Thursday, January 31, 2008

Hijab

Lauren : "One more question. I hope you don't mind."

Aku : "Shoot!"

Lauren : "Do you always wear headscarf back home?"

Aku : "Yep."

Lauren : "Oh."

Aku : "It's a predominantly Muslim country so most Muslim women wear headscarf, like part of our daily clothes."

Lauren : "Hmmm.. hmmm."
Jari-jarinya pantas menulis di atas kertas kajang. Aku subjek (dan prediket? hehe) yang dia temuramah untuk esei Journalism yang perlu dihantar hari itu.




Semoga semangat juang wanita Turkey terus membara.

Tuesday, January 29, 2008

My shoes (fetish)

Antara banyak-banyak kelemahan aku, yang paling ketara sekali adalah aku suka kasut. (Sas, ada masalah yang sama tak? hehe) Aku suka jamu mata dengan melihat pemandangan kasut di balik cermin kedai. Cantik. Seksih! (Macam ayam gebuss juga). Ada saja alasan aku nak beli kasut baru. Kasut nak pakai dalam musim panaslah, kasut nak pakai dalam musim sejuk, salji ke atau hujan. Sebab tak ada selipar, aku pun belilah sepasang selipar. Pakainya dua tiga kali saja sebab musim panas tahun lepas, hujan saja.

Tadi pagi aku mengorek-ngorek almari tempat aku simpan kasut-kasut aku. Sebenarnya almari tu pun penuh kasut lama. Ada yang dah koyak kat bahagian bawah tapi sayang pula nak buang... itulah aku, suka simpan koleksi barang-barang lusuh! Nantilah kalau tergerak nak buang, aku buanglah kasut tu. Sebenarnya banyak kenangan aku dengan kasut-kasut ni. Semuanya ada cerita mereka sendiri. Ingat tak cerita kanak-kanak, "Aku Sepasang Kasut"? Bila aku nak buang kasut lama ni, aku mesti ingat cerita ni... tu yang tak sampai hati nak campak dalam tong sampah. Jadi, buat sementara ni biarlah kasut-kasut ni jadi penunggu setia dalam almari. Bila oos-mate dah datang nanti, mungkin aku buang kasut tu. Nanti tak ada ruang dia nak letak kasut-kasut dia pulak kan? (Walaupun kasut dia tak sebanyak kasut aku.. hahaha).

Tapi dalam banyak-banyak kasut aku yang punya cerita mereka tersendiri ni, Kasut Unta inilah yang paling-paling aku sayang sekali. Umur dia sama dengan budak Darjah Satu. Dia jugalah kasut yang punya tanda harga paling mahal. Tak silap aku lebih RM250 kot. Tapi ada 50% diskaun, lepas tu pulak masa tu aku ada voucher Jaya Jusco, jadi aku bayarRM130 untuk kasut ni. Bagi aku kalau boleh, kasut ni patut aku bingkaikan. Banyak sungguh kenangan aku dengan kasut ni (heh! Macam orang berchenta!).

Kasut Unta ni aku beli sebab masa tu kami nak mengembara mengelilingi bahagian Barat dan Tengah Eropah. Teman mengembara aku seorang tu kaki bola dan seorang lagi kaki shopping. Jadi antara agenda pengembaraan kami adalah - masuk kedai-kedai dan juga masuk stadium bola. Ya! Itu agenda wajib. Aku? Letak aku dalam keretapi jer.. aku dah boleh gelak-gelak macam budak tak cukup skru.

Antara kenangan aku dengan kasut cap Unta ni;
  • Ingatlah di Belanda, masih ada lagi mamat-mamat dan minah-minah berambut perang dan bermata ijou yang masih lagi tahu berbahasa Melayu. Kawan aku si kaki shopping dan kaki bola sedang ber'tikam lidah' menegakkan pendirian mereka tentang lelaki mana yang kacak di dalam sebuah gerabak keretapi yang padat dengan manusia-manusia yang baru pulang dari tempat kerja dan kami pula baru selesai melawat stadium dan muzium Ajax. Aku seperti biasa, agak blur dengan jejaka pujaan hati mereka tapi aku perasan seorang lelaki berambut kerinting dan bermata ijou yang terkulum-kulum menahan senyum. Dan aku yang masih lagi blur, telah berkata dengan jujurnya bahawa lelaki di belakang aku itu juga kacak dan ahhh.. ada lagilah yang aku katakan pasal lelaki tu (tapi semuanya puji-pujian ya!). Tak lama kemudian keretapi ala-ala komuter itu berhenti di perhentian dan lelaki berambut kerinting bermata ijou menyentuh bahu aku dengan mesra sambil berkata "Tumpang lalu." Masa tu aku rasa macam nak tarik-tarik tudung!

