Monday, February 12, 2007

Assalamualaikum.

Lewat tengahari tadi, saya menerima sms dari Malaysia. Kaget saya dan terus beristighfar panjang. Salah seoarang sahabat yang sering memberikan kata-kata semangat telah terlibat di dalam kemalangan jalan-raya di Merapoh, Kelantan. Saya hanya mampu merenung skrin telefon bimbit saya sambil berdoa semoga ke dua-duanya selamat. Selang beberapa minit, bertimpa-timpa sms masuk ke dalam kotak inbox telefon bimbit saya. Semua menberikan berita yang serupa.

'Mona & Haris acc di Merapoh. Haris tersepit, Mona pth tgn & peha'.

Usai solat Zohor, saya panjatkan doa untuk mereka. Walaupun waktu agak menekan saya, sempat juga saya berbalas sms dengan beberapa sahabat di Malaysia meminta diberitahu sekiranya ada berita terbaru. Semua yang membalas meminta saya sama-sama berdoa semoga kedua-dua mereka selamat.

Sukar untuk saya menumpukan perhatian di dalam kelas tadi. Secara sembunyi-sembunyi sempat juga saya berbalas sms dengan sahabat-sahabat di Malaysia. Mona sahabat kami. Wanita yang banyak memberi perangsang kepada saya. Ceria, selamba dan ada prinsip hidup yang kuat. Ketika saya di Johor dan beliau di Kelantan, kami sering menelefon bercerita tentang kebosanan hidup di tempat masing-masing. Saya teringat kata-kata beliau 'Aku rasa macam dah petak kat sini!'

Awal 2005, beliau bertemu jodoh dengan jurugambar yang sama-sama bertugas dengan beliau, Haris Fadzlilah Ibrahim. 'Kalau tak kahwin, aku dah dengan kau kat Scotland, kan?' Itu kata beliau dulu. Saya ketawa saja lalu menjawab 'Ya, sama-sama jadi pencuci yang berwawasan kan?'

Mona memang terpikat dengan negara 'hagis' dan 'begpipes' dan sering 'meracun' suaminya untuk berhijrah dan bekerja di sini, tapi Haris agak keberatan kerana dia tak tahan dengan cuaca sejuk. Setelah puas memujuk, akhirnya Haris setuju untuk berkompromi. Datang ke Scotland dan Sepanyol untuk bercuti. Gembira sungguh Mona mendapat lampu hijau dari suami tersayang. Cadangnya penghujung bulan 4 mereka akan ke sini. Tiket kapalterbang sudah dibeli dan saya juga telah membelikan tiket kapal terbang ke Granada bagi pihak mereka. Gurau saya seolah-olah mereka dapat 'belated honeymoon.'

Ini yang saya baca sebentar tadi;

General
February 12, 2007 22:31 PM

NSTP Journalists Seriously Injured In Crash That Killed Three Others
MERAPOH, Feb 12 (Bernama) -- A journalist couple from the New Straits Time Press (NSTP) were seriously injured in an accident that killed three others at KM 70 Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, here Monday.

Kuala Lipis district police chief, Supt Shakaruddin Che Mud said the accident happened when the jeep driven by NSTP photo-journalist Haris Fazillah Ibrahim, 33, and his Berita Harian journalist wife Mona Ahmad,33, collided with a car that veered into their path.

"The couple were returning to Kota Baharu from Kuala Lumpur when their Suzuki jeep collided into a Honda Accord at Kampung Chegar Perah, here at 5.30pm," he told Bernama.

The driver of the Honda Accord, Mohd Suhaimi Che Othman,22, his friend Mohd Suhaimi Ismail, both from Gua Musang were killed on the spot while another passenger, Ahmad Najmi Saari, 26, who suffered serious injuries died in the Gua Musang Hospital.

Shakaruddin said the injured were sent to the Gua Musang Hospital while the bodies of the two killed instantly were sent to Kuala Lipis Hospital.

Mona suffered a broken left arm and a broken left thigh while Haris Fazillah had injuries to the head, left eye and left shoulder.

He added the accident occurred when the Honda Accord driven by Mohd Suhaimi veered into the right lane and collided head-on with the Suzuki jeep driven by Haris Fazillah.

The couple were returning from a holiday in Kajang, Selangor and were scheduled to start work Tuesday.-- BERNAMA



Berita terakhir yang saya terima sebentar tadi mengatakan Mona sudah sedar tetapi suaminya masih lagi tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Dikhabarkan ketika jam 4pm waktu Glasgow, ibu bapa Mona masih dalam perjalanan ke Gua Musang.

