Dia sangat nakal.
Afifah Aribah - satu tahun enam bulan.
Maaf, belum boleh mengisi 'entry'. Cuba-cuba mencuri masa nanti.
Posted by khairyn at Wednesday, March 21, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
26 comments:
oit budak!! jangan nakal-nakal, cubit kang!!
Oit garangnya pa'chik..
Khairyn,
Anak sapa ni?
ny,
dah besar yariba .. opss aribah. hehehe .. honestly she have your feature. iras hang. sayangnya afiq yang encem tu kat dia ek. 2 orang permata hati mak ngan abah ko :)
btw .. nisaa' az-zahraa will turn 1 year in 9 days. :D takde camera, tak leh tayang :(
iman,
ni jari gatal nak tulung jawabkan. afifah aribah anak khairyn ... ejejejehehe .. anak sedara la! hehehe
uiks pa'chik. mu nih nak leke anak orang! luku kang!
wah ceomei eih... cubit pipi gerenti nangis.. hahahah@
Waaa comeynyerrrr
woit, izin, takde kamera, suruh la budak-budak ko yang amek gambar anak ko tu. haha.. suruh amek gambar kat sepital takleh, baik suruh derang tu gi umah ko amek gambar.
budak, oi budak...
wahhhhhhh!!!! makan budak!!!!
uikss .. mana boleh salah guna harta benda opis untuk kegunaan peribadi wei. lebih2 duit gerakan-ko-tau-apa nih! kalau duit ann ass tee tu laju je aku pulun! hahahaha ...
pa'chik,
kat umah aku ada gambar secoit rasa anak2 aku .. nisaa' az-zahraa satu acuan macam depa. muka macam syabil iman :)
ko berblog ni dari mana? rumah ke? haha..
lorrrr ... umah blog aku la! bukan rumah betui hehehhe .. slow gak ko ni ek. hehehhe
Afifah Aribah ..nama yang comel secomel orangnya..... :)
oit, ko tu yang slow, aku tanya kat umah ke kat opis, pasal salah guna harta benda opis tu la.. hahaha...
uikkss ... aku sambil buat keje sambil sembang ngan ko la pa'chik. kalau ko risau aku guna reta company .. aku tak nak layan ko sembang lagi dah! hahahahah
wah wah wah:D
comel.
tolong piat pipi dia untuk saya :)
salam
pa'chik
Sekarang nakal, comel. Nanti dah besar nakal tu boleh sakit hati gak hahaha.
iman
hahahaha anak saudara saya yang bongsu. Buat masa ni hahahaha.
izinni,
iras-iras tu tak pe, jangan ambik perangai tak berapa betul makciknya, sudah hehehehe.
sunan,
sudah semestinya! Bukan setakat menangis, meraung terus agaknya. Dia nakal dan manja.
azhar,
psssttt... dia pun pakai pampers lagi, macam kamu. Dulu hehehehe.
purp,
Afifah tu ayahanda yang bagi sebab dia kata ada megistrate kat muar namanya Afifah. Aribah pula kakak saya dan suaminya sepakat bagi nama. Nak samakan dengan yang lain-lain. Afiq Afnan, Aqil Aiman, Afiqah Aqilah, Akmar Adibah dan dia Afifah Aribah.
May,
Pasai apa depa dua orang tu buat tingkap ni macam mesyuarat tingkap rumah depa? hahahaha
akira
tak leh la. Jauh hahahaha
uikkk .. gambor latest dibah takde ke? musti lawa sekarang ek.
Ingatkan tadi gambar anak Dr Wan yang bongsu tu..
Comel anak saudara Khairyn.. Macam makciknya jugak..!!
Alamak... comelnya...
chomel... cam saya wakakakaka cop uat menantu sedara leh heheheh cop utk anak sedara sbb lum ada anak sendiri..
agak-agaknya la kan.. afifah aribah ada iras2 mak saudaranya si khairyn tak?
lorrr..ingatkan anak kau
comel
updet pls!!
hehhe...
salam
izinni,
Dibah tu suka buat muka lawak. Dialah yang paling lembut dalam ramai-ramai tu.
indera,
alahai tersipu-sipu malu. Chewah!
kak Sya,
Huh! itu comel deceiving tu. Agah dari jauh ok je, tapi bila kita nak dukung, meraung sekuat-kuat hati. Dah tak comel la macam tu hehehehe
our,
heh? Apa kriteria ada hahahaha
bayu
waahhhhh... itu rahsia! lalalala
cikgu PK
Anak buah pun anak sendiri gak. Tu mulut-mulut kecil mongel tu dulu selalu mintak disumbat burger McDlah, ayam KFCla. Rasanya mak depa sendiri malas nak layan.
king,
budak kecil memang comel.
May
Dah!
Post a Comment