, keadaan penentang dengan askar Israel sudah menjadi tegang.

Mohammad dan ayahnya terperangkap di tengah-tengah. Mereka terpaksa berlindung di sebalik tong air konkrit untuk menyelamatkan diri dari hentaman senjata peluru hidup askar Israel yang berdiri di menara pos. Aku ulang ye... PELURU HIDUP.
"In the footage, Jamal [ayah Mohammad] is seen waving frantically as if pleading with the Israelis to stop firing, as Mohammad cowers terrified in the crook of his father's arm. But the shooting went on and Mohammad was hit first in the leg. "Don't shoot, don't shoot," Jamal shouted, his voice drowned out by the rattle of gunfire. For about five minutes after Mohammad was wounded, his father continued yelling: "MY son is dying, my son is dying."

Bassam Al-Balbisi, a 45 year-old Palestinian Red Crescent ambulance driver, bravely made his way through the hail of bullets towards the pair to try and get them out, but he was instantly shot dead. Another of his collegues, who tried to do the same was wounded, It was now around 2.30 p.m. In all the shooting lasted over 40 minutes durign which time Mohammad was seen to become quiet and the desperate clutch on his father slackened as a fourth and final bullet entered his stomach and he slumped over dead. Even then the fire continued, and still trying to protect his son Jamal was shot again and again, his body jerking convulsively as the bullets struck his legs and torso."
(p 101)

Mohammad gugur syahid. Ayahnya redha.
Towards the end of their conversation, Motro asked him what he wished for his remaining children. "My children? To grow as all children in the world," he told the writer down the telephone line from Amman, his voice shaking with emotion. "That they will be surrounded by all good things and nothing bad, nothing bad."
(p104)
Bagi aku, buku ni memang bagus untuk 'beginners' yang mahu tahu pasal kebangkitan Intifada di Palestine. Ada juga 'chronology of events' tentang sejarah Palestine yang membawa kepada kebangkitan Intifada di Palestine. Penulis buku ni David Pratt, punya 20 tahun pengalaman sebagai seorang wartawan perang menulis berdasarkan nota harian dan artikel sepanjang beliau menjadi wartawan perang di sana. Terdapat juga kisah-kisah harian yang tidak pernah dipaparkan di media. Dalam keadaan tegang juga ada kejadian-kejadian lucu yang berlaku pada beliau. Aku pun tak tahu, nak ketawa ke nak bersedih.

Kadang-kadang paparan media elektronik tentang kesengsaraan rakyat Palestine tak berjaya hendak menarik 'empathy' aku tapi buku ini dengan mudah buat aku rasa sedih, marah dan sakit hati dengan hanya satu ayat saja. Penderitaan rakyat yang dihalau dari rumah sendiri dan tanah dirampas, lalu dipaksa tinggal di kem 'refugee' yang serba dhaif. Harga diri mereka dirobek dan diinjak-injak. Ibu yang kehilangan anak dan saudara lelaki mereka. Anak-anak yang dinafikan hak belajar dan terpaksa menjadi hamba kepada warga Israel untuk sesuap nasi. Juga ada diselitkan juga kisah perangai kepala batu si Ariel Sharon. Semoga beliau kekal dalam koma.
... That said, I remain convinced that a great injustice continues to be perpetrated against the Palestinian people.
(p 9)
Terlalu panjang kalau aku nak ulas pasal buku ini. Terlalu sarat dengan pengajaran. Membaca buku ni buat aku reflek kembali apa tujuan hidup kita sebenarnya. Belajar apa itu perjuangan. Dan buat aku malu untuk sentiasa mengeluh dengan masalah-masalah yang sangat-sangat kecil berbanding dengan mereka.

Terima kasih David.

Ulasan ke dua - Anak Halal

Bagi aku filem ni sama standard dengan filem Haru Biru yang aku tonton lewat Disember lepas. Tak ada pengisian. Tak ada arah. Jalan cerita masih lagi longgar (atau aku yang tak faham - entah!).

Perlu ke ada adegan berkemban? Peluk-peluk? Cium-ciuman? Menari atas bumbung????? Hindustan ke Tamil ke apa? Aduuh.. gediksnya aku tengok pelakon wanita Melayu. Hilang dah sopan santunnya. Oh ya! Tak ada satu adegan pun dalam filem tu, bila hero atau heroin atau sesiapa sajalah yang berlakon tu kembali pada agama ketika ditimpa musibah. Aku rasa satu-satunya akhlak muslim yang digunakan cuma SEBUTAN 'Assalamualaikum'. Jauh sungguhkah masyarakat kelas bawahan ni dari Tuhannya?

