Lempeng, anyone?
Hari ini saya juga makan pancake. Tapi, bukan untuk meraikan Shrove Tuesday bersama-sama mereka. Tidak! Saya makan pancake saya dengan nasi.
Saya makan pancake telur.
Bolehkan?
Posted by khairyn at Tuesday, February 20, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
5 comments:
Wahhhh, general knowledgelah!
huhuhu ... lempeng .. sedap wooo kalau cicah sambal tumis ikan bilis panas-panas atau kari lebih2 semalam.
pancake orang putih aku tak leh nak telan .. manih!! kalau pancake berlauk bernama pizza tu suka aaa tapi letak serbuk black pepper atau lada banyak2 satu kewajiban!!
suka makan lempeng dengan kuah kari...
itu lah, kadang kepercayaan mereka nampak sangat tak berapa cerdik, tu lagi nak ngata kita.
oo patutlahh..saya pun dapat jemputan sempena pancake day dari jiran abang yang berbangsa Inggeris. Pelik juga first time dengar. Tapi saya tak pergi, takut ada campuran bahan-bahan yang tidak diizinkan.
Sedap lagi tepek pisang (lempeng pisang ikut bahasa orang perak)yang di bakar atas dapur arang.
salam
nor azhar,
Saja hendak menyesakkan otak yang memang sedang sesak ni. :)
izinni,
lempeng tu aku tak kisah sangat tapi sambal tumis ikan bilis bonda aku tu yang perkh! Terliur! Juga kari ayamnya. Nak balik!!!
Aku pun tak larat dengan lempeng diaorang. Tak kreatif langsung. Lempeng taruk gula gitu je. Ish!
pa'chik
Kari yang dah dok perangat beberapa kali tu yang lebih sedap. Pekatnya fuh! ;)
Diaorang cari jalan susah. Nak mintak ampun pun kena ada mediator. Tak macam kita boleh straight je. Yes or No tu terpulang pada Dia. Yang penting kita bertaubat sungguh-sungguh kan?
Iman
Biasanya pancake mereka tu tak de variety. Lempeng bodoh je. Tapi ye lah, toksahlah kalau benda ni berkenaan dengan agama anutan mereka. Cuma sekarang ni mereka lebih banyak commercialise-kan agama mereka sendiri. Kapitalis la katakan.
Post a Comment