DNA Saya
Ah ha ha ha
Ambil link ni dari blog May.
Saya - Dreamer
- Always drifting off, their imagination takes control. They have big ideas and a cool calm manner.
Mood
Dreamer
Fun
Escape Artist
Habits
Junkie Monkey
Love
Touchy Feely
Ah ha ha ha
Ambil link ni dari blog May.
Saya - Dreamer
- Always drifting off, their imagination takes control. They have big ideas and a cool calm manner.
Posted by khairyn at Thursday, March 15, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
13 comments:
fuh! nombor wahid lagi! hehhee
apa laaa DNA ko tu merepek tu. heheheh aku tengah blur la .. tak buleh nak digest amenda tu semua tapi ala-ala ada sama gak la esp part habits, love tu.
ada sorang lagi ADUN mati .. adehhhh!!!
Huhuhuhuhuhuhu, chestttt tak sempat dapat wahid, dapat arba'a jadilah....
Apapun, bes gak. nak try jugakla....
Begitukah khairyn yang saya kenal itu..??
oit, kamu pun main lawan sapa komen mula-mula ke izinni? haiya...
hahak.
lebih kurang sama.
hahha...best kan:))
maafkan sy kalu sy masuk tanpe kebenaran.. it is ur blog title that attracted me: KIDAL -- hey sy lefty gok.. and i have a blog dgn title kaitan dgn kidal gok ..
Spider
huhuhu ... uikks .. sewonok dapat wahid. asik pa'chik je dapat! hahaahha.
entah apa la yang seronok sangat dapat komen memula ni. haha.. aku suka kalau ada orang lain komen dulu, macam sekarang ni, aku tak tau nak komen apa, tapi pasal ko tulis komen macam tu, dapat la ide nak komen, walau takde kaitan ngan entri... haha..
hehehehehe aku hanya mampu gelak je. hahhahaha ... nanti aku backhand kang ada yang nak mengena aku balik! hehehehe
...sapa pun kidal .. suratan nasib..
...ralat : sapa tu "saya" .. ni lah bahana nya menaip sambil minum sirap bandung ..
Salam
Izinni,
itu entry aku tengah bohsan sangat-sangat. My down time.
Encik Azhar,
alaaa... nombor apa pun tak kisah kan. Asalkan solat tu cukup rakaat hahahaha. Congrats! Dah hampir sembuh.
Indera,
yep. Itulah saya. Banyak kotradiksi dalam diri hahaha.
pa'chik
saya selalu dpt no 1 kalau komen dalam blog kamu, sebab apa? Sebab kamu insomnia.
akirasuri
Tang mana yang sama tu??
Encik May,
yep! Best juga cuba kenali diri sendiri. Ada yang betul ada yang tidak, suka-suka saja.
ey'd lefty
terima kasih bertandang. Hahaha kidal gak? Kitalah antara less than 10% manusia di dunia dalam lingkungan minoriti - lefthanded. Tapi kita kreatif kan? Dan ramai kidal yang terkenal di dunia kan?
pa'chik dan izinni.
Nak nombor satu ke? Ayahanda saya tok sah dapat no 1, nombor tu sikit. Lain kali cari nombor yang banyak. Gitulah katanya tatkala aku dapat nombor hampir corot dalam kelas dulu. Tak tau la dia bergurau ke atau perli time tu.
jun
Wah minoriti juga rupanya. Diskriminasi tanpa sedar terhadap orang kidal huhuhu
Post a Comment