Wednesday, April 23, 2008

Edisi Promo

Oh! Aku nak promosi blog kawan aku Rizal Hashim. Dia bekas wartawan Berita Harian kemudian menjadi wartawan sukan di Malay Mail. Punya kekuatan dua bahasa - English dan Melayu. (Mungkin ke 3 - French hehehe). One of the best sports journalists/writers in the industry. Know his territory very, very well. A bit of maverick and issue stirrer, yet rational and unbiased when reporting.

Dia salah seorang contoh wartawan yang baik juga seorang blogger yang bagus. (hahaha Rizal, edisi promo ni perlukan 'bayaran' juga hahaha). Serius, dia memang penulis yang bagus. Pergi saja ke http://rizalhashim.blogspot.com. Aku pautkan dia atas nama Muhriz.

Tinggal sebulan lagi untuk peperiksaan akhir Tahun 2, tapi aku dah tergedik-gedik buat plan nak buat itu nak buat ini bila cuti musim panas bermula. Macamlah banyak masa dan banyak duit nak buat itu ini. Entah-entah kena kerja saja sepanjang cuti. Memang tak senonoh sungguh! Tapi yang pasti, aku kena langsaikan janji dengan editor. Manuskrip ke dua memang dah siap plot tapi research tak habis lagi, orang penting tak di-interview lagi, perencah pun tak siap lagi. Alahai... ada dua bulan saja nak siapkan semua itu. Boleh ke?

Cuma sekarang ni aku dah mula kemaruk nak mengumpul buku balik. Semua buku yang (tak) sepatutnya aku baca kat rak tu dah habis aku telaah. Kau orang ada buku-buku lain yang boleh direkemen (baca: hantar kat aku secara percuma hihihi) untuk aku? Mudin cadangkan Dari Beirut ke Jerussalem karya Dr Ang Swee Chai, errr.. macamana nak pesan ek?

p/s - Takziah buat keluarga Allahyarham Rustam Sani.

23 comments:

Najmuddin Yusoff said...

Sis, kalau nak buku tu, aku boleh cari dan pos kat kamu. :)

akuatik said...

dawkin-god's delusion

blackpurple @ jowopinter said...

O, dulu biasa baca tulisan Rizal di Malay Mail...

Anonymous said...

cakap pasal buku...

buku kena makan anai2...

uuwwwaaaaaaa

akirasuri said...

Macam pernah dengar si keladi tu sebut nama Rizal la sebelum ni..
Hahak!

khairyn said...

salam

tok
boleh ke? haha.. adakah aku akan menanti dengan penuh debar?? :)

akuatik
dah order kat amazon. 5 buku terus, dekat £19 aku kena kwang kwang kwang.

Purp
Bagi aku, dia antara wartawan sukan yang bagus. Sorang lagi Moose. Tulisan dia pun best baca.

kema
hmm.. cakap pasal makan..
nak ayam! hahaha
apa daaa buku boleh kena makan anai-anai.

ati
keladi? oh si tua miang keladi hahaha.. Dia terer kriket jer. Rizal all-rounder hehehe

pssttt.. rizal, jangan kembang idong ek

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Rizal...Mukhriz...Rizal..Mukhriz...dua nama yang aku suka,miahhahaha

Wei aku nak baju t-shirt Ronaldo yg baru tu agak2 boleh pos tak?Nama Ronaldo tu pun aku suka gak...hahahaha

ńĕĕń said...
This comment has been removed by the author.
ńĕĕń said...
This comment has been removed by the author.
Pa'chik said...

err... hahah.. tak tau nak komen hapa...

izinni said...

asik buku perang jer .. meh aku rekemen 2 nih.
1) rahsia cincin nenek
2) serigala yang licik.
author .. errr tak perasan la pulakkk ... hahahaha

muhriz ... brilliant spotswriter. semua sports dia sapu. ko rasa kalau sukaneka dia terrer gak tak?

Najmuddin Yusoff said...

OK. Nanti aku cari dan hantar. Address guna yang kat bungkusan tu ya?

DeeN said...

Hehehe.. baru nak offer bantuan kecemasan pos buku kat akak. Tok pantas dariku hehehe... nampaknya len kali lah ek akak.

Tok, pos kat aku satu tau hahaha....!!

Manuskrip novel ke 2 ke, kak? Wah! Berkilau2an mataku neh. gegegege..!!

