Pelikkah saya?
1. Izinni,
2. Zurd,
3. Along,
4. Sang Diva,
5. Our, dan....
6 anda.
Posted by khairyn at Tuesday, February 27, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
30 comments:
waaa kali ni aku dulu ... hmmm
sebab aku dah kawan ngan ko lebih 10 tahun, kepelikan ko tu kebiasaan bagi aku. so u have to dig deeper to find the strangest things about you to impress me! hehehhehe
aku tak nak layan tag2 ni boleh? aku takde blog .. so sepatutnya tak masuk senarai ... kekekekke
Kita sama sahaja. Tiada yang lebih mahupun yang terkurang. Hanya usaha, keinginan dan kesedaran sahaja yang membezakan kita.
Saya menerima segala buruk dan baik anda kerana anda adalah anda sendiri. Sahabat saya yang terbaik.
kejap ye.. izinni, takde blog, bukak la satu. kan khairyn kan?
ntahnya, katun zaman la ni, memang tak lawak dah. Memang suka gila-gila zaman ujang, batu api,gelagat, dan humor. Bujal pun buleh juga.
German Muslim Caucasian? ermm macam menarik..jangan lupa cari kan seorang untuk saya nanti ya.. haha
sebelum ku jawab provocation pa'chik .. nak bagi link satu ni dulu kat khairyn ...
http://www.tvpas.com/material.php?id=4687&cat=berita
takde visual mona dengan haris... sebab reporter aku bingai. hari2 buat aku bengang sebab very the incompetent one!!
pa'chik,
seperti biasa tempat ni jadi ruang sembang2 aku ... sebab aku memang tak tau malu .. hehehhee
sebenor-benor-benornya blog tu dah ada tapi satu entry pun takde, layout sebesar hama hampeh pun takde. hehehheeh cer click kat nick izinni tu ha ... betui tak cakap aku? tiap kali aku nak start tulis aku terus jadi paranoid, segan benor .. rasa macam .. macamana ek. haaaa tau .. rasa macam aku ni perasan benor nak mengisahkan kat dalam blog untuk orang baca. malu laaa. tau plak malu kan ... pelik gak tu ... hehhehe ... so macam lambat lagi laa kot nak buat apa2 kat blog tu ...
TAPI fotopages ada .. hehehhe tapi dah 2 tahun tak update.
khairyn,
check out slot forum tv aku ... ada rocky .. ekekkekeke
tag menge'tag'. kak muna tu bagaimana skrg?
eleh izi, ari tu penah klik nama kamu tu, tapi user profile not available je yang keluar, Ni mesti baru tadi bukak.. haha..
sori ye khairyn, kawan kamu pulak nak bersembang kat ruang komen ni,nak bukak blog sendiri tak nak.haha..
salam
indera,
ah! terpana seketika dan terharu. Persahabatan berlandaskan ketelusan dan kepercayaan. Saya suka tu!
iman,
hahaha.. amiin. Semoga kita dapat German Muslim Caucasian. Kenapa saya suka lelaki German (Muslim Caucasian)? Kerana orang German ni bersistematik. Macam cara mereka main bola. Kena ikut sistem. Tak macam English, main tendang je. Juga tak macam Latin, bukan main bola, tapi banyak 'menari' hahahaha.
Ainee,
Alhamdulillah kak Mona sudah bertambah sihat. Tapi, masih belum lagi dapat melawat suaminya. Terima kasih kerana mendoakan mereka ye? Harapan saya semoga dia segera sembuh.
Izinni & Pa'chik.
Sis, sejak bila kau jadi pemalu ni? Bukankah kau jenis yang tak tahu malu?? Sebab tu kau jadikan kotak komen aku tempat kau berborak hahaha. Aku rasa kau patut tulis blog dan jadi sebahagian dari anggur masam tu. Aku akan jadi pengomen setia. Kan kita suka provokasi. Cuma blog aku ni lebih mundane sebab aku ada masanya malankolik hahaha.
Aku dah tonton separuh clip forum pasal bloggers tu. Maaflah, ada esei (lagi!) nak kena hantar hari Jumaat. Kesian tengok moderator, takut-takut nak bagi pendapat. Aku rasa sepatutnya kau yang jadi moderator, baru best hentam semua orang. Lepas tu pulak, siap ada bunyi-bunyi hp lagi. Aisey! Tak professional la beb!
Apa pendapat puan mengenai bekas ketua pengarang puan dulu? hahahaha. Nampak dia dah tua kan? Dan kenapa aku sedikit pun tidak merasa kasihan atau mahu memahami beliau (dan ahli panel yang lain)? Kenapa?? Aku sudah bekukah? Aku yang anggur masam atau dia? hahahaha. 'Sukilo' lah (metrik beb).
btw, reporter kau memang bingai! Visual penting, tu sebab namanya visual report. Ketuk aje kepalanya dengan mikrofon. Orang nak tengok mangsa bukan nak tengok orang dok belek2 handphone kahkahkah. Satu suggestion - apa kata tulis sari kata untuk visual yang mutu suaranya kurang memuaskan, sekurang2nya penonton terima dengan lebih jelas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut yang kena interview.
pa'chik,
kalau izinni menulis blog mungkin blognya akan lebih panas dari rocky, kak ena, sang kelembai atau mana-mana penulis politik yang tersohor kerana dia tak tahu 'mengedit' minda dan jari-jari yang mengetik keyboard untuk menyusun ayat. Paling tidak dia mungkin akan disaman lebih RM70 juta.
Nostalgia sungguh bila sebut saman, Ah! Khir Toyo. Ah! Dengkil. :)
salam kak khairyn...
huhu saya juga sukar nak bergolak sakan dengan humor tempatan. semua terasa macam lawak bodoh yang tak mampu menggeletek hati untuk tergelak. komik-komik juga hambar. gila-gila sekarang sudah makin kelam dan hilang taring-nya. pelawak/kartunis tempatan masih kena usaha gigih lagi.
oh oh kat rumah saya ada 5 ekor kucing pelarian yang boleh dibuli. mahu saya pos ke sana?ha ha ha.
ho ho ho
kak sya minat baca gila2 dulu.. suka dgn nama2 yg disebutkan tu, teringat dulu kalau oustation ngan bos, dia banned kak sya dr baca Gila-Gila, dia tak suka dgr kak sya terkekeh-kekeh sorang diri. Masalahnya bila tunjuk ngan dia, dia tak ketawa.. tak de sense of humour langsung dia tu.
Tang 3,5 dan 6 kita sama.. tapi kalau kak sya nak lelap.. org ngumpat kak sya pun kak sya lelap gak.
Khairyn..org Melaka ke? dari mana?
Pa'chik,
sukanyaaaa dia dapat kantoi aku! ahahhahaha padan muka aku ..
nak sampai takat tu je sampai 3,4 jam, terus tertido aku dibuatnya tau! hard job la bro! last2 aku abaikan takat title blog je. hehehehe
btw, jangan percaya cakap khairyn tu.. saya tau edit tawww! hehehehe
ryn hanikoma,
aku malu tang blogging ni tapi tang tempek kat kotak ko ni atau tempat orang lain aku memang tak tau malu! hahahaha
Aku tak nak jadi anggur masam la. nanti cepat tua macam rocky, si kelambai dan yang sewaktu dengannya! kekadang aku melankolik gak .. hehehhe ...errr rasanya lebih dari ko. hehehe
aku nonton forum tu .. adehhhh cringed aku dibuatnya! buek malu aku jer. moderator tu perasan terer nak tunjuk terer ngan aku! sombong bodoh sikit orangnya .. amboiiii sedap aku ngata dia. ehhehe .. forum buat malam macamana aku nak jadi moderator, aku kena jadi moderator kat umah masa tu. lagipun tak nak lah .. nanti aku nak buat subtitles cam ko kalau aku bosan sini. heheheh .. kalau muka kuar nanti kena blacklist plak.
macamana aku nak ketok. dia kat kelantan nun. aku hari2 marah dia, dia report boss busat. boss busat tanya .. aku cakap reporter yang dia cari tak bagus, tak professional. ada ka gi assignment ngan isteri .. isteri dok tanya soalan, dia jadi cameraman. apa yang aku mintak dia tak deliver. everytime kata susah la, itu la ini la. aku fed up dah dgn dia. 2 bulan tak sampai 30 story pun masuk and he's a staff!! budus!!
Pasal sarikata .. adehhhh .. ko tau aku ni jenis perfectionist bila keje kan. ko nak nengok skrip yang aku buat tak? haaa kat situ ko akan nampak sebutir2 subtitles sebab audio tak bagus!!! visual editor aku malas la tu!!
sekarang ada tau ka aku punya situasi hari2 .. kalau aku bukak blog, jawabnya mengutuk je laaa kejenya. hehehhe
hmm me wondering ... what happened with the RM70m suit tu ek?
hehhe....