  • Di stesen keretapi di Barcelona, waktu itu lebih kurang jam tujuh malam. Kami duduk di sebuah bangku panjang. Aku dan si kaki bola terpaksa menjadi penunggu beg kecil yang penuh dengan dokumen penting, wang, kad kredit dan juga tiket keretapi kami kepunyaan si kaki shopping yang terpaksa menqada' hajat. Sedang si kaki bola mengikat tali kasut dan aku duduk mengelamun memandang orang yang lalu lalang, aku perasan beg kecil itu melayang ke atas. Tanpa sepatah perkataan pun aku terus melompat naik atas bangku, satu kaki di atas tempat menyandar bersedia untuk 'terbang' ke arah pencopet bila si pencopet pula tiba-tiba menghulurkan kembali beg kecil tu. Aku pusing, turun dari bangku, duduk semula, peluk beg si kaki shopping, aku dan si kaki bola. Aku pandang si kaki bola, dia pandang aku. Kami diam. Sampailah seorang tua datang dan berletiaq menyuruh kami sentiasa mengawasi barang-barang penting kerana terlalu banyak pencopet di Barcelona. Si kaki shopping kembali selepas melunaskan hajat dan aku dapat se'round' lagi sebab bercita-cita nak 'terbang' macam Wonder Woman.

  • Berciut-ciut si Kasut Unta ni waktu aku buat sprint dalam Schiphol Airport sebab check-in lambat sambil dihiburkan pula dengan panggilan nama-nama kami di PA System. Tiba di dalam perut kapal, dimarahi pula dengan pramugari sebab lambat. Heh! Diamlah! Bukan sengaja. Kami jalan-jalan di Amsterdam sambil beli kincir angin kecil buat cenderahati pada kawan-kawan. Tapi, tunggu punya tunggu, kapal terbang tak jalan juga. Rupa-rupanya ada kerosakan enjin. Tu lah dah cakap, tak boleh bebel kami kerana kami ni semua keturunan raja-raja, raden dan kraton!

  • Dengan kasut Unta ni juga aku sudah memanjat tangga-tangga tinggi yang menyeramkan (sebab aku gayat) di Roman amphitheater di Amman dan di Lembah Petra Jordan. Kami telah ditipu oleh pemandu pelancong di sana, tapi tak apa.. kami suka hati. Pemandu pelancong telah meninggalkan kami bersendirian di Lembah Petra dengan alasan mau 'solat Jumaat'. Hahaha.. di mana masjid? Yang ada hanya kuil. Yang tak seronok apabila kami ditipu sekali lagi oleh penjual barang-barang cenderahati yang tahu berbahasa Melayu. Si kaki bola terus rasa tak 'best' sepanjang hari. Dengan pemandu pelancong (yang ni memang bagus) kami berkeras mahu kembali ke kedai itu dan menuntut ganti rugi. Oh! Ingatlah ye, kalau mahu ke Amman Jordan, berhati-hati dengan kata-kata manis penjual. Di sana juga mereka bekerja berorientasikan 'tips'. Err... agak mahal juga kalau di'sukat' dengan duit RM kita.

  • Berjalan-jalan di Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon juga harus berhati-hati. Harus berhati-hati waktu melintas jalan kalau tidak mahu dilanggar oleh 'mat-mat rempit' sama ada yang berenjin atau dikayuh. Memang perlu skill yang tinggi jika mahu melintas dengan selamat di bandaraya yang macet ni. Bukan setakat melintas jalan saja berbahaya, tempat pejalan kaki juga penuh dengan 'bom-bom' yang boleh menghasilkan gas methane, hasil dari kemasukan sesuatu dari mulut, diproses, masuk ke usus kecil, usus besar kemudian dikeluarkan dari rektum. Bukan itu saja, kena berhati-hati pula juga dengan penjual khinzir yang berjualan di tepi-tepi jalan. Bahkan di luar masjid besar, juga terdapat penjual khinzir. Gunakan skill anda untuk melarikan diri dari penjual-penjual air kelapa, kain baju, beg dan juga budak-budak jual buku Vietnam's Napalm.

