Tuesday, April 22, 2008

Why do you wear that hat?

Huh! Pagi tadi aku pergi kerja macam berjalan diawang-awangan. Kepala rasa ringan sangat-sangat. Nasib baik tak terjelepuk. Kalau tak, sah aku jadi macam orang-orang yang mabuk todi keluar dari pub La Cala yang dekat dengan rumah tu huhuhu. Udah lah semalam aku ponteng kerja sebab rasa macam seram-seram sejuk aje pagi tu. Tapi elok juga memonteng kerja sebab kelas aku tak ada break. Dari 11am-1pm (Creative Writing), 1pm-3pm (Sociology) dan 3pm-5pm (Creative Writing workshop).
Ingat nak ponteng lagi tadi tapi rasa macam dah ok sikit, tu yang bersemangat pergi kerja juga. Partner kerja aku yang banyak ambil tugas aku sebab dia kesian tengok aku yang melepek tepi bin. Baik jugak dia ni, cuma kadang-kadang ada jugalah soalan-soalan dia yang buat aku rasa macam nak cepuk jer mulut tu (hahahaha). Macam tadi;
Dia dok bercerita yang dia nak blow dry rambut dia. Kat kolej ni ada juga kelas untuk dandanan rambut, tapi dia tak suka pergi yang di kolej ni sebab budak-budak ni buat kadang-kadang ok kadang-kadang tak. Biasalah budak baru belajar. Ada yang pandai ada yang tak, ada yang rajin ada yang malas. Tengah bersembang pasal rambut tu tiba-tiba saja dia tanya pasal rambut aku. Hahahaha. Aku pernah tunjuk rambut aku kat dia. Dia suka sangat sebab dia kata rambut aku hitam dan lurus (biasalah rambut orang Asia, kan?) - Oh your hair is coal black and very fine. Tu ayat dia dulu.
Tadi aku beritahu kepanjangan rambut aku dah berubah. Beriya-iya dia hendak tengok. Aku pun tunjuklah kat dia. Wah suka betul dia bila aku tunjuk. Kemudian dia tanya aku kenapa Wan (partner dia sebelum aku pun orang Tanah Malaya, Melayu Muslimah), tak pernah nak tunjuk rambut pada dia walaupun dia minta banya kali tapi aku pulak dengan senang hati tunjuk rambut aku. Hmm.. macamana ye aku nak jawab?
Kan aku dah kata, kadang-kadang pertanyaan dia memang buat aku bingung nak jawab. Tapi sebab dia bertanya dengan ikhlas aku pun terpaksa jawab dengan ikhlas cuma mungkin ada tipu sana sini sikit. Aku kata, "Mungkin dia rasa susah kot nak bukak tudung dia. Macam aku ni pakai sarung jer tak de nak berlawa-lawa kelepet sana kelepet sini."
Takkan aku nak cerita pasal hadis untuk wanita berjilbab pula kan? Nanti pening kepala dia. Cukuplah aku beritahu yang wanita Muslimah harus menutup auratnya dengan lelaki yang bukan mahramnya.
"But when you're with your friends, do you take off your scarf?"
"Yes, as long as they are no men around."
"Only female friends?"
"Yep."
"What about your family?"
"No problem. As long as they're my immediate family. But not the men that I can be legally married to, such as my male cousins or my brother in law."
Dia pandang sambil angguk. Tak tahulah faham ke tak.
"Why do you wear that hat?"
Eh? Topi?
Laa serkup aku ni dia panggil topi hahahahaha
Terdapat perbezaan pendapat ulama dalam menafsirkan firman Allah dalam Surah An-Nur Ayat 31 -
Katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka…. Maka kata ganti orang di firman Allah Au Nisaaihinna (wanita-wanita mereka ) telah berbeda pendapat ulama dalam menafsirkannya : diantara mereka ada yang mengatakan : Maksudnya adalah jenis, artinya seluruh jenis wanita. Diantara mereka ada yang mengatakan, maksud dari kata ganti orang itu adalah sifatnya, artinya wanita-wanita mukminah saja. Maka berdasarkan kepada pendapat pertama, wanita boleh membuka rambutnya dan wajahnya di hadapan wanita non muslim. Dan menurut pendapat kedua, tidak boleh.
Saya lebih condong ke pendapat pertama, pendapat itu lebih
dekat (kepada yang benar) karena wanita terhadap wanita tidak ada perbedaannya
antara wanita muslimah dengan non muslim. Hal ini tentu apabila tidak terdapat
fitnah. Adapun kalau dikhawatirkan terdapat fitnah, seperti mungkin wanita non
muslim itu menceritakannya kepada karib kerabat laki-lakinya, maka wajiblah
untuk menjaga dan menghindari fitnah, maka wanita itu tidak boleh membukakan
sedikitpun dari tubuhnya, seperti kedua kaki, atau rambutnya di hadapan wanita
lain, baik muslimah atau non muslimah. - Ust Elvi Syam

