Tuesday, February 06, 2007

Sana Sini

Bila berjalan, saya suka tersenyum seorang diri. Apatah lagi bila saya senang hati melihat cuaca yang indah dan terang. Tidak hujan dan tiada salji. Saya suka menarik dan kemudian melepaskan nafas panjang, melihat wap putih berkepul-kepul keluar dari rongga hidung lalu menipis. Kadang-kadang pula, saya suka buat muka bosan, yang saya tak kisah dengan orang sekeliling saya. Tapi, selalunya saya akan tersenyum. Senyum kerana terkenangkan kisah-kisah lucu atau teringatkan seseorang (uish? siapa tu?).

Dan selalunya saya akan lemparkan senyuman itu pada sesiapa yang berpapasan dengan saya. Selalu juga mereka membalas senyuman saya. Ada kalanya ditambah dengan ucapan selamat pagi, tengahari atau petang. Sesekali terlanggar siku, mereka atau saya akan cepat-cepat meminta maaf. Kadang-kadang ucapan selamat atau maaf itu boleh meleret-leret sehingga akhirnya bercerita walaupun seketika. Tanpa bertanya siapa nama. Dan kami meneruskan perjalanan masing-masing.

Saya terfikir, mengapa di negara sendiri kita jarang hendak tersenyum dan menegur orang? Saya bayangkan dan cuba mengingati berapa kali agaknya saya pernah senyum dengan orang yang berpapasan di jalan-jalan di Lembah Kelang. Mungkin boleh dibilang dengan jari sebelah tangan agaknya.

Fikirkan senario ini. Seorang wanita sedang berjalan lalu melemparkan senyuman kepada anda sambil mengucapkan 'Selamat Pagi/Tengahari atau Malam'. Adakah anda akan balas senyumannya atau memalingkan muka dan yang paling selalu orang buat, tidak langsung bertentang mata. Adakah terlintas di hati anda yang perempuan itu gatal dan hendak mengurat anda (sekiranya anda lelaki)? Atau bagi yang wanita pula mungkin menggaru kepala, bertanya dengan diri samada anda kenal atau tidak dengan wanita yang senyum kepada anda. Oh! Saya pernah diberi ayat ini 'Eh! Senyum kat kita pulak, bukannya kenal pun!' oleh seorang wanita berpangkat makcik di Tanah Malaya. Rupanya salah untuk memberikan senyuman pada makcik itu.

Kalau kita naik bas di Tanah Malaya, pernah tak kita ucapkan terima kasih kepada pemandunya? Mungkin juga mulut kita menjadi keras kerana risau diherdik semata-mata hendak bertanyakan harga tambang bas. Di sini, walaupun tanpa latih tubi di Tanah Malaya, kita secara otomatis mengucapkan terima kasih kepada pemandu apabila tiba di perhentian kita. Dan yang paling menakjubkan, kita selalunya mendapat balasan 'Sama-sama' dari pemandu tersebut. Wah! Bersopan sungguh mat salleh yang kita panggil kurang hajar dan tak tahu adab ini!

Setiap pagi kita masuk pejabat atau sekolah, kita selalu lihat makcik-makcik, adik-adik, kawan-kawan Indon kita bertungkus lumus membersihkan koridor, menyapu lantai, mengemop, lap meja dan tingkap, bersihkan tandas kita dan letak pewangi yang harum. Pernah tak kita ambil masa untuk kenal siapa mereka? Dari mana asal mereka? Apa pekerjaan mereka sebelum ini? Susahkan hidup mereka? Apa perancangan mereka?

Kadang-kadang saya rasa segan juga hendak menyapa pekerja-pekerja di mana pejabat mereka saya bersihkan di sini, tapi mereka pula yang rajin menegur saya, apatah lagi melihat saya yang gemar membawa baldi, batang mop, menarik belalai vakum dan mengelek bahan pencuci sekali gus. Ada rakan setugas dengan mesranya menyapa dan berbual mesra pekerja-pekerja ini yang ada berpangkat pensyarah, pegawai dan pekerja biasa.

