Thursday, August 14, 2008

Rock Kapak

Kebelakangan ni suka sangat dengar lagu rock lama-lama. Lagu yang orang gelar Rock Kapak (kami panggil rock kapak, beliung, cangkul, keris, pisau dsb). Lepas tu bila dengar lagu lama-lama ni mesti teringat cerita lama-lama jugak, cerita zaman sekolah. Zaman belakang kelas budak-budak lelaki jadikan medan wrestling. Mentang-mentang kaum Adam dominasi kelas aku (Science stream), memanglah kecoh. Asal cikgu keluar aje, kat belakang tu mesti jadi wrestling ring. Kadang-kadang empat lawan satu. Si lizal, atau orang panggil Bob (kenapa ek kalau orang tu badan besar, nama dia otomatik jadi Bob?) akan berdiri tegak, lepas tu ada empat orang akan cuba bergayut kat badan dia. Kira terer gak lah si Bob ni.

Ingat kat Ayin yang pernah nyanyikan lagu untuk aku hahaha. Kononnya memujuk sebab semalamnya kami gaduh besar. Entah apa lagu dia nyanyi aku tak ingat, tapi masa tu aku dok pejam mata. Dia ingat aku marah kat dia padahal aku tido hahaha. Si Ayin jejaka idaman ramai masa tu, kononnya rocker alim huhuhu alim taik kucing adalah. Jual nama sebab dia juara menghafal surah Yaasin, aktif pengakap ngan aktif drama. Hehehe.. best friend aku dari tingkatan tiga. Tak tahulah aktif menyanyi lagi ke tak lepas jadi bapak ni. Adeh!

Sorang lagi kawan rapat aku, si Zul. Bercita-cita nak jadi rocker. Itulah idaman dia, nak jadi rocker. Sama aje dia ngan Ayin, simpan jambul panjang lepas tu tarik ke belakang hahaha. Tapi kelebihan Zul ni dia orangnya lembut dan pandai melukis. Cuma benda yang dia selalu lukis tu mestilah gambar katun rocker rambut panjang, macam Gayour zaman dolu-dolu. Sayang Zul tak kembangkan bakat melukis dia. Apa agaknya cerita dia sekarang?

Masuk Tingkatan 6, geng aku dah ramai perempuan dari lelaki. Tapi yang perempuan ni pun sama hebatnya dengan geng lelaki yang dulu. Si Elly, kawan katil atas. Peminat tegar Awie dan Wings. Pagi-pagi jer dah melalak dengan lagu Bazooka Penaka. Naik pening kepala kotak aku. Hebat sungguh penangan Awie ni sampai aku kena temankan dia pi bergambar ngan Awie kat Odeon kot masa Awie datang untuk promosi pilem. Oh! Dengan aku aku sekali dok bergambar ngan Awie. Nasib baik rumah aku kat Ampang, jadi balik aje, dua-dua bengong, tersengih sana tersengih sini, guling-guling atas katil. Kira happy tahap maksimum masa tu.

Bila zaman hip hop melanda, semua jadi hip hop. Pakai topi, gantung CD lip lap buat rantai. Nasib baiklah geng aku tak ada yang gila spera macam tu. Cuma si Intan terjatuh cinta dengan AC Mizal 4U2C. Bila KRU keluar, dia berpaling tadah. Masa tu cakap pun mesti ada Yo! Yo! Siap ngan gaya-gaya sekali. Peace!

Bila Bon Jovi datang Malaysia, aku excited sangat-sangat. Oh! Masa tu tak kira, ada kawan ke tak de kawan ke nak ikut, aku tetap nak pi tengok konsert. Hah! Tu diaaaa... aku terselit sengsorang antara beribu riban umat kat Shah Alam Stadium pi tengok konsert. Habis konsert, servis bas pun dah tak ada. Tapi malam tu, aku rasa pemandu bas ngan konduktor bas yang nak balik depot buat duit lebih. Angkut kami dengan harga RM2 sampai Armada Hotel (PJ) RM3 sampai Bus Stand Klang kekekeke. Itu pengalaman aku pi tengok konsert sengsorang, tiket berdiri kat padang. Pi sengsorang, balik pun sengsorang. Ingat dah insaf lah kan, tapi bila Michael Jackson datang Mesia, aku pi tengok konsert dia gak hahahaha. Gila dan bodoh!

