Wednesday, April 16, 2008

Musim bunga


apple blossom

Memang beginilah kami di bahagian utara. Sedang di bahagian Selatan Tanah Ratu dilimpahi bahang matahari musim bunga, kami di sini masih lagi berbungkus baju tebal. Tapi tadi aku sudah nekad, baju-baju tebal sudah kumasukkan ke dalam mesin basuh, kering dan akan dilipat masuk ke dalam beg dan disimpan terus dalam stor. Memang sepatutnya kami sudah berada dalam musim bunga, sudah sepatutnya suhu meningkat ke dua digit. Tapi tadi suhu hanya meningkat ke 9C saja.


Satu-satunya pancuran air di taman ini

Hari ini seorang sahabat sudah berangkat ke tanah air. Cik Dr Faridah no correction (hehehe). Seronok bercampur sedih sebenarnya. Seronok dia akhirnya dapat kembali ke tanah Malaya setelah tiga tahun setengah bertungkus lumus menghabiskan PhD dalam bidang Biologi. Lebih gembira apabila thesis beliau diterima tanpa perlu buat sebarang pembetulan. Tak sia-sia usaha beliau berkelana jauh untuk mendapatkan segulung PhD, taraf tertinggi dalam bidang akademik. Dan agak sedih juga kerana kurang sudah seorang kawan di sini. Semoga beliau berjaya dalam tugas yang sudah menunggu di Malaya. Nanti tiba aku balik, boleh kita makang ikang ye Farid ye!

Hari ini cuaca baik lagi walaupun sedikit mendung. Aku dengan CikSue berpakat nak ke Alexandria Park. Dah lama teringin nak ke sini tapi asyik tertunda saja. Jadi tadi, kami berjalan kaki dari rumah ke taman ini. Taman ini letaknya di tepi jalan. Aku ingatkan kecil saja, rupa-rupanya besarnya lebih kurang Botanic Garden di bahagian West End. Tak banyak bunga-bunga yang ditanam tapi padang hijau atas bukit memang menyejukkan mata memandang. Ada juga tasik kecil untuk itik dan angsa berenang-renang. Ada juga pancuran air di tengah-tengah taman. Taman ini memang sesuai untuk sesiapa datang berehat dan kalau keadaan cuaca baik, boleh berpiknik di atas hamparan rumput hijau.


Pokok ni memang unik. Dahannya berjurai-jurai

Balik dari taman, tetiba datang minat hendak buat nasi lemak. CikSue pulak dah tanak nasi biasa. Hmm... nasi biasa, lauk nasi lemak, boleh kan? Sambal sotong udang, ikan bilis goreng, ayam goreng dan telur rebus.

CikSue letak sambal banyak sangat.. padahal dah bagi amaran dah, sambal ni guna cili kering yang lain, yang pedasnya tahap maksimum huhuhu

28 comments:

akuatik said...

huhuhuhuhu aku kena masak nasi lemak sebab nak habiskan timun nan sebatang tu

zwitterion said...

wajah baru..sorok2 balik bunaga pulak..:)

Anonymous said...

Salam...

berwajah baru nampaknya...
sorok balik bunga pulak dah...
tentu best kan bila semuanya berbunga, berwarna warni...
Ni tengah kemaruk tanam pokok kaktus, di rumah & di ofis (dlm pasu kecik2 kat atas meja)...
pedas! ok jer asalkan ada kicap...hahaha...

indera kencana said...

Ahahahaha.... ketibaan musim baru disambut dengan laman berwajah baru.
Orang di London kata mereka baru sahaja mendapat limpahan salji yang **one in the million**.
Sedapnya nampak nasi berlauk sambal sutun tu.. ohh.. ada ayam!! ohh.. ada telur juga!!

** tu ayat kawan saya
one in the million = beribu-ribu lemon la..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Dah berwajah baru rupanya cik khairyn kita ni ye...

Nak kena teka ke siapa di sebalik bebunga nan rimbun tu?...sekali tgk cam cik khairyn kita, 2 kali tgk mcm cik sue,3 kali tgk mcm hantu raya,4 kali tgk sebenarnya pokok bunga je...wakakakaka

Oh cik farid kita dah balik ke tanah malaya rupanya...boleh bayang ler perasaan sedih & gumbiranya tu...selamat kembali ke tanahair ler cik farid..