Apa bezanya makcik-makcik, adik-adik dan kawan-kawan Indon yang berkerja sebagai pencuci dengan kami di sini? Ah... mungkin kerana pencuci di sini ramainya bakal bergelar pemegang ijazah, sarjana ataupun bakal doktor falsafah? Yang suatu ketika dulu pernah duduk di dalam pejabat yang berlabel pengarah atau ketua pengarah. Yang suatu ketika dahulu bilik mereka pernah dicuci oleh tukang-tukang cuci dari kepulauan Indonesia.

Cuba tanya mereka pula, mungkin mereka juga pemegang ijazah, sarjana atau bakal doktor falsafah juga. Mungkin, siapa tahu?

22 comments:

Pa'chik said...

aku takut nak senyum dekat orang, takut berdosa, kalau orang tak balas balik, mesti aku kata dia sombong. free je dapat dosa.

khairyn said...

salam pa'chik.

orang tu pun takut nak senyum kat awak sebab dia ingat awak sombong juga.

Saya senyum saja dan dia boleh tafsirkan sendiri maksud senyum saya. Gatal? Gila? Bodoh? Sindir? Tafsirkanlah sendiri senyum saya.

INDERA KENCANA said...

Senyuman adalah satu sedeqah...
Saya suka tersenyum pada orang. Dan biarlah orang menggelarkan saya kerang busuk...

Anonymous said...

i envy u lah ,khairyn ..
aku suka suasana ramah mesra bgitu..
bikin hati aku senang hati sentiasa..walaupun tgh gundah tpi dpt senyuman dr strangers pun dah mlenyapkan sgala resah kan..
teruskan..

Peduli apa pada org yg tak nak kmbali snyum pada kita..kan, trpulang lah..yg penting kita dh senyum..

*aku tgah snyum kat ko ni..* : )

ItsALLaboutME said...

eh eh..*brek angin***
..aku tadi tu..lupa nak signature - tOSS....

*masih lagi snyum kat ko ni..* : )

kingbinjai said...

ya, siapa tahu?

13may said...

saya tgh senyum nih:)

Pa'chik said...

salam
:) ;) ;P
ahoooiiiiiiii...
senyumlah, senyumlah, wahai cek mek molek.. 2X

Iman Mawaddah said...

Salam Kak,
Heran kan, kadang2 budi bahasa orang 'kulit putih' lagi baik dari kita yang beragama Islam.

p/s : Bagi komen sambil bayangkan pa'chik dengan spek mata hitam, gigi emas dan geleknya..sebijik seperti M. Daud Kilau...hehe

Miss Aini said...

senyum je kak. kte senyum dpt pahala. derg mengata dpt.....

AKMA said...

Ketika sampai di bumi England Sept 2005, AKMA memang terkesima dgn budaya sapa dan senyum mereka. Jauh lebih dari di bumi sendiri getus hati kecil. Hijrah ke bumi Sweden Jan 2006...begitu juga. Bumi Poland May 2006 dan akhirnya bumi Tulip Jun 2006 hingga hari ni masih ketemu rentak yang sama.

Musafir ini membuat AKMA malu sendiri dengan diri sendiri dan budaya orang kita...di bumi sendiri.

Anonymous said...

oh ! sy tahu knapa..kita di bumi sndri tak snyum sesama sndri..koz kita pandang k timur..jepun especiallynya..perasan tak japanese mana ada snyum..straight jalan dera tak pndang kiri knan..hahahaha...mungkin kan...ehmmm

izinni said...

senyum. aku pun selalu gak tersenyun atau lebih tepat sekali tersengih. tersengih sendiri bila terkenang-kenang peristiwa yang mencuit hati.
aku pernah tak senyum kat hang, harny? ekekekkeke

bercakap pasal pekerja dari seberang ni... bibik sebelah rumah rupanya ada diploma in nursing. WAAAAA .. terkesima aku. masih muda 30 tahun. bakal berakhir khidmatnya dengan majikannya bulan June nanti. Dia kata nak balik indon nak sambung belajar. nak ambik kursus kejururawatan masyarakat.

dia kata dia selalu dengar aku "berbicara" dengan anak-anak. heheheheh ... umah sebelah boleh dengor sora aku rhupanya! hahahaha
dia kata bagus didik anak sendiri ... anak2 insyaAllah dengar cakap. kalau anak orang lain susah .. kalau bibik tegur sikit dah direpot kat mak.

kekadang kesian nengok bibik ... budak2 tu nak minum air kosong pun disuruh bibik amik kan. balik sekolah setokin bibik yang lurutkan dari kaki. hmmmm

macamana gamaknya bila bibik dah balik indon nanti ya?