Ada banyak lagi kenangan aku dengan si Cap Unta ni. Tiap kali aku tengok dia, aku mesti tersenyum terkenang cerita-cerita bodoh aku dengannya. Mencampak beg Timberland cap Padang Besar dari keretapi semata-mata nak mengejar satu lagi keretapi ke Zeltweg, Austria. Tidur dalam couchette sampai kena marah dengan pakcik tua. Bercakap Melayu dengan adik penjual beg sebab dia tak faham bahasa Inggeris dan kami tak tahu bahasa Itali. Kena ngurat dengan mamat-mamat Afrika Utara dan Arab. Tidur dalam computer cafe sebab tak mampu nak sewa bilik yang mahal. Kena kejar dengan penjual-penjual jalanan sebab aku cuma beli satu jer air kelapa.

Memanglah aku takkan buang kasut ni walaupun sekarang bila aku berjalan atas jalan yang licin, aku terasa macam nak masuk pertandingan 'Dancing On Ice."

Saturday, January 26, 2008

Sopannya dia.

Image : www.travel-earth.com


Suatu hari kira-kira dua puluh tahun yang lalu.

Di sebuah negara di seberang tambak. Masih boleh kunyah gula-gula getah dan menghisap rokok secara berhemah.

Seorang lelaki yang sudah melepasi umur 40 tahun cuba-cuba mengingati 'tempat permainannya' sewaktu muda-muda. Sewaktu memakai kemeja dan berseluar yankee. Temasik terlalu banyak berubah dan dia telah hilang sentuhan dengan negara itu.

Bak kata orang, malu bertanya sesat jalan. Dia tersenyum sambil mengangkat tangan ke arah seorang lelaki yang berpapasan dengannya.

Dengan penuh mesra dia menyapa, "Excuse me gentleman. Can you tell me..."

Kami ketawa terbahak-bahak.

Wednesday, January 23, 2008

Du'a and apostasy

update:
ATAS NASIHAT SEORANG TEMAN YANG MENEGUR AKU MENGADAPTASI 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA' UNTUK MENYAMPAIKAN MESEJ TENTANG WANITA DAN PERBEZAAN ANTARA TUNTUTAN AGAMA DAN KEHENDAK BUDAYA; DENGAN INI AKU KELUARKAN VIDEO WANITA TIDAK SENONOH DARI BLOG INI.


Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas du'a kalian. Semoga du'a kalian semua termakbul. Sekarang ni aku du'a pula semoga penanda peperiksaan aku senang hati dan baik hati sewaktu membaca (tulisan aku yang teruk tu) dan menanda kertas periksa aku.. amiinnn..

Sebenarnya dah lama aku nak letak video ni. Sejak dari dua tahun lepas tapi asyik terlupa saja. Minggu lepas waktu membaca dan mencari case studies di internet, aku terserempak balik dengan video ni. Video ini ditulis oleh Ayaan Hirsi Ali dan diterbitkan oleh Theo Van Gogh (Belanda) menceritakan tentang seorang wanita yang tersiksa di tangan lelaki. Maaf, sekiranya video ini memaparkan tubuh badan wanita telanjang (bersalut chador nipis) sedang merintih kepada Tuhannya. Tubuhnya penuh dengan petikan ayat-ayat dari surah An-Nisa (Wanita - ayat madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al-Baqarah).

Ayaan Hirsi Ali
ahli politik yang tak tentu hala, dia kini hidup dalam ketakutan di Belanda dan bakal hidup dalam ketakutan di Amerika. Van Gogh pula sudah mati kena bunuh - macam atuk saudara dia juga si Vincent, yang sangat genius tapi kurang cerdik.

Surah An-Nisaa memang surah yang sering disalah erti dan disalah guna oleh (lelaki-lelaki) Islam dan bukan Islam dalam membincangkan perhubungan antara lelaki dan wanita - (padahal surah ini memberi penerangan lebih dari perhubungan antara lelaki dan wanita).

"Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women because God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth. (In their turn) righteous women are (meant to be) devoted and to guard what God has (willed to be) guarded even though out of sight (of the husband). As for those (women) on whose part you fear ill-will and nasty conduct, admonish them (first), (next) leave them alone in beds (and last) beat or separate them (from you). But if they obey you, then seek nothing against them. Behold, God is most high and great. (4:34)

Baik. Sungguh benar seorang isteri wajib mentaati suami dan suami berkuasa terhadap isterinya tetapi ia haruslah berlandaskan kasih dan sayang (30:21). Suami harus peka terhadap perasaan isterinya. Apabila suami sayang dan berlembut dengan isteri, pasti isterinya dengan luhur hati menyayangi dan menurut kata-kata suaminya. Ketaatan isteri pada suami juga harus berlandaskan hukum agama dan hukum akal.

Apabila wanita tadi tidak mempunyai cinta pada suaminya, bukankah ada ruang dan hak untuk mereka menuntut cerai?

Dalam konteks video ini, 'wanita' yang merintih pada Tuhannya keliru antara tuntutan agama dan kehendak budaya. Ramai lelaki-lelaki di luar sana bertopengkan agama untuk 'menyiksa' lahiriah dan batiniah seorang wanita. Hayati sungguh-sungguh surah An-Nisa, hak dan jawapannya jelas dan terang. Jangan tutup mata hati kerana nafsu. Jangan salahkan Allah dan Rasulnya kerana perbuatan manusia yang suka memutar belitkan agama demi kepentingan diri sendiri.

Oh lupa Ayaan ini sudah murtad. Dia kini atheist.

Laaa... berat pula entry aku lepas exam ni ye?

p/s : Oh, tak lama lagi aku nak buat pertandingan. Siapa yang terpilih akan dapat hadiah dari aku. Tunggu!

Sunday, January 13, 2008

Entry Jiwang



Sebeku kepala otakku, adeh!

Beberapa hari lepas warga Scots terperanjat sekejap dengan berita yang keluar dalam media. Sepasang suami isteri yang sudah berkahwin. Tanpa sedar yang mereka sebenarnya adik beradik. Kembar. Akhirnya status perkahwinan mereka dibatalkan (annulment). Rupa-rupanya mereka adik beradik yang memang sudah terpisah sejak kecil lagi. Kedua-duanya diberi pada keluarga angkat yang berasingan. Tu yang mereka tak kenal antara satu sama lain tu. Macam biasalah, perdebatan umum pun dimulakan. Anak angkat patut tahu siapa ibu bapa kandung mereka yang sebenarnya. Tapi mereka semua sepakat yang kes ini kes terpencil (isolated case).

Hailah, kahwin adik beradik ni bukan tak pernah berlaku di Malaysia. Di Johor Bahru, lebih sepuluh tahun dulu. Sampai beranak pinak. Bila dah tahu masih lagi tak nak bercerai sampai mahkamah terpaksa ceraikan dan asingkan. Sorang duduk Selatan tanah air seorang lagi di Utara tanah air. Tak tahulah apa jadi dengan mereka sekarang ni ye?

Aku tak nak sebut pasal hukum apatah lagi pasal anak angkat ni, membintikan atau membinkan nama pak mak angkat, kau orang lebih arif.

Cerita jiwang aku yang kedua ni sebenarnya dah lama aku nak cerita tapi macam tak sesuai aje. Tapi, aku rasa teringin pula nak bercerita sekarang. Mungkin sebab aku sekarang ni dalam mood jiwang kot. Heh?

Beberapa bulan lepas kawan aku Puan M dan suaminya Encik A datang bertandang ke rumah tuan punya blog. Seronok juga sebab dah lama tak jumpa dengan Puan M dan Encik A ni. Kebetulan Encik A ada kerja di wilayah utara ni jadi tinggallah tuan blog dengan Puan M bercengkerama sampai tuan blog sanggup tuang kelas semata-mata untuk berpoya-poya berdua-duaan. Selepas seronok berpoya-poya dan bercengkerama berdua dan makan ayam beramai-ramai, tibalah masanya Puan M menemani suaminya pula. Tuan blog pun sudah kekenyangan dan puas hati dapat berpoya-poya, balik rumah dan tidur lena macam ular sawa.