Tapi satu ops tiga. Ahah! Ada juga yang aku suka pasal filem ni. Penggunaan bahasa tidak terlalu terikat pada skrip. Slanga yang digunakan dapat dicerna oleh otak aku. Bahasa rock (rock kah aku???) yang boleh buat aku tersenyum. Kedua, terima kasih kepada khidmat stuntmen. Menarik juga adegan lawan-lawan tu. Macam gengster kat Hong Kong. Yang ke tiga, cinematografi dan angle kamera juga menarik dan tidak menjemukan.

Maka secara teknikal, filem ni tak adalah buat aku berkerut-kerut menyampah macam filem Haru Biru tapi secara keseluruhan aku masih kata filem ni tak ada moral values LANGSUNG. Dan aku yang lampi ni masih tak faham apa motif profesyen Hisham sebagai pengedar dadah dengan adegan dia solat.

22 comments:

Pa'chik said...

oit oit... mmm... saja je jenguk... hahaha...

hakim dirani said...

ooo, filem tu. dah dengar banya komen tapi tak pernah tonton.

Unknown said...

salam~saya menjenguk si Nisa!!
kak khairyn,bile agaknye shoutbox akak sihat semula?rindulah nak buat bising di shoutbox!

khairyn said...

salam

pa'chik
ko rindu kat aku ye? malu nak ngaku. hahahaha (pas ni mesti nak deny la tu)

hakim
itu pun nonton kat veoh.

saffa
rasanya shoutbox tu ok dah kot. Biasalah Ogixx tu gila spera sket. Tak jerit kat sana, jerit kat sini pun ok jer :)

Anonymous said...

salam nisa,

kakmOn suka banyak sumpah ko pd Ariel Sharon tu ameen10000x =))

Anonymous said...

"Dan aku yang lampi ni masih tak faham apa motif profesyen Hisham sebagai pengedar dadah dengan adegan dia solat."

erk nak cakap pengedar dadah pun baik?

hehehe

Anonymous said...

Salam...
Dari tengok filem yg tah apa2 tu, rasanya citer Kiamat Sudah Dekat (Indo) @ Ahmad Albab – part pak dia ckp hanya kekayaan harta benda yg dpt menjamin kebahagian hidup (antaranyalah) - lagi best, ada yg tersirat di balik yg tersurat. Tp utk tengok betapa teruknya org kita berkarya oklah tu.

Rasanya Rabu lps ada yg bertanya khabar Ariel Sharon tu hidup lagi (masih koma) ke dah jln!!!!!!!!!… ada isu yg dibualkan masa tu.

Buku tu nnt nak minta Si Azam mamat kedai buku tu carikanlah (kira ambil kesempatan gak lah kat dia – setakat tolong dptkan jer).

Pa'chik said...

jahatnya Israel... heheh...
err.. nak bagi tau, orang yang semayang tak tinggal pun jahat gak kot...

rindu ke? hahaha...

khairyn said...

kak mon
salam.. aminn balik 1000 juta kali. haha.. err jahat ke kita?
allooo... besdey kak mon dah dekat ye? hihi

div
hahaha.. atau orang baik pun boleh jadi pengedar dadah. Sungguh! Aku tak faham part yang tu.

neen
itu bezanya filem kita dengan filem seberang. Sekurang2nya mereka ada pengajaran di hujung cerita. Kita? Suka buat filem tergantung saja. Kemudian biarkan terbuka pada interpretation.
Rasanya si Arik tu masih bernyawa. Biarlah dia nyawa-nyawa ikan macam tu.

Pa'chik
Eh sapa kata depa jahat? Ko silap la pa'chik.
Ye ke? Atau orang jahat pun tak tinggal semayang?
Aku tau ko rindukan aku. Ngaku jer la pa'chik oi hahaha kwang kwang kwang

Unknown said...

tahniah dah lulus! sebenarnya aku nak komen kat entri bawah ni. hehehe.

kentang dan bawang tumbuh tu boleh kasi frame, gantung kat dinding dapur, buat pembakar semangat agar ia terus tumbuh dgn subur dan melata-lata. ekekeke

Anonymous said...

1. Buku tu... cari murah-murah untuk aku ya?
2. Aku ada dua buku From Beirut to Jerusalem ditulis dua penulis berbeza, seorang jurnalis (Thomas Friedman) seorang lagi sukarelawan (Dr Ang Swee Chai). Buku Thomas Friedman banyak informasi yang aku tak tahu, terutamanya tentang tragedi Shabra & Shatila, tapi ketika berbicara tentang Jerusalem, beliau terlalu banyak mengupas tentang ajaran Jews, menjadikan aku jelek/boring. Buku Dr Ang Swee Chai, belum baca.