14 comments:

Pa'chik said...

tak tau nak komen hapa.. aku belum baca lagi...

ńĕĕń said...

Salam...

teringat masa baru pakai tudung masa kat sekolah (dekat nak exam SPM, ada program agama yg memerlukan kami bertudung di sepjg tempoh 2 hari tu, so bila x bertudung tu rasa lain jer, mujur koleksi tudung mengalahkan mereka yg dah sedia bertudung tu), ramai rakan yg terkejut... maklum budak tomboy lah katakan... rambut paling panjang pun setakat cecah colar baju kemeja jer, yg best bila rakan non muslim sebelah meja wish tahniah, terharu gak, kerana dia memahami... arwah emak lah yang paling suka. Sangka mereka masa tu jerlah, so mereka seakan x percaya bila jumpa di hari pertama pendaftaran di IPTA, saya ttp bertudung. Alhamdulilah skrg rambut dah melepasi bahu... takat tu jerlah, nak panjang2 sangat tak biasa.

berkawan ngan non muslim ni nak kena pandai kan, tersilap terang takut depa salah faham lak kan... itulah juga yang saya hadapi... mujur dia rajin belajar & cepat tangkap...

Anonymous said...

Pakchik tu contoh blogger tegar. Main komen je walaupun tak baca. Haha!

akuatik said...

aku nampak yg ni je - elvi syam

akirasuri said...

Hoho..
Saya pun pegang yang boleh tunjuk dekat non-muslim tu..

Erk!
Sbenanya, saya dok sakat akak sebab akak kata tak suka dengan 'tona' tu..
Memang niat nak ubah semula sebetulnya.. Backupnya memang dah ada..
Tapi disebabkan kata tak kesah..
Jadi saya anggap tayah buat pape dah kan? He he he..

khairyn said...

salam

pa'chik
huk aloh mu ni. hehehe

neen
Dulu... duluuu rambut saya sangat panjang hahaha. Sekarang hmm.. :). Berkawan dgn non-muslim ni kita kena jawab soalan dia dengan jawapan yang boleh masuk akal. Bab ini bolehlah tapi bab tauhid tu, akal kita pun tak sampai hehehe

tok
err.. macam kamu jugak. Komen untuk pa'chik hahaha. Tok, ada buku yang boleh rekemen untuk aku tak? Cuti dah nak start ni.

akuatik
mulanya aku nampak elvis hahaha.
Aku nak quote ayat ustaz aku dulu tapi aku tak ingat sangat, kang salah quote la plak. So aku cari dan jumpalah quote ustaz Elvi Syam dari Indon ni.

ati
sebab masa belajar dulu pun ini yang diajarkan. Akak pegang yang agama Islam ini sangat praktikal. Jadi yang pendapat yang satu itu memang sangat2 boleh diguna pakai. Apatah lagi bila kita bercampur gaul dengan manusia dari pelbagai negara.

Ye, dah ok dah tu. Terima kasih banyak-banyak. Yang back-up tu simpan dulu hehehe. Mana tau tetiba nak tukar lagi.