Tu yang buat aku sengih sengsorang kalau dengar balik lagu-lagu rock kapak ni. Er.. korang ada idea lagu-lagu rock kapak yang lain ke? Tak nak lah yang terlalu fames. Ada dua tiga lagu yang aku download tapi si Imeem ni bengong, tak nak upload kat playlist.


16 comments:

Pa'chik said...

ayin tu.. kira cam penyanyi yang pandai berzanji tu lah ye.... hahah... camo...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

weiii......lawak giler...wakakakaka...ko ingat lagi aku suka dengar lagu awie & wings pagi2,asal bangun je lagu wings,balik sekolah lagu wings,sampai putus ler kaset tu aku layan...wakaka...kalau x silap aku intan ada cakap 'lagi sekali ko pasang lagu wings ngan radio tu skali aku baling dr tingkat 16'...wakakaka...tapi dia layan gak!

Fuh best giler dapat jumpa awie masa tu..sebab masa tu dia tengah ngetop giler,muka pun cun,badan pun slim skang ni jumpa awie kat carrefour pun aku tgk sebelah mata je..bila ingat balik zaman dulu tu rasa bengong sungguh!...tapi makacih ler sbb sanggup temankan aku pergi odeon malam tu,balik naik bas happy smpi jalan terhuyung hayang....malam tu birthday hang la...ingat tak?

Aku ingat lagi intan asal nak pi sekolah je bukak lagu Fiona,sambil pakai baju sekolah menari2 dalam bilik...bengong tol ler kalau ingat masa tu..aku rasa dia sorang je yg terencat layan hip hop sebab giler kat AC,pastu jatuh cintan lak ngan yusri KRU...wakakaka...

Aku rasa memang zaman sekolah tu ler yang paling best sekali..lagu cintan skang mana ada best cam dolu2...mana yg rambut panjang,bercelak bagai,kasut takat lutut,seluar ketat x hengat smpi nak putus urat perut...hahaha...

Tapi aku paling respect ngan hang sebab boleh pi tengok konsert Bon Jovi sorang2 pastu dok ligan bas tu sebab dah lewat malam,nak balik naik cab masa tu baru2 keja duit pun kena catu,nak dapat cab pun susahkan...hahahaha...hang memang hebat...syabas inspector sahab!

SHIMI said...

Salam. Jom layan lagu May satu.. tak pun lagu Junction ke atau dari album Battle of the Bands. Salut Rock Kapak

zwitterion said...

masa sekolah menengah dulu, ada sorang ni pi konsert KRU. pastu dia buat bisnes jual gambar2 yang dia tangkap masa pi konsert.ramai yang beli, termasuk la saya..hik.hik.
la ni tak tau dah pi mana gambar2 tu..

Anonymous said...

huhuhhahaha..

kami (yes, kami as in my officemate and I) ada baaaanyaaakkk lagu rock kapak.. kau mau?

aku ada jugak rock kapak punya lagu.. banyak jugak.. tapi ko tau lah aku.. kebanyakkannya bukan lagu rock kapak, tapi lagu orang nak kene kapak *lagu setan* T_T

anyway... walaupun aku kadang2 sakit hati sbb lagu rock kapak nih banyak ikut influence Yngwie Malmsteen, tapi ROCK KAPAK RULESS!! HIDUP ROCK KAPAK!!

now where did I put my bloody (literally) axe?

QUDS REALCLOCKWISE said...

ROCK ..........
try lu layan samarkhan bloodshed.
rosdan punya gaya tersendiri.. lu layan srikandi CINTAku ..takat ni tak de org dapat beat original singer lagu ni..
warocktua.............

achik said...

rock kapak best.. tangkap 'leleh'!! heheh.. dressing ganas, skali lagu, mendayu2.. jiwang giler.. hahaha..

dulu saya tumpang layan lagu2 band feveret kakak saya cam BPR, Ekamatra, Iklim, Teja, samudera.. :D

indera kencana said...

