As simple as it can be

Dah hari-hari makan nasi, bohsan gak, so today we decided to change the menu. We decided to have speghetti chicken meatballs.

Posted by khairyn at Friday, September 29, 2006 0 comments
I walked with confidence. My stride were long and fast. The day was chilly but I didn't feel it. My heart was thumping in synchronised with my stride. Thump, thump, thump.
Posted by khairyn at Thursday, September 28, 2006 0 comments
I always have an issue with bathroom or toilet. I may not be too fussy about clothes I wear, food I eat or almost everything else I do in life, but I am quite (to say that I'm very is not truthful) fussy about my bathroom.Posted by khairyn at Sunday, September 24, 2006 2 comments
Posted by khairyn at Saturday, September 16, 2006 0 comments
After two days of rain, the sun decided to step away from its hiding place and blessed us with its shine and warmth. It's our day out and would be my first time to Loch Lomond.

Liza packed fried speghetti, cikodok pisang and two thermos of hot tea. We brought with us chicken pops (buat sendiri beb!) and a pack of Milky Way chocolates - in case the kids run out of sugar supply.
All in all, it was a so so outing. Thanks to Duck Bay, otherwise our outing would be less than so so. The festival was a let down not because we can't eat the food (ada gak stall jual cheese), but the atmosphere was not as hype as what they advertised. I think we Malaysian host a better makan-makan festival. Ergh! Anyway, the view was splendid!
Posted by khairyn at Saturday, September 16, 2006 0 comments

Tadi ada bangunan terbakar. Aku nampak dari tingkap bilik aku yang mengadap rumah flats seberang jalan besar Springburn Road. Asap hitam berkepul-kepul naik dan 2 kereta bomba dipanggil untuk memadamkannya. Aku tak tahulah apa yang terbakar tapi aku assume antara rumah flat kat Sighthill dekat Pinkston drive.
Posted by khairyn at Tuesday, September 12, 2006 0 comments
Posted by khairyn at Sunday, September 10, 2006 0 comments

Posted by khairyn at Thursday, September 07, 2006 0 comments
Hari tu, mak buat kenduri. Sempena menyambut bulan Syaaban.
Sempena gak kenduri doa selamat untuk aku dan juga menyambut hari jadi
untuk anak-anak buah aku.
MAKANANNYA
KEKNYA
TETAMU-TETAMUNYA