Jom kita makan ayam goreng...
kok kok kokkkkkk!!!!
ryn hanikoma? itu cerita tibi 2 nak lawan oshin dulu. haha..
utk ripoter tu, bagi amek ubat nyamuk, tumbuk kasi hancur, taruk dalam air kopi, bagi dia minum, hahah... oit oit, jangan buat sungguh pulak.
hehehe..bile reporter berbicara..hebat..memang hebat..
salam
akirasuri,
Dulu memang suka baca komik tempatan. Tapi susah nak bergelak ketawa. Tapi bila jumpa satu yang boleh buat saya ketawa, susah pula nak berhenti. Sekarang, komik humor tempatan banyak sangat lawak yang mengenakan orang. Tak macam dulu, siap ada ruang 'kraftangan vs kerastangan' lagi. Kreatif dan menjana minda.
king,
Christmas dah habis hehehe
kak Sya,
Dari dulu lagi, bising macamana pun saya senang tidur tapi bila start ada orang mengumpat di sebelah saya (walaupun bkn saya yg jadi mangsa umpatan tu) senang sungguh terjaga. Saya suka mendengar. Saja nak tahu hahaha. Ibu bapa saya berpinda ke Ayer Keroh 10 tahun yg lepas setelah bosan dengan KL.
13May,
Jom makan ayam goreng. Kawan2 rapat panggil saya 'ibu ayam' sebab ketaksuban saya dengan binatang ini. Jadi saya panggil kamu 'bapa ayam' boleh? hahahaha
Pa'chik
Lambat la proses tu. Ketuk dengan mikrofon je, cepat sikit. Tapi bergantung kepada kebesaran mikrofon tu tadi. Yang tahun 50an paling berkesan.
Iman,
Kami berdua hish... bila dah mula, susah nak berhenti. hahaha. Tu sebab senang bekerja bersama macam Carl Bernstein dan Bob Woodward (All the president's men. Uish! Berangan je lebih.
aku suka katun apa namanya ek? kalaripayat ke? .. aku pakat gelak kekek2 sorang. lawak gila. baru aku tau orang india pun ada seni mempertahankan diri. tak penah miss.
lagi satu .... paling aku tak leh lupa sampai sekarang ... kita punya one day trip ke dengkil, sepang tu. fuh! adventurous gilos baban. the most happening assignment bagi aku. teruja! hehhehe
kalaripayat??? kartun apo tuu kak weyy..tandoori payat ade laa hahaha..kalaripayat
saya pelik cam ner org lain boleh mudah borak, mudah mesra, sedangkan saya cukup susah nak memulakan sebuah perkenalan, segan dan tidak berkeyakinan
kemat,
nak mudah borak ek? tunggu saya masuk blog awak nanti .. takut awak tak larat atau tak kuasa melayan plak nanti :)
iman ... ooooo tandoori payat ek? ekekkeke ... ok ler tu lebih kurang ada payat gak kat ekor tu.
huhuhu housemate ku..kita serupa suka makan ayam!kita tak suka ikan kan?tak suka lamb...ehehhehe.Tapi bukankah binatang kesukaan anda lembu?eheheheh..konpius2..
khairyn,
kita berbeza pada dua perkara pelik anda.. saya tidak gemar ayam, dan tidak berminat dengan ragam kucing.. hehe
nanti lihat pula 6 yang pelik tentang saya ok?!
errr....bapa ayam mungkin kasar sikit bunyinya....
apakata ayam bapak????
hahahahaha:P
salam
izinni,
tandoori payat laa... Aku suka Ali and Davidson dan Nik's PI.
Iman,
Itu perempuan belakang sudah tua la.. hahaha
kemat,
Ish apa nak malunya. Sudah handsome lah tu dengan baju melayu merah dengan songkok senget. Senyum pun dah cukup manis :)
Mimi,
kita, dua ibu ayam hahahaha. Nasib baik ayam murah kat sini lalalala
Ayam enak dimakan. lembu enak dipeluk. Rumah kita boleh jadi ladang ternakan hahaha
bayu,
Saya suka sakat kucing. Geram!! Kalau boleh kucing Aummmm tu pun saya nak hehehe
13May,
Okeh Ayam Bapak. Ku panggil mu begitu. :)
Post a Comment