Makan
Dah lama sungguh tak makan ketam. Dekat tiga tahun dah.
Hari Ahad hari tu Leyha buat makan-makan tapi aku tak dapat hadir. Alasan = kerja. Dah pesan kat Leyha, mesti tapau untuk aku.
Balik kerja, tengok ada satu beg plastik makanan untuk aku. Happy!
Ada pepahat, ada ketam, ada udang masak sambal tumis petai. Sedap. Sangat sedap. Semua binatang tu besar-besar saiznya.
Duduk makan dengan tekun. Menikmati ketam yang besar dan keras. Ambil anak lesung batu nak pecahkan sepit dan nikmati isi yang manis.
Lupa nak ambil gambar sebab begitu menekuni makanan yang sedap. Sangat sedap. Sedap sangat.
Terima kasih Leyha walaupun mengelat masak sebab import chef istimewa. Lain kali buat lagi ek? hihihi
opocot: Hari Jumaat buat kerpok lekor.Guna ikan makeral saiz sederhana enam ekor. Cicah sos cili sambil tengok pembukaan sukan Olimpik di televisyen. Hummm.. gambar? Ada-ada... nanti akan upload. (Lepas habis cari lagu rock kapak ye)
15 comments:
kenapa makan encik ketamm??
encik ketam tak bersalah!!! kesian anak2 encik ketam menunggu kepulangan beliau!!!
T_T
ketammm... udang... sedapnyerrr... pepahat saya tak berapa mamam....
hmmm... bila khairyn nak balik mesia? saya banje p bagan lalang nak?
salam,sedap nye akak makan tu..jealous ni!hehe..
mmm...dapat bayangkan je ler...terliur pulak nak makan ketam masak lemak tapi skang ketam pun mahal...ambik ler gambo kalau boleh ngan rambut hang yg kaler biru indigo tapi tak jadi sudahnya tu...wakakaka...(zura x percaya aku cakap hang kalerkan rambut apatah lagi bila sebut kaler biru...dia kata ngapa tidak kaler pelangi)
Apa ler rasa keropok lekor ikan makeral tu?..lagi best kalau dapat makan ditepian pantai...huhuhu..
Ketam saya tak berapa reti sangat makan. Tapi kalau ada yang tolong kupaskan, saya makanlah. :D
oit oit.. buku ko ada kat lebri di temasek lah...
ow ow... ko dah tukar tag line blog eh...
aik! sudah tukar kaaaa?
Err..Adakah daku tak bungkuskan kerabu sotong? :D Aiseyy..Lupelaa tu gamaknya. Kurang dah satu makanan laut.
Ehee..wajiblaa ada chef istimewa, kalau tak, nak harapkan diriku..takdela jadik sesedap gitu. :P
Okay ni nak marah ni! Di manakah keropok lekor daku??? Huhu..
salam
OJ
Makan encik ketam sebab encik ketam rela di makan. Huh!
Jap jap, aku kena tanya chef, itu ENCIK ketam ke PUAN ketam?
Sas
Kalau Sas tengok pepahatnyer.. huh memanglah saiz Europe. Besarrrrr. Satu pun dah ok.
Nak belanja makan kat Bagan Lalang??? Adakah benar??? Yaribba!
Haries
Jeles? Jangan jeles hehehehe
Elly
Erk.. gambar rambut setelah dikedaigambarkan boleh ke? Aku kena cari warna yg seswai kat kaler palette dulu. hehehe.
Kalau boleh kaler pink ke ijou pucuk pisang ke merah hati ke, aku dah buat dah.
Rasa kerpok tu tak berapa kick la, mungkin sebab ikan tu dah lama frozen.
Purp
kalau kau tengok aku makan ketam hari ahad tu mesti kau gelak lah. Bersungguh-sungguh aku ketuk ngan anak lesung kekekeke. Sepit keras sungguh.
Kopek ka? Mintak tulung sama Sas laaa.. kalau aku kopek kira masuk mulut aku jer ler hehehe
Pa'chik
heh! ha ah laaa.. hehehe
Yep, aku tukar tag.. biasalah orang fickle minded ni suka berubah-rubah.
ainin
sudah tukar lor kekekeke
Leyha
ye ye kerabu sutung ada... lupa nak mention. Dah kena sideline dengan ketam laaaa hahahah
OK OK jangan marah. Kat rumah ada eskrem.
Ceh! sikit-sikit marah, sikit2 marah. Ni yang aku marah gak ni!!
kat skotlen takde tepung sagu eh??
tolong jawab soklan pokcik.
"Kami malas nak pi kedai beli tepung..kat umah kebetulan ada tepung ubi huhuhu"
bestnya buat keropok lekor sendiri.. saya slalu beli yg dah siap goreng je.. punya la pemalas.. ekeke.. ;p
sangat jelesnya la tgk The Pipits jalan sakan.. :)
ooo macam tu ke wat keropok lekor...aku ingat kalau ada factory je boleh wat keropok...kat rumah pun boleh ek..heheh..jahil tul aku ni, tau makan yang dah siap goreng jer. Nak cuba buat lah...eh tepung ubi je ek? banyak ke tak tepung tu? garam secukup rasa? pepper tak taruk? (heheh dah terpengaruh tengok mat saleh masak kat AFC, mesti boh pepper...)
mimi
bagus boleh tolong jawab
achik
huh! kalau kat rumah tu memanglah malas sebab semua ada, tapi bila dah kat sini... semua kena buat sendiri hehe
zura
elok guna tepung sagu. tapi kami x de stok tepung sagu, yg ada tepung ubi ngan beras. kau jangan pulak guna tepung biasa... kang jadi cekodok ikan plak hehehe
Post a Comment