Mohon pada sesiapa yang singgah ke sini, panjatkan doa untuk mereka.

Terima Kasih.

Khairyn

23 comments:

13may said...

alahai.....
salam takziah untuk mereka...
Semoga semuanya akan selamat....

dan juga untuk tuan blog...
jgn bersedih sgt....

senyum senyum:)

AKMA said...

Moga sejahtera dan rahmat sentiasa bersama mereka. Pejamkan mata....diam...hantarkan tenang dan sejahtera buat mereka.

...walau AKMA sendiri sedang berombak ...kuat!...

izinni said...

aku pun kaget sama, terus call sue tapi dia tak angkat. call pulak za. aduhhh .. dia pun sama cam ko gak ... member2 kat kelantan dok call dan sms dia. dia memang nak balik kelantan sebab apparently sementara family mona dan haris nak sampai, takde siapa sangat yang boleh temankan mona. tapi susah dia nak balik sebab anak2 sekolah.

mona dah sedar, baru lepas operation masukkan besi kat kaki. haris setakat ni yang aku tau still in operation theatre. he was badly injured.

as for mona, those yang ziarah dia tak tahan tengok mona. dia akan meraung tanyakan haris ... kawan2 tak tau nak cakap apa. depa tau nangis je .. tak sanggup.

aduhhh ... masa aku baca berita kat utusan and saw her picture .. yang senyum manis tu .. aduuhhhh bergenang air mata aku, sebak sangat2 ...

doa aku untuk mona dan haris. moga Allah selamatkan mereka. moga Allah kurniakan ketenangan pada mereka.

menggigil jari jemari aku masa time ni ...

Pa'chik said...

alahai.....
salam takziah untuk mereka...
Semoga semuanya akan selamat....

dan juga untuk tuan blog...
jgn bersedih sgt....

senyum senyum:)

err.. kopipes 13may punya... penat lagi nih..

khairyn said...

salam

13may,
terima kasih. Setakat ini saya belum terima apa-apa berita terbaru. Saya anggap itu berita baik.

akma,
Semoga AKMA juga kuat dalam mengharung ombak perjuangan AKMA. Saya doakan mereka selamat.

Pa'chik
Terima kasih.

izinni,
Ketar tangan aku lepas baca sms dari Zura. Lama aku tenung baru dapat digest. Mona call aku 2 minggu lepas. Excited nak holiday dengan Haris. Minta tolong aku book tiket ke Granada. Dia kata nak bayar online kat aku, aku cakap tak pe, jumpa aku baru bayar sebab kitaorang dah lama tak jumpa. Suka sangat dia bercerita, asyik tergelak2 je.

Aku mohon pada Allah tabahkan hati dia. Itu saja sumbangan yang aku mampu..

izinni said...

Just in case you didn't get my sms which i sent just after we finished talking just now.

aku akan type sejibik sms yang Za bagi kat aku.

"Mu, mona teruk la .. ada tulang leher dia yang patah, dia maybe lumpuh n haris still coma."

Apa yang boleh aku katakan lagi? Beristifar panjang aku ...

aku nak beremosi ni ... yang langgar depa tu sah2 dah mati. mona and haris???? aku harap famili budak2 3 orang tu dalam berduka akan tersemat dikepala diaorang yang 2 orang ni sedang sengsara.

memang malang tidak berbau tapi sikap gelojoh tidak menguntungkan sesiapa.

Doa aku untuk Mona dan Haris. Moga Allah berikan mereka dan keluarga segunung ketabahan dan kesabaran. Berat sungguh ujian Allah untuk mereka.

Insaf aku .... lepas ni tak nak bawak laju macam pelesit lagi! bior ler orang potong queue, honk aku sebab slow etc ... yang penting aku dan anak2 selamat. BUT .. aku hati2 .. double hati2 .. orang lain???

khairyn said...

Izinni,

Kali ni aku menangis.

Anonymous said...

aku baru lepas cakap ngan mek za. dia kata kengkawan kat Kelantan dok bagi info apa yang patut pasal mona-haris.

khabarnya haris masih tak sedar lepas operate buang darah beku. mona pulak, masa accident tu memang dah pakai neck rest tu, tapi tak sangkat ada tulang patah pulak kat tengkok dia.

aduh sedihnya. kesian la. nak g tengok jauh benar. aku harap dua2 depa selamatlah.