Anonymous said...

cerita pasal senyum ni, hehehe kadang aku ni memang le malas nak senyum, sebab ada kala orang kata aku getik. (tang mana pun aku tak tau).

Aku terlebih peramah pun ada orang mengata aku, ha mcm mana tu.

Izzini, kakak aku yg cikgu dulu ada menggajikan seorang bibik Indon juga.

Orang tu sebaya abang sulung aku, tapi nampak lagi tua, hidup susah agaknya.

Bila bercerita rupanya, bibik yang kita orang ingat cekai je tu ada reta benda banyak kat Indon. Ada kedai runcit dan kolam ikan keli (weh itu kalau standard Malaysia pun bosa dah)

Tapi dia bawak hati ke tanah Malaya ni sebab laki dia, lepas dia bersusah payah bekerja, manikah lain.

Kesian gak bibik tu, masa datang nak pakai washing machine pun tak tau. Tapi dia pandai mengaji dan ajar anak2 kakak aku ngaji (bukanlah mak bapak dia tak tau ngajarf, tapi cikgu kan)

tapi aku cukup tak puas hati cara akak aku layan dia, tengking2 je sedangkan bibik tu baik sgt, tak panjang tangan. bangun awal pagi, tidur lewat malam, buat kerja tak henti. datang rumah mak aku tolong di dapur sampai aku naik rimas sebab bukan rumah akak aku.

anak sedara aku ada sekali main tengking je bibik tu masa minta susu, ha kenalah sedas dua dari makcik dia yang leser yang amat.

tapi ada juga lah yg memang perangai ya ampun,... nak buat mcm mana bangsa kita pun mcm tu jugak kan.

izinni said...

betui tu div,

bibik rumah sebelah basuh dua2 keta boss dia 2x seminggu. vacum bagai. rumput tak pernah tinggi. tak macam umah aju. buleh main bacak2 celah rumput. hehehe

btw, hari ni hari senyum sedunia. tak tau apsal asik sengih je aku hari ni.

Hanisumayyah said...

Ya..senyumlah kerana kita tidak rugi apapun...saya suka senyum...dan jarang senyum saya tidak berbalas...dan juga selalu diakhiri dengan perbualan dan perkenalan...masih ada orang Malaysia yang mesra dan berbudi bahasa...iye kan?:-))

khairyn said...

salam

indera,
Senyum adalah sedekah yang paling mudah.

toss,
hahaha brek angin.. er kluar dari mana tu? Ya! Hari ni bertambah ceria sebab Toss senyum kat aku. Wah! Bakal ada gathering gitu!!

king,
Yep, betul!

13May,
Saya senyum kembali pada awak. Sudah tenang?

pa'chik,
Hari ceria bertambah-tambah lagi kerana pa'chik senyum pada saya sambil bergelek. Yah! Yah! Ajar inul bergelek, pa'chik? :D

Iman,
haaa.. itulah budaya mereka. Bermanis muka. Ahem! Tak apa, kita ambil face value je. Islam ajar kita bermesra-mesra dan umat Islam itu bersaudara, tapi payah betul kita nak praktikkan, kenapa ye?

ainee,
sudah hilang letih? Senyum lagi. Sebenarnya 'mereka' lebih hebat dalam bab-bab mengata kan? hehehe

akma,
Pengembara sejati. Teruskan senyum. InsyaAllah, beban tugasan akan terasa ringan sedikit. Senyum itu sapaan universal kan?

Izinni
Tersenyum, tersengih, ketawa buat hati kita gembira. Buat kita tak rasa penat. Orang yang dah kahwin kata, tengok anak-anak ketawa riang, badan yang penat pun tak terasa. Betulkan? Dahsyat bibik neighbour kau, nursing gitu. Yep, anak yang diajar sendiri tak sama dengan anak yang ditinggalkan dengan bibik. Happy Smiling Day!

