Wednesday, August 27, 2008

OMEGA

Yep! Bukan jenama terkenal jam tangan ye, tapi tetap 'mahal', penuh kandungan Omega-3 hihihi.
Dah tiga hari berturut-turut dapat makan ikan (dibetulkan atas teguran). Dua hari dapat makan sea bass buat sweet sour dan semalam makan ikan mackerel dan kali ni buat masak asam pedas huhuhuhu.. nasib baik ada daun kesum sepasu. Ahhhhh.. sedapnya.
Jadi hari ni mood aku sangatlah bahagia walaupun tadi;
a - kena marah dengan mandur sebab katanya aku buat kerja tak betul (huh! Dia tipu)
b - kena tegur dengan perpustakawanis (hahaha) sebab dah kat kaunter baru terkial-kial nak keluarkan kad perpustakaan.
c - dapat pinjam buku Satanic Verses tapi rasa macam tak ada masa nak habiskan malam ni (547 mukasurat tau!)
Bos! Ada peningkatan. Sudah 50% siap. Akan di update nanti.

9 comments:

izinni said...

"Dah tiga hari makan ikan berturut-turut."

samada BM hang makin maju atau aku yang tak betul. hmmm ....

mackerel ek .. kembung la tu. hehehhe kalau tak sadin. hehehhe

si manis dah 50%?! wahhh ... bagus. aku dah abih citer mencanak ko. kira macam tiap 3,4 muka surat ada perkataan tu. hehhehe .. mencanak aku baca. heehhee

nak aku buat review ke? ekekkee

khairyn said...

eh salah ka?

aku rasa macam dah betul jer..
dah makan ikan tiga hari berturut-turut. Itu ka?

mencanak? hiyap!

hahahaha hari ni graf meningkat. produktif gitu. As usual lambat sebab aku banyak aktiviti lain gitu hahahaha.

psst.. baru jer update kat bos tadi

achik said...

wah, siap ada tanam daun kesum sendiri.. masak asam pedas sgt sedap.. :D

oh2 boleh pinjam buku tu sehari je ke?

QUDS REALCLOCKWISE said...

aku suke omega yg itu..........

khairyn said...

achik

daun kesum tu cik mimi rembat orang punya. Dengan pasu-pasunya sekali tau hahahaha

cucumatlela
oh omega yang tu. Aku tak mampu hahaha. Er.. Timex jer la idaman hati huhu

Anonymous said...

heheheh.. salah bm ko..

yang betul nya..

dah tiga ikan saya hari-hari makan...


huhahuhuhahaha....

bagus2.. sudah ada progress.. :P

khairyn said...

OJ
hehehe.. otak aku memang dah set untuk buat translation. Tulih bm otak pk BI, tulih BI otak pk BM.. best tak otak aku? hahahaha

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

'berturut-turut ikan telah dimakan oleh saya selama 3 hari'....hahahha

heran gak bila masa korang bercucuk tanam...ceh rupanya rembat daun kesum org...alang2 rembat baik amik pasu skali,kalau tak mana lak korang nak tanam kan...ye tak?

tiap kali kena marah mesti muka hang blur! kan ke selalu mcm tu...pastu dah lama sikit baru sedar 'aku kena marah ke ni?'

ingat tadi beli jam omega...baru ingat nak terkejut!hehehehe....timex tu dari sekolah dulu lagi ko memang suka...ye...ye

khairyn said...

"ikan tiga makan berturut-turut hari"

Ya lah kena rembat ngan pasu, kang mati daun kesum tanam kat tanah. Sejuk kejung dia kat situ. La ni hari-hari kena cakap ngan daun kesum tu, kang tak nak berdaun, takkan nak makan batang pokok la plak kan?

hahaha.. tu laaa aku blur gak time tu awat dia hingaq. Dah lama baru aku perasan rupanya dia ada sikit tak puas hati sama itu aku punya kirija laaa.

Ye ye.. aku memang suka jenama Timex ni. Hidup US!! hahahaha.. huhuhu jam expedition aku hantar balik mesia nak tukar tali kekeke