Wednesday, March 05, 2008

Borak borak

Update:
Terlupa nak beritahu;
Pada sesiapa yang punya kewangan yang agak ketat tetapi gemar mencari berita alternatif, bolehlah ambil peluang membaca Malaysiakini.com. Web dibuka secara percuma mulai 4hb lepas sehingga 9hb. Web akan dikunci kembali pada 10hb.


Borak 1 - via YM

"Oit! Amacam? Hehe.. Assalamualaikum."

"Hehe.. Alaikumsalam wbt. Okey, macam selalu. Hidup sehari lagi, alhamdulillah. Amacam? Seronok 'cover' PRU?"

"Hmm.... macam itulah. Kena tendang sana sini. Sekejap di bahagian ini, sekejap di bahagian tu. Bosan juga."

"Kenapa? Tak 'best' sebab tak ada teman nak beronggeng?"

"Hahaha.. tu-lah, siapa suruh kau berhenti kerja, pas tu pi jauh-jauh belajar. Hehe ada 'team', tapi satu pun tak boleh pakai. Datang cuma nak cari duit saja."

"Biasa dapat berapa?"

"Beratus jugaklah masuk poket."

"Kau tak ambik?"

"Gila ke? Sejak bila kita ambik duit ni?"

"Hahaha... kita yang gila ke atau bodoh?"

"Lebih rela jadi bodoh dari kena menjawab soalan kat sana."

"Faham." Sebab tu aku agak kecewa bila kes macam ni terjadi dulu.

Itulah kebiasaannya. Kalau demam PRU, ramai juga yang demam nak cari duit poket lebih. Perkara biasa kalau orang bercerita pasal politik wang, cuma 'feel-nya' mungkin berbeza antara bercerita dengan mengalami. Bercerita pasal politik wang tu memang buat sakit hati tapi mengalami senario tu lebih 'best' sebenarnya.

Siapa tak seronok terima duit, ya tak? Antara halal dengan haram tu cerita ke dua. Yang penting dapat bersusun duit dalam sampul. Fuh! Kalau sebulan kempen, dah boleh buat bayaran duit 'installment' kereta dengan rumah. Itu tahap ikan-ikan bilis-lah. Tahap cacing halus untuk umpan pemberita beri ruang sekurang-kurangnya sepertiga muka di helaian akhbar. Senario biasa bukan setakat musim kempen PRU, tapi juga mana-mana 'coverage' untuk ADUN atau MP Kerajaan, waktu konon-kononnya membantu rakyat jelata atau waktu beri makan anak-anak yatim di bulan puasa atau raya.

Aku miss PRU 1999. Dapat tanah jajahan Tan Kok Wai. Parti Roket. Kerja tak kira waktu. Tak ada kekangan dari 'gatekeeper' dan artikel keluar tanpa dicincang lumat. Tak dapat duit poket, setakat dapat air coke setin dari kedai makan cina hahaha.

Terkenang semasa dulu...

"Laa.. kau pun ada kat sini? Ramainya datang nak cover majlis hari raya dengan anak-anak yatim ni? Desk dah tak ada 'assignments' lagi ke nak bagi?"

"Tak.. saja je. Kata YB nak bagi duit raya, tu yang aku mai ni. Hahahaha... kutip duit raya juga."

"Err... biasanya berapa dia bagi? Aku dah lama tak 'cover' dia."

"Adalah. Kadang-kadang RM100 kadang-kadang dapatlah RM200. Bergantung pada ekonomi."

"Oh! Hmmm..."

"Tak apa.. dia dah kaya raya. Setakat RM1,000 tu dah macam belanja makan tengahari jer."

Tak lama lepas tu...

"Adik dah bukak sampul? Dapat berapa ringgit tu?"

Anak gadis umurnya dalam enam tahun ersenyum malu. "Dah, dapat RM10."

"Nak buat apa dengan duit ni?"

"Masuk tabung."

Bagi sampul. "Bagi kat cikgu ye."

Rasanya walaupun terima didikan sekular sekular seumur hidup aku ditambah juga dengan didikan pendeta Kristian waktu berumur 4 tahun, rasanya iman masih lagi kuat.

