Sakit.. tubuh badan dan.. hati
Tapi, dalam sakit-sakit tu sempat juga aku pergi menonton teater Hello Dolly di Kings Theatre. Teater ini memang menarik sungguh. Sudah beratus-ratus kali dipersembahkan malah pernah juga difilemkan sekitar tahun 1960an tak silap aku. Tapi mana sama feelnya menonton filem dengan menonton teater. Lagipun ia persembahan muzikal, tepat sekali dengan selera aku. Cerita teater ada di blog akuatik (seperti biasalah kan. Dah namanya ahli kelab underground) hahaha. Lagi satu, tak sah kalau minggu aku tidak diakhiri dengan acara makan-makan pula kan? Kali ini menu kami adalah mee hoon sup Kedah, apple crumble dan teh o ais limau (tawaq habiaq, maaf lah kawan ye, aku tak rasa pun air tu. Main redah je letak gula).
Tengah duduk-duduk tiba-tiba si Izinni pulak menegur via GoogleTalk. Tiba-tiba menyoal pasal blogger dan journalism. Apakah layak seorang blogger menggelarkan diri mereka sebagai wartawan? Hahaha.. Memang picit suis lah tu namanya. Sebab aku pun pernah buat entri pasal Jeff Ooi yang (mahu) menggelarkan dirinya sebagai wartawan.
Baik, di sini aku ingin terangkan. Seorang blogger TIDAK LAYAK digelar wartawan tetapi seorang wartawan BOLEH digelar blogger. Kenapa? Kerana seorang blogger tidak ada kredibiliti untuk menggelarkan diri mereka sebagai wartawan. Apatah lagi sekiranya dia hanya bersembunyi di belakang pseudonym. Isu ini sebenarnya masih lagi dibuka untuk debat umum. Tapi, aku berpegang kepada asas kepercayaan dan kredibiliti.
Memang industri atau bidang kewartawanan ini tidak perlukan seseorang mendapat pendidikan teknikal atau pengkhususan yang mikro. Malah untuk menjadi seorang wartawan yang baik, dia perlu mempunyai pendidikan secara makro iaitu merangkumi semua aspek samada teknikal atau bukan teknikal. Dia perlu tahu setiap yang berlaku dalam dunia, atas awan hingga ke angkasa lepas. Jadi pengkhususan itu sebenarnya tidak releven. Tapi, sudah tentu untuk menjadi wartawan yang baik, kamu harus menerima pendidikan dan latihan yang sewajarnya. Belajar mencari berita dan belajar menulis. Apabila sudah bekerja sebagai seorang wartawan, dia mula belajar membina kredibilitinya pula.
Apa bezanya dengan blogger?
Baik. Soalan aku pada bloggers yang mengaku diri kamu sebagai wartawan.
- Adakah kamu keluar mendapatkan berita untuk diisi dalam blog kamu?
- Adakah kamu perkenalkan diri kamu pada orang yang kamu temuramah?
- Adakah kamu membuat temuramah ataupun kamu membuat andaian/rumusan kamu sendiri? Dan yang paling penting...
- Kamu punya akridasi dari Kementerian Penerangan atau tidak?
- Kalau tak keluar, macamana kamu dapatkan berita? Telefon saja? Macamana kamu nak sahkan berita kamu tanpa hitam putih. Kalau masuk mahkamah pun kamu kalah sebab pihak satu lagi boleh mengatakan informasi yang dia beri pada kamu hanyalah hearsay - khabar angin.
- Kalau kamu tak perkenalkan diri kamu, macamana kamu hendak orang percayakan kamu? Bagaimana kamu hendak yakinkan pembaca kamu? Sekali lagi - informasi kamu mungkin hanya khabar angin.
- Sekali lagi, rumusan tanpa fakta, tanpa back up hitam putih - hanyalah khabar angin.
- Tanpa akridasi, kamu hanya berlakon sebagai wartawan. Kredibiliti kamu - Zero!
Maaf pada bloggers yang mahu mengaku diri kamu wartawan yang memberi perubahan kepada senario politik di tanah air. Kamu memang pandai menulis, kamu memang pandai memberi pendapat tapi kamu bukan yang bertanggungjawab merubah warna politik. Juga kepada bekars-bekas bos aku yang masih lagi galak menulis senario politik di blog masing-masing. Kamu ada tag nama lagi ke? Tak perlu dabik dada sebab aku lebih hormat pada wartawan-wartawan 'asli' yang keluar mendapat berita tak kira hujan, tak kira panas dan dicemik oleh segelintir manusia. Walaupun dia lidah kerajaan atau lidah pembangkang, sekurang-kurangnya dia ada tag nama yang mewakili syarikat tempat kamu bertugas. Kamu?
Harapkan blogspot.com? Umpama duduk di setingganlah jawabnya. Tak perlu bayar bil, tak perlu bayar cukai pintu. Macam ini kamu hendak mengaku wartawan lagi?