Hehehehehe... Khairyn dah bukak topik "Mari Terkenang Semasa Dulu" neh.

Kitakan sebaya. Zaman kita sama. Memang masa tu hampir kebanyakannya minat Rock Kapak terutamanya yang dari kampung macam saya. Yelah, kami budak kampung mana tau nak dengar Belinda Carlisle atau Madonna. Vanilla Ice dengan MC Hammer pon tak penah dengar.

Yang kitaorang layan masa tu memang May, Wings, Search, Bumiputera Rockers dan macam-macam rockers yang mcm Elly kata rambut panjang dan suar ketat. Gaya nampak ganaz, tapi nyanyi lagu cintan melewah. Macam Awie kata,
"Seluar koyak main cinta. Menangis dengar lagu cinta. Uwek. Uwek. Uwek. Hehehehehe... macam zaman tu mcm2 peliknya.

Lepas SPM, masuk form 6. Dah dapat lesen besar sikit. Kalau tak balik tidur kat umah, tumpang tidur rumah cikgu bujang. Mak Apak tak kisah sangat dah. Masa tu Fotograf meletup-letup dengan "Di alam fana cintamu". Sanggup sewa van buruk, tong-tong ramai pegi Pesta Laut Lumut tengok Konsert Fotograf. Sanggup berasak-asak 15 orang dalam satu van. Puas hati giler dapat tengok Shamrin nyanyi.

Malam tu kene tidor tepi pantai sebab driver van tipu kitaorang. Janji nak amik, tapi tak mai amik. Dah la bangun pagi, kepala penuh dengan pasir. Kena menapak 10 batu ke jalan besar tunggu bas nak balik kampung. Tapi semangat tu mesti ada!!! Sampai kampung, drebar van tu nyaris tak masuk ospital kena belasah ngan kitaorang. Hehehehehehe... belasah manja.

Masuk ITM diperkenalkan dengan pengaruh baru. Masa tu lagu Come Undone tengah popular dan Kumpulan "Cili Lada Pedas Panas" (Red Hot Chili peppers) kata DJ Nasar. AC Mizal masuk ITM sekali dengan saya. Siap satu kumpulan lagi sepanjang minggu silaturrahim tu. Tapi saya bodoh-bodoh tak kenal dia walaupun ramai kata, "Wahh ko satu group ngan AC? Wahhh group artis neh". Tapi saya tak rasa macam artis pun. Hahahahaha sebab saya tak dengar 4U2C. AC ok. Dia baik sangat. Kelakar. Memang dia tak sombong.

Masa di ITM tu banyak kenangan manis-manis. Dalam gila-gila remaja tu, saya suka lagu Ann, "Cinta Melankolia". Lagu ni memang selalu diputarkan di SinarFm sekarang sebagai lagu retro. Bila dengar ni, saya akan terbang ke tahun 1993-1994. Sedih tak tau nak kata. Pernah menitiskan airmata dalam kereta, teringat kenangan zaman nakal di ITM dulu.

khairyn said...

salam

pa'chik
hehehe aku tak taulah, tapi dia perasan suara sedap, aksi nak ngurat pompuanla katakan. Aku kata suara dia sengau. Memang dia x leh nak auta ngan aku kakaka

elly
hahaha, maunya aku tak ingat kau ngan bazooka penaka tu. Memang aku rasa macam nak tolong intan angkut radio tu campak jer dari tingkat 16 hahaha. Asal bangun pagi jer melalak. Aku rasa macam dah boleh hafal satu album.
Eh ye ke hari tu besdey aku. Tak ingat plak. Tapi yg aku ingat kat gambar kita tu ada minah enter-prem kekeke.
Intan memang gila! Hari-hari dok i love u AC pas tu I love u yusri. memang tak leh pakai si intan tu haha. Eh bukan ke kita pernah dedicate lagu intanku kesepian kat dia dulu? hahaha
Kumpulan mana dulu tu kalau nyanyi pulas-pulas mikrofon? Rambut mengerbang macam hantu tapi nyanyi lagu jiwang macam nak nangis. Ish.
Eh sebelum pi konsert bon jovi tu aku singgah rumah member solat maghrib dulu tau. pi konsert tak pikir nak balik macamana hahahaha bodoh!