Kemat said...

saya doakan kawan kamu itu selamat..

Iman Mawaddah said...

Subhanallah kawan akak ke? saya baca paper utusan ada keluar gambar mereka sekali. Saya terdetik untuk baca sebelum pergi kerja sebab teringatkan seorang kawan yang bekerja sebagai wartawan juga. Saya doakan semuanya selamat. Bawa bertenang dan banyakkan doa.

P/S: Akak tukar background color
jugak ke? Kebetulan sama dengan saya la pula.


Tumpang pesanan untuk AKMA,
AKMA.. Bayu mencari AKMA.

izinni said...

latest news. don't know whether you already knew about it or not.

Sue's sms:
Doktor dah pasang besi kat kepala dia (mona) supaya tulang tu x hit any nerve. Haris dengar cerita ada tanda2 nak sedar dah. Tapi ada kemungkinan lumpuh - worse case scenario. Mata sebelah masuk kaca.

............

i will keep you updated via your blog ok? think positive. don't let whatever happened here distract your study. take care.

khairyn said...

salam
izinni,
thanks for the update. Alhamdulillah kita ada lingkaran sahabat yang walaupun kecil tapi saling membantu. Seperti jari kurniaan Allah, satu terluka, seluruh tangan terasa sakitnya. Subhanallah.
Thanx.. I will think positive.
Tapi sebak lagi aku tadi sebab kawan aku Rosie peluk aku lepas aku cerita pasal Mona. Ish! makcik ni, dia tak tahu aku bukan senang nak terima physical affection ni.

diva,
kita panjatkan doa untuk mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kerja kau juga terpaksa berada atas jalan selalu. Hati-hati memandu. Baca selawat dan ayat Qursi sebelum mulakan perjalanan. Peringatan untuk kau, Izinni, sahabat-sahabat yang lain dan aku juga.

En Kemat,
Terima kasih. Dia baik dan ikhlas dengan saya. Saya mohon dia tabah.

Iman,
Dia sahabat kami. Bijak, ceria dan mempunyai prinsip hidup dan pegangan agama yang kuat. Ini ujian Allah yang hebat untuk dia. Semoga dia tabah.
Ya, saya bermain-main dengan background sambil menunggu berita dari sahabat2 semalam. Sms keluar masuk macam air. Bertali arus.

Anonymous said...

pagi2 lagi aku dah sms syed umar kat kelantan. dia yang jadi tali hayat aku la ni. semalam dia cakap kat aku, tak sanggup nak tengok mereka.

masa Haris dibawa ke HUSM, Syed Umar yang naik sama dalam ambulance.

Pagi tadi dia cakap Haris dah separuh sedar. Katanya manja dan Hisham nak p tengok hari ni.

Syed Umar kata dia ngan Nelson asyik nangis je tengok dia orang. Kalau Syed Umar yang ceria sentiasa tu pun boleh nangis, apa lagi aku nak fikir? sambil aku baca blog ko dari rumah ni, air mata bercucuran.

Ye Harny, aku ingat pesanan ko tu. Bak kata Wanjai kat aku petang semalam, kadang kita berhati-hati, tapi orang langgar kita, jadi tawakal lah. Dia lagi tak nak ingat tempat accident tu sebab dulu parents dia pernah accident teruk di situ.

Aku doa sangat Mona dan Haris cepat sembuh.

izinni said...

aku baca kosmo pagi ni ...

mona dah sedar .. dah diinterview. dia kata haris tak sempat mengelak sebab keta honda accord tu laju sebab nak potong keta kat depan depa. ni jenis sangka dapat lepas tapi sebenarnya tak lepas.

haris dah sedar. dia stabil.

btw ... ko still problem part physical affection ni ek? hehehehe ... geli lagi tak? jejjejejejeje (gelak dalam bahasa sepanyol!)

INDERA KENCANA said...

Hemmm... takziah atas musibah yang menimpa teman-temanmu. Saya hanya mampu bersimpati dan memanjat pautan doa, agar mereka itu diberikan pengampunan dan ketabahan.

Perbanyakkan membaca "La hawla wala quwwata illa billahil a'liyyil adzim"

INDERA KENCANA said...

Hemmm... takziah atas musibah yang menimpa teman-temanmu. Saya hanya mampu bersimpati dan memanjat pautan doa, agar mereka itu diberikan pengampunan dan ketabahan.

