Saturday, March 24, 2007

mimpi


Hari ini dan esok saya ponteng kerja. Alasan? Flu. Alasan seterusnya, ada tiga tugasan sekolah yang harus diselesaikan. Alasan seterus seterusnya, malas.

Tapikan, sebab dah biasa bekerja tujuh hari seminggu, saya seolah-olah mati kutu duduk di rumah seorang diri. Belajar tu belajar juga, tapi tadi menghabiskan masa tiga jam 'rally' menonton Kyle XY di channel Trouble. Makan kudap-kudapan sehingga senak perut saya. Wah! Bosan sungguh tinggal di rumah bila tidak bekerja ya?

Kerana sudah menjadi kebiasaan, saya tetap tersedar jam 5am. Puas bergolek sana bergolek sini, akhirnya saya bangun setengah jam selepas itu dan bersolat Subuh. Usai solat, terus mengadap komputer riba mat salleh saya ini. Sekarang sudah menghampiri musim bunga, matahari cepat meninggi. Jam 5.5oam sudah seperti jam 8am. Saya ralat memikirkan yang tidak lama lagi waktu Isya' bakal masuk jam 10pm dan Subuh sekitar 1am atau 2am. Aduhai.

Oh ya! Hari Selasa depan, saya bakal mengadap pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Tinggi dan juga MSD (Malaysian Student Department) untuk permohonan SLAB & SLAI (inilah maksud saya melompat pagar!). Doakan saya melepasi temuduga tersebut dengan jayanya dan mendapat bantuan dari kerajaan Malaysia. Sekiranya saya dapat wang bantuan tersebut, sudah pasti saya belanja kamu. Makan ayam. Nandos. Mahu? Di restoran di Glasgow. Wang belanja kapal terbang, kamu tanggung sendiri. Boleh? hahahaha. Serius! Kalau saya dapat wang dan saya kenal kamu, sudah pasti saya bawa kamu makan-makan di Kuala Lumpur. Tapi, tunggu saya pulang ya.

Jadi sejak jam 6am tadi saya sudah mengeluarkan setiap sijil yang ada dalam simpanan saya untuk dibuat salinan dan oleh kerana saya ada esei yang harus dihantar minggu depan, saya mula membuka buku dan membaca susunan ayat yang sukar saya fahami tapi saya harap saya boleh selesaikan tugasan saya selewat-lewatnya esok. Sebentar tadi, saya baru saja selesaikan 'draft' untuk esei politik saya. Isnin atau Selasa ini saya bakal ber'dating' dengan tutor saya untuk diberikan one-on-one discussion. Huh! Nasib baik dia orangnya 'good looking' hehehe. Tapi hati saya sudah terpaut dengan si Gorgeous Georgios Kyrotis!

Ahhh..... saya dilambung badai asmara... (oh! Izinni, inilah petua saya untuk mengurangkan berat badan hahahaha)

Hmm... kamu percaya pada mimpi tak?
Sejak bonda bercerita tentang keadaan nenda saya tempohari, saya mengingatkan diri sendiri untuk mengamalkan pesan bonda - membaca surah Al-Baqarah dan At-Taubah di malam Jumaat. Satu perkara aneh terjadi pada malam Jumaat yang lepas. Saya bermimpi rumah saya dilanda ribut. Sungguh kuat sekali, berdengung-dengung bunyinya. Dalam mimpi tersebut, saya melompat turun dari katil dan bersembunyi di tepi meja tulis sambil mengintai di tingkap menyaksikan pokok-pokok tercabut dan terbang ditiup angin kuat. Segera saya iqamat. Betul susunan bacaan saya. Seusai iqamat, ribut terus reda. Tak lama itu, dalam mimpi saya, kedengaran orang mengetuk pintu. Apabila saya keluar, saya dapati pintu rumah saya terkopak.

Sebelum itu dua hari berturut-turut saya bermimpi yang bukan-bukan tapi mimpi ribut taufan itulah kemuncak mimpi saya. Ah... letih sungguh bangun tidur bila bermimpi sebegini.

Saya ingin bertanya pada ahlil-ahlil nujum di luar sana. Apakah maksud mimpi beta itu??

p/s : Oh! Kami sudah masuk masa musim panas. Jarum jam dicepatkan satu jam lebih awal kembali. Wah! Sibuk menukar jarum jam dinding di bilik, di atas meja tulis, di ruang tamu, jam di handphone oh oh... juga di bilik air.

23 comments:

Pa'chik said...

aik, tu bukan nama greek ke? bukan jarman.

Azhar Ahmad said...

Hummm, tidaklah saya tahu wahai tuanku khairyn. Nanti hamba tanyakan pada Pa' Blalang ya!

akirasuri said...

wah!penuh misteri. itu kena tanya bomoh cikgu payakubor ni. heh~

saya suka alasan seterus-seterusnya tu. malas! ha ha ha. terasa macam geng pulak :p

khairyn said...

salam

pa'chik,
ya dia orang Greek. Saya tak jumpa Jarman lagi hahahaha.. Saya suka pelat-pelat Greek/Inggerisnya hahaha

encik azhar,
nujum tidak bercutikah hari ini? ;)

akira
kita budak sekolah, memang selalu kena penyakit malas ni hahaha

Anonymous said...

nanti bila aku buat entri pasal mimpi ni, aku haplod satu ceramah tentang mimpi ya.

p/s: oh, pa'chik kata ko kirim salam, wa'alaikumussalam.

khairyn said...

enchik daudposmeng (ya ka ni wujud? kembar pa'chik ek?)

wah akan kutunggu entri muuuuuuu.

p/s : surat saya mana daaaaa ;)

khairyn said...

oh oh!

Sudah mendapat jawapan dari ayahanda tentang mimpi saya itu via sms dari kekanda hamba.

alahai...

BaYu SenJa said...

mimpi lagi?
boleh saja kalau nak bayu tafsirkan.. tapi kemungkinan besar adalah tipu :)
kahkah...

p/s: sini akan tukar jam awal bulan 4 ni :)

Miss Aini said...

huu~sediakan payung sebelum hujan, cari tempat teduh sebelum dipukul ribut.

Miss Aini said...

akak, xtau la it will help u o not but kt link sini ada buku entitled "dictionary of dream interpretation" and at this time this bookstore is offering fee delivery through UK (scotland tmasuk la kalo camtu kn?)

http://islamicbookclub.com/default.aspx

owait, ganbate ne.

Iman Mawaddah said...

Salam..
Yeh..yeh...saya juga cuti..perabis kan cuti malas tahun lepas hehe. Ooo SLAB itu ke maksud melompat pagar. Ingatkan apa ke bendanya. Good luck..mudah2an dapat la hendaknya. Tak payah hempas pulas jadi wirawati lagi. Apa jawapan ayahanda tentang mimpi itu?

p/s: Ada affair dengan daudposmeng ka? hehehe

khairyn said...

Salam

bayu,
ish ish.. auta la tu. Tak pe, saya tafsir sendiri lah hehehe.
p/s tadi memang lupa yang di sini ahad terakhir bulan March sudah kena tukar jam.

ainee,
itu ribut sangat kuat laaa. Pakai payung pun garenti terbang punya. Macam gales kat sinila jugak hehehe. Dalam mimpi tu sampai nampak budak kena terbang dek angin ribut. Tu diaaaa...

thanks for the link. Dah tengok dah buku tu.. Wah kena tunggu duit gaji masuk la baru boleh pk nak beli ke tak hehehe.. pelajar marhain la katakan.

iman,
haaaa.... nak dapatkan SLAB ni kenalah lompat pagar jugak. Kawan tu orang kuat keris lalalala... Kenala berlakon sket hehehe. Ayahanda kata ribut tafsirannya sakit. Serius. Jadi kenala jaga kesihatan. Mesti dia rujuk kitab lama dia tu hehehe.. InsyaAllah, segala-galanya datang dari DIA kan? Apapun yang bakal datang, saya mohon saya kuat dan tabah.

hihihi... apa kata saya ngurat daudposmeng tu, mungkin lepas ni surat-surat ke Malaya tak lambat atau hilang huhuhu

Iman Mawaddah said...

Oooo..ada niat tak baik ngurat daudposmeng hehe..sian dak daud tu. Semalam jadi mat despatch pa'chik. Sekarang akak pulak nak mempergunakan khidmat dia.

kingbinjai said...

kena tanya ustaz

CikguAndey said...

daun pintu terkopak? Emm..no rumah kau 4 angka ke. Hahaha. Boleh tikam ni

13may said...

good luck!

dan ketahuilah....saya seorang yg sabar menanti....

Nandos!!!! nyum nyum:D

BaYu SenJa said...

khairyn,
kalau ada masang lapang.. jawab tag dari saya ok?! hehehe

BaYu SenJa said...

khairyn...
takpa la, tak sudi bayu tafsirkan mimpi tu.. iskisk
tapi khairyn kena sudi jugak jawab tag dari bayu :)
Khairyn kena TAG!!!!!!!

izinni said...

khairyn,
me oredi ask me hubby about the derim. dia cakap benda yang sama macam pak hang. so, take extra cara of yourself ... especially when you have to entertain 3 guests from malaya. nanti sebab excited sangat sampai sakit pulak! hehehhee ...

ARRRGHHHHH i wish i could join them :(

zwitterion said...

salam khairyn

:)

blackpurple @ jowopinter said...

Bangunan itu nampak klasik.

Mimpi itu mainan tidur, kadang-kadang tidur itu pula mainan mimpi :)

INDERA KENCANA said...

Saya tidak pandai bahasa mimpi cuma jika sesuatu mimpi itu sangat mengesani di jiwa saya, maka saya akan sentiasa mengingatinya.

khairyn said...

salam

iman,
cuba-cuba ngurat daudposmeng, tapi dia jual mahal, pergi cutilah pulak. ;)

king,
oh segala rujukan saya adalah ayahanda tercinta hehehe.. dia pun ada iras-iras ustaz Dato Ismail Kamus :)

cikgu PK.
woit! Apa ni tikam! tu haram! Err.. tak de 4 nombor. hmm... boleh gak buat main loteri ek? Kalau kaya, selesai segala masalah duit saya hahahaha

May,
okeh! nama kamu masuk list makan-makan. Sanggup turun KL?

bayu,
baik enchek. Nanti saya jawab tag kamu ye. Sabarrrrrr....

izinni,
samalah tafsirannya tu. Dulu pun aku mimpi ribut sampai pokok tumbang2. Rupanya pak aku jatuh sakit. Serius.

zwit,
salam ukhuwah untuk kamu juga :)

blackpurple
Memang klasik pun. Bangunan siap 1912.
hehehe.. tidur saya dimainkan oleh mimpilah tu. Letih betul. ;)

indera
Saya jarang ingat mimpi saya tapi kalau mimpi yang begini, kadang2 boleh membimbangkan juga. :)