Thursday, April 03, 2008

Jadi, bagaimana?

Kecoh sudah satu Malaya pasal isu Sufiah dan Fitna. Jadi apa rumusannya?

Apakehal nak tarik Sufiah pulang ke Malaysia, dia bukan rakyat Malaysia pun. Nak boikot barang Belanda, sanggup ke nak buang tv Philips yang lebih 30 inci tu?

Bukan ke makcik menteri tu juga yang kata dulu, kalau dah darurat, hukum melacur dah jatuh Harus. Darurat kot dah budak tu? Kan dah Harus dah tu. Tak ada dosa. Boleh saja, kalau nak cari duit bayar yuran sekolah. Kalau dah tak berdosa tu buat apa nak tolong? Susah-susah ajelah Makcik menteri n i. Baik concentrate buat benda lain, eh dah settle ke isu rumput dengan orang sebelah?

Lagi satu, yang depa semua ni sibuk-sibuk nak boikot barang Belanda ni kenapa pula? Nak marah-marah ter-over-over pasal filem Fitna ni apa hal? Nak menari ikut rentak si Geert Wilders tu ke? Jerky response. Baru diketuk sudah melatah? Kalau nak tonton, tonton saja filem tu. Tapi emosi tu letak jauh-jauh. Tonton dengan perasaan yang waras. Timbang dengan akal. Kalau sampah, buang saja. Tak perlu simpan-simpan. Tapi bukan bermakna kita tak perlu ambil tahu. Jangan jadi dungu.

Relax babe! - Pesan Rasulullah s.a.w - orang yang gagah itu adalah orang yang berjaya mengawal diri ketika marah.

err.. lagi satu, toksahlah boros nak buang duit pi Manchester ni, tu... anak bangsa yang digelar Bohsia dengan Mat Rempit tu... tolonglah selamatkan dulu.

Kalau korang nak tau.. pi blog akuatik atau ke sini (allo mister, grammar problem lah).

22 comments:

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

hmmm...betul...betul...sibuk nak selamatkan orang yang kat sana tu ngapa,ramai lagi anak2 muda yg hidup camtu kat KL ni pergi ler selamatkan.

ala macam tak tahu diaorg semua nak glamer je lebih, mula2 je kecoh esok lusa senyap ler tu...bukan ke orang2 kita yg terkenal ngan sifat melatah,so baru tercuit sikit mulalah nak melatah.

kalau diaorang nak boikot barang belanda sukahati diaorang,aku tetap nak beli susu dutchlady yg dah sebati dlm badan aku ni hah!

yang amerika dok berperang ngan umat islam yang lain tu ngapa tak nak boikot barang diaorang sekali? cakap tarak serupa bikin punya!lagipun takde class ler kalau tak pakai barang buatan omputih,tak gitu?

hidup islam hadhari

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku pun pakai tv philips,memandangkan diaorang nak boikot barang2 belanda boleh tak diaorang gantikan tv philip aku dengan yang baru....home theatre set lagi best...

indera kencana said...

Dorang nak seret Sufiah balik Mesia...
Hahahahaha... kelakarnya Zahid Hamidi & Mashitah nih..

akirasuri said...

Ahaha!
Makcik tu memang gila glemer =))
Pak menteri dengan Buk menteri dekat Malaya ni memang gila publisiti..
Kes hot terus sebok canang sana sini..
Hal depan mata buat bodoh jek..
Kwang kwang kwang..

Inilah wajah Malaya hari ini..
Huhuk!

akuatik said...

satu filter
satu filter
satu filter curi and then layaaaaaannn

Pa'chik said...

mujur ko dah tules... tak yah aku tulis dah.. ingat nak tulis lepas abes tempoh hibenasi nih.. ekeke...

budak melayu melaya ni lagi banyak yang rosak... lagi nak bising ngan budak kat yukei sana.. chiss... mereka yang kat sini... setakat bawak naik motor pusing-pusing jalan-jalan cari pot makan-makan je... itu yang lebih patut diselamatkan pasal mereka ni di bawah kuasa orang-orang sini, yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada mereka yang dipuncak kuasa sana... bukan budak yang duk jauh di yukei tuh...

pasal boikot tu.. hahah...

Anonymous said...

Sis,

I'm with you on both issue.

Sufiah: Ummu Hadhari perlu tarik dulu 'fatwa' boleh melacurnya itu sebelum terhegeh-hegeh nak selamatkan orang yang entah-entah tak mahu diselamatkan pun.

