Wednesday, February 07, 2007

aduhai

Saya jatuh sakit.

Sejak seminggu yang lalu, sakit ni tak kebah-kebah lagi. Puas saya telan pil vitamin yang tertulis From A to Zinc dan menggerakkan tubuh badan saya untuk membantu saya sembuh dari penyakit ini, tapi tak berjaya. Saya cuba guna kuasa minda, tetap kurang berkesan. Saya suntik semangat baru, masih lagi ditahap itu.

Saya rasa semakin sakit sekarang. Semakin tidak bermaya. Semakin kronik.

Saya dilanda penyakit MALAS.

Ganbatte!! Assignment kena hantar hari Isnin. Satu ayat pun tak lepas lagi ni!!

16 comments:

13may said...

hahha....

MALAS eja terbalik jadik SALAM:)

kingbinjai said...

kita tido dulu!

Pa'chik said...

may, tu yang aku perli si itulahsaya hari tu.

salam,
isnin lambat lagi. haha..
alasan pelajar melayu tipikal.

INDERA KENCANA said...

ooo... sakit malas rupanya..

Nasib baik belum tak meleter awal-awal tadi..

Iman Mawaddah said...

Amboi malas ek..nak kena rotan neh hehehe

Anonymous said...

Hep!!! Kat cini dulu leh la memalas ngan aku... kat sana aku takde, ko jangan sekali² nak MALAS..... babab kang...
eh.. kata nak kasi detail pasal buku yang nak dicari, takde email pong...

khairyn said...

salam

13may,
ya ya... malas eh! salam :)

kingbinjai
tido bangun tido bangun... assignment tara tu gak. ish!

pa'chik
Ya, saya pernah buat macam tu dulu. Pukul 4am tak tido lagi hahaha. Memang blur dengan soalan.

Indera.
Berleter? hahahaha... uh! Takutnya!!

Iman,
Hahahaha... saya jauh!

Zurd,
ko babab aku, aku babab ko balik. Babab angin hehehe.
Ya, ya buku. Errr... by Mansor Ahmad Saman ye. Dah lama tapi aku suka isinya. Nanti aku email the details.

izinni said...

MALAS? hmmmm bila kali akhir aku bermalas-malas? ... aduhhhh lama gak tu.

sekarang kalau malas jawabnya rumah macam kapal pecah, anak2 tak makan etc. kalau malas kat opis jawabnya aku tak boleh balik cepat. kalau balik jugak maknanya aku kena sambung keje kat umah. isyyyy ... beban!

kesimpulannya jangan ler malas walaupun kita memang terkenal dengan tema hidup - "work best under extreme pressure."

good luck kawan. nanti tulis lebih kang ada yang kata aku bebel plak! hahahahhaha

Miss Aini said...

masya Allah. penyakit bahaya tu. cuba ubati ia dengan bacaan ma'thurat. insya Allah~

Pa'chik said...

salam,
isnin dah dekat dah ni... dah berapa baris siap?

Kemat said...

klau ader ubat malas kat farmasi, aku awal2 lagi dah beli sekotak..err ader ker..kalau ada bgtau, memng nak cari ubat MALAS nie

izinni said...

menyimpang dari tajuk malas.

tengah geram, marah sangat2 ... pengganas israel yang terkutuk lepaskan tembakan dan bom pada umat Islam yang sedang solat di masjid al-aqsa.

APA negara2 yang mengaku negara Islam buat???

ny,
hari tu 6 pemimpin hamas datang ke malaysia termasuk 2 wanita. banyak yang aku belajar dari diaorang. cara diaorang dekati rakyat etc. semangat dan tekad diaorang nak selamatkan bumi Allah tu. one of the women tu MP. husband dia syahid tapi semangat dia MasyaAllah aku kagum sangat.

kat mesia ni nak jadi macam kat palestine kot baru nak sedar ...

Anonymous said...

buku prof mansor yang mana tu? hmm aku dulu ada lah buku dia, tapi dah pindah randah ni, aku rasa buku aku tu dah dimakan anai2 gamaknya.

penyakit malas ye, macam pernah kena je. hehehe

khairyn said...

salam

izinni,
ko tau-tau ajela aku ni kan. Bila masa MALAS menjelma, aku banyak berjudi hahaha.. kalaulah boleh keluar duit. Kaching!! aku kaya!!
Pasal Palestine, sampai sekarang aku tak faham.. sungguh2 tak faham. Berapa ribu nyawa lagi yang akan terkorban? Janganla peluk tubuh dan menunding jari sambil berkata 'suatu hari Islam akan menang juga' Bila?? Selagi kita berbalah selagi itu kita tak menang, selagi itu dunia belum kiamat. Alahai...

ainee,
control.. control.. ye InsyaAllah akan diamalkan. Thanx for the reminder. Malas tu sebab tak tau macam mana nak mula. Bila dah mula tak tau pula macamana nak berenti.

Pa'chik,
Hait!! Lagi 500 patah perkataan. Ganbatte!! OK sat-sat gi, tukar windows balik hehehe. Otak tepu. Judi pun kalah, berhutangla plak hehehe.

Kemat,
Saya dulu yang akan borong. Rasa pencipta ubat tu mesti kaya raya punyalah.

sang diva,
Tajuknya 'So You Want To Be a Journalist?' Simple je in point form. Hehehe.. better dari buku mat salleh yang berjela-jela tu. Aku nyampah betul nak baca, padahal pointnya pun sama je. Nanti aku guna je buku ni buat essay hahahaha

Anonymous said...

ha buku tu lah yang aku guna dulu. malangnya sudah tak tau letak di mana kan. tu buku 1st year aku masa di USM tu. Masa aku baru berkenalan dengan Prof Mansor Ahmad Saman. hehehe

Miss Aini said...

ganbatte kak khairyn!!