Pagi tu, Puan M telefon. Dia bercerita yang malam itu dia tercedera di kepala sebab tergelincir dan jatuh dalam tab mandi. Kepala berdarah. Encik A terpaksa mengejarkan Puan M ke A&E Royal Infirmary untuk rawatan kecemasan. Pulang dari A&E Encik A merasa sangat-sangat menyesal. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana menyebabkan Puan M tercedera. Dia kata, "I'm sorry, so sorry, I didn't take good care of you."

Aku kata "Huhuhu.. eh.. alahai... syahdunya."

OK OK.. aku dah kata aku sekarang ni dalam mood jiwang dan tak lama lagi kejiwangan aku akan memuncak. Aku memang sudah jatuh cinta. Jadi buat seminggu dua ni aku terpaksa melayan cinta aku. Percintaan yang dijangkakan memuncak pada 17 dan 23hb ni. Argh!!! Doakan aku ye. Semoga aku dapat jawab soalan-soalan cinta aku dengan tenang hahaha. Aku ada exam hari tu. Tapi dalam tempoh aku berkhalwat dan berhibernasi ni, kalau nampak aku online, boleh aje kalau nak tegur.

Kalau ada aku tersinggung siapa-siapa, aku minta maaf ye. Doakan aku tenang dan dapat ilham untuk jawab soalan-soalan cinta aku. Semoga dipermudahkan ye.


Arghhhhh!!!!! bila nak tambah koleksi ni, cik mimi?

Wednesday, January 09, 2008

Reflect

Dulu, waktu aku mula-mula berjinak-jinak untuk menulis, ada seorang hamba Allah pesan; "Menulislah dari hati bukan dari perasaan." Aku tak faham maksud dia, apa beza antara hati dengan perasaan. Bukan ke perasaan itu memberi nada dalam penulisan dan hati menggerakkan cerita? Dia jawab 'perasaan membentuk peribadi dan hati menjadi batasnya.'

Dia kata lagi, pertembungan antara hati dan perasaan memang selalu mencetuskan konflik dan kalau kita terlalu menggunakan akal saja, konflik itu kadang-kadang tidak akan terurai. Kita akan terlalu memikirkan tentang lojik sehingga kita hilang sentuhan nikmat, juga ada perkara-perkara yang tidak sampai pada akal kita. Huh! Lagilah aku tak faham. Bukankah fungsi akal sepatutnya digunakan untuk membentuk peribadi? Tapi tak boleh salahkan dia... atau aku dalam masalah komunikasi ini sebab kami berlainan warganegara walaupun serumpun.

Akal digunakan untuk berfikir, tapi ada perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan dengan akal saja. Ia harus bersendi pada hati. Dan hati yang ikhlas membentuk peribadi yang tinggi. Kau orang faham tak? Lama juga aku nak faham kata-kata hamba Allah ini. Mungkin sebab aku lebih suka orang berterus-terang jadi kata-kata macam kiasan atau metafora ni, otak aku lambat sikit nak cerna.

Cuma sekarang, selepas bertahun-tahun, baru aku faham apa sebenarnya yang dia ingin sampaikan. Nasihat yang dia beri bukan sekadar untuk membantu aku menjadi penulis/wartawan tetapi juga untuk aku jadi seorang manusia yang selalu cuba memperbaiki peribadinya, iaitu mengawal perasaan. Tidak boleh terlalu marah kerana aku tak mahu jadi pemarah, tidak mahu terlalu merendah diri sebab aku tak mahu berperibadi kurang keyakinan diri. Bukan juga seorang yang sombong atau bongkak atau menjadi penyedih. Dan mungkin juga kalau aku tidak menggunakan hati berteraskan pertimbangan akal, aku mungkin tidak 'hijrah', dan kaku di takuk lama saja, agaknya. Mungkin aku akan terus jadi manusia yang terlalu sarcastic, bitter dan mungkin hanyut dalam ideologi aku sendiri.