Sang Diva,
Aku suka buat muka blur gak. Pasak bibik ni, anak2 buah aku dulu bila dapat bibik sementara, semua naik tocang. Semua nak bibik buat. Tapi depan aku diorang tak berani nak suruh bibik sebab aku kata, selagi diaorang tak berduit nak bayar gaji bibik, selagi itu diaorang tak boleh arah bibik buat kerja. OK tak cara aku? Nasib baik bibik berenti awal, kalau tak... hish! Tak taulah apa nak jadi dengan budak2 tu.

hanisumayyah
Terima kasih bertandang.
Ya, masih ramai manusia di tanah air yang mesra, hani bertuah! Selamat Senyum!! :D

Anonymous said...

tadi aku menghantar kereta tu yang demam selesema ke bengkel di Jalan Ipoh. Aku tak tahulahkan, mungkin sebab aku ni peramah teramat, budak2 service advisor kat kah bintang tu kalau nampak aku macam dapat emas, sengih je memanjang.

anyway, lepas dah tau kete tu nak kena service lama, aku pun melangkah ke shopping mall berdekatan untuk breakfast. masa keluar dari secret recipe, adalah sorang pak guard pakistan ke bangla entah tegur aku, good morning mam, aku pun senyjm lah kat dia. hehehe

izinni said...

khairyn,

betui tu. memang bila balik keje penat pastu nengok anak2 senyum, suka, gelak ketawa .. haiiii senang hati walaupun badan penat, kepala berserabut. dari rasa malas nak masak sebab penat ... berkobar nak masak sebab musti bertambah-tambah, habis depa makan. Alhamdulillah. senang hati sekali lagi walaupun banyak pinggan mangkuk yang nak kena basuh.
Alhamdulillah ...

btw, senyuman nisaa' manis sangat. nengok dia senyum ... walaupun aku tengah marah terus cair hati nengok toothless smile dia.

nisa' ko amacam? tengah senyum ke tengah monyok sebab tak tau arah tujuan hidup? hehehhe

div,
hang hantor keta kat jalan ipoh. jauh tu dari opis. opis aku kat plaza pekeliling je. awat tak call? buleh sama2 berbalas senyum. maklumlah hang ada sebab konkrit untuk senyum lebih sekarang .. hahahah kantung penuh beb!

khairyn said...

diva,

Dia senyum ada makna tu. hehehe. kita senyum untuk ubat hati kita supaya jangan gundah gulana. Senyumlah.. teruskan.

Izinni,
FINALLY! Nisa aku dah selesai. Tinggal nak proof reading and cari publishing je. InsyaAllah

Anonymous said...

izzini, aku membeli kereta yang dituduh pemberian MB tu dari Kah Bintang Jalan Ipoh. Khamis tu aku kerja, so tak leh nak menempel kat kantor kawan2.

kaya? tidaklah jugak. Bila dah membayar hutang piutang di bank, ada lah tinggal sikit2 untuk buat beli jajan dan buku cerita. nak beli laptop pun tak lepas. sedihkan. kita ni kerja untuk bayar hutang je.

tapi Syukur Alhamdullilah, sekurang2nya aku dapat bernafas lega lah lepas ni. dah boleh kumpul duit muka nak beli rumah pulak.

-our- said...

senyum...our memang suka senyum. walau dengan siapa pun yang dilihat leh disenyumi hehehehe tapi kalu mat2 punk or lepak ngeri le pulok.. kalau dikampung, masa rajin ronda2 kat kampung & pekan menaiki basikal kesayangan, our tetap senyum dan bagi salam pada yang tua.. sekarang ni rajin senyum je sebab jarang ada kat kampung jadi ramai yang dah lupa siapa kita tapi ada juga yang masih ingat. kawan2 ramai yang dah jauh tapi Alhamdulillah ada warga usia yang kenal our dan merekalah teman senyum our.

sebab tu bila orang luar kata kita friendly, our meneliti semula tak le friendly sangat kita ni..yang jelas bila berada dibandar besar, kita rasa besar kot.. (our memang besar ekekekeke)