Tengok nasi lemak tu teringat lak nasi lemak akak kat pasar sentul tu & nasi lemak kukus abg 'pepelap'...paling sedap didunia...lama dah tak makan,rasa teringin ler pulak!

Pa'chik said...

waaa.. tukar cat baru...

Anonymous said...

salam singgah.
ingat hantu langsuir mana pakai jeans nyorok balik bunga. hahaha.
gambar orang buat lapik pinggan nasi lemak tu lelaki ke perempuan? =)

achik said...

wah.. berwajah baru..
err siapakah gerangan bawah pokok juntai2 tu?? ;)

Anonymous said...

salam

tahniah tu farid. aku tabik spring kat dia. aku jumpa dia sekali kat umah shima.

agak2nye, boleh ke che abe aku buat phd tanpa correction...

tak tau la aku.doa je la yg terbaik.

blackpurple @ jowopinter said...

Salah tangkap gambar tu. Sepatutnya orang sebelah depan, bunga berjurai-jurai di sebelah belakang...

Sastri said...

cantik taman tu... nampak gayanya terkubur la harapan nak ke UK semasa musim bunga sebab permohonan untuk berkursus ke sana gagal... takpe la... belum ada rezeki lagi nampaknya... :D

khairyn said...

salam

akuatik
sebab timun nan sebatang tu dapatlah nasi lemak seperiuk ek? Canggih polisi kau ni hahahaha.

zwit
eh! haha. Tak sorok aih. Berdiri jer tu.

neen
ish mana ada menyorok. Berdiri kan tu?
Memang suka musim bunga. Rasa macam berbunga-bunga dalam hati hehehe. Dulu ada pokok lucky bamboo letak kat meja ofis, memang hidup subur tapi bila bagi kat member hush! terus layu. Member ni tangannya 'panas' kot lalalala
Kicap? Perlu ada, itu benda wajib tuu..

indera
orang di London dapat salji. Tahun lepas pun dorang dapat salji agak lebat lewat musim salji. Kami ni macam batuk2 jer. Musim panas pun macam batuk-batuk juga. Tapi hari ni langit biruu.. subhanallah. Sangat cantik!
Huhuhu.. makan jangan tak makan! Sutun kena bajet kakaka.. orang semekin la katakan. Ayam pun comel jer potongannya hahahha

elly
ko tengok terbalik. sekali tengok pokok bunga, 2 kali tengok hntu raya, 3 kali tengok ciksue, 4 kali tengok aku lalalala
Farid tiba aje kat malaya terus ajak lela pi makan satay kajang. Yep, masa aku peluk dia, dia kata dia sedih and nangis huwaaaaa
Aku pun rindu dgn nasi lemak kukus abang pelepap! tu hahahahaha

khairyn said...

pa'chik
sesekali tukar cat rumah pun apa salahnya kan. Rumah aku pun baru jer bagi 'face lift). Tapi abang kontraktor tak siap2 lagi buat keja.

eisraa
hantu langsuyar moden :)
gambar lapik pinggan tu lelaki yang sangat handsome. Tak de ciri2 feminism langsung.

achik
hehehe.. saya punya pekerja yang dedikasi tolong tukarkan cat rumah dan susun atur. Dan dia pun sangat baik hati orangnya hahahahaha.
Oh siapakah gerangan orang di bawah pohon juntai2 tu ye?

beth
hehe.. tu yang aku kagum dgn farid ni. PhD ni bukan kerja mudah.
Suruh che abe ko study kuat2 dan doa kuat2 juga. InsyaAllah hahaha. kita sama2 doa untuk kejayaan kita semua.

purp
erk orang tu duduk dalam, antara ranting juntai-juntai tu plak.
erk.. macam orang tu, kalau ambil gambar silalah letak tangan di bawah hehehehe

sas
tak apa, datang musim luruh pun cantik juga. Warna-warna kuning dan coklat. InsyaAllah ada rejeki, akan dapat juga sas berkursus di sini. Kalau aku ada lagi di sini, marilah kita beronggeng hehehehe

Mimiamilia said...

wah sungguh rajin mengcat rumah..
oit.baca buku..nak exam!

Anonymous said...

sapa suruh cat2 rumah ni? tak hengat nak peksa ka? isyyyy ... :D

Anonymous said...

ko memang sukakan menyorok2 macam tu. sesekali tu tunjukkan la muka, aku rindu nak tengok muka ko

khairyn said...

mimi
hahaha ai ada pembantu buat kerja cat mengecat ni tau.
Buku dah habis baca. huwaaaa! Buku yg ditunggu tak tiba lagi!

izinni
eh aku bos jer. Bagi arahan. Ada pekerja yg berdedikasi yg tolong cat. Hahahaha terima kasih ye pekerja. Nanti ai upah bila kita deting ok!

diva
huhuhu.. mana ada ai menyorok yu! Takut crack habis skrin laptop/desktop kau kalau aku tempek gambar diri sendiri yang cun melecun ni kat blog kakakaka

Anonymous said...

Tema blog berubah seiring perubahan musim ya? Bagus! :)

DeeN said...

Cak!!
Cantilah bunga-bungaan tuh.
Tapi teringiiiiiiin sangat nak tengok wajah manis (baca: bodek) di sebalik keindahan bunga itu!

Jelessssssnyeee ai, nyahhhhh!! Eeiiou... ;)

rizal hashim said...

salam si kidal,

saya sudah pun menerima VSS. Nak cendol sikit

Anonymous said...

Salam...

rumah yang lagi satu tu tak cat baru jugak ke?

Anonymous said...

gitu lah ko kan. aku ni tengah boring. nanti lah cerita, nak cerita kat blog, terlalu private plak hmmm

zorrokantoi said...

sodap nampak nasi lemak versi glasgow tu. ish ish ish tak teringat ke nasi lemak antarabangsa kampung baru ?

Anonymous said...

Salamz,

lama dah tak tinggal komen kat sini, baca aje.. ;)

musim bunga..bestnya..bau udaranya pun harum kan?

Khairyn, nak tanya, pernah pegi Barcelona tak?..nak some info..thanks.. :)

khairyn said...

tok
perubahan tu perlu kan? haha
perubahan musim=demam uhuk uhuk uhuk

nur
cak!
kita deting next year hehehehe
silakan buat list nak belanja akak. Yahu!

rizal
bonjour!
Ya saya dah tengok kat blog awak hehehe. Nanti saya interview apa pengalaman awak menerima VSS dari NSTP ek? hehehe
Nak cendol? Nanti belanja saya hihihi

neen
my worker tengah cuti hahahahaha
ooops!

diva
ops! Hari ni aku balik rumah lambat sket... erm.. kalau ada masa aku call ye. Kalau tak.. tunggu

bimmer
ahah! Nasi lemak antarabangsa tak sesedap nasi lemak di pasar dan pasar ramadhan sentul. Fuh! yang ni lagi sedaaaaaapp
p/s - yg menyebabkan nasi lemak itu sedap, terletak pada sambalnya! hihi

wann
salam. ha ah lama pun tak pi blog wann. Asyik lupa jer nak add. Nanti saya add ye.
saya memang suka musim bunga.. jenis-jenis bunga berubah mengikut suhu hehe

Pernah pergi Barcelona. Tapi, kurang berminat sangat sebab kota metropolitan juga. Gaudy buildings memang cantik. Tapi jaga2 dgn pencopet kat sana. Notorious.

Anonymous said...

blog saya haha..dah malessz nak update..

actually nak tanya pasal apartment, any reasonable apartment kat Barcelona yg boleh direkomen..tq :)

hakim dirani said...

Wahh. seronok bila ada banyak bunga di sana. kalau di Syria pula tak pernah la pulak nampak bunganya walau di orang kata musim bunga.

khairyn said...

wann
huhuhu sorry, kami ke Barcelona buat day trip saja sebab ada pengalaman ngeri kat sana. Tak tahupun stesen keretapi di Spain tutup jam 12 tengah malam.
Erk kalau mahu apartment, kena search internet kot. Harga dalam €100 ke atas semalaman. Depending on number of rooms and location.

Hakim
Hahaha.. bunga berkembang ikut suhu. Dimulakan dengan daffodils, apple blossoms dan diakhiri dengan bunga mawar. :)