PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
21 comments:
Assalamualaikum....
Heppi Besday my dear friend.. yang ke berapa ek? hehehhe yg pasti ko lagi tua dari aku walaupun keadaan fizikal menunjukkan yg sebaliknya. hahahhahha......
Anyway, moga dirahmati & dilindungi Allah selalu. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, semoga success kat sana n balik dgn apa yg diidamkan dan yang paling aku doakan... MOGA KO DAPAT JODOH kat sana. Amin.
Sori, tahun ni takde hadiah. Nak belanja pun ko jauh kat sana. Tunggu ko balik nanti la. Takpun tunggu aku p sana (errrr... bila tu ek??)
Selamat Ulang Tahun....
Moga panjang umur dan murah rezeki...
Amin.
Wah kilauan ada makna tu..kene pakai spek hitam macam ni hehehe...
Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa berada di bawah lindungan, mawaddah dan rahmat Allah.
Amin.
Wahh..!! siapakah yang empunya kek berkilau-kilauan itu..??
hukkk ... silau wei!!
Nak kena ucap selamat gak ke?? dah banyak e-card ko dapat kan? ekekekekke ...
hadiah?? fulus tarak laaa ... takpe nanti ko balik aku buat laksa penang kaw-kaw satu bekas besor untuk ko. errrr ... bekas dulu tak pulang lagi kat aku ek?
pastu aku masak tumis cili tumbuk peria, ayam goreng rempah errr .. apa lagi ek? hehehehe kari ikan masin dengan terung pipit ke ... masak lemak siput sedut dengan nenas .. huhuhuhuhuhuhu .. feberet aku semua tu! hahahaha
anyway .. Selamat Ulang Tahun. Moga Panjang Umur dan Murah Rezeki. :-)
jap.. jap... nak mencelah sikit.
Err..... izinni, ni nak masak utk besday girl ke utk diri sendiri. hehhehhehehhe....
Tapi rasanya besday girl kat sana masak lagi sepesel kot pasal dia dah jadi iron chef sekarang. Dah boleh bukak restoran kalau balik Malaysia nanti... ;-)
zurd,
celah la mana yang patut. ala-ala hak kita gak ruangan ni kan?!?! ekekekek
huh!! masak untuk dia .. tukang masaknya makan ler sekali! hahahaha
ooo dah jadi iron chef ek? kalau camtu .. tak payah masak la .. ekekekke ...
salam
zurd,
Dulu. Aku bercita-cita nak sambut hari lahir di luar negara. Seronok agaknya kan? Sekarang. Aku bercita-cita agar sempat sambut hari lahir di negara sendiri. Nasib baik tak nangis masa mencangkung dan bersihkan toilet bowls. hahahaha
13May,
Amiin. terima kasih banyak-banyak. Birthday bulan Islam dah sambut bulan Muharram yang lepas. hehehehe
Iman,
Kilauannya pasti menembusi spek mata paling hitam sekalipun :)
InsyaAllah. Terima kasih.
Indera,
Saya punya!! (ikut iklan Cuticura)
Izinni & Zurd (lagi)
Izini ko tak boleh make up your mind ke? Sikit punya banyak bagi e-card. Sorry tak sempat balas. Alasan? Essay lagi. Tapi terima kasih banyak2. Banyak dah jasa ko ngan aku. Apa pun tambahlah lagi jasa tu dengan memasakkan makanan yang enak2 bila aku balik Mesia. Kira aku lantik ko jadi caterer aku lah hehehe. Yum! Laksa!!
zurd, buat apa nak bukak restoran kat Malaysia, market dah penuh. Baik buka restoran kat sini. Kari aku dah kira mengancam giler dah ni huhuhu. Karipap aku je kelepetnya antara jadi tak jadi. Ish!
semuga umur nya panjang, dan dipenuhi dengan keberkatan Ilahi. Amin.
Kalau nak bukak restoran kat sana, ajak saya sekali ye.. haha..
Terliur lak rasa bile izinni sebut lauk pauk macam-macam. Ajaklah saya sekali..bukan ajak masak ..ajak makan hehe. Muka tak malu ni ;)
sapa punya besday? he he he
Hepi Besday...dah tua ko yek kekekeke
Yo! TI Angel 3,
nak buat macamana .. sah2 lama tak make-up ..10 tahun lebih wooo .. so ada susah juga mau make-up itu mind la. hehehe .. actually (ko ada start cakap guna perkataan ni tak kat sana?) aku tengah tensen tahap kalajengking masa tu .. nengok story budak2 ni .. adehhh jenuh aku nak clear, bahasa depa kalah bahasa aku ni. tu yang rewang2 saja hantor banyak2 card kat hang tu .. hhehe
caterer ek? kena tempah awal2 tau! hehhee
ok here come good news and bad news. good ones first.
