Oh!
Patutlah aku rasa sangat bahagia semalam, rupa-rupanya hari ulangtahun.
To my dear Sayang,
Happy Second Anniversary. I miss you so much!
xxx
Patutlah aku rasa sangat bahagia semalam, rupa-rupanya hari ulangtahun.
To my dear Sayang,
Happy Second Anniversary. I miss you so much!
xxx
Posted by khairyn at Thursday, August 28, 2008
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
12 comments:
Sayang,
Dua tahun kau tiada di sisi, aku bagai hilang sebahagian dari diriku. Kalau punya sayap mungkin aku akan terbang ke sana atau mungkin kau akan pulang ke sini.
Eratnya kita kadang-kadang membuatkan kita seperti dapat merasakan ada yang tak kena sekiranya terjadinya sesuatu walaupun jarak kita jauh beribu batu.
Dua tahun...
dalam dua tahun ini aku sering mengharapkan agar kau ada di sisi memberi semangat di kala aku berada dalam kesedihan dan juga sama-sama meraikan ketika aku bergembira. Tapi aku bersyukur, walaupun kita terpisah jauh, KITA TETAP DEKAT.
Selamat menyambut ulangtahun ke-2.
I MISS U TOO...
eee..
geli jer!
Anon
huwaaaaaa!!!! miss you much.
mimi
Jeles!
adehhh ... cair kahak aku. bluewekkkkk .. hehhehhekekkeke ...
geli geleman weiiii .. adehhhhh
woit .. aku punya dah 20 muka tapi terus stuck. hahahhahha ..
erks..
bila dah publish n baca balik.. aku pun rasa geli geleman la gak.. ekekkekkekekkke.....
anyway, takper tu leh diguna pakai utk buku terbaru maybe... huhuhu..
izinni
hahaha... hari ni pun aku dah start selesema. Anon jadi pemangkin kahak ngan air hidung kakakaka
woit! Teruskan jer! Jangan stuck kwang kwang kwang
anon
takkannya aku masukkan dalam next buku. Kang komputer aku pulak cair kahak kakakakaka
geli geleman ketiak aku membacanya....wakakakaka....sayang melayang....
'kalau punya sayap mungkin aku akan terbang kesana atau mungkin kau akan pulang ke sini'
....ko nak pinjam sayap aku tak? cuba ko mintak kat kumpulan WINGS,tak pun cuba ikat kain pelekat kat leher mcm superman pastu tgk boleh sampai ke tidak...mungkin sampai ke tanah gamaknya....hahahha....
tapi kan... bukan ke satu masa dulu ko ada kata ko baca kat mana tah:-
"anda adalah seorang yang keras di luar tapi lembut di dalam. Anda juga seorang yang romantik dan jiwang tapi amat sukar untuk ditunjuk kepada orang .... bla.. bla.. bla.. "
maknanya ko pun jiwang la jugak kan... hehehheh..... opssss.... lupa lak, kita je yang tau kan.
apa salah nya JIWANG....metallica pun kawin...jiwang la tu...***aku masih ada ruang untuk JIWANG.
Appy ani berseri!
Dua taun ek? Aku rasa macam dah bertahun2! Tapi bagus ko ada di sana kerana ko bagi harapan kat aku untuk beli tiket dan naik
kapal terbang lagi...hehehehe
Semoga gembira dan Selamat Berpuasa...Maaf Zahir Batin!
err.. hepi eniveseri.. ;p
salam ramadhan kak khairyn.. :)
elly
haish! Kau lupa ke dulu kita selalu melalak lagu 'Azura' tu? Aku Jamal kau Ogy, aku Ogy kau Jamal kakakakaka.
Huh! si Zurd, jangankan kain pelekat, kain batik pun ntah pas ke tak ngikatnya tu hahahaha
anon
kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tak di cuba try test tengok, manakan tau jiwang tak jiwangnya. Ahaks!
Tak gitu, darling?
cucumatlela
oh! Hanya kau yang mengerti jiwaku!
Ahaks!
Zura
Dua tahun gregorian
tiga kali raya!!
hah! Plan cuti baik-baik untuk mai sini. Aku wajib layan korang 3 hari jer lepas tu korang dah kira bermukim kan... hah pandai2 la bawak diri hahahahaha
achik
eh! Tengkiyu! :D
Selamat menyambut Ramadhan untuk Achik juga!
Post a Comment