Mungkin juga aku tak akan ke sini langsung, melunaskan cita-cita yang tertangguh.

Tak lama lagi , akan masuk waktu maghrib dan kami di bumi thistle dan haggis ini pula akan menyambut Maal Hijrah 1429. Aku akan 'hijrah' lagi. Aku nak menghijrahkan semangat aku. Biar semakin kuat. Supaya aku menjadi manusia yang lebih tahu bezakan mana yang jumud dan mana yang tidak. Semoga aku juga tidak akan tergelincir. InsyaAllah. Juga aku mohon supaya tahun ini, Allah permudahkan segala urusan aku di sini.

Buat kawan-kawan yang kenal aku, aku doakan kau orang semua sentiasa diberkati dan dipermudahkan urusan;

izinni - aku doakan kau selamat melahirkan dan baby kau sihat. Aku dah tahu ada dua perkuburan Islam di Glasgow cuma aku belum pergi lagi ke lokasinya.

cik housemate - akan kuberikan nombor akaun dan nombor pin untuk urusan-urusan pengkebumian nanti ye hahaha - tak mahu diformalin, masuk dalam keranda dan diterbangkan balik ye.. ish! Jauh sangat tu. (Bila nak sampai daaaa?)

cik elly - hati-hati ye. Pujuklah mak baik-baik (my mom gak ek). Kurangkan 'panas' tu. Bukan setakat kita harus faham situasi dia tapi kita juga harus merasa apa yang dia rasakan. Sebab dia sayang kau, dia bertegas macam tu. Apapun, aku tetap mendoakan yang terbaik untuk kau.

cik Zurd - Dari bulan Febuari ek? Lama kau simpan dari aku ye? hehehe aku faham. Semoga Allah permudahkan urusan kewangan kau dan dapat apa yang diidam-idamkan. Aku pun doakan semoga kau dapat yang terbaik dan mudah berbincang dengan mama (mak aku juga tu). Tapi ingat! Aku tetap tak mahu jadi madu kau hahahaha!

cik Zura - Kau belum capai tahap umur tua lagi. Kat sini 60 tahun baru dapat kad warga tua dan dapat naik bas, percuma. Sebelum kau dapat kad tu, kau masih lagi kategori muda hahaha. Selagi masih bernafas, selagi ada nyawa, selagi itu masih ada lagi peluang untuk kita semua. InsyaAllah. Fikir positive!

cik Akuatik - Semoga bergumbira di China dan gumbira makan sotong gedik. Janganla dok malu-malu nak ajak aku teman walaupun aku tau ko suka buat menda sengsorang jer. Kita kan ke dah friend friend. Semoga kau dapat Abang Thornton ye hihihi.

Puan Mona - Aku banyak belajar dari ketabahan kau. Semoga kau terus tabah dan sabar. Semoga kau berjaya tempuh hari-hari mendatang dengan tenang. Aku doakan Haris lekas sembuh, murah rejeki dan dapat berlibur seperti dalam rancangan kau.

Semoga Allah permudahkan urusan kita ye.
Selamat Tahun Baru 1429.

Sunday, January 06, 2008

A question please!

It's amazing. One second you feel so exhilarate, like you can conquer the highest mountain and in a second later, it plummets leaving you feeling empty.

Isn't it a great feeling? Life is soooo beautiful. Masya-Allah.

Well, of all the weird people I met or things that I found on the bus, this, by far is the most bizzare.


And too many questions started to pop up in my mind...


Saturday, January 05, 2008

Hello!

Macam biasa, tepat pukul 10am aku dah mula tolak troli cawan kopi ngan teh dari satu bilik ke bilik di hospital. Tiba di bilik no 11, pesakit wanita tua sapa aku. "Hello," katanya.

Aku balas sapaan dia kemudian aku tanya sama ada dia mahu teh atau kopi. Dia minta teh dengan satu sudu gula dan susu. Dia bilik yang terakhir aku masuk sebab bilik dia kategori 'Barrier' atau 'Isolation Room'. Perlu berhati-hati untuk masuk bilik kategori ini, takut kuman tersebar pada pesakit-pesakit yang lain. Selesai beri teh, aku buat kerja-kerja rutin yang lain. Waktu sedang vacuum koridor berdekatan dengan bilik dia, dia sapa aku lagi.