Pa'chik said...

ooo.. ko cerita pasal tudung ropenya... heheh.. dah berapa kali masuk baru baca... hehehe...

agaknya kalau kawan ko ni jumpa pendekar tudung saji lagi banyak dia tanya...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Teringat citer Marina dulu bila ada anak mat salleh ni tanya ngan mak dia kenapa Marina pakai tuala atas kepala dia...hehehe...ngapa lak dia kata tuala..hmmm...

Tapi sampai skang ni kalau aku jumpa dengan perempuan yang tutup habis smpi cuma nampak biji mata je tu memang ler takut,tu belum kira celak dia tebal mana...kalau masa sekolah2 dulu kita panggil hantu kum..kum...hehehe

Masa pergi Dubai dulu lagi lak..diaorang tutup habis,cuma dibahagian muka tu je agak jarang sikit kainnya,kalau dah bungkus camtu saper je yang boleh tengok?...tapi aku yang boleh nampak muka ni pun mcm xde orang nak tgk...ater camne?..uwaaaaa....

achik said...

masa saya 1st time pakai tudung ke sekolah, cikgu matematik saya [cina] tegur.. "wah, sudah pakai tudung.. sudah suci" hehehe.. ;p

DeeN said...

Dgn org bukan Islam nih, nak explain bukan leh terus xplain sampai ke hadis atau nas lg. Karang lagi diorang takmo dgr. Bak kata Ust Akhil, nak explain ngan diorang kene pakai logik akal. Lepas tuh kalo diorang dpt terima baru kita 'bancuh'. Insya Allah, selalunya berkesan la. cthnya, macam akak buat tuh ;)

Anonymous said...

Buku? Dah baca buku Dari Beirut ke Jerusalem, Dr Ang Swee Chai?

Anonymous said...

"Adapun kalau dikhawatirkan terdapat fitnah, seperti mungkin wanita non
muslim itu menceritakannya kepada karib kerabat laki-lakinya, maka wajiblah
untuk menjaga dan menghindari fitnah, maka wanita itu tidak boleh membukakan
sedikitpun dari tubuhnya, seperti kedua kaki, atau rambutnya di hadapan wanita
lain, baik muslimah atau non muslimah"

p/s: kalau bercerita ttg aurat, tue bukan boley mendatangkan fitnah jugak ke?...i mean specifically kita ckp rambut kita warna apa..bla bla bla :D

khairyn said...

pa'chik
hahaha
tudung saji, tudung periuk. Tudung apa lagi? Mesti nanti banyak dia tanya kenapa bagi nama hahaha

elly
hahhaha.. tuala atas kepala. Lawak. Padahal kat sini memang ramai muslimah berhijab tapi diaorang tak tahu apa tu hijab. Oh, aku pernah jumpa seorang muslimah ni berhijab memang nampak mata saja tapi sebenarnya masya-Allah, dia sangat indah!

achik
hahahha.. apa achik jawab?

nur
:) Sebenarnya saya jawab jer apa yang dia tanya. Tapi memang lah kena pakai logik akal, kalau tak, dia tak faham kenapa kita terlalu 'taksub' dengan ajaran kita. Tang nak bancuh tu.. semoga Allah bagi ilham saja.

tok
belum. Nak hantar kat sini ke? hehehe.

anon
Sila perhalusi tulisan saya. Tidak ada saya menyebut tentang rambut saya secara terperinci. Secara AM saya kata rambut orang Asia adalah lurus dan hitam. Yang saya sebut juga adalah 'coal black' dan 'fine'. Juga secara am yang arif pada pengetahuan ramai orang.

Peringatan: Bukan saja kita harus takut tentang fitnah dikalangan mereka yg bukan beragama Islam tetapi juga dikalangan lelaki-lelaki yang suka bercerita tentang wanita disekeliling mereka. Itu juga boleh termasuk dalam golongan fitnah.

p/s - sila daftar sebagai pengguna blog/google atau open id kerana saya sudah disable comment untuk anonymous. Saya kurang suka dengan orang yang tidak bersantun dalam bersahabat.

izinni said...

lorrrr bukan ke rambut ko kaler rainbow ketak2 ala sarang tebuan?

wahai anon,
aku tau ko sebenornya admire kat kawan aku ni ... hehehe .. dok terjah sembunyi2.