Cendol Konser
Kami buat cendol malam Jumaat lepas.
Ini semua gara-gara si Leyha yang tiba-tiba mengidam nak makan cendol. Pagi Jumaat buat peta cina. Dari satu kedai ke satu kedai cina pergi cari cendol siap tapi tak jumpa pulak. Habis dikorek satu almari cari alat yang boleh bentukkan cendol ni, akhirnya jumpalah satu peralatan serba guna untuk menekap cendol hahaha. (Gambar sat gi aku upload - ni tengah update kat rumah akuatik). Nak tahu cerita cendol versi sedih cik mimi pergilah ke blog dia hahahaha.
Seronok sebenarnya berkumpul ramai-ramai di rumah. Bersembanglah apa lagi. Pulak sekarang ni dah masuk musim bunga jadi masa siang tu panjang. Tak terasa sangat lamanya. Cik Farid Dr without correction (tabik tabik!!!) pun ada. Apa lagi bertambah meriahlah sebab dapat mengusik dia. Semoga yang lain pun murah rejeki dapat PhD without correction macam beliau. Dan aku pulak, semoga lulus periksa dengan jayanya hahahahaha.
Lepas makan, kami ke konser pula. Tajuk Konsert tu 'It sounds like music'. Tengok gambar dulu lah ye... ada yang pelik dalam gambar ni. Cari sendirilah kepelikan tu. Nanti aku sambung. La ni nak pi library pas tu nak pergi derma dare eh darah hahahahaha.
Sambungan:
Baik, cerita pasal konser ada di blog akuatik jadi tak perlulah aku cerita lagi, nak tahu pergi saja ke blog dia. Oleh kerana kami perlu ada di sana jam 7pm, jadi aku terpaksa 'halau' tetamu-tetamu balik. Bukan kijam tapi si Leyha pun nak pergi ke rumah orang lain, Cik Farid pun kena beransur cepat. Tak boleh salahkan aku ek?
Hampir tiba ke City Hall, hujan turun dengan lebatnya. Kuyup jugalah kami empat orang sebelum masuk ke dewan untuk julung-julung kali menikmati BBC Scottish Symphony Orchestra. Orkestra kali ini bergabung dengan IRCAM Academy Centre Pompidou sempena Festival of New Sounds for Orchestra and New Technology.
Agak kurang masuk sikit untuk halwa telinga kami tapi, peminat-peminat seni di sini begitu menghargai muzik, maka sebaik saja selesai setiap satu persembahan, mereka akan memberikan tepukan yang gemuruh. Aku pulak yang terharu. Orkestra ini dibahagikan kepada tiga sessi. Setiap sessi lebih kurang sejam kemudian mendapat rehat dalam 10 minit. Kami tak masuk ke sessi ke dua kerana;
- Memberi rehat kepada penderaan telinga
- Menunaikan solat Maghrib. (Terasa terharu kerana solat di kaki lima saja belakang tiang besar bergilir dengan CikSue - cik akuatik dan cik mimi pula bersolat di depan lif - alahai)
Idea hendak menderma darah ni memang dah lama tapi selalu tidak punya waktu yang sesuai untuk pergi ke pusat menderma darah yang terletak berdekatan dengan kawasan membeli belah Buchanan. Jadi, tadi dengan penuh semangat kami pun pergi ke pusat menderma darah ini. Ini saja sumbangan yang aku mampu beri selain dari cukai pendapatan aku yang mereka kutip saban minggu. Perkh!
Tiba saja, kami diberi borang untuk diisi. Proses screening di sini lebih ketat berbanding di tanah Malaya. Banyak juga kotak-kotak kecil yang perlu aku isi dan tanda. Proses screening aku lepas dengan jayanya kerana sudah tinggal di sini lebih setahun. Untuk pengetahuan (bagi sesiapa yang tidak tahu) Malaysia termasuk dalam zon Malaria jadi my fellow citizen yang baru tiba di sini kurang dari setahun, tidak dibenarkan menderma darah. Tunggulah setahun lagi untuk pergi ke pusat menderma ini. Aku bernasib 'baik' tapi akuatik tidak. Dia tak boleh menderma (hahaha kesian kau ek!) sebab dia baru balik Malaysia bulan Januari lepas dan kemudian ke China pula. China memang antara negara paling berisiko tinggi. Terpaksalah dia menunggu hingga tahun depan sekiranya masih bersemangat untuk menjadi penderma darah. Oh aku pun meletakkan nama untuk 24-hour donor di mana sekiranya ada krisis simpanan darah yang akut, aku boleh dipanggil dalam masa 24 jam untuk menderma.
Aku rasa ini kali ke 8 ke atas aku menderma darah. Dulu aku ambil peluang derma darah bila aku kena pergi assignment blood donation (ini kira tugasan paling ringkas untuk hari Sabtu atau Ahad). Ataupun bila keadaan memerlukan aku menderma darah. Seronok pula tengok darah mengalir keluar melalui tube ke beg darah. Alhamdulillah kurang dari 10 minit beg darah aku sudah penuh dan tak ada pula pening atau rasa nak pitam.
Selesai menderma, sessi mencari makan bermula. Kali ini kami ke Govanhill pula mencari makan. Pergi ke kedai briyani pula. Ramah pula taukeh kedai ini siap datang ke kami yang sedang menyuap nasi bertanya pasal Malaysia. Soalan pertama dia, "Orang Malaysia memang cakap Inggeris ke?" hehehehe.. pelik gak tu, sebab aku dengan akuatik sembang dalam bahasa Melayu jer..
26 comments:
Salam...
tangannya ada, tuan punya badannya x nampak... nyorok ye...
salam
err neen.. err.. pakai kasut hahaha
Hehe...Glemer sungguh nama leyha dan pengidaman cendolnya! Tenkiu haa buatkan cendol walaupon pastu daku kena halau demi konsertmu itu. (Semangat gituu nak berkonsert tapi ketiduran! :P)
salam
jumpa kedai nasi briyani tu ye ...aku lupa nk warning kau, kalau kat shireen palace tu, harga dia boleh tukar2..hari ni gulai kambing 3 pound, esok 5 pound...jaga2 tau.
ahahha
kepala ilanggg!!!
bagus sungguh timing leyha amik gambar
aku sabar menanti je ni, kira kalau nak travel pun aku tak gi ler negara2 tak maju, kena gi negara maju je
lps derma baru leh gi tanpa sempadan
yeayyyy!! aku lebih dari ko!! aku dah 10 kali derma dare .. ehh darah! hahahahaha ... tapi kali akhir dah bertahun la kiranya. mana taknya, tiap kali rasa nak menderma ... aku ngandung. hehehe
best kan derma ni .. badan rasa ringan je. satu alasan yang baik untuk makan dan makan dan makan dan makan ...
aku rasa lepas ali daj 5,6 bulan, aku nak gi derma sekali lagi la. itupun kalau lepas la sebab still breastfeeding. makes me wonder whether a breastfeeding mom could donate? hmmmmm ....
buka minda
aku tak pernah derma darah sebab aku takut tengok darah...camne tu?kecuali darah yg keluar setiap bulan...hahahhha...sebab terpaksa gak tengok! orang kata lepas derma darah badan lagi gemuk...tapi kalau x derma pun aku tengok badan aku naik gak! ater...
amboi sakan sungguh buat cendol...ingatkan dok nak buat ABC ke sebab dah bersalji kat sana kan...yg tu lagi senang, pi kutip salji kat tepi jalan tinggal nak letak sirap ngan bahan2nya je...pastu samaada pi hospital ataupun umah mayat...muahaha...balik malaysia boleh ler jual cendol buatan sendiri tapi make sure bawak balik bekas tu skali...
leyha
mau tak glamer. Lain kali nak mengidam makan apa pulak? hehehe.. btw thanx for the krispe kreme.
Semangat konser mesti ada... ketiduran tu keperluan hahaha
beth
ok gak kot. Kami makan briyani ayam jer dlm £3 sorang. Sebab ramai org dok promote shireen ni, kami pun nak try la. OK warning pasal harga itu akan sentiasa diberi perhatian :)
mi
erk.. kapla down down
hehehe.. memang bagus cik leyha ambil gambar
akuatik
ok.. tahun depan cik pergi derma darah dulu. Lepas tu kita plan pi bahagian timuran eropah tu ye? hihihi
izinni
heh pertandingan ka? hahaha. Nak buat macamana darah aku ni kan memang sangat2 diperlukan. Orang pemurahlah katakan. Tapi untuk diri sendiri kalau tak sekufu, darah aku tak terima hahahaha..(paham kan jenis apa darah aku ni?)
Hah badan memang rasa ringan. La ni kepala aku pun still ringan gak. Depa advice jgn buat aktiviti lasak tapi semalam dok seharian kat luar rumah hihihi
zz
alhamdulillah saya memang punya minda yg terbuka - asalkan dia tidak melanggar batas agama, norma masyarakat dan prinsip hidup. InsyaAllah.
elly
huh! Badan jer besar, darah pun takut lalalala. Badan replenish dengan darah baru, best apa!
no way jose! Skill membuat cendol akan ditinggalkan di Glasgow hahaha. Balik Malaysia aku nak makan yang sudah siap jer. Aisey tetiba teringat cendol tepi jalan on the way ke kepong tu laa.. kan elly kan kan kan
Erk... ada bunga kat muka kamu. Cantik. Bunga itu. Hahaha!
bestnya...nak ikut tengok konser yang tah pa pe tu...kat M'sia tak merasa nak tgk. baru sekali ke Istana Budaya...tak cultured langsung aku ni.
best ke cendol yang korang buat tu? ada santan?
wah.. buat cendol sendiri!! 1st time tgk.. jakun jap.. haha.. slalu beli yg dah siap je.. ;p
wahhh!!!!
sini pun ada cendoi
:D
akak,
Cendul satu!!