Perbanyakkan membaca "La hawla wala quwwata illa billahil a'liyyil adzim"

AKMA said...

alhamdulillah.

moga haris dan mona segera sembuh.

khairyn, barangkali boleh usahakan publish any account number. blogger rasanya tidak keberatan mengulur barang seringgit dua. tidak banyak tapi sekadar membantu mana yang terdaya.

bolehkan?

khairyn said...

salam

Izinni,
Nab pun dah sms aku kata Haris dah sedar cuma tak boleh cakap lagi. Mona masuk Operating Theatre at 9am, by the time Nab sms aku at 6am (2pm Mesian time), dia tak keluar2 dari OT. Aku doa semuanya berjalan lancar.

Rosie baru jer call aku just nak tanya how am I holding up. Terharu sungguh aku. Concern betul makcik tu dengan aku laa.. Dalam kelas pun nak duduk dgn aku sebab tak nak aku sit alone. Dia tak tahu aku ni neurotic. Dan ya izinni, aku masih lagi problematic dengan physical affection. Meremang. Tahan je la.

Indera,
Berhati-hati di jalan raya ye. Tak kiralah naik kereta, motor hatta lori dan trailer. Saya juga mohon mereka tabah. Saya juga pernah hampir berada di tempat mereka. Kenderaan dari arah bertentangan cuba memotong. Mujur sahabat yg menggantikan saya memandu ketika itu bertindak pantas dan Allah masih mahu kami berlari di atas muka bumiNya. Kami dapat mengelak dan berhenti di bahu jalan. Bayangkanlah jika gagal, sebuah kancil pasti tak dapat 'survive' dengan Mercedes E series.

AKMA,
Saya tak terfikir pun tentang cadangan mengutip derma dari bloggers. Adakah yang sudi menghulurkan sumbangan? Nanti saya bincang dengan kawan2 yang lain. Terima kasih.

khairyn said...

salam Diva,

Aku rasa semua orang sedih sebab diaorang tak pernah tengok Mona terlantar macam tu. Ditambah lagi kita rasa helpless, tak boleh membantu.

Sepanjang aku kenal dia, aku ibaratkan dia seperti sepohon pokok. Stabil dan berdaun lebat. Dia selalu jadi tempat aku 'bersandar' terutama bab-bab belajar ni. Dia yang banyak 'push' aku sebab aku kan ada penyakit MALAS. Dia aktif dan agresif dalam bab kerja.

Jadi, tak hairanlah kalau Syed Umar yang happy go lucky tu pun boleh menangis. Sebab kami tak pernah lihat dia terbaring dan rasa helpless. Aku apatah lagi. Nak melawat pun tak boleh.

Aku telefon mak aku, 2 hari lepas. Dia pun terperanjat dengar Mona parah. Mak aku pun kata kita sedekah doa saja untuk mereka.

Miss Aini said...

innalillah...

bagaimana mereka skrg?

Anonymous said...

aku rasa ada juga kawan2 yang nak menghulur bantuan. tapi aku rasa, kalau yang bantuan kewangan tu, tunggu sampai mereka lepas this ordeal. now mereka pun masih dalam ketidaktahuan, tapi Alhamdulillah Haris dah jaga.

Kalau dah tau apa nanti keperluan mereka, barulah kita fikirkan apa bantuan yang boleh dihulurkan.

Aku ni asyik nak nangis je. sampai nak call Syed Umar pun aku rasa sayu. Jap lagi aku try sms, takut pulak kalau adik kita tu tengah assignment.

hari ni aku di office, kalau ada apa berita akan ku titipkan kepada ko di sana.

izinni said...

sms dari za,

"Good news. Haris dah sedar dan boleh buka mata sike. also dah respon."

Alhamdulillah.

khairyn said...

salam

ainee,
mereka beransur pulih. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi mendoakan untuk mereka.

diva,
Jangan lupa beritahu aku. Walaupun tak bayak, mungkin aku dapat sumbangkan sikit untuk redakan beban mereka.
Terima kasih bebanyak gak sebab sudi update aku selalu.

izinni,
Terima kasih. itu berita baik. alhamdulillah.

Untuk semua,
saya sangat percaya pada the power of doa. Alhamdulillah, walaupun hanya dengan ucapan takziah dan mengucap nama Allah penuh keikhlasan, itu adalah satu doa. Jasa baik semua memang tak dapat saya balas, hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga.