Saya dan Kahn
Kata kuncinya di sini 'bersistematik'.
Posted by khairyn at Thursday, March 08, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
26 comments:
wah.. aku baru tulis nama olibekan ni utk jawab kumen ko kat blog aku.. apara...
penah memandu porsche kat autobahn, dalam nidforspid. heheh..
wilkommen kak. sy tau sket psal german. sy cme rasa kalau guna bahasa mereka, cakap ich liebe dich cam tak romantik. tu je kot yg sy x ske psl german. bahasanya yg bunyi kasar. tp pembangunan mereka wajar dicontohi. untuk menjadi bangsa yang terbaik, disiplin (tarbiyah la kirenye tu) itu perlu diamalkan.
PS: dlu pon sy minat gak ngan abg kahn yg 'ngaum' nie. sangat tere. tp setere de jaga gol, terkandas juga akhirnya... hidup bayern munich!
khan dan autobahn = sungguhlah rhyme !!
yup , mesin basuh electrolux ( Lux di panggi sekarang )yang masih digunakan , teknologi Jerman yang sungguh lasak, sayang , cuma tak boleh basuh 'orang' je kat dalam tu ..
Jun minta maaf khairyn , lama jun tak jengah sini , nanti jun usahakan se'kerap' yang boleh lah ..
Hummm... mereka dikenali sebagai orang Aryan... Baca kisahnya dalam Sirah Nabi.. Ada didisebut bangsa ini (kalu tak silap saya)
Wolkswagen (folks vagen) adalah seperti kereta proton Malaysia. Percaya tau tidak, ia bermaksud 'kereta rakyat'!
hehe aku punya kawan yang half Aryan (German blood) half Malay, yang makan sambal belacan lebih hebat dan Melayu dari rakanku yang wajahnya pekat Jawa dan 100% Melayu-Jawa pula.
hmm kegemaranku juga sudah pasti Oliver Khan, tu yang bengang sangat kat coach German yang tidak menurunkan Khan sebagai penjaga gawang sewaktu World Cup 2006.
dan ku juga suka Volks, terutama sang kumbang (beetle)
kawan saya ada seorang itu tergila-gila abang kahn tu.. oh ohh..
olibekan tu, aku tengok macam wolverine masa welkap 2002 dulu.
oit oit, hari ni dalam berita satu sokkabar kumpulan An Ass Tea Pee,
sekorang budak remaja jerman berak depan mesin ATM. Fuh, moden sungguh orang jerman ni ye... haha...
aku kerja kat company german...hehhe...
Lieb Khairyn,
Ich wundere mich noch warum Deutsch? Vom ganzen Rennen, dass Allah geschaffen hat, haben Sie das arische gewählt.
Nicht alle Deutsch systematisch. Wie Malay. Nicht alle unempfindlichen und faulen Mengen. Ich denke, dass es ist, weil Sie sind nicht systematisch so jemanden braucht, der Sie kontrollieren kann. Korrigiert? hehehehehehe...
Gibt übrigens es viele Muslimisch Deutsch? Hmmm Hat Erhalten, die Statistik über mein persönliches Referenten Fräulein Google zu erhalten. Warten Sie ya...
lain yang kucari lain yang ku jumpa ... interesting article about Muslim and Germany@Hitler's relationship. baca dengan hati dan minda yang terbuka kerana kandungannya agak kontroversi.
from http://www.rastko.org.yu/rastko-bl/istorija/kcsavic/csavich-islam_e.html
"On August 6, 1943, Himmler wrote the following letter to his representative in the NDH, SS Gruppenfuehrer and Generalleutnant der Polizei Konstantin Kammerhofer and to Artur Phleps, commander of the Vth SS Mountain Corps outlining guidelines for the enlistment of Muslims in the Waffen SS and police:
All Moslem members of the Waffen SS and police are to be afforded the undeniable right of their religious demands never to touch pork, pork sausages nor to drink alcohol...I hold all commanders...and other SS officers, responsible for the most scrupulous and loyal respect for this privilege especially granted to the Muslims. They have answered the call of the Moslem chiefs and have come to us out of hatred for the common Jewish-Anglo-Bolshevik enemy and through respect and fidelity for he who they respect above all, the Fuehrer, Adolf Hitler... There will no longer be the least discussion about the special rights afforded to the Moslems in these circles.
Heil Hitler
(signed) H. Himmler"
.... buleh suka hitler tak?hehehhehe
hahahhahaa ....
dari wikipedia tentang bangsa Aryan:
"Because of historical racist use of Aryan, and especially use of Aryan race in connection with the propaganda of Nazism, the word is sometimes avoided in the West as being tainted, in the same manner as the swastika symbol. In the English language, the word "Aryan" is no longer in technical use to refer to an ethnic group or race, and the popular use of the term to mean "white person" fell out of favour during the 1930s when the obvious obsession of the Nazis with the word became a matter of ridicule in Britain and North America. In the USA, the established and less contentious term "Caucasian" became dominant in official usage. Currently, India and Iran are the only countries to use the word Aryan in a demographic denomination. This usage, however, carries no racist connotations. Aryan is also a common male name in India Afghanistan and Iran. And Aryana was the name of the modern day Afghanistan, which means The Land of Aryans."
Aryan = Caucasian .. hhuhhuhuhu
Salam Khairyn,
Banyak sungguh info yang saya dapat di sini. Tak sangka izinni reporter german hehehe..Apa2 hal pun lelaki melayu tetap menjadi pojaannn hatiku hehehe
khairyn,
boleh tahu.. suka yang macamana maksudMu itu ;)
wah.. izinni, info tersebut boleh juga dijadikan entri di blog izinni..
bayu terfikir, bila la masyarakat arab akan prihatin dengan alam...
salam
pa'chik,
Aisey... Buleh la kot. :)
Ainee,
ye ye.. hidup Bayern. huhuhu. Pernah jumpa Mesian ex-footballer yang jadi coach untuk Bayern Munchen junior league dan ber -stamstich. ich liebe dich, tetap kedengaran romantis di telingaku ;)
jun,
tiap kali ke blog jun, mesti dihidang 'makanan', bila agaknya dapat 'rasa' betul-betul makanan tu ek? hehehe
Encik Azhar,
Aryan = Caucasian. Nama anak Shahrukh Khan (Kahn??) juga. :) Yang penting tetap pegangan agamanya kan?? Ya VW asalnya kereta rakyat. Tapi tengoklah spec nya sekarang, terutama 'Sang kumbang' Tak mampu 'rakyat' nak beli. Tengok dari jauh je la..
Diva,
hahaha. Ada sikap orang Jerman ni yang aku admire sangat. Bukan 100% aku suka lelaki itu sebab dia Jerman. Bacalah kata kuncinya. Kahn memang a good goalie, tapi ada yang lebih bagus dari dia. Ahaks ;)
akirasuri,
Saya harap kawan kamu suka sebab skilnya menjadi penjaga gol bukan sebab rupa parasnya yang iras monkey tu ye.. hahaha tapi kan, beauty is in the eye of the beholder. Betul tak?
pa'chik (lagi..)
hahaha. dia tak tahan tu. Mustilah moden dan berteknologi tinggi. Mana ada jamban transparent di tempat lain kecuali di Jerman? ;)
13May,
company tak nak hantar ke Jerman ke?
Izinni,
yep. you nailed it woman! kontrollieren Korrigiert!!Aku kan bukan sistematik orangnya hahaha.
Pendidikan sekular yang kita terima 90% datangnya dari Barat. Mereka yang pilih apa yang mereka rasa perlu untuk 'brainwash' penduduk dunia. Apa yang baik untuk imej dan kehendak mereka, itulah yang mereka sogok pada kita. Apa yang mereka rasa boleh menjejaskan negara mereka, itu yang mereka cuba sembunyi dan putar belit.
Yahudi benci Hitler sebab 'wipe out' beratus ribu rakyatnya. Tentera Bosnia (Muslim) - menurut sumber website yang kau bagi - pun ikut sama buat cleansing. Dilakukan secara terang-terangan. British buka penempatan di Palestine untuk Yahudi. Itu cleansing juga namanya, cuma tidak secara terang. Kesannya hanya dirasakan sekarang.
Yep, itu antara sebab aku suka Hitler (bukan sebab misainya ye). Hitler juga benci homoseksual. Yang silap, dia juga benci orang kurang upaya..
The answer remains = systematic
izinni,
The true knowledge is to be able to digest and differentiate which one is the TRUTH and which one is PROPOGATED. (With the exception of knowledge derived from Quran, of course)
And the most important thing is the ability to :
THINK OUT OF THE BOX.
Setuju tak?
salam Iman,
Tak kisahlah lelaki tu Melayu ke India ke Pakistan ke Bangla ke.. ish awat asyik ke sub-continent je ni hahaha... yang penting dia jatuh cinta pada Islam. Dan pada saya - sistematik! hahaha sistematik ye bukan skema. Hanya orang yang rapat dengan saya tau kenapa sistematik kehkehkeh
bayu,
Itulah jawapannya. Bukan cerewet, bukan perfectionist tapi just a simple and pure Sistematik. Walaupun saya tak suka Matematik. bukan Romantik, Plastik, lipstik, statik hatta Spastik pun.
hahaha.
kalau sudah jodoh apa salahnya kan? kan? kan?
awat yang bukan skema? ok apa..
orang kata tertib:)
king,
ya ya.. tak salah. alahai...
bayu,
tu yang susah tu.. Habis tertib hidup saya hahaha
inilah dikatakan blogmu blogku jua ... hehehhe
iman,
issyyy jangan tak tau. nak tulis bahasa turki pun buleh tau! hehhehe
bayu,
saya suka sebab dia sensitif keperluan askar Muslim walaupun dia menggunakan mereka untuk melaksanakan agendanya.
Bak kata khairyn ... dia benci yahudi, dia benci homo. ok dah tu. just silap part retarded tu je ..
bila masyarakat arab akan prihatin dengan alam? kena tau pucuk pangkal kenapa mereka tak prihatin .. then we will know the answer. :)
khairyn,
lama betui tak buat intellectual discussion ngan ko nih!
Itu sudah lama termaktub. Peliknya kita masih nak mempertahankan kesekularan itu semata-mata sebab survival sesetengah pihak.
Sekarang ni ethnic cleansing lebih bersifat keagamaan walaupun cuba dinafikan. Al-Islam terbaru .. Tony Blair akui Al-Quran adalah sebuah kitab yang progresif. Al-Quran katanya mampu membina sebuah tamadun dan masyarakat yang beradaban tinggi. TAPI, dia tetap yakin mengatakan konflik di negara majoritinya Muslim adalah 100% disebabkan mereka sendiri dan tiada kait mengait dengan barat. Apa yang barat i.e US dan sekutu, cuba buat kini adalah membetulkan kepincangan yang "dilakukan" kumpulan2 ekstrimis agama ni.
Pada aku dia begitu bijak memutar belit alasan untuk menyerang negara orang.
khairyn,
THINK OUTSIDE THE BOX. I agree. But how many of us out there are able to think that way?
People tend to accept propagate as the truth, while they accept truth as propogate. There's a very thin white line between both.
uikss ... hari tu ternampak pakwe hang yang berbaju hijau metalik .. si MAE. aku sungguh teruja .. tapi aku hampa. rupanya hanya kembar tak seiras MAE.
ha ha ha. ada monkey senyum kat saya la ;)..oh oh jahatnya. minta maap abang kahn. ha ha ha.
Post a Comment