Er.. tambah pulut yer..
Opp opp, kalo ada buah laici ngan mata kucing taruk sekali ek..
Letak susu sket, kasi lemak berkrim..! HaHaHaHa
Derma darah? Owh, sgt2 teringin. Tp hari tu mak mati2 tak kasi g derma dare.. eh darah. Mak terpengaruh dgn ideologi yg derma darah nih menyebabkan badan kita naik bagai dipam2. HaHaHaHa!!
mudin
erk, bunga itu. Memang cantik. Secantik wajah yang ditutupi. Tapi, wajah itu. Bukan kepunyaan aku. hahahahaha
zura
heh! Tak larat sebenarnya mendengar bunyi bising. Aku mencari ritma tapi hampa.
First time buat cendol, kira ok gak ler. Santan segera kan ada. Tak pun minum dengan susu.
achik
jangan tak tau.. kami pun jakun gak. Ai jadi tukang tekan cik mi jadi tukang potong. cik sue dok ambik gambar. Tergelak2 jer kat dapur tu hahahaha
MayMay
hang dok penang memanglah banyak cendoi huwaaaa!
nur
cendol siap!!
Sila datang sini dan ambik cendol anda! Self service ye hihihih
ye ke derma darah boleh buat badan naik? Ish tak derma dare eh darah pun badan dah naik bagai dipam pam. Camno?
Derma darah ni bagus sebab lepas derma, darah baru yang lebih fresh mengalir dalam badan hehehe
Pantang sungguh kalau muka tutup-tutup nih...
Lama dah tak menderma darah. Rindu pula rasanya........kek percuma pusat menderma darah itu.
Pantang sungguh kalau muka tutup-tutup nih...
Lama dah tak menderma darah. Rindu pula rasanya........kek percuma pusat menderma darah itu.
cendoi satu!! kurang maneeesssss!!
Salam...
dah agak dah, yg ditutup ngan bunga tu bkn cik punya blog ni, tapi kawannya... Cik nyer blog ni cuma nampak tangan & kakinya yg sebelah tu jer...
derma darah? tak pernah lagi... pernah gi masa belajar dulu, tp kebetulan masa tu masih dlm rawatan doktor, jadi tidak dibenarkan & ditambah lak tekanan rendah. Jenisnya memudah memberi tapi tak mudah menerima...
Woah! Hebat sungguh!
Saya tatau nak buat cendol..
Nanti nak mintak resepi :D
Huhu!
Beshnya jalang jalang..
Kepingin tapi tak buleh..
He he he!
dah lama tak makan cendol yg mak saya buat..huhu.blajar tak mau,harapkan mak je..hehe
salam singgah.
kira orait jugalah anti guna besen tapis tu. saya sini pernah guna penyandar kerusi yang ada lobang2 kecil. hahahaha... duduk di tempat orang mesti jadi kreatif dan pandai resaikel.
oh. saya tak boleh tengok gambar yang akhir tu. ada peristiwa saya muntah ijau+pengsan di hospital. hahaha =)
salam nisa kabare, awat kena sensor gambo tuh, kasilah kita tengok puan noMAH.. terliuq gak hikhikhik ;))
purp
awat? mengingatkan pada diri sendiri yang tutup muka dengan tangan gak ke? hahaha. Tak leh tayang, Cik akuatik tak bagi, dia suruh tutup dengan bunga hahaha
Rindu nak derma darah? pergi jer la ke pusat derma darah tu.
pa'chik
kau lewat! Kedai cendoi dah tutup operasi hahahaha
neen
hahaha.. cik tuan blog ni pemalu orangnya (bluwek!)
Memang suka derma darah. Rasa macam seronok tengok beg penuh dengan darah. Pelik betul lah! hahaha
ati
hahaha.. bentuknya agak kepelikan sedikit sebab tapis tu lubang-lubangnya berbentuk empat segi huhu
Jalan-jalan? hahaha pergi ikut kemampuan saja. Tak mampu duduk diam-diam
zwit
samalah kita. Banyak kuih muih yg mak terer buat tapi anaknya tak mahu belajar. Aku ler orang itu. Alahai.
eisraa
hebat tu guna kerusi haha. kalau tetamu tahu mesti tak lalu nak makan hahaha. lepas ni kita tengok apa lagi yang cikLeyha idamkan haha.
Darah? huhu. Kalau ingat dulu-dulu macam2 jenis darah kulihat. Cuma yang tak tahan baunya saja. Hanyir.
KakMon
hoh! Kena censo, kang semua orang 'tirguda' hahaha. Yang tutup muka tu cikAkuatik. Dia kata suruh tutup dengan bunga hihihi
Post a Comment