Saturday, March 03, 2007

Nampak tak?

Kamu nampak tak?

Saya letak lapan tanda kuning ini di setiap tempat yang saya bersihkan di ruang legar utama tadi. Tidak jauh dari pintu cermin otomatis. Saya pekerja yang berdedikasi, sudah pasti saya ikut setiap prosedur yang telah ditetapkan - letak tanda kuning setiap kali kita mengemop. Ini untuk memberitahu orang ramai yang tempat itu basah dan bahaya. Mereka boleh tergelincir, jatuh dan tercedera. Ia juga untuk mengelakkan kita dari disaman kerana cuai. Hanya apabila lantai sudah kering, baru kita boleh alihkan tanda kuning ini.

Saya ada lapan tanda kuning ini dan saya susun rapat-rapat di setiap sudut lantai yang saya bersihkan. Saya berdiri tidak jauh dari sudut yang basah sambil bertemankan baldi dan mop berwarna biru. Saya tunggu lantai kering sambil berdiri. Bertongkat dagu dengan batang mop. Saya perhatikan orang ramai. Mereka tidak perhatikan saya. Mereka sibuk berbual. Mereka jalan di celah-celah tanda kuning saya. Mereka jalan di atas lantai yang basah. Yang baru saya mop sebentar tadi. Yang saya tunggu kering.

Mereka rabunkah? Mereka buta warnakah?

Dan tadi saya jumpa ini;

Scotland
Data from the International Adult Literacy Survey suggests that around 800,000 adults in Scotland have very low levels of literacy and numeracy. Around 23% may have low skills and a further 30% may find their skills inadequate to meet the demands of the "knowledge society" and the "information age". (Source: Adult Literacy and Numeracy in Scotland, Scottish Executive, 2001)

- Data dari Tahap Celik Bahasa di Kalangan Dewasa Antarabangsa mencadangkan lebih kurang 800,000 orang dewasa di Scotland mempunyai tahap celik bahasa dan nombor yang sangat rendah. Lebih kurang 23% mungkin mempunyai kemahiran yang sangat rendah manakalah 30% lagi merasakan kurang mahir dan tidak dapat mencapai desakan 'masyarakat berpengetahuan' dan 'zaman bermaklumat'.

sumber http://www.literacytrust.org.uk/database/stats/keystatsadult.html#Scotland

Patutlah!!

Kamu!
Berjimak Atas Kebenaran Raja betullah!!

23 comments:

Pa'chik said...

macam cerita the terminal, Catherine Zeta-Jones suka sangat lalu kat kawasan yang baru dimop dan jatuh tergolek.

Iman Mawaddah said...

Tidak usahkan orang Scotland..rakyat Malaysia pun kebanyakkannya begitu. Main redah je tanpa mengambil penat lelah orang yang mencuci..hangin dan kering je muka wirawati-wirawati Indonesia bila melihat angkasawan-angkasawan Malaysia main redah je.

CikguAndey said...

Yang dilarang itulah yang seronok. Perlu letak anjing agaknya.

khairyn said...

salam,

pa'chik,
kalau catherine tu tak pe, lawa. Dia tak jatuh. Ada stand-in yang jatuh untuk dia.Seronok ke tengok dia jatuh tergolek? hehehehe

Iman,
Kita tak hormat kerja orang lain tapi kita mahu kerja kita dihormati. Hipokrit namanya tu.

Payakubor,
Alahai cikgu, kalau letak anjing di situ, mau mereka belai-belai binatang tu. Langsung tak jadi kerja saya hahaha

Anonymous said...

heheh cerita pasal lantai basah ni. selalunya aku kalau nampak neng indon tu mengemop, seboleh2 aku nak ringankan badan dan meniti lantai tu dengan hujung kasut.

khairyn said...

Diva,

semalam memang aku berdoa-doa juga dalam hati kot ada yang tergolek ke lepas jalan atas lantai tu, jadi boleh aku basuh diaorang gak hahaha... (tengah jahat ni!)

Pa'chik said...

tak seronok, pasal takde yang terselak...

err... rasa cam dejavu saja. pasal, komen dan soalan ni, macam pernah ditulis dan dijawab dulu, kat mana, dah lupa...

khairyn said...

eh ye ke?

jap jap nak ingat.. ada ke? ntah lupa

Azhar Ahmad said...

Huhuhuhu, kamu nehhhhh

izinni said...

aku kalau ada neng tengah mengemop, aku mintak lalu dulu dari neng tu. pastu aku rapatkan badan aku kat dinding, jalan pelan2. sedaya upaya tak nak pijak tempat yang dia baru mop tu. neng pulak kata "tak ape dek. jalan je la." aku senyum je. siap tolong bukakan pintu tandas untuk dia kuar ada la.hehehehhe ...

kenapa aku macam tu? sebab kalau aku kat tempat dia, aku akan rasa macam ko rasa. kat umah kalau aku mengemop, aku halau semua kuar umah. lepas dah selesai semua, baru buleh masuk. hehhehehe ... kalau tak halilintar musti bergema ... hahahhaha

BaYu SenJa said...

keadaan arab..
selalu membasuh dan mengemop lantai rumah masing-masing. tapi selalunya tetap kotor juga :)

lain kali, try tukar warna pulak.. amacam??

izinni said...

bukan tukar warna, bayu. tukar wording.

instead of "Caution : Wet Floor" ... patut tulis ... "Welcome. Please step on the wet floor to experience the sensation of falling."

Manusia ni kan selalu kena reverse psycho .. yang tak boleh tu laa yang nak buat sangat. heheheh

khairyn said...

salam

azhar,
Encik. Apa pasal suka sangat? hahaha

Izinni,
ko rapat ke dinding pun bukannya tembus hahaha. Neng tu tak boleh marah. Kalau dia marah pun, dia tujah ko dengan batang mop dia :)

bayu,
Kerja sapu menyapu ni memang tak habis.

izinni (lagi)
.. or learn the art of falling.

DeeN said...

kesiankan...
aku plak suka tunggu lantai tu kering dulu, takpun ikut je jalan lain [kalo ada], kalo tak dak gak terpaksalah minta permisi nak lalu dan mintak maaf le banyak2.

Chaiyokkk utk kamu ...

kingbinjai said...

apsal kau tak balun je dorang dengan kayu mop tu?

khairyn said...

salam

nur,
tu yang kadang2 pelik tengok orang2 kat sini. Ralit sangat berborak sampai jalan pun main terjah mana yang dia suka.

king,
bukan stakat balun dengan batang mop, saya simbah juga dengan air karat dalam baldi - tapi tu semua dalam minda saja.
Kalau nak buat yang betul2 kenalah saya praktis buat silap mata. Balun kemudian puf! ilang. hehehe

-our- said...

kalau izinni rapat kedinding, saya kalau boleh nak terbang hehehe itu belum kira kalau saya pergi mana2 balik dari site..biasanya kat KL Sentral balik dari Shah Alam naik komuter.. bukan lalu kat tempat dia tengah lap tapi terlalu kat tempat dah lap.. rasa cam nak mintak mop tu tolong mop kan semula.. tapi sebab cam segan le pulok, hanya mampu senyum angkat tangan skit dan tunduk kepala tanda minta maaf. kalu dia senyum balik Alhamdulillah dan cakap sori kalu dia cam bengang cabut je lah..

Pa'chik said...

oit, nak tunggu ada orang tergolek dulu ke baru nak hapdet?

kawan kau dah rajin, jangan la ko pulak jadik malas.. haha...

Kemat said...

aku rasa dia pakai sandal asadi..jika kamu tak faham, sila rujuk iklan sandal ASADI yg berkumandang kat radio Malaysia..kalau pakian sandal ASAdi, gerenti leh lalu walau lantai licin sbb sandal nie tahan licin.....err saya cadangkan kamu pakai sandal ASADI juga semasa mengemop yer..

akirasuri said...

he he he mereka-mereka rabun barangkali. rasanya perlu pinjam objek kuning DIGI untuk jadi papan kuning tu kot kak :P

ha ha ha..

khairyn said...

salam

our,
terbang? Ini yang nak kena tengok ni.

pa'chik
hari ni saya blank sungguh. Tak tau nak tulis apa lagi. Crit! Bukan malas tau.

encik Kemat
Err... pakai sandal.. sejuuuukkk.

akirasuri.
Wah! Boleh pinjam objek kuning DIGI?

kenapa banner saya bertukar wajah?
sudah rabun warnakah ia?? Haiyah!

13may said...

hahha....patut la:D

Sya said...

Mungkin perlu letak papantanda yg lebih interaktif dr ini