Borak 2 - via GoogleTalk

"Oit oit! Apa ni cerita Gaza tak habis-habis. Orang sibuk pilihanraya lah!"

"Haha aku tak campur sangat dengan komuniti kat sini jadi aku tak tahu apa sentimen dorang pasal PRU kali ni."

"Tak ambil tahu perkembangan tanah air langsung!"

"Hahaha... pasal apa nak tahu? Pasal BN dah jadi macam politicians di India. Angkut segala anak, menantu, anak buah bertanding? Pak Lah letak menantu si beruk hitam tu, Abang Zek letak menantu perempuan, PakCik Mokhtar letak anak sedara? Ke pasal Rasyid yang kalau ikut aku, mandikan aje dengan dakwat hitam tu.. biar sama-sama jadi Hindraf?"

"Hahaha, Pak Lah nak angkut satu kontena hantu ke utara, tau cerita kan?"

"Ya ya... jangan terbalik tengah jalan sudahlah. Tapi kan, kalau hantu, awat tak terbang jer? Hahaha."

"Hahaha ye ye menyusahkan polis jer nanti. Dah lah 'boleh' mengundi dua kali. Polis, askar pun dah jadi hantu la ni."

"Hahaha... Memanglah Melayu tak tahu berpolitik."

"Hmm... cina control ekonomi, Melayu control politiklah."

"Tipu. Melayu tak reti politik. Dah terang-terang nampak macam tu pun masih sokong lagi. Buta kot."

"Kami setia pada parti - oh ini ayat sarcastic tau!"

"Macam anjing. Setia pada tuan. Baik jadi kucing setia pada makanan."

"Hahaha.. kau anjing ke kucing?"

"Aku hantu hahahaha"


Ada ke orang makan onion bagel dengan cili sos?
Rasanya macam makan cikodok bawang plak.

19 comments:

Pa'chik said...

pru dulu kan ada orang kasik duit potostet je... hahah... dan ada gak yang ngaku disuruh bagi-bagi duit tu.. ujung-ujung dia buang lam sungai.. ngan beg-beg nya sekali...
kang tak pasal masuk jel bawak duit pelesu...

Anonymous said...

aku nak tangkap hantu... :D

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

nak dekat2 pilihanraya ni tipon aku pun asyik berdering,mengalahkan wakil rakyat yang bertanding rupa2nya diaorg sibuk dok hantar sms utk suruh pangkah parti itu ini,tak kira siang malam,tak cukup dengan tu,ada lak wakil parti keadilan siap tipon aku suruh pangkah nurul izzah...patutnya aku tanya agak2 kalau aku pangkah keadilan apa yg aku boleh dapat?ala...bagi aku tiket flight pergi balik ke scotland kira ok gak..confirm aku pangkah!!pangkah kasi undi rosak...hahaha...

Shahrizat pun dok hantar sms gak entah baper kali...huh masa ni ler baru ada pak2/mak2 menteri yg prihatin nak hantar sms..utk shahrizat,agak2 dia boleh tak selesaikan masalah kita yg tak tentu hala ni?kan ke dia menteri pembangunan wanita & masyarakat?apa kata kasi settle dulu masalah kita baru kita pk nak pangkah saper...huhuhu...

apalah yang aktiviti yg boleh aku buat masa pilihanraya hari sabtu ni?merewang2 sambil tengok wayang barangkali...well kita tak kerja ngan kerajaan pun,sukati kita ler nak watpe kan...HIDUP BN!

akirasuri said...

Wahaha!
Saya cukup bosan bukak tivi..
banyak sangat kempen memuji-muji montot bien..
Lawak je rasanya nengok iklan-iklan tu..
Kakakaka!

Ah! Sos cili dan sos tomoto sangat besh dimakan dengan segala menatang yang bergoreng..
muahahak!

Anonymous said...