Perbualan aku dengan izinni.. silalah ke blog dia.
disclaimer : Tidak ada niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak. Alhamdulillah kenalan-kenalan dunia maya aku walaupun punya pendapat politik yang bagus tidak mengaku diri mereka seorang 'wartawan'. Aku cuma menerangkan berdasarkan pengalaman dan didikan yang aku terima waktu ini. Jangan ambil enteng tugas seorang wartawan. Kalau kamu rasa kerja ini tidak perlukan otak 'rocket scientist', aku cadangkan kamu pergilah cuba nasib meminta kerja di syarikat media tu.
Oh! Untuk yang tidak kenal aku - aku bukan bekas wartawan hiburan. Jangan tanya aku pasal artis sebab artis dalam negara yang aku kenal cuma Siti Nurhaliza dan artis luar negara yang aku tahu wajah dan suaranya cuma Michael Jackson saja.
Sekian, terima kasih.
19 comments:
huh...marah betul cik khairyn kita ni...siapa lak mengaku jadi wartawan tu sesuka hati,kalau camtu baik dok kat umah je x payah susah2 pergi opis,x payah susah2 nak kena keluar cari berita then x payah nak tahan telinga dari kena marah ngan boss lagi...saper nak jawab tu...
artis dalam negara bukan hanya siti nurhaliza je yang hang kenal nyah...nak aku senaraikan siapa lagi yg hang kenal?cuba bukak balik buku kecik hang yg penuh ngan lagu jiwang karat tu,aku pun kekadang boleh x tau wujudnya kumpulan tu...hahhahaha...wei mana pergi buku ajaib tu hah? hang angkut skali apa? layan jiwang hah!
biaq pi lah depa nak gelar diri depa tu wartawan ka apa ka.... banyakkan bersabar ya? Hehheh!
p/s: Tok kecek saja, tok tak gheti wartawan tu pekebenda, blogger tu pekebenda :D
erkkk gambar takde ke
bunyik cam demam denggi je.. hehe...
oit oit.. sapa tu.. artis yang kena tangkap khalwat ngan che'gu tadika tu hari tu.. kenai dak? :P
Err .. dulu selalu berangan2 nak jadi wartawan. Wartawan bahagian jenayah. Tp cita2 itu terkubur macam tu saja. Sebab saya lebih layak jadi blogger kerna tidak ada ciri2 yg di sebut oleh akak tadi. HaHaHa ...!!
Tp saya mmg respek ngan wartawan yg hebat dan cool cari berita terutama bahagian jenayah. Ada ke tokoh wartawan macam tu kat Malaysia, kak?
oh gitu rupenya. dulu pernah seorang tu berkecil hati sebab kita tak address dia dengan pangillan doktor. kata dia, penat dia kursus 18 bulan dalam didang perubatan (hemopathy) tapi ada orang yang tak appreciate title doktor dia. katanya kebolehan dan kepakaran dia sama dengan doktor perubatan dan juga doktor persuratan (pHD). ada persamaan tak kes ini dengan kes bloggers dan wartawan ?
salam
elly
ish mana ada aku marah? kalau aku membebel tu, belum marah lagi. Relax jer tu. Hahaha saga kena marah dengan bos esp si BS tu dulu. Dalam bengkek2 aku tetap sayang kerja aku dulu, sebab apa? Kalau bos aku marah, aku boleh marah dia balik. Kalau bos aku tengking, kami boleh tengking balik. Amacam kalau anak buah kau tengking ko ek? kekekeke.
Buku hitam sakti rock kapak ku selamat disembunyikan di rumah Melaka huhuhu.Tu sebab x dak nak layan jiwang kat sini.
tok
hahaha. Ini semua gara2 si RoslanSMS yg mengaku dia wartawan. Mengamuk si Izinni. Kira picit suis aku gak tu.
Orang pandang mudah kerja ni sebab ia tak perlukan technical skill, padahal utk jadi wartawan yg bagus, perlu ada banyak skil - Jack of all trade.
p/s Bila tok kecek serius, kecek tok ada fakta. Bagus sangat tu. Tok kira kategori blogger bagus hahaha. (bukan bodek tapi realiti)
akuatik
mana aku ambik gambar. Mood tak de. Pun ada sikit bengong sebab earlier aku telan panadol active fast haha. Gambar kat blog ko pun dah ada.
pa'chik
kat sini tak de nyamuk ler.
oh artis tu... :p
nur
semua wartawan kalau asah skil untuk cari berita boleh jadi wartawan hebat. Yang penting mesti ada tahap ingin tahu yang sangat tinggi, kredibiliti diri sendiri. Bagi akak boleh dibeli (orang bagi kita ambil hahaha) tapi tak boleh dibabukan, rajin dan humble. Wartawan jenayah sebenarnya tak berapa mencabar sangat tapi dia mula 'menyiasat' maka dia boleh jadi wartawan hebat.
Ada tokoh wartawan macam tu cuma susah sangat nak jumpa dah sekarang ni.
bimmer
hahaha.. lebih kuranglah kot ye. 18 bulan study dah nak minta digelar doktor? Rasanya practitioner lebih tepat kot? hehehe.