Shimi
salam. hahahaha tiba-tiba teringatkan mamat2 kumpulan junction tu. Adoi sakit perut.
Nanti saya cuba cari lagu tu.. problemnya susah plak nak upload kat imeem ni

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

wei...wei...kumpulan yang nyanyi mikrofon pusing2 ngan rambut mengerbang tu namaya DINAMIK...wakakka...takde musim dah orang wat rambut sarang tebuan tu...wakakaka...kalau pi rebonding sure sikit je rambut dia...sikat pun boleh patah...lawak sungguh!

Malam tu memang birthday hang....aku ingat lagi! Aku siap tulis diari tu duluuuuuuuu.....

khairyn said...

zwit
aku dapat tiket free ke konsert KRU tu tapi last minute tak leh pi sebab kerja. rasanya sampai sekarang ada lagi tiket tu. Simpan dalam kamus hahaha

OJ
List asal aku tu lagu2nya menakutkan. Aku dengar pun aku takut. Apasal dulu aku dengar lagu2 setan macam ni hahahaha
huh! Tak sangka ramai peminat rock kapak rupanya.
you want your axe? me think me took it laaa hahahaha

cucumatlela
aku nak cari lagu yg x berapa fames tapi best kekeke. nanti aku cuba upload.

achik
tapi lagu dulu2 tu liriknya best, kira rock tapi masih puitis lagi la kot. Lirik lagu sekarang ni macam tak kena jer
ye ye dressing sikit punya maut tapi lagu tangkap leleh hahahahha

indera
hahhahah hebat lagi kisah indera dari saya. Tak de la sampai kena tido kat tepi laut. Ish tak berapa minat sangat fotograf hehehe
Tu la bila ingat-ingat balik cerita lama asyik nak ketawa jer. Bodoh betul time tu.
Pengalaman tu sangat mahal. Yang jadikan diri kita siapa.
Saya pun nakal gak tapi alhamdulillah tak terlalu nakal hahahaha

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kelakar lak aku baca citer indera kencana tu....ingatkan hang je lawak pi ligan bas beramai2 masa balik tengok konsert bon jovi tu rupanya dia lagi kesian kena tinggal ngan driver van lagi....camne diaorang leh berasak beramai2 dalam bas tu....itu pasal driver van x datang kot sebab sudah senget dia punya tayar van....wakakakka....memnag hebat penangan rock kapak!

rizal hashim said...

salam kita tak minat rock, kita sentimentalist...hahahaha, sambil berblog dengar lagu sudir, alleycats dan roy and fran hahahaha

gitaris fotograf tu jiran i dulu, shahrul namanya, selalu bawak VW dia round padang.

mek salam cikmina, iya...

Unknown said...

rocker aku cuma satu...AMY SEARCH!
dulu, kini dan selamanya(?)...mungkin ya mungkin tidak...mungkin bila dah tua nanti aku tak nak dengar lagi lagu2 ni...nak ngaji jer...

khairyn said...

elly,
hahahaha ye ye Dinamik. Suka buat aku gelak dengan gaya nyanyi dorang tu. Adeh!
Lagu-lagu Rock Kapak tu best sebab liriknya masih lagi puitis. Rock babe!

rizal
hehehe.. rock kapak tetap best wooo... awak ni kan, orang ingat garang tapi rupanya jiwa sentimental habis! hahaha.
InsyaAllah akan disampaikan salam, tapi cikmina baca blog saya juga. nanti dia jawab sendiri hehehe
Erk! Saya tak berapa minat fotograf hehehe

Zura
hahaha ingat time kita pi tengok konsert Amy Search kat JB hari tu kan?
Hahaha, kadang-kadang dengar lagu lama ni mengimbau kenangan lama juga. Oh! Ngaji tak perlu tunggu tua. Sekarang pun kena amalkan kan kan kan??? hahahaha

Anonymous said...

GIMME BACK MY BLOODY (LITERALLY) AXE!!!