Salam…

Teringat bila rakan sekerja mengusik, dia ni cakap jer, nnt nak tengok sapa yg dia pangkah? Maklum ada jer yg saya nak komen pasal Be End, sedangkan salah seorg daripada ketua puteri umno di negeri saya ni ( dia juga antara org kuat ketua puteri umno M’sia) kawan baik saya. Lah… dia org ni, berkawan tu kan tak salah, yg penting prinsip kita, kita jer yg tahu apa kita nak… Yg best bila second boss pun sekepala ngan kita org…

Bila tengok interview Pengerusi SPR & Ketua Polis Negara semlm, nak gelak jer, nampak sangat dia org main wayang… Goreng lah selagi boleh goreng…

khairyn said...

salam

pa'chik
hahaha aku rasa aku ada dengar gak citer tu hahaha.

tok
umpan ngan apa tok?

elly,
zurd pun kata depa dok call hp aku yg no berganda tu hahaha. Kesian zurd, terpaksa melayan gitu hahaha

Dey apa da.. idup BN? Bila plak ko bawak dacing ni?

ati
samalah.. cik sue suka dengar KLfm.. bila time berita suruh dia mute-kan suara. Tak moh dengar. jijik hahahaha.

errr... bagel tu rasanya bakar kot bukan goreng. Ya kat rumah ni 2 botol wajib - cili sos dan kicap hahaha

neen
hehehe... memang lawak. Tang IGP tu memang mind boggling. Bukan apa, dia as a person memang baik tapi tak tahu kenapa punya split personality yg macam tu. Rasanya dia ni terer bab psychology dan seorang yang manipulative! hahaha

Anonymous said...

Mat Sabu kata pakai kerusi! Haha!

izinni said...

ingat tak reaksi spontan mata dan mulut kita masa bukak sampul lepas cover exco dulu? hahahaha ... adehhhhhh

ingat apa jadi dgn rm50 yg ahkak ijat 'derma' kat aku masa cover dia dulu?

kalau kita mcm depa .. dah lama ko gi sekotlen .. dah lama aku pakai bmw. kan kan kan?

btw ... alang2 ko kata elok si rashid kena simbah ink ... dah kena pun .. tp bukan dia laaa .. umah dia. cat merah lagi ... hahaha .. rtm kata ada kaitan dgn pembangkang yang marah pasal isu dakwat. hehehe ...

very the dirty-mirty one you knowww ... the dirtiest ever .. manyak musyuk .. aku yg terkurung kat umah ni pun dah lemas ... tak tengok tb dah. nengok muka compere berita espc yg tv3 pun naik geram. siap dgn memek muka segala ...adehhhh ...

Unknown said...

sekarang demam PRU. aku rasa demam baca akhbar, tengok tv. Tapi tak lama lagi aku demam betul-betul. Demam pesta buku. Bila la kau nak balik, nak buat sistem barter ni. hihi.

Azhar Ahmad said...

Dari kecil kita dididik dengan politik wang... nak pi kedai, upah, nak buat kerja upah... hummm.... bilalah minda nak berkembang nihhh

akuatik said...

Jom jadi volunteer Islamic Relief

khairyn said...

tok,
err... kerusi kat rumah aku tak banyak, pakai kerusi pelastik tu ok ke? hehehe

izinni
hahaha ingat. Melopong mulut masing-masing.
Duit tu ko buat belanja makan kan? Aku dah tak berapa nak ingat macam banyak sangat terima sampul dulu hahaha. Aku dapat dari Mokhtar pas tu aku bagi kat orang hahahaha. Syyy... diam2. Rasa tak tergamak nak ambik :(
Yep, aku baca dah yang rumah si rashid kena simbah cat. Warna merah plak tu... along ka? hahahaha
Bila PRU Mesia ni tak dirty? Ish, memang kotor dan pekung sungguh baunya hahaha

ainin
hehehe... demam pesta buku ek? Ish aku miss pesta buku! Dulu pi berlenggang balik mesti tak berplastik-plastik. Hoh! Aku suka buku!!
Alaa sistem barter kita mesti berat sebelah punyalah! Kau banyak buku aku takat satu jer. Lainlah kalau kau nak buku2 dari sini. InsyaAllah aku boleh carikan, tapi tak janji tau!

