Pandangan mata...
Keluarkan kamera dari laci meja. Terus klik klik.
Posted by khairyn at Tuesday, March 06, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
21 comments:
Apapun, menarik dong!
mataku kehilangan sesuatu... kehijauan yang biasa dilihat disini seolah tiada disana atau aku yang tak nampak?
btw ... when is your semester break?
Encik Azhar,
Bunga start kembang kuncup sebab tak tau dah spring ke belum hahaha.
izinni
pokok2 besar botak lagi, tak de ijou kecuali banner aku yang hampeh tu. Ko nampak ijou ke atau ko nampak kaler2?
Easter break start April fool day sampai 14hb. Pas tu aku dah nak peksa huhu haha hihi
tinggi wooo
aku nampak kaler kuning, dedaun jatuh berguguran. itu tanda musim luruh.
hmmmmm ... cuti penggal pertama sistem sekolah mesia i.e bulan 6 kalau tak silap, maknanya hang dah cuti ke?
Cantik sungguh pemandangan.. sayup mata memandang
cantik gak seni binaan kat sana yea.....
Masyallah cantiknya..walaupun hutan batu...ia menarik dan tersusun. Tak gayat ke? Kalau black out jenuh exercise tangga hehe
hijau? haha...
dulu, ada orang phobia sangat dengan kaler hijau ni, nak buat seminar pasal green marketing pun tak dikasi nya. Kawan aku siap dah kontek Jacquelyn Ottman dah, sudahnya langsung tak jadi, pasal ada orang yang paranoid.
Huuii.. menariknya dapat lihat Glasgow dari Blog Khairyn.
Buat masa ni saya masih belum berkesempatan membalas email Khairyn. Saya tetap ingat untuk menukilkan perkembangan saya di MABEC untuk bertanyakan pendapat khairyn.
oit oit, ni sofwer utk tukar wav jadi mp3, kalau nak tuka dat jadi mpg/mp3 atau dari avi ke mp3,mpg atau sebaliknya, ko kena carik smart movie konverter ke, vcd cutter buleh.
cantik..tapi macam hutan konkrik ya..huhuhu..
Aku nampak minah saleh tengah goreng jemput-jemput bawang.
cantik la amik gambar dari atas..
kerap juga saya naik ke tempat
tinggi di Syria ni untuk tenangkan fikiran.. melihat ragam dunia dari atas :)
tapi sayang, tak pernah ambil gambar......
uwaaaaa ... digicam ku rusak!! uwaaaaa
salam
king,
Ya sayuuup mata memandang.
Izinni,
Bulan Nam tu aku masih dlm bulan peksa tapi dah kira cuti gak la tu. Aku cadang nak cari kerja lagi. So tiga kerja satu minggu hahaha
kak Sya,
Ada lagi yang lebih cantik - kawasan kubur atas bukit. Ingat satu hari nak habiskan masa kat situ. Sungguh! Memang cantik tempat tu.
13 May,
entahlah, tak berapa cantik bagi saya. Macam kotak. Biasanya mereka tak hias di luar tapi mereka pandai buat hiasan dalaman.
Iman,
Saya suka bukit bukau saujana mata memandang. Kalau musim dingin, puncaknya mesti diliputi salju putih. Dah biasa duduk tingkat tinggi jadi tak rasa gayat. Pernah tinggal di tingkat 15 dan 20 masa di KL. Hahaha. Sekali je merasa naik tangga bila bangunan ada power cut.
pa'chik,
oh issue warna ni masuk meeting kerajaan tempatan. Rasa buang masa dengar mereka berdebat pasal warna ni. Adalah dekat 1 jam. Bohsan sungguh.
Oh! Pasal WAV to MP3. Err.. dah download tapi file WAV tu kecik sangat, dia tak leh read. Cis!!
Ada ihsan nak menolong hamba yang rabun IT ni??
Indera,
Yalah, lama tak dengar cerita. Nak tahu juga perkembangan Mabecs? Masduke (msian student body) akan turun ke beberapa tempat di UK untuk interview pelajar yang mungkin layak terima biasiswa SLAB dalam bulan ni. Saya mohon juga tapi tak tahulah dapat short list atau tidak sebab lambat hantar particulars.
akirasuri,
yep, tapi sebenarnya banyak pokok. Glasgow ni kira bandar yang banyak taman sebenarnya.
payakubor,
mana? mana?? Bau je naik ke tingkat 17 ni. :)
bayu,
cuba-cubalah ambil gambar. Boleh nampak pemandangan Syria dari pandangan mata bayu pula.
izinni (lagi...)
Ko buat apa dengan digicam tu? Kau 'basuh' dia ke? hahaha
Cantik!
AKMA bakal merindui pengalaman di bumi Europe.
Viva selesai petang tadi. Flight pulang 11 Mac 2007 (Ahad).
Selamat meneruskan perjuangan.
Alhamdulillah AKMA!
Tahniah! Selesai Viva! Sekarang kena rancak membeli cenderahati untuk yang tersayang.
Saya cemburu dengan Akma. InsyaAllah saya mohon pada Allah masa saya akan tiba untuk merasai 'jerih perih' menghabiskan PhD (ya masih jauh lagi) dan terketar2 dengan Viva.
Sekali lagi Tahniah AKMA!!
aku lagi sekali! hehehehe
errrr kalau aku nak gi sana, aku nak tinggal kat mana ek?
digicam ku kan sudah rusak sejak sebelum ko ke sana lagi! uwaaaaa
oit, pail ape yang ko nak konvert ni? muat naik la, tengok buleh buat ke tidak.
halu pren ... akuhas ni! hehehhe
ko gi sini sat ....http://bayu06senja.blogspot.com/
Post a Comment