3. Tak tonton kedua-dua filem itu. Yang terbaru tengok Rambo IV. Hahaha!

Pa'chik said...

selalu sindiran dibuat ke atas orang semayang tak tinggal.. cam.. eleh.. pakai tudung pun jahat gak... haahah...

fajar said...

kisah tentang bagaimana peluru itu menamatkan riwayat seorang anak benar-benar menusuk. terasa seperti mahu menangis. tiba-tiba saja, pagi ini bermula dengan kesedihan.

p/s: mana nak cari buku tu? kat Waterstone's? Border? Ke bole jumpa kat carboot?

khairyn said...

zwit

:) :D ;p :P

ainin
hahaha.. lawak! Kentang ngan bawang tu dah selamat masuk perut dah. Dah proses pun kakakaka. Next time la ek kita frame dan gantung. hoho

tok
1- baik encik! Arahan diterima.
2- Malam tadi aku tengok pula documentary Inside Hamas. Sangat informatif. Harus ditonton dengan minda terbuka sebab perspektif dari Barat. Tu yang aku suka tengok tv kat sini ni. Docu memang sangat-sangat menarik. Lepas ni aku nak cari DVD box on docus kat sinilah.
3- Belum tonton Rambo. Esok sama ada nak tengok Juno atau Atonement kat pawagam.
p/s - minggu lepas tengok I am Legend (DVD haram) Ish, kenapa aku rasa seram ek?

pa'chik
Jadi aku ni jahat jugak ke Pa'chik? Patut aku ngedar dadah gak la kan, tak yah la susah2 jadi buruh kasar.

fajar
maaf, bukan nak buat kau bersedih., tapi itulah realiti. Tadi kat Sumsa pun sempat baca Gaza News. Hamas ke Fatah ke atau mana2 factions kat sana kena berhenti bergaduh sesama sendiri.

Buku ni aku beli di The Works. Tapi, aku rasa mungkin ada di Borders atau Waterstone. Tak tahulah ada jual di carboot ke tidak tapi ada juga di Amazon. Entah, aku kalau bab buku2 macam ni aku tak kisah belanja £10 pun hehe. A good investment.

izinni said...

Aku tunggu malam tadi hang takde. nak jugak buku tu. aku tak peduli ko ada duit ke idak. CARI dan BELI, pastu POS dengan kadar segera! hahahahha .. sadis gila .. huhuhuhuhu ...

QUDS REALCLOCKWISE said...

salam; aku tunggu buku kau ...intifada in malaya.......nanti aku beli sapoloh..menarik ulasan kau tentang buku ni(intifada the long day of rage) ..nanti aku try carik..

DeeN said...

Salam,
Kak, buku tuh ada lagi ke? Nak satu HaHa.. ;)

Sedih sgt pasal tragedi tuh. Walaupun heboh satu dunia, tapi kekejaman begitu masih belum reda.

Uhyeee.. tak penah tgk citer Anak Halal Haram tuh, baik layan jeki chan pun beshhh! ;)

khairyn said...

izinni
sorry.. senin ngan selasa aku kelas dari pagi sampai petang. Kul 5.30pm baru ada.
Wah wah wah! Arahan tu! Tak moh cari! hahaha.. eh kat kino tak kan tak de? Aku nak bagi copy aku pun banyak conteng2. Nantilah aku pk pk kan hahahaha

MrCucu
salam kembali. Semoga Intifada Malaya tak menumpahkan darah.

Tu kalau dah jumpa buku tu... bagi tau kat orang atas kau tu (izinni) suruh dia cari hahaha

nur
ni sorang lagi ni.. Ish ish ish.. Pi cari sendiri hahahha

Hari tu tengok lagi clip yang download kat satu website ni. Tak tau nak kata apa lagi.

hahaha.. saje je tengok. Nak tau gak la citer2 bodoh yang ditayangkan di malaya kala ini

QUDS REALCLOCKWISE said...

telah banyak darah dan airmata yg tumpah di tanah malaya ini ....kerana menuntut sebuah kebenaran atas tuntutan Ilahi..tapi tak ramai yg sedar..

fajar said...

thanks for recommendation. Insya Allah, kalau jumpa nak beli.

Btw, bole buat request kat sini tak? Nak beli novel Zahrah de Tigris boleh? Ada stok tak? ;)

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah!

Kerana perkongsian dua perkara itu. Buku itu dan filem itu.

:D

Anonymous said...

cerita melayu ni kalau yang tak payah fikir kosong terus tanpa pengisian. bila buat yang kononnya untuk difikir-fikirkan, jadi confused.

how I missed U-Wei Shaari's films