Enchek Azhar
Hahaha... sebab kawan cakap ekonomi di control oleh cina. Cuba tengok time bulan hantu. Mesti hantu dapat rasuah dengan kepala babi hehehehe

akuatik
Jom!
Btw - aku kena tazkirah lagi. Kali ni dengan housemates. Pasal degree ke masters hahahaha.

izinni said...

hehhe .. mana ada buat makan2. aku bayar sewa rumah. ko bayar instalment MAE. hahahahha ..

Pa'chik said...

oit.. kalau ada kerajinan.. mintak tulung kawan ko bagitau poling ejen kat tempat ko ngundi... cakap kalau tetiba ada orang nak ngundi guna nama ko.. itu hantu ko lah tu... hahaha...

Anonymous said...

Salam...

terfikir gak, hanya Trengganu & Kelantan jer ke yg rakyatnya gi bekerja & belajar di tempat lain, negeri lain tak der ke, yg sampai berpuluh2 buah bas diperlukan. Katalah Kelantan tu mundur (menurut Be End lah, pada saya sama jer mcm negeri lain, malah rasanya lebih baik dr negeri saya), yg Trengganu(yg ada emas hitam) tu lak mundur gak ke? Sedangkan Pas cuma mampu sepenggal jer... mmg kartu betul..

Si wartawan ni pun nak interview tu tengok2lah gak… ni cakap mmg tak der pun loghat Kelantan mahupun Trengganu… memang gaya menipu betul.

Ni tak habis2 koridor (TV3 jap ni)… nak letih di buatnya… org cina pun ada sebut, buat rumah mahal2 siapa yg nak beli kalau tak utk rakyat seberang… Kalau nak harapkan cina M’sia ni berapa sangatlah yg dia org mampu nak beli pun… Ada gak yg sebut lebih baik dia org simpan duit tu utk hari pengebumian mereka. Betul gak kan sbb adat mereka mcm tu. Dah MB nya menteri joget nak buat camna kan… Ni yg best gambar dlm Harakah, ceh ceh … gambarnya bersama si dia tu, mcm suami isteri… nak sorok camna lagi…

Yes, esok nak gi mengundi… Kepada Allah jua ku bermohon.

Anonymous said...

izinni
hahaha aku tak cerita kat ko ye.. aku rasa aku lupa la tu.
Actually a few months lepas tu aku bayar balik duit tu kat 'tempat lain'. Aku tak sanggup sebab dengar cerita ada orang seat motor tertanggal sebab duit 'panas' hahahahaha. Aku kan ke sayang gila dengan MAE.

pa'chik
selamat mengundi weh. Aku tak larat nak terbang bagi tau laaa.. Jauh! hahahaha

neen
hahahaha... teringat kat satu negeri dihujung semenanjung. Penuh dengan rakyat seberang tambak. Alahai

Anonymous said...

Yes.... dah selamat menjalankan tanggungjawab...

Semlm balik kerja (dah malam pun) terus iron kemeja biru ORLANDO, tudung & seluar panjang biru siap stocking pun biru, cam biasalah... Rupanya org2 kat kawasan tempat tinggal saya tu semua dah pakat nak pakai baju warna biru masa gi mengundi mahupun bertugas tanda sokong Be End... Lah cam na ni... tak kan nak iron yg lain kot... biar jer lah... Dan pagi tadi masa nak gi mengundi family senyum jer tengok saya, serba biru, kira tanda sokonglah tu... Saya pun senyum gaklah... berlakon... dalam hati Allah jer yg tahu... Kang pakai warna pink yg satu2nya tu dikatanya puteri amno, lagi saya tak tahan...

Part duit lak… Tempat saya mencari rezeki ni berjuta yg dilaborkan sempena GE ni… (kebajikan pekerja diketepikan) tak cukup ngan tu, kenderaan sykt pun di beri pinjam… yg susahnya kami pekerja ni bila ada urusan nak ke mana2, kenderaan tak cukup…

Sastri said...

banyak sangat yang kotor banding dengan yang bersih kan?

sedap nampak bagel tu... nak sket... :D

khairyn said...

neen
tak kira kaler apa pun yang penting pangkahan tu kan hehehe

sas
betul. Dorang ingat orang sekarang ni bodoh2 belaka agaknya. hehehe

bagel tu memang sedap. Nak? cuil la hehehehe