Menghormati profession itu tak sama dengan menghormati orang yang melakukan profession tersebut. - Does it make any sense to you?
ohh.. artis tu.. kenal, kenal... hehehe...
aku tak suka sigemukbotaktibitigacambagus tuh... meluat nengok dia.. hahah... [kira wartawan ke?]
Salam...
gusi tu masih bengkak lagi ke?
tadi kekawan sibuk bercerita pasal artis yg katanya bercinta 9 thn, kahwinnya cuma 10 hari. Beria2 saya tanya, last2 ckp, tah tak kenal... biasalah dunia artis dlm bab kahwin cerai ni... tu yg selalu buat kekwn geram... rasanya banyak lagi benda lain yang lebih penting utk diambil tahu...
Blogger layak di gelar wartawan. Tetapi, wartawan tidak rasmi-lah. Wartawan masa kini hanya tahu menceduk berita dari org lain, diolah sedikit utk menyedap cerita, dan wartawan kini sudah hilang etika kewartawanan. Cuma lebih wartawan adalah beritanya mudah masuk media. Kadang-kadang berita dari blogger lebih sahih dari berita dari wartawan.
pa'chik
hahaha kau kenal? bagus... Aku bangga kakaka.
Dia asalnya wartawan. Sekarang bertambah glemer. hahahah
neen
ye bengkak lagi. huhu. Adeh
Saya memang tak pernah ambil pusing kisah artis walaupun ditempat kerja lama dulu selalu juga artis bertandang. Kalau nak tahu pasal artis saya selalu tanya Elly saja. Dia tahu banyak. hahahaha
anon
Adalah lebih manis dan sopan sekiranya kamu meninggalkan nama.
Seperti saya kata, kerjaya wartawan letaknya pada kredibiliti. Sekiranya wartawan fuck up kredibiliti syarikat boleh back up dan begitu juga sebaliknya. Pendapat saya bersandarkan pada kredibiliti, akridasi dan akta dalam media/persuratkhabaran.
Bloggers tiada akridasi dari mana-mana badan yang diiktiraf negara atau dunia. Titik. Bukan maksud saya bloggers menipu maka wartawan (yang menipu) juga harus kita percayai. Itu sebab penting seorang wartawan beri informasi yang sahih dan boleh disah kembali sebelum mengeluarkan berita. kerana itu wartawan terikat dengan ISA dan juga OSA. Kita semua berpendidikan, pilih yg mana kita mahu.
Blogger tidak layak digelar wartawan sama ada rasmi atau tidak rasmi. Atau kamu melabelkan penagih dadah sebagai 'doktor'?
As i said, respect the profession but you can choose not to respect the practitioners.
salam
mek, mu jange maroh. aku tau mu bekas wartawan. aku banggo bena ada saing ex-wartawan. aku suko tumpe tengok blog mung.
Jaga kesihatan. Jangan lupa makan ubat.
Salam, mek...
Amboi, waduh waduh, gusi bengkak yang menyebabkan kamu begini sih..
kenapa in marah marah ing
Anyway do drop by at my blog. It's focus is on sports. Malaysian sports.
kat sini masing2 masih demam. aku pun baru je baik sakit tekak maha hebat (seumur hidup, ni le sakit tekak paling MAHA).
Aku rasa jadi wartawan ni glemer, sbb tu ramai mengaku wartawan. Entah le, aku tak paham sangat sbb aku pun baru berkenalan dgn blogger x-wartawan. Ko le, sapa lagi.
Hoh!
Saya pun baru baek dari demam..
kwang kwang kwang..
yang pinky tu ok ke?
aku panggel mat gian doktor.. lam semak.. ekekek...
aku tanya izi, pasal MSO, masuk buku gak ke, dia gelak je.... ish... kira tak orang tua tuh? cam koya-koya je aku nengok.. hahah...
Beth
ish mana ada marah? Cuma nak tolong betulkan persepsi jer. Tu la jarang serius, sekali aku tegak badan sket jer orang kata aku marah. Ish! hahahaha
indera
baik bos! :)
rizal
bonjour ex-sport journalist Malay Mail hahahaha.
Sakit gusi dan gigi adalah sakit yg paling bahaya sekali sebab boleh buat kepala biul :D
will drop by. Promise!
Pssttt.. juli tengah gatal kaki nak meronda Madrid. Hola!
ainin
hahaha.. kat sini satu hari 14C esoknya 9C pas tu naik lagi 12C pas tu turun lagi 4C.. Mahu tak luluhawa badan aku ni!
Yg glamer wartawan hiburan ngan broadcasting jer kot. Kalau aku ngan izinni ni mana adalah glamer. Orang pun tak kenal. Er! Tu yg aku suka tuu.. (ego tinggi giler!)
ati
tenkiyu bebanyakkkkk... dah ok dah tu. Ingat deting kita tahun depan k!
pa'chik
hahahahaha.
errr.. aku pun nak jawab macam iz gak la
'no comment'
zip mulut lalalalala
cheh... dah la izi ilang lagi.. hahah...
Post a Comment