Siri Jelajah Scotland - Episode 2
Hari Sabtu, kami bertolak dari Kampung Armadale menghala ke St Andrews dan Dundee. Tapi menyinggah dulu ke Falkirk untuk Episode bahagian tengah Scotland. Tarikan utama di Falkirk, ialah Falkirk Wheel iaitu lift berputar yang membawa bot ke atas dan ke bawah. Memang satu engineering design yang menarik dan ringkas tapi praktikal. Nak tahu lebih boleh ke sini. Tak naik feri ke atas ni sebab tiketnya sangat mahal. Sudahlah cuba nak kurangkan belanja.
Dari Falkirk kami teruskan perjalanan ke St Andrews, tempat golf tertua di dunia. Sasaran aku cuma nak bergambar kat titi batu tua, tapi kechiwa sebab cuma pemain golf saja yang boleh ambil gambar kat atas titi tu. Orang ramai tidak dibenarkan masuk. Terpaksalah ambil gambar kat luar jer. Ah! Yang penting dah sampai St Andrews hehehe. Sayangnya cuaca tak berapa baik sangat. Selain kat padang golf tu, kami berjalan-jalan sekitar Universiti St Andrews.
Tak lama juga di St Andrews, kami teruskan perjalanan ke Dundee pula. Cadangnya nak berpiknik saja kat Dundee tapi tak jumpa tempat yang sesuai. Nak cari parking kat bandar Dundee pun susah. Berkeputusan untuk mencari padang untuk makan tengahari, tapi padangnya pula tidak berapa friendly. Tak ada meja, cuma padang luas dan cuaca pula hujan. Akhirnya makan dalam kereta saja. Aktiviti di Dundee - mencari ayam halal. Beli ayam terus balik ke Glasgow.
Sepatutnya ada BBQ untuk warga Malaysia di Glasgow tapi tarikhnya terpaksa diubah atas sebab-sebab teknikal, jadi kami teruskan plan B. Pergi ke Carboot di Lanark. Kali ini kami pergi agak lewat sikit sebab agenda hari ni agak relaks. Cuma ke Carboot saja.
Cik Akuatik sudah awal-awal dapatkan lokasi carboot ni. Memandangkan dia seorang saja yang pernah ke sini, jadi kami terpaksa bergantung sepenuhnya pada daya ingatan dia dan juga bimbingan Cik Garmin. Masa ni lah aku rasa macam nak ketuk-ketuk cik Garmin. Cik Akuatik dah letak dah alamat penuh lokasi carboot ni, tapi Cik Garmin sudah membawa kami ke perumahan baru berkilometer-kilometer jauhnya dari destinasi sepatutnya.
Adoi. Dahlah perjalanan berliku, naik turun bukit dan yang paling aku tak suka, aku jadi ketua rombongan dengan kereta berderet-deret kat belakang. Terpaksalah Cik Akuatik menelefon sahabat pengunjung tetap carboot ini untuk dapatkan lokasi sebenar, dan kami terpaksa berpatah balik. Huh! Rupanya tempatnya sebelah ladang strawberi petik sendiri.
Carboot di Lanark ni terkenal sebab booters terdiri dari orang perseorangan dan bukan peniaga runcit, jadi barang-barang tu memang pemilik yang punya dan murah. Cik Akuatik jadi pemborong terbanyak hari tu. Antara barang belian beliau adalah kasut mendaki, baju, hand blender dan juicer dengan harga £2 jer. Aku beli dulang ngan penyepit (£5) sebab nak galakkan cik Mimi buat kek hehehe. Jumpa kasut Doc Mart tapi saiz tak ada untuk anak buah aku, jadi tak belilah. Sorry Afiq ye, kurang satu nombor jer hahaha.
Dan yang paling penting, aku beli handheld vacuum cleaner for car kat carboot ni dengan harga £2 juga. Berguna vakum ini nak membersihkan kereta Golf yang penuh dengan rumput, pasir dan cebisan makanan.
Memang tak sangka betul, sehari selepas ia dibeli, kami terpaksa menggunakan sepenuhnya vakum ini disebabkan satu tragedi. Tragedi yang berlaku pada hari pertama Episod ke 3 - Siri Jelajah Scotland.
16 comments:
wahhhhhhhhhhhhhh...
shopppiiinnggg!!!! :p
ehh cik mimi beli baju tak? dier sudah gumuk maaa.. kena beli baju baru :p hahahhahah
ammvoiii, sonoknyer jalan-jalan.. kannns
ahahhaa, ces oj! i tak beli baju.Takde size..eheheh
Mana ole-ole untuk saya?
Ha ha ha!
huuhu.. cikmimi tarak size.. sudah gumuk!!
Kak!
Check draft, saya ada tinggalkan note kat situ..
macam ku kenal layout ni..tapi di mana ya..ahahha
Salam...
tukar cat baru lagi ye...
khairynn...
tshirt untuk i takde ker???
tersengih-sengih saya membaca entri ini... berbaloi beli vakum tu ha... :)
Hehe...
Besh! Besh!
kat carboot tu ada jual kereta tak ?
kat carboot tuh jual kereta punye boot ker?
vakuum dah ada..keta bila nak beli nih..rugi ler ada vakuum keta tapi keta takde huhuhu
Salam
OJ
Cik Mimi gumuk? mana? mana? hahaha
en_me
ye sangat seronok erk... duit semakin pupus kekekeke
mimi
pi children department jer la ek?
cik ati
hehehe ada ada.. yu punya pasal mesti ada punya kekekeke
OJ
huh
cik ati
nanti
mimi
eh di mana ya? kakakaka
neen
cuba dan terus cuba cari warna yang serasi
maymay
erk! saiz???
sas
hahaha.. ye berbaloi. Nak pinjam? huhuhu
deen
ya sangat besh! Sebab members semua besh! Go the pipits!
bimmer
tak ada la pulak. Erk! kereta mainan banyak hehehe
OJ
jual kau pun boleh hahahaha
akuatik
Golof Golof!!!!
Tak mampu kalu, terpaksalah juga dengan kereta pencegah maksiatku
Hello,..
Have a nice day ahead..
Love, Laugh, LiveLife & Play,
H.O.T.S
Post a Comment