Unknown said...

dah nak masuk setengah tahun, satu apa pun aku tak tulis lagi.

Kau punya 'terowong' didislay dengan penuh bergaya masa pesta ari tu. Tgk kat sini:
http://abumarwanhamdi.blogspot.com/2008/04/pbakl-gambar.html

Tahniah, tempat kedua dlm carta. Boleh kayo tu walau cuma 'co'. Pandai kau cari projek ek.

khairyn said...

elly
hehe.. nak aku cakap kat rizal, ko suka nama dia? achewah!!!! *kelip kelip mata paham*
Baju Ronaldo mana ni? bak sini website.

pa'chik
dah dua kali berturut-turut lidahmu kelu untuk berkata-kata. Mengapakah itu? lalalalala

izinni
huh macam best jer dua cerita yg kau rekemen tu. Rahsia cincin nenek satu!
Aku rasa kalau dia buat live telematch pun mesti molotup gak lah hahaha

tok
yep. Wah! Terima kasih.

nur
nak bagi yang lain pun ok gak hahahaha..
manuskrip tengah sangkut. Ish! Harap dapat disiapkan dengan cepat. Tetiba jer dapat idea untuk yg ke 3. Thanx iz
Selamat berperiksaan nur!

ainin
alaah ko kan dah ada Melah hahaha. Tak sabar rasanya aku nak cari buku Melah ni. Boleh baca ngan anak2 buah aku yg meningkat remaja tu kan.

Aku dah tengok gambar kat link. Wah tak sangka siap ada penyodok bagai. Tapi penyodok tu besar sangat pulak. Will punya tak de lah besar tu hahaha.

Tak sangka pula no 2 dalam carta. Kudos to the authors. Aku translate jer. Tapi cerita tu memang best. Aku pun suka baca, cuma ada ala-ala Dr Who, Harry Potter pun ada juga.

Anonymous said...

salam ryn

kau ada tak e-mel azrani, anak rustam sani...dulu aku sekolah dgn dia masa darjah 4, srk gombak 2.

mak lang

khairyn said...

sorry lah beth.

Dia dulu kat NST. Sue kata sekarang ni dia kat SC tapi sorry lah kami tak de contact no dia.

zorrokantoi said...

satu rak buku tu boleh habis ?. apa kata baca dictionary pulak. best of luck in you exam.

izinni said...

errr .. yg mana satu ni? andalusia tu ke? hehehhehe ... siapkan la si manis belanda ko tu dulu ... hehehhehe

akuatik said...

lupa nak tanya, org rumah aku ko dah interview ke

khairyn said...

bimmer
erk.. dulu kat sekolah ada kawan yang suka baca dictionary. Kami gelar dia walking dictionary. Memang sangat tinggi vocab dia.

izinni
aku tak sabar nak siapkan dutch lady sweet aku and then start on the Andalusia. Wah! Nak kena berteleku kat Granada ni lalalalala Thanks. Akan aku kembangkan idea kau.

Akuatik
Belum. Questionnaire tak siap lagi hahaha

izinni said...

abih aku nak kena carik tema lain ler untuk berfantasi. huhuhuhu .. sedeyyyyy ...

rizal hashim said...

Salam, khairyn,

Saya ingin mengucapkan sepenuh penghargaan kerana sudi mewar-warkan blog saya. Sedang bertatih dalam merangka ayat dan menyusun gambar dalam blog sehingga ibu anak lima menegur "kenapa tak de gambar, bosan nak baca panjang-panjang".

Apapun, disebabkan entry berbentuk promosi ini, cek anda sudah dikirimkan. The cheque is in the mail ceh wah!

Dah discharge ke belum? Harapnya semuanya dalam keadaan baik belaka.

Buat ibu anak lima, saya tak pandai sukaneka dan telematch. Itu saya tinggalkan kepada AC Mizal dan Din Beramboi yang membuat liputan Telematch dalam Astro Ceria 611 tapi sudah dialih bahasa!

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rustam A Sani. Saya bertembung dengannya di Carrefour Wangsa Maju dua tiga bulan lalu, tapi saya segan nak tegur. Maklumlah saya kenal orang tapi orang tak kenal saya hahahah.

Yang hidup pasti mati.

Al-Fatihah.

Salam dari KL.