Monday, April 07, 2008

Kalau dah suka...


sorry ler aku tak pandai melukis ngan pad/tetikus macam ati hahahah

Hoh! Gambar tak sensor cuti-cuti cik Elly ke rumah aku ada kat sini hahahahaha


Pagi-pagi balik kerja terus ke rumah Akuatik. Acara makan semalam tak habis lagi.

Tiba-tiba...

"Kau dah baca berita tak?"

"Berita apa?"

"Latest pasal Sufiah."

"Tak." Kerut dahi. Semalam aku kerja sehari suntuk. Balik terus ke rumah akuatik. Tak de pulak cerita pasal berita. Pagi tadi pun kerja, tak sempat nak baca online news.

La ni aku dah baca. Kalau korang nak baca sama.. klik kat sini Video ada gambar pun ada. Tengoklah sampai ketumbit mata tu.

Ini yang aku maksudkan 'kalau dah suka'. Nak beri bantuan pun berpada-padalah.

Nauzubillah.

22 comments:

Anonymous said...

Itulah. Bukan sudah dikata, orang itu tak sudi ditolong pun. Dia tetap dengan fatwa Ummu Hadhari barangkali. Malah Ummu Hadhari pun masih tetap dengan fatwa itu, tidak ditarik balik. Mahu salahkan siapa?

Pa'chik said...

mereka ni gila pablisitinurhaliza sungguh...

padahal, lam rencangan nona kat tibi tiga petang semalam, ada cerita pasal anak melayu [tak tau la islam ke tidak] yang jadik gro kat kota lanun sana... huhuhu... yang ni, kalau nak gi tangkap.. tak pasal, hakim mahkamah syariah, pegawai yang pegi tu, kalau tak kena buang kerja, masuk jel... cam kat perak dulu, tak pasal akim tu kena tahan kes rasuah lima ibu inggit... gila babi sungguh...

Pa'chik said...

oh.. yang best nya, pemberita melaya la ni duk kutip gambar dan berita dari niusofdewerld ni.. yang memula sekali tu pakai terangselit artikel asal je...

khairyn said...

salam

mudin.
Dia dengan gembira buat kerja ni. Nak kata apa lagi? Dah jatuh hukum HARUS lah katakan.

Pa'chik
Aku setuju! hahaha
Jangan dorang sibuk cari aku suruh interview Sufiah sudah! Aku tak de duit nak bayar dia untuk interview weh hehehe

Sastri said...

tak tau nak kata apa dengan confession yang dia buat... harap2 masih ada sinar untuknya di penghujung jalan...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

boleh tak kau alihkan bentuk hati(mcm pedal ngan limpa pun ye) yang kau lukiskan tu? selain dari tak serupa macam hati,memang sungguh menyakitkan hati aku yang menengoknya...alang2 nak tunjuk apa kata kasi tunjuk terus...bukan ke? aku pun dah tengok video dia tengahari tadi...

orang sibuk nak bawak dia balik,tak kisah ler balik ke pangkal jalan ke, ke pangkuan keluarga ke atau ke malaysia ke, yang nak susah2kan diri tu ngapa? dia siap bangga dengan kerja baru dia tu...biar ler!kat paper sini pun ari2 kisah dia je...apa2 pun body dia mmg cantek! aik?!!

khairyn said...

sas
Aku doakan yang serupa juga buat dia. Aku doakan dia insaf juga. Semoga dia dan aku sempat bertaubat.

elly
hah! Ko lapar lagi ke? Tak puas makan ka? Cis! Gambor2 ko buat aku lapau jer. Ish! Rindu kat Dibah ler.

Saja jer aku bagi gambar hati warna pink tu. Kau pun suka shocking pink karer. Dia bangga jadi escort girl. Dapat macam2. Nak kata apa lagi? Body dia memang lawa. Er.. kau ni dah sembuh ke belum? hahahaha

Anonymous said...

Salam...

masa masuk blog ni ptg tadi, tengok gambar kat blog ni okay lagi ada covernya, sekali bila klik kat laman newsnya, terkejut gak, tak tercakap, terus pandang lain - tak lah baik sangat pun cuma mmg tak biasa, rasa pelik sesangat... kekawan (yang perempuan aje) lak perasan, so dia orang sibuklah nak tengok. Jadi macam-macamlah yang dikomen tentang dirinya tu, kenapa cam tu kenapa cam ni, mcm tak sesuai jer & tah apa2 lagi. Apa yang cam tu cam ni & tak sesuai tu x tahulah saya, mmg tak pandang pun apa yang depa dok komen tu. Apa pun semoga dia dibukakan hatinya utk bertaubat (peringatan utk diri sendiri gak, kan kita pun sentiasa berdosa).

Yang kat M'sia ni lagi patut diberikan perhatian, ni kat Buliten Utama ada kes cubaan merogol kanak2 umur 7 thn, apa tindakan kita? Dan semlm kat rancangan NONA, siap buat pengakuan lagi, happy dgn kerja2 cam ni semua, dpt hidup mewah. Memang betul2 sengal lah dia org ni.

izinni said...

alahaiii ... tak jadilah nak gi berubat ... kuat betui jin yang rasuk budak ni ek.

aku tunggu apa komen zahid hamidi lepas ni. hehehhe

akuatik said...

enpon ko kat umah aku neh, esok tunggu depan ccc tu la, aku gi hantar. ke nak dtg umah aku, pastu tgh hari kita kuar sekali gi costa?

Anonymous said...

yang pasti .. sufiah akan menjadi escort paling popular dan laris di tanah ratu.

khairyn said...

neen
hahaha
bak kata elly pedal ngan limpa.
Yg satu pihak nak mewah yg satu pihak nak puaskan nafsu. Dah ada supply and demand. Hmm..

izinni
hahaha.. aku pun tunggu juga. Besar apa.. jin dia. Sebab berani buat pose2 gitu utk tatapan public.

akuatik
aku abes kerja kul 10am. Aku ingat nak lepak library terus sebab aku kalau dok umah ko memang takkan membaca punyalah. Dok sembang jer. Jam 11.30am aku akan kuar dr library dan jalan ke sauchiehall. Terpulang kat hang. Tak pun at noon aku tunggu kat luar Costa.

izinni
ye lah hang ngan aku takkan mampu nak melanggani dia. eh I mean nak meng-interview dia hahahahahahaha

indera kencana said...

Dah tgk blog elle..
Hehehehehe.. terubat rindu tak?
Tak dapat balik, dapat tgk pokok mempelam pun jadi la, ek? hehehehe..

Selamat menempuh baki-baki hari di sana..

DeeN said...

Puyoooo!! Sexy siottt!!
Nah hai! Sakan suka sungguh dgn keja dia. Nak tulung lagu mana lagi? Tulung tengok bulehlah!

Psst!! Sedap ar tgk karipap mak akak buat. Udahlah daku nih hantu karipap. HuHuHu!! Cepatlah balik kak, saya nak tumpang makan karipap free kat Melaka nih. :)

Azhar Ahmad said...

Haduh pelik sungguh.... kita plak dok sebuk selamatkan dia dia memang suka plak biarlah...

Anonymous said...

jauh sungguh dah rupanyer sufiah pergi.....

x tahu nak cakap apa dah

:(

Anonymous said...

Hoho..
Tatau nak cakap apa dah..
Sian mak dia..
Hoh!

Anonymous said...

salam...

terkedu aku. lebih baik duit biaya rombongn ke london, bagi kat aku. boleh aku sambung study dgn buk khairynkat uni strathclyde...bisa nggak ...

zorrokantoi said...

rasanya kat sini pun ramai remaja melayu yang buat part time job macam tu. tak tahulah nak salahkan siapa. pernah satu masa dulu terborak dengan a college student from K.L di grand hyatt jakarta. katanya temankan 'uncle' meeting di jakarta. katanya 2 malam jer, dapat rm 1 k.

Unknown said...

body lawa, muka lawa, otak bijak tapi ngeng la pulak. aku rasa dia ni maths genius yang pertama di dunia yang jadi pelacur. record baru dunia tu...

asam pedas ikan parang mak ko sangatlah sedapnya...slurp slurp..

khairyn said...

indera
hehehe
pohon mempelam tu dah banyak sangat jasanya. Rindu lagi hahahaha
InsyaAllah, doakan ye?

nur
tu lah dia kata 'sayangnya pekerjaaan ini terlalu stigmatised' eh? Tak tau ke pekerjaan itu sangat bahaya?
Ye ye.. ibuku selalu membuat karipap sampai dia boleh buat karipap ngan pejam mata jer.
Silalah ke melaka kalau mahu karipap hehehehe

enchek azhar
itulah jua yang ku rasakan

khairyn said...

zahila
aku pun tak tau nak kata apa lagi. Bukan nak cuci tangan tapi kalau itu yang dia mahu. dia pun dah tak segan segan nak tunjuk body kat public. Kita nak kata apa lagi?

ati
mak mana yg nak anak dia jadi macam ni. Semoga dia ada belas dengan mak dia.

bimmer
itu la dia. Selamatkan anak-anak bangsa yang dekat dengan kita dulu. Tu ramai yang jadi call girls sebab nak hidup mewah. Apa yng kita buat nak bantu mereka?
entahlah

zura
aku pun rasa macam tu gak.
tu bagi tau kat elly tu ikan parang. Boleh dia tak kenal jenis ikan? Cis!