1) YEAAAAA ahad ni nak gather-gather!! hang dah tau kan? kan? kan? takpe kitaorang akan buat doa selamat sempena harijadi masihi hang atas hamparan tikar dan suratkhabar di tengah padang KLCC yang penuh warga asing tuh. kitaorang makankan sekali untuk hang noooo.
2) Bota Bond 2 Wira Engku dah dapat baby boy. Alhamdulillah Ita selamat melahirkan 21hb hari tu. semalam aku call dia .. memang dengar happy, excited sangat suara dia. Engku cakap luqman yang paling excited dapat adik. maklumlah 7 tahun lebih tunggu .. akhirnya makbul jugak doa depa kan. aku tumpang happy.
3) Zakiah got a baby girl. she's my boss kalau hang tak ingat la. went to visit her yesterday. abis semua muka anak2 dia muka arab. hehehe maklumlah husband dia arab. hidung tercacak wooo. she's a thaipusam baby. hehehe
THE sad news.
Remember the ever gracious, ayu Tina Melan? Yang semua jantan2 kat NST dok drooling tengok dia, especially bila dia berjalan dengan penuh lemah gemalai tuh? (aku pun suka nengok dia! heheheh)
ok .. dah ingat?
Husband dia dah kembali ke rahmatullah hari selasa baru ni. He's just 35. my age. heart attack. zakiah cakap kesian sangat tina .. her life was around her hubby. she quit her job lepas kawin, had kids. feel sorry for her. so young, dah jadi balu. walaupun family dia senang, but still kehilangan suami masa muda, anak2 masih kecil .. memang dugaan besar. Moga Allah tabahkan hati dia.
iman,
bila tulis iman tu macam tulis nama anak saya syabil iman. :-D
tolong makan? no problem .. saya memang suka tengok orang makan. seronok bila orang makan apa yang saya masak .. saya sendiri tak makan pun takpe .. kenyang tengok orang makan. typical mother memang macam ni kot! hehehehe .. awak macam saya ... pasal makan memang muka tak malu! hhahahahahaha
TI Angel 2 signing off!
Hehe izinni (sorry panggil nama je, rasanya macam pangkat kakak)..memang rajin memasak ya..boleh la share resipi hehe..
Iman bukan nama sebenar, tapi saya suka nama ini. Saya ambil nama ini sebagai nama pena di blog untuk mendidik diri sendiri untuk mencapainya dan juga sempena memperingati seorang sahabat.
hehe mcm chat box kita la pulak tempat ni hehe
lambat singgah. masuk-masuk ada kek krismas. ho ho ho. silap...kek hari jadi ada lampu krismas. he he he
happy belated bday. moga terus tabah di bumi orang. kita..nak balik dah. Yeahhhhhhhhhhhh!
Wah3..tak pernah tengok bro akma segumbire ini...hehe
happy belated birthday girl hehe
Epi Belated Birthday
salam
pa'chik,
Sila nyatakan kriteria yang ada yang bolehkan saya letak nama pa'chik dalam senarai saya? :)
king
adalah satu manusia tu ;)
akma,
saya tak jealous tak apa. Saya import orang yang paling saya rindu datang sini pulak hehehehe
Iman,
ada orang tu dah nak balik Malaysia tu..
diva,
thanks. Mana hadiah aku? hehehe
kemat,
hehehe tenkiu.
the rest,
ye ye... buat la comment box ni macam rumah sendiri. Korang kan memang tak malu hahhaha... Izinni, salam to all Bota Bonds and TI Angels. Aku still simpan lagi all cerita merapu yang kita buat dulu. Miss the Bota Bonds 001 and 003. Happy Gathering.
oit oit, kat sini, lepas abis sekolah dulu, sudah ada 6 orang ajak/mintak aku bukak/uruskan restoran dan ada sorang yang nak bagi aku 70k untuk bukak satu restoran,kira aku jadi partner dia tanpa keluarkan duit pun...
haha..
sebab apa, aku pun tak tau.. mungkin pasal suka sangat melepak kat kedai makan kot, suka kawan pun ngan budak/tokey kedai makan (tujuan sebenar nak bagi cepat siap order, dan dapat banyak lauk) kot.
Post a Comment