Fitna: Aku termasuk dalam golongan yang skeptikal dalam isu boikot-memboikot. Ah... senang ginilah, bayangkan kamu kerja dengan syarikat yang disenaraikan untuk diboikot itu. Aku tahu, sebab aku pernah kena. Masa seruan boikot barangan Denmark dulu, aku yang kerja dengan Siemens (Jerman, ada paper dari negara itu yang siar kartun itu) pun terkena. Sekarang kakak ipar aku kerja dengan Shell. Cuba kamu bagitahu dia yang sebangsa dan seagama dengan kamu untuk boikot Shell?

Waras beb. Jangan dahulukan emosi. :)

khairyn said...

salam

elly
hahahaha.. aku pun guna banyak jenama Philips ni. TV aku, MP3 lama aku pun Philips gak hahaha. Aku rasa boikot tak membawa apa-apa impak pun. Ye lah apa kelas boikot jenama dari Barat ni. Aku kalau boleh nak boikot barang dari China jer.. tu pun susah nak apply. Semua barang la ni made in China. Chiss.

Kalau Mydin tu boikot barang2 dari Belanda tu sebab bisnes. Berapa banyak pun barang kat Mydin yang dari Belanda (no offense Dato', just my two pence). hahahaha

indera
alahai dorang ni kan memang suka buat benda-benda yang tak berfaedah. Nak glamer jer lebih. Kat website MelayuUK (pi ke blog akuatik) siap nak panggil bomoh pi Manchester nak ubatkan Safiah yang melacur sebab kena sihir dari Jinn. Sampai nak mintak derma buat bayar tiket bomoh lagi. Mengarut sungguh!

Ati
Tu yang susah kalau bermenterikan orang yang giler glamer ni. Apa kata kita Afundi dorang keluar hahahaha

khairyn said...

Akuatik
awat hang? jangan kena sihir plak nanti. Aku tak de duit nak bawak bomoh dari Malaya! hahahaha

pa'chik
Pendapat yang serupa. Aku nak cerita sket. Dulu aku pernah ler bawak keta nuun kat jalan depan Hard Rock Malaya tu.. ada ler kapel naik motor besar. Si gadis gedik dok belakang pakai baju tali halus ngan skirt kembang. Kira kalau motor tu vrrooommm laju err... ada free show ler dari gadis gedik tu. Nasib baik tak ketumbit mata aku ahahahahahaha. Amacam?

Tok
yep, itulah pendapat aku. It's her choice. Bukan niat aku nak basuh tangan bila ada umat Islam yang tergelincir dari landasan tapi seperti yg aku kata lah kat Manchester tu berlambak orang Islam. Dari pelbagai mazhab. Pilih aje nak ke mana. Kalaulah benar dia dari keluarga yang devout dan strict Muslims, maknanya asas dia sangat kuat. Dia tahu mana yang halal dan mana yang haram. Sekarang itu jalan yang dia pilih. Itu short-cut dia nak jadi senang. Dan kawan-kawan dia mana? Takkan lah tak ada satu orang pun yang boleh nasihatkan dia sampai nak dipanggil bomoh dari malaysia merawat sebab 'terkena sihir'. Megarut?

Pasal Fitna, entah aku rasa aku tak pernah lagi berjaya dalam memboikot barang, tapi aku cuba jugaklah nak kurangkan. Aku kurang masuk M&S walaupun kek dia sedap dan murah. Aku kurang makan kat McD sebab alasan usual, kat sini tak halal (hohoho. Dah lama sangat tak masuk Starbucks sebab err tak mampu walaupun aku suka bau kopi. Boikot ni ada impact ekonomi dan ekonomi juga beri impact pada orang islam. Huh.. letihlah dorang ni.

fajar said...

rasanya ramai yg terikut dgn emosi. tak bertindak dgn kewarasan akal.

izinni said...

btw, boikot kat mydin tu bukannya depa tarik semua barang2 tu dari shelves. depa letak label "Barangan dari Holland" .. tu je. errr macam tu ke boikot? ekekekeke

btw ... beria-ia terhegeh2 nak 'selamat'kan sufiah tu apsal? bukannya dia kat israel ke apa .. dia kat UK laa!!! bengong ke apa?? budak tu tah2 tak nak diselamat. entah2 memang dia suka buat keje tu. saje nak perabihkan duit aku nak gi sana. si mashitah tu tak pernah gi UK kot. pastu si zahid tu kengkononnya nak tunjuk islamik sangat la sebab pegang portfolio hal-ehwal islam?! haloooo .. suruh pm hang tu tarbiah anak bini dia dulu.

errr .. aku emosi ke ni? ehehehehe

Mimiamilia said...

apala menteri-menteri kat malaysia ni.Tak best langsung...suka buat benda budusssss

Anonymous said...

Mesti Ummu hadhari tgh siap2 nak dtg UK. Tgh shopping baju panas kot. Hah..hah..

Menteri yg suruh tu bodoh kot. Dah terang-terang Ummu Hadhari ni not against prostitution, dihantarnya datang. Stupid fellow.

Kita ini biar berpada nak selamat dan tolong orang. Sufiah sendiri tahu akan perbuatannya. Seorang manusia yg sakit mental.

Tiada kesalahan di pihak ibubapa-nya yg inginkan terbaik utk anak-anaknya. Muga Allah mengampunkan dosa kedua mereka.

Kesalahan bapanya hingga membuat dia merengkuk di penjara mungkin satu agenda yang cemburu akan kehebatan umat Islam.

blackpurple @ jowopinter said...

Orang kita macam itulah, tapi bukan semualah. Bila orang kafir kutuk agama kita, kita bising beriya-iya. Bila orang Islam sendiri memperlecehkan agama sendiri di depan mata, tak berani pulak nak tegur...

Apalah sibuk2kan Sufiah itu? Anak dara Melayu 'merewang' sana-sini kat tengah bandar KL ini bersepah, mereka tutup mata pulak...

Sastri said...

setuju dengan ur opinion and my Blackie's opinion... :D

QUDS REALCLOCKWISE said...

hari ni aku mencipta sejarah ......setuju 100% dengan pendapat kau yg tak dapat memberi apa apa makna pada orang melayu di malaya..........asyik ikut jer la tanpa pikir ...
** kabarkan pada "org2 kita" Allah akan tolak segala amalan tanpa ilmu.

achik said...

kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat2 tak nampak.. huhuhu..

khairyn said...

fajar
betul tu. Entah faham entah tidak.

izinni
hehe macam tu ke boikot? Letak label je?
Apa salahnya berjalan sampai Manchester. Kalau dema datang juga, orang kat Manchester silalah ambil gambar, kot depa shopping sakan ke kat Old Trafford hihihi. Laaa kang dikatakan tak sentitip la tak buat kerja la.. hehehe

mimi
hehehe.. gitulah adanya dorang. Ingatkan dah insaf dari buat2 kerja tak berfaedah ni.. Ish salah telahan daku rupanya.

anon
ye ye. Dia gak yg kata melacur dlm keadaan yg darurat tu hukumnya harus.
salah bapanya bukan sebab nak kenakan Islam. Memang bapanya juga mental case (wallahua'lam)

Purp
Setuju. Agaknya kalau kat tanahair mereka lebih senang guna sistem jaga kain sendiri kot?
ish ko ni, apa kelas selamatkan anak bangsa di malaya. Lagipun kan ke dapat pahala lebih kalau tarik kembali orang yang dikatakan sudah 'murtad'? Adeh la hai.

Sas
cewah! Berganding bahu ye? hahaha.

cucumatlela
heh? itu macam ka? err aku kureng suka sejarah melayu la plak.
Sebelum nak boikot ka apa ka kita kena lihat dari sudut practicality. Jgn jadi lembu cucuk idung. Ikut jer.
ye.. amalan dan ilmu kena seiring.

achik
ye betul. Sukalah buat benda gila glamer ni kan.

Futuristics said...

NICE Blog :)

Anonymous said...

dok sat..
fikir dulu...
semua tu Allah nak tunjuk sesuatu..
fikir sat...
:)

khairyn said...

zahila

ye aku pun terfikir benda yang sama.

Anonymous said...

"Berdasarkan perbincangan dengan pengamal perubatan Islam dan beberapa petunjuk Ilahi, kami yakin Sufiah sekarang dibawah pengaruh sihir"

bila baca komen ni aku tak tau la nak nangis ke nak gelak. gelak tak leh la plak sebab kawan2 aku tu tengah enak dibuai mimpi.

weh, budak tu dah besar panjang, dah boleh jadi mak orang. UK tu bukannya tanah Afrika ke tak de benda, kerja nak buat tanggung pelajaran dia. Boleh je buat2 kerja2 manual macam yang ramai pelajar kita buat kat sana termasuk lah tuan tanah ni hehehe, tak pun paling chekai, jadi la RA kat Oxford tu ke kat London tempat dia mendakwa dia tengah wat master dalam Economics tu.

Dah tak de kerja lain ke nak buat selain benda tu? yang aku tak paham tu, punyalah banyak anak2 kita kat Malaysia ni yang perlukan bantuan, napalah sibuk nak ke UK membantu Sufiah tu yang dah sah sah la British.

dan orang yang dihantar tu, dah selesaikan soal gaduh sampai kecoh bawak masuk mahkamah dengan jiran tetangga tu?
sangat Islamik kan. Buat malu je, seorang pemimpin boleh bergaduh dengan jiran tetangga pasal tanah.

erk Has, ko memang emo sikit hehehe