Posted by khairyn at Sunday, September 03, 2006 0 comments
Posted by khairyn at Saturday, August 26, 2006 1 comments
Semalam hari guru. Semalam gak tarikh hari lahir anak buah aku yang sulung.
Hari cikgu ni mengingatkan aku pada beberapa orang teachers yang brave enough yang telah mengajar kami yang scary ini. I mean that’s why parents sent their children to schools to be educated because … hey, why not let the teachers handle them! By luck, these kids will be educated! Gitulah, kata aku.
Aku start sekolah lewat 70an (tak pe, memang aku dah tua pun). Kindergarten 2 tahun. Gila! Aku masuk kindergarten umur aku 4 tahun. Tu lah, aku ni memang scary sampai mak aku pun tak sanggup nak mengadap muka aku 24/7, so dia kata better send her to kindergarten so that I can have some peace and quite at home.
Tak delah dramatik macam tu sekali. Aku ni sebenarnya loner. Kat rumah, kawan-kawan aku cuma Ultraman, Tom & Jerry, Mickey Mouse dan yang sewaktu dengannya. Jadi, mak aku naklah aku kawan dengan species yang sama dengan aku – the homo sapiens, sebab itu dia hantar aku ke kindergarten so that I can mingle with my own human friends. Tapi sebenarnya mak aku tak tahu, kawan-kawan kat kindergarten aku tu pun Ultraman, Spiderman, Superman, Kapten Amerika, The Fab 4. Jenis penyelamat dunia yang berani mati. Tulah! Mak aku tak tahu semua tu. Superheroes tu pun jenis pandai sembunyikan identiti. Bila kat rumah masing-masing jadi the adorable 5 or 6 year olds. Masuk aje kat pagar kindergarten tu, masing-masing pakai their superheroes capes and up up and away to save the world from alien invasions.
Dalam tahun 80an, pelajaran aku diteruskan diperingkat uniform kemeja putih dan pinafore biru gelap. Memandangkan aku sudah tahu membaca waktu tu, cikgu-cikgu selalu ignore kan aku. Depa jarang bagi perhatian kat murid-murid yang dah tahu membaca. Perhatian lebih pada budak-budak yang baru nak mengenal ABC. Yang aku pulak, sebab bahasa pengantar kindergarten aku bahasa inggeris, aku selalulah betulkan cikgu aku. A is not for Ayam. A is for Angel… like me!
Bila cikgu aku bengang, dia akan ignore aku lebih. Aku okey je sebab aku kan ke loner, kawan pulak dengan superheroes. Superheroes pulak kena selalu sembunyikan identiti… (where is this going?). Anyway aku bukan setakat loner, aku juga a shy pupil. Keputusan peperiksaan aku mesti tak lebih dari tempat ke 4, sebab kat sekolah aku dulu, sapa dapat tempat 1,2 dan 3 dalam exams kena naik ke podium amik hadiah. Aku malu, sebab tu aku pastikan aku tak perlu naik podium amik hadiah. Infact, aku maintain dapat tempat ke 4 dalam kelas sampailah aku Darjah 5. Tahun tu aku dapat tempat ke 20 dari 24 dalam kelas. Still tempat ke 4 gak, 4 dari corot.
Bila aku naik tingkatan 1-5, aku still maintain kawan dengan superheroes cuma masa tu dah advance sikit. Kengkawan aku macam Mospeda, Kesatria Baja Hitam, Transformer, Chips, Thunderbird, McGyver dan yang sewaktu dengannya. People skill aku pun dah bertambah baik. Aku kawan dengan ramai jenis manusia macam rockers, tomboy, girly type, the nerds, the no cares type, troubled kids from troubled families dan yang sewaktu dengan aku – minah blur.
Apa-apa pun jenis kawan yang aku kawan waktu tu, kami ada satu cikgu yang kami memang look up betul at that time. The teacher taught Science when we were in Form Two and later Chemistry when in Form 4 and 5. Dia memang the best teacher. She can handle any type of student. Yang rocker boleh, girly type alah tak susah. Tomboy, lagi dia suka sebab senang nak suruh buat experiments, jenis tak penggeli. The nerds – of course lah, senang catch-up. The no-cares, tak kisah asalkan bagi perhatian dalam lab. Troubled kids, ha time ni lah depa boleh balas dendam buat experiment sampai meletup-letup guna penunu bunsen. Minah blur… hmm… yang ni ada problem sikit, tapi still… maintain!
Cikgu aku yang ni memang cool. Bukan setakat pandai komunikasi dengan pelajar, dia pun cantik orangnya. Dia tak kritik pelajar, dia tegur. Dia bagi kebebasan pada pelajar nak buat macamana asalkan by the end of the class, semua pelajar dia dapat tangkap pelajaran yang diberikan. Dia tak kisah pelajar dia questioned her methods ataupun answers yang diberikan, tapi dia encouraged pelajar dia to come up with their own reasons. Weh! At this 80s and 90s era, her method of teaching was considered quite advance.
Kalau cikgu-cikgu yang lain mesti kata murid kurang hajar, but not for her. Dia tak kisah pun asalkan apa yang kita kata tu ada betul dan logiknya. She taught us to be creative. Not just in Science or Chemistry tapi in other aspects of life jugak.
Aku harap cikgu-cikgu sekarang ni tak delah spoon fed students diaorang lagi. Kalau tidak macamanalah murid-murid nak jadi creative. Budak-budak sekarang ni nak larikan diri dari sekolah pun tak kreatif, apatah lagi nak survive dalam dunia ni. Tengok graduan sekarang pun, tak reti nak bersaing langsung. Sebab? Mereka dah dilatih untuk cuma menjawab soalan saja. Agaknya kalau kita pusing sikit soalan-soalan tu, mesti tak reti nak jawab dah. Bila dah jadi macam ni, tak bermaknalah gulungan ijazah diaorang ni.
Sepanjang hidup aku memakai uniform sekolah, aku cuma boleh ingat a handful of teachers yang bersungguh-sungguh mendidik dan memastikan anak-anak muridnya jadi orang yang berjaya. Walaupun ramai nama mereka yang aku dah tak ingat, tapi aku tetap ingat jasa mereka dan benda-benda yang mereka buat sepanjang mereka jadi cikgu aku dan meninggalkan kesan dalam memori aku sampai sekarang.
Kalau di kindergarten, aku pernah dirotan oleh satu cikgu perempuan ni sebab misspelled, sampai sekarang aku ingat ‘kindergarten’ is not’kindergarden’. Kalau di sekolah rendah pulak ada cikgu ni selalu datang sekolah dengan zip belakang terbuka, sampai sekarang aku ingat untuk zip baju aku kemas-kemas.
Dan kat sekolah menengah pula, ada satu cikgu sering ingatkan pelajar perempuan ‘kalau kamu dah kahwin nanti, and suami kamu marah-marah, jangan terus lawan cakap dia walaupun kamu tahu, kamu dipihak yang benar. Kamu diam saja, tenang. Bagi dia lepaskan geram dia. Kamu diam. Kamu masak sedap-sedap, kamu bagi dia makan. Bila dia sudah tersandar kekenyangan kamu counter attack – Abang tadi silap. Sebenarnya begini bla bla bla’
Good examples dari cikgu-cikgu yang lain aku dah ikut, tapi dari cikgu seorang ni aku belum buat lagi. Aku belum ada orang yang aku nak practice kan yet… Abang? Hahahaha
Happy Teachers Day.
Posted by khairyn at Tuesday, May 16, 2006 2 comments
Dulu aku datang siang untuk buat kerja-kerja aku sebab aku tak ada tag pekerja n terpaksa guna tag visitor tiap kali datang ke tv station ni. Aku menyampah betul nak deal dengan pak gad pak gad kat sini yang sombongnya mengalahkan celebrities yang datang ke sini untuk buat promosi. Aku rasa lain kali stesyen tv ni kena allow their guards untuk jadi artis ke, pembaca berita ke ataupun pengacara rancangan, barulah vogue. Barulah kesombongan mereka itu tidak sia-sia. Barulah orang akan kata, ‘oh pak gad kat toot toot, patutlah eksyen, glamour rupanya!’
Jadi sekarang, bila aku dah dