Friday, March 16, 2007

Press.

Sejak Isnin lepas, 'angin' saya kurang lancar. Macam cuaca di sini juga. Sekejap terang, sekejap mendung, sekejap hujan tapi sentiasa berangin, kadang-kadang lembut dan kadang-kadang garang.

Hari Selasa lepas saya membantu seorang pelajar dari Sepanyol untuk matapelajaran Kesusasteraan Inggeris. Seteruk-teruk saya, teruk lagi dia. Payah sungguh dia hendak memahami buku yang harus diulas. Terpaksa menggunakan kamus. Elektronik. Saya juga gunakan kamus. Online. Berjela-jela jugalah saya terangkan dengan jelas soalan yang diberi. Satu demi satu saya jelaskan. Dia pula menekan punat-punat kamus elektronik Inggeris-Sepanyol. Bueno!!

Saya beri salinan encyclopedia untuk menerangkan dengan jelas maksud perkataan yang diminta dalam soalan dan juga pinjamkan esei saya padanya. Atas permintaannya. Beliau mahu pastikan yang beliau benar-benar faham dengan soalan yang diminta dan dapat menjawab esei dengan baik. Saya pesan;
"Kalau mahu tiru, saya tak kisah. Cuma pastikan bukan verbatim. Kalau kena tangkap nanti boleh dituduh plagiarism."

"Oh sudah tentu!" Katanya.

Saya tak tahulah bagaimana nanti hasil esei beliau. Saya harap beliau tidak meniru secara verbatim. Saya tidak mahu beliau dituduh melakukan plagiarism dan saya juga tidak mahu terbabit sama.

Rabu pula adalah hari yang memenatkan (baca : cari penat sendiri).
Saya cuma ada satu kelas saja pada setiap hari Rabu. Tutorial untuk Kesusasteraan Inggeris. Belajar tentang Metaphor. Subjek yang bosan untuk orang yang 'kurang faham bahasa' seperti saya. Hari tersebut dihabiskan dengan berjalan-jalan di Buchanan Street turun ke Argyle Street masuk pula ke Debanhams. Satu pilihan yang salah. Saya keluar bersama sehelai jacket hahaha.

Biasanya jadual kelas saya agak padat pada hari Khamis. Tapi semalam jadual yang padat menjadi semakin sendat. Hanya ada satu jam diantaranya untuk membolehkan saya makan tengahari di Lord Todd's dan solat Zohor di Sumsa. Terkejar-kejar dan pada kelas terakhir saya sudah ternguap-nguap dan perlu bertongkat dagu keletihan.

Jumaat pula dipenuhi dengan angan-angan. Mahu relaks, mahu tidur dan mahu mengulangkaji pelajaran. Angan-angan sajalah. Satu pun tidak dibuat sebaik sahaja pulang dari kelas jam 12 tengahari. Lebih rela duduk membaca suratkhabar di bilik sambil menikmati makan tengahari. Maaf ye, saya habiskan telur goreng dan nasi lebihan semalam. Saya sudah tanak nasi baru. Silalah makan.

Ada .. artikel yang menarik perhatian saya dalam Metro akhbar percuma yang saya ambil dari bas tadi.

1- Play renamed to 'avoid offending Muslims'.
Nama cerita Three Little Pigs ditukar kepada Three Little Puppies oleh Honley Church of England Primary School di Huddersfield semata-mata tidak mahu mengguris perasaan orang Islam di sini. Saya tersenyum membaca komen dari jurucakap sebuah masjid Mohammed Imran. 'Benar orang Islam dilarang memakan atau menyentuh babi tapi agama tidak melarang menyebut atau menyanyi tentang babi'. Froum British Muslim pula mengatakan 'ia hanya menunjukkan mereka kurang faham tentang Islam'.
Saya juga kata - Ditukar nama pun, kedua-dua binatang itu tetap najis mughalazah hahahaha.

2. America : Dipomats have tentatively agreed a package of new sanctions against Iran.
Saya pernah membaca buku Revolution Day yang ditulis oleh (bekas) wartawan 'correspondent' BBC Rageh Omaar. Beliau menulis tentang Iraq, tentang kepayahan rakyatnya semasa pemerintahan kuku besi (arwah) Saddam Hussein. Saya suka baca buku tersebut walaupun ada yang mengatakan 'Omaar express almost no opinions'. Ya bagi saya itulah kewartawanan yang sebenar, tiada 'opinion'. Lagipun beliau menceritakan bagaimana selepas bebas dari kolonial British, Iraq suram di bawah pemerintahan diktator tersebut. Iraq melalui EMPAT 'perang'. Perang saudara Iraq Iran, perang ke atas Kuwait dan Perang Iraq sendiri.

Tapi, perang yang terbesar yang menyebabkan rakyat Iraq menderita adalah 'perang' sekatan ekonomi oleh UN (yang dianjurkan oleh NATO - diketuai oleh US). 'Perang' ini berterusan bertahun-tahun lamanya. Waktu dimana rakyat Iraq kekurangan makanan, bekalan ubat-ubatan, malah sistem infrastruktur yang sangat daif. Kalau dulu 1Dinar bersamaan £2, ketika sekatan ekonomi, rata-rata rakyat Iraq hanya berpendapatan £1.70 sebulan! Harga satu sandwich tuna di Greggs. Dan sekarang, Iran mungkin akan menghadapi masa depan yang serupa apabila (bukan sekiranya!) sekatan ekonomi diambil terhadap negara itu.

3. UK dan Trident nuclear submarines.
UK berhasrat meneruskan untuk memperbaharui program nuklear mereka walaupun ia melanggar 'Non-Proliferation Treaty'. Bukan itu saja, proses untuk program nuklear mereka ini bakal menelan belanjar berbillion pounds. Siapakah yang terpaksa menanggung kos tersebut? Rakyat British termasuk Scotland yang harus membayar cukai yang tinggi melalui rongga mulut, hidung dan telinga. Banyak sungguh cukai yang dikenakan sehingga pelajar internasional yang sudah berkelamin juga diwajibkan membayar cukai bandaraya (Glasgow City). Cukai yang sungguh membebankan pelajar-pelajar Malaysia yang kebanyakan wang saraan yang diberikan kerajaan di tanah air sangatlah kecil.

4. Subjek sociology yang saya belajar semalam juga menyebabkan hati saya 'berat'. Berbincang tentang imigrasi, asylum seekers, rakyat tanpa negara. Bercerita tentang genocide tentang holocaust. Tentang 'ethnic cleansing'. Tentang Bosnia Herzegovina dan Serbia.

Hati saya semakin berat.

14 comments:

Pa'chik said...

stok ayam ko dah habih ke?

Azhar Ahmad said...

Serius, saya suka betul baca entri nih... Really!

You raise up my life! (Macam lagu westlife la plak!)

akirasuri said...

oh ohh entri yang menarik. hati yang rusuh menghasilkan himpunan aksara yang hebat!! ha ha ha.

oh ohh awalnya masa baca tajuknya ingatkan akak datang bulan..ha ha ha..

khairyn said...

salam

Pa'chik,
Ada lagi. Kelmarin housemate masak tomyam ayam. malam tadi pulak kari ayam. Petang semalam ada orang order kuzi ayam, jadi dari pagi tadi saya jadi kitchen helper. Agaknya ayam overdose kot.

Encik Azhar.
Ya ke? Terima kasih. Mungkin juga saya rasa terlalu banyak ketidakadilan dalam dunia yang saya singgahi ini.

akirasuri
Dalam blur blur saya ni, perasaan saya sangat sensitif. Mintak tolong ajar cara2 nak nangis please! hahaha

izinni said...

khairyn,
aku down jugak. entah kenapa. tadi pagi ke program keibubapaan oleh dr fadzillah kamsah yang begitu berbangga dengan kejawaannya. aduuhhh bertambah down dengan kekurangan diri. down,down,down. baca entri ko bertambah down ler lagi. no giggling effect from me for the next few days .. kot la.

btw, metaphor ni senang je sebenarnya. it's an art of simbolism. perumpamaan. contohnya ... hmmm ... aku bagi metafora dalam BM la ek. lebih kurang gini ...
"lelaki itu licik seperti seekor belut."
but again, that was a simple metaphor.

metafora ni sebenarnya banyak jenis ... root metaphor, submerged metaphor, extended metaphor, mixed metaphor etc. memang memeningkan kepala nak bezakan semua tu. huh! aku korek balik notes english lit time form 6 dulu. berkat suka menyimpan :)

good luck friend. my du'a for you always.

kingbinjai said...

pegi tgk spongebob

izinni said...

king,
aku lagi suka nengok avatar.

akirasuri said...

ha ha ha..
minta tunjuk cara nangis ek.. ohh ohh kalau nangis semunyik-semunyik lebih besh..ha ha ha..

Miss Aini said...

assalamualaikum kakak,
esok northern england bakal mengalami angin sejuk. mungkin snow. jangan lupa pakai lebih sikit untuk esok. snow masa spring? wonder how lovely the daffodills being hit by whitey snow.

izinni said...

errr kentut ko dah lawas?

CikguAndey said...

hahaha..hilang segala kerusuhan hati bila baca komen izinni. Kentut pun ada lawas dengan tak lawas rupanya.

izinni said...

payakubor,
penting tau lawas kentut ni. kalau kentut tak lawas perut boleh kembong. Sebu je nanti perut tu. Satu hari badan rasa tak selesa.

INDERA KENCANA said...

Kalau saya sampai sana, mesti saya nak minta Khairyn pun ajar saya English Literature

khairyn said...

salam,

izinni,
Aku faham apa tu metaphor. Aku tak suka teknikaliti itu saja. Bohsan sebenarnya belajar puisi. Terlalu banyak makna yang boleh dirungkai.

king
kartun mana yang best sekarang?

akirasuri,
saya senang juga bergenang air mata tapi saya susah menangis. Kalau menangis pun rasa macam tak ikhlas je. Macam tak berbaloi menangis tersengguk-sengguk. Nanti, Allah mesti balas saya dengan satu keadaan yang mana saya pasti menangis bersungguh-sungguh.

ainee
alaikumsalam. Rasanya ini tahun ke 2 snow bakal turun di musim bunga. Bunga2 semua sudah tunduk mengikut tiupan angin.

izinni (lagi)
Angin badan - no problem punya. 'Angin' dalam hati ni yang tak berapa nak betul tiupannya.

payakubor,
banyak benda yang kamu tak tahu sebenarnya hahahaha

indera
alahai indera, ajarkan saya pula kesusasteraan Melayu, boleh?