"Hello!"

Aku balas dengan hello juga. Tanya dia sama ada dia perlu apa-apa.

"We say hello when we meet people, you know," katanya.

Aku sengih aje. Kemudian terus vacuum koridor. Tak lama kemudian aku datang lagi, bawa sign kuning dan baldi warna sedondon, terus mengemop koridor - dekat dengan bilik 11.

"Hello!" Lagi sekali dia menyapa.

Aku balas hello juga.

"How did you do it?"

Eh? Soalan apa pulak ni?

"I don't know how you can do it," katanya lagi. Terus tiba-tiba saja dia menangis. Cuak aku sekejap. Aku berdiri depan pintu dan tanya kenapa.

Dia merintih yang dia keseorangan, tak ada siapa yang mahu melawat atau bantu dia. Dia cuma mahu ke bilik tapi dia tak mampu. Sakit.. terlalu sakit, katanya. Aku masuk dan cuba carikan nurse buzzer untuk dia, tapi tak jumpa. Bila aku tanya nak aku panggilkan misi, air mata dia tiba-tiba kering. Misi datang dan suruh dia bertenang. Bagi dia pil tahan sakit. Aku sambung kerja.

Aku berjalan melintas Bilik 11 lagi.

"Hello!"

Aku sengih dan balas "hello to you too."

"We wish hello when we meet people, you know."

Aku sengih lagi. Tapi dalam hati aku kasihan juga. Seorang wanita tua yang mungkin sudah senile. Juga keseorangan.

Akuatik, aku rasa kisah Mariola tu boleh dijadikan teladan juga. Tak mahulah nanti jadi macam nenek tua ni. Ish ish ish.

p/s : takziah buat King dan keluarga.

Friday, January 04, 2008

Let it snow let it snow let it snow...

Petang semalam akhirnya salji turun. Akuatik telefon bagi tahu. Menjerit CikSue kegembiraan. Demi menjadi seorang kawan yang baik aku pun membantu dia untuk mengambil gambar snow yang turun mencurah-curah walaupun aku tahu gambar snow turun dari langit tu tak nampak dlm gambar.

Dengan semangat setia kawan, aku pun panjat kerusi. Bukak tingkap. Ambil gambar. Tak lama lepas tu salji pun berhenti. Aku tutup tingkap. Dua kali. Tiga kali. Tingkap tak tertutup rapat. Rupanya tingkap bilik tu rosak. Sekali bukak dah tak boleh tertutup rapat. Hasilnya angin sejuk sepoi-sepoi bahasa masuk dalam bilik.

Bukan aku tak boleh pindah bilik dan kembali kepada teman seranjang, tapi malaslah nak mengganggu dia. Jadi malam tadi, aku tidur bergulung duvet macam sausage roll hahahaha

Thursday, January 03, 2008

Tadaaa!

The news version



Datuk Chua Soi Lek’s decision to resign from his political posts is deemed as wise by the Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“It is a wise decision not to prolong the issue and further involve the party and the Government into this matter,” he said after a meeting with Malaysian students in Glasgow, Scotland on Wednesday (02 Jan. 08).

“He had admitted that it was him in the (sex) video and apologised for his mistake so there is nothing else the Government can do but to accept his resignation as the Health Minister,” he added.

He said since the general election is scheduled to be held sometime this year, there is no need for a by-election in Labis. It is also in accordance with the new Constitution which stated that a by-election is not necessary after three years in parliamentary term.

When asked about some speculation that Chua was framed by certain people who wanted to end his political career by circulating the VCDs to the public, Mohamed Nazri said it was a separate issue.

“He had admitted (to be in the video). There was no superimposed done on the video so he is not framed in that sense,” he said.

On Wednesday, Chua who is married to Datin Seri Wong Sek Hin, has tendered his resignation as Health Minister, MCA vice president, Johor MCA liaison chief, Batu Pahat MCA division chief and Labis MP.

Mohamed Nazri was in Glasgow as part of his annual visit to the United Kingdom to brief and hold dialogues with Malaysian students on current issues such as the Hindraf gathering in Malaysia. This was his first visit to Glasgow after six years. The last leg of his visit would be to Dublin, Galway and Cork in Ireland.

“Overseas students depend a lot on internet for their source of news especially if they wanted to know what happened back home. Sometimes they read alternative news which can be untrue or overly exaggerated,” he said.

He said it is important for him to be able to hold dialogue such as these, so students can ask their minister face to face.

“I don’t limit the questions. They can ask any questions they like. In fact, I prefer that they ask sensitive questions so they can get clear picture of what is happening in Malaysia right now,” he said.

About 100 Malaysian students studying in Glasgow University, Strathclyde University, Glasgow Caledonian University and Paisley University attended the briefing.


The Aku version will be updated later. So mengantuk...

Sambungan.
Aku ambil masa dekat 3 jam nak buat news story ni. Dah lama tak tulis berita, rasa macam skil tu dah semakin terhakis. Sebab tulis untuk kawan yang kerja kat paper gomen ni, tulisan aku pun jadi skema sama.

Pertama-tama aku minta maaf lah kat Pak Menteri. Masa kau masuk, aku tak berdiri pun tanda hormat. Sebab aku memang susah nak hormat orang. Apatah lagi orang kerajaan ye. Senang ginilah, aku memang kurang ajar.

Sebenarnya aku banyak mengantuk dari mendengar apa yang pak menteri cakap tu. Seperti biasalah perangai reporter aku kicked in. Bila dia cakap jer aku pun mulalah bengang. Dalam hati dok merungut-rungut, tak yah lah nak cover-cover. Dia cerita pasal Hindraf, dia cerita pasal media dan self-censorship. Bab lain ko nak tutup tu tutuplah, tapi bab media ni aku sensitif sangat-sangat. Orang semua tahu siapa control NSTP, Utusan, TV3 bla bla. Jadi sudah tentu ada self-censorship dorang yang tersendiri. Wartawan pun ada self-censorship sendiri. Tapi tak perlu censor habis-habisan. Kalau bangkai gajah yang begitu besar tu takkan kau nak tutup dengan daun maple kot? Kau bercerita pasal media freedom. Tapi freedom have to work hand in hand with responsibility. Betul. Aku setuju. Tapi kau harus rombak semula Printing Act dan Publishing Act di Malaysia. Selagi ada akta-akta macam ni, selagi itulah akan tiada freedom of speech di Malaysia. Sebab bila-bila masa saja syarikat akhbar boleh ditutup menggunakan 2 jenis akta ini.

Dia bercerita pasal tahanan ISA. Kenapa perlu ISA. Bagi aku dengan adanya ISA ia menunjukkan pihak berkuasa tidak competence. Tak tahu jalankan tugas masing-masing. Kalau orang sudah melakukan kesalahan, kau perlu dakwa dia di mahkamah, tapi kalau orang tak lakukan kesalahan, buat apa kau tahan dia guna ISA? Kau monitor saja perbuatan dia. Maknanya sebagai pelindung rakyat, kau MALAS jadi ambil langkah mudah, tahan dia bawah ISA untuk 2 tahun dan tambah lagi 2 tahun dan tambah lagi 2 tahun. Kemudian kau bercerita pasal kem tahanan di Kamunting yang macam hostel lagaknya. Kau dah tinggal kat situ? Kau dah rasa apa yang mereka rasa? Memang orang yang tak kuat iman atau semangat yang akan keluar lepas dua tahun.

Entahlah, memang aku rasa buang masa aje aku hadiri pertemuan bersama pak menteri semalam. Kalau dia benar-benar serius nak cerita pasal masalah rakyat marhaen di Malaysia, kau patut bawak semua menteri2 dan bercerita. Kalau kau seorang saja nak menjawab soalan-soalan yang merangkap bab pendidikan, pengangkutan, kewangan dan ekonomi, boleh ke? Kau patutnya bawak semua menteri kabinet sekali. Kurang-kurang dapatlah kau orang semua makan angin di UK.

Memanglah, kalau tak sebab aku nak bertanyakan soalan Chua tu, aku rasa aku takkan menghabiskan masa tidur atas kerusi keras.