Sunday, February 25, 2007

Makan, jom!

Di Glasgow ini, cuma ada satu saja tempat makanan segera yang halal. Yang jadi tumpuan pelanggan-pelanggan Islam membawa keluarga dan sahabat handai untuk bersantai dan makan bersama-sama. Jadi, hari Jumaat malam Sabtu lepas, saya berpakat dengan rakan serumah untuk makan luar bersama-sama. Konon meraikan harijadi. Ah! Bukan untuk saya saja tapi untuk sahabat yang sama-sama berkongsi tarikh hari lahir, cuma tahun saja yang berbeza. Kami sepakat ke Nando's di Springfield Quay. Kami makan ayam. Kami namakan projek makan tahun ini - Projek Ayam Pukal.

Tak sangka sebenarnya, saya dengan isteri sahabat merangkap keluarga angkat saya di sini, Dr Liza, berkongsi tarikh lahir yang sama. Jadi sejak pagi hari Khamis lepas, kami berbalas sms mengucapkan Selamat Hari Lahir di antara kami. Oh! Uniknya hari lahir saya tahun ini, saya menyambut hari bahagia saya dengan menyental enam mangkuk tandas, tiga urinal dan sembilan tempat basuh tangan di awal pagi, bukan seperti tahun-tahun sebelumnya di mana saya selalu bermalas-malas di atas katil sambil tersenyum lebar (juga berangan-angan).

Memandangkan kami penyokong kuat pengangkutan awam di sini, Dr Wan sudah bersetuju untuk menjemput kami di SUMSA selepas waktu Maghrib. Hampir setengah jam menunggu, barulah kelibat Odyssey yang sarat dengan penumpang kelihatan. Lama juga saya tidak bertemu dengan Dr Liza dan anak-anaknya kerana sibuk dengan tugas uni apatah lagi selepas bergelar pekerja yang menerima gaji setiap minggu.

Dengan bantuan alat 'satellite navigator', kami memulakan perjalanan ke Springfield Quay. Ah! Kamu jangan terpedaya dengan kecanggihan alat 'satellite navigator' ini, kadang-kadang dengan sengaja ia akan suruh kamu melanggar dinding ataupun masuk ke jalan mati. Almaklumlah kamu di bumi dan ia di angkasa lepas. Dia seolah-olah menjadikan kamu mainan 'PacMan'. Tapi, Alhamdulillah, kami berjaya tiba ke destinasi tanpa melanggar apa-apa ataupun masuk ke jalan mati. Tanpa membuang masa, kami terus masuk ke kedai makanan tersebut dan mengambil tempat yang mengadap Sungai Clyde.

Nando's ini berdekatan dengan panggung wayang Odeon dan 'bowling alley' jadi kalau malam Sabtu dan Ahad, tempat ini memang sentiasa penuh. Di sini sajalah kita boleh tengok pak-pak and mak-mak arab makan beramai-ramai. Tapi bukan orang Islam saja yang makan di sini, ramai juga orang tempatan yang menjamu selera selepas menonton wayang ataupun membaling bola besi di 'bowling alley' tu.

Ahli yang mengambil bahagian dalam acara Projek Ayam Pukal. Mengikut putaran jam - Ali, Dr Wan Amir, Ya (mengelap mulut) Mimi, Yie, Dr Liza sambil memegang gadis cantik berpipi kemerahan Hana dan saya yang sedang berdiri di hadapan mereka.

Acara makan-makan luar ni tak boleh diamalkan di sini, kalau kamu tidak mahu poket kamu menipis saban minggu. Tapi kerana Dr Wan Amir sekeluarga telah banyak menolong kami, tak salah rasanya sekali-sekala berbelanja lebih untuk mereka terutama Yie, Ya dan Ali. (Hana lebih rela dengan 'pacifier' dari ayam). Seronok tengok budak-budak makan ayam. Masing-masing berebut bahagian yang banyak tulang.

Ada dua ekor ayam yang terkorban di meja kami bersempena Projek Ayam Pukal ini. Seekor agak 'suam-suam panas' dan seekor lagi memang 'kepanasan'. Sudah pasti ayam yang 'kepanasan' itu khas untuk golongan dewasa, diitambah lagi dengan cicah dari dua botol sos lada putih. Apalah harga sebuah pengorbanan ayam-ayam tersebut kalau nak dibandingkan dengan jasa Dr Wan Amir sekeluarga pada kami.

Tulang-tulang yang tinggal dalam pinggan saya.

Secara ringkasnya, projek anjuran kami hari Jumaat lepas berjalan dengan lancar. Korban dua ekor ayam di Nando's tidak sia-sia. Bersih dan licin. Walaupun bahagian yang bertulang menjadi rebutan, bahagian-bahagian yang rasanya macam kapas dan papan plywood tetap habis juga. Apatah lagi apabila majoritinya dilambakkan ke dalam pinggan saya dan Dr Wan Amir. Tapi berkat ketabahan dan ketelitian kami berdua, tugas berjaya diselesaikan.

Hari ini pula, sekumpulan kawan-kawan berjumpa dan menjalankan projek periuk bernasib baik (pot luck) pukal di KLCC. Ah! kalau dulu-dulu sayalah ADUN atau YB kerana sering menjadi orang terakhir tiba ke tempat berkumpul, kali ini saya langsung tak dapat bersama-sama. Rindu dengan mereka. Apatah lagi dengan Geng Bota Bonds and TI Angels - Daisy, Izinni dan saya sebagai TI Angels, Azlan, Wira dan Harry sebagai the Bota Bonds.

Asalnya hanya berbalas-balas mesej di 'board' MSN dan menjadi sahabat di alam maya. Pertemuan pertama bermula di Pan Pacific kemudian di Taman KLCC. Sejak itu sudah menjadi tradisi untuk mengadakan 'Pot Luck Gathering' sekurang-kurangnya setahun sekali. Tak sangka, sudah lebih lima tahun kita berkenalan dan bersahabat ya.

Apa khabar agaknya Our, MJ, Popcorn, Melati, Greng, Peng, Achik, Aleeza Kassim dan yang lain-lain? Terima kasih kepada Daisy yang menjadi tiang seri pada persahabatan ini. InsyaAllah, doakan saya dapat bertemu kalian untuk pertemuan Pot Luck akan (akan-akan) datang.

10 comments:

Pa'chik said...

uishhh... merah sungguh pipi buda kecik tu..

Iman Mawaddah said...

A'a la..cutenya pipi budak tu..geramnya tengok.

BaYu SenJa said...

Selamat Hari Lahir..
saya diperkenalkan tentang ketabahan awak :)
salam sapaan dari bayu..

13may said...

nak join Pot Luck akan datang, buleh????

ngeh ngeh ngeh...

joe penang said...

sudi-sudikanlah kena tagged!

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

p/s: xde paksaan

khairyn said...

salam

pa'chik,
Comelkan? Namanya Farhana. Dulu tak kisah kalau saya dukung, sekarang dah kenal orang. Boleh agah dari jauh aje.

iman,
Farhana lahir di sini. Saya gelarkan dia 'Mek Yah dari Scotland' hehehe

bayu,
terima kasih bertandang. Tabah? Ish, tak de, biasa-biasa saja. Bayu pun apa kurangnya. Semoga ketabahan kita mendapat ganjaran dari Allah. InsyaAllah.

13May,
Nak join pot luck? No problem. Bawak pesemboq dari Penang, boleh?

Joe,
Saya ditag? hahahaha..

izinni said...

nak report?

seperti biasa tak semua datang tepat 11am seperti yang dijadualkan. Zurd sampai dulu dalam 10.30 .. dia call aku, aku baru keluar rumah. maklumlah ramai tentera yang nak disiapkan.

sampai kat padang klcc dalam 11.30. Daisy, Our, Zurd, Greng and family dah ada. kali ni kitaorang tak bentang tikar atas padang. kita booked pondok wakaf sebelah fountain water cooler tu. after a while, ladydoc and family arrived. baby baru pun ada, muhammad akmal 3+month. mata dia perang .. cantik. then, ritos datang dengan kawan from other forum. baru jumpa jugak tu. last sekali MJ and her boy. 12 lebih baru sampai.

seperti biasa makanan banyak. myself sosej dengan roti lebanese (that's what written on the plastic!) dengan inti daging cincang. ladydoc bawak spagetti.. sedap. Our bawak homemade Dadih .. sedap bangat! greng & kawan tos beli KFC and drinks. Tos bawak roti jala dengan 3 jenis kari - kari sardin, kari daging, kari ayam. Zurd sandwich seafood + mayonaise. Sedap gak. Daisy bawak drinks dengan buah mata kucing. MJ bawak cookies + bread.

seperti biasa .. sembang2 keeping up with everybody. masuk zohor semua beransur balik sebab langit macam nak runtuh.

Popcorn, according to D dah lost contact. tak tau kenapa. wira tak dapat datang sebab dapat baby baru. Peng pun takde. Aleeza off to brunei. Achik cannot make as well. Bota Bond Azlan kat Ganu.

hmmm apa lagi ek? oooo ya! esoknya aku pengsan!! hahahahah .. demam, my body ache, migraine, pitam segala. hahahaha penangan pot luck gathering.

khairyn said...

izinni,
ish ish ish... masa aku ke sini ladydoc tengah mengandung, rupanya dah dapat muhamad akmal. Hero lagi. Alhamdulillah Wira dapat baby lagi.

Seronoknya dapat berkumpul. Lama dah tak dengar cerita. Mesti Greng rasa tak kena je semalam sebab geng bertekak tak de hahaha. Sidekick si Leeza pun tak de.

Aku macam tak percaya si Zurd buat sandwich seafood and mayonaise. Sungguh tak percaya! Betul-betul tak percaya! Sedap pulak tu!! Ish! Dia kena buatkan kat aku bila aku balik nanti. Waah! Lepas ni aku kena buat list nak makan apa hahaha.

izinni said...

seafood sandwich zurd ada baaaanyaakkkkk ketam, hehehhe .. tu yang sedap tu.

greng did mention you. dia jual buku tempurung dia .. siri yang ke-2. dia kata kalau khairyn ada mesti aku dah kena! hehehhee ..

-our- said...

Izinni demam? sungguh kasihan sekali... well actually mek our ni yang sampai dulu tau.. keras tunggu depan masjid tu.. awal 10 minit drpd zurd... yang pasti, yang dewasa makin kurang tapi yang kanak2 makin bertambah.. pas ni uat pot luck nestum lah hehehehe..
InsyaAllah andai ada kesempatan bila khairyn balik sini & bonda Daisy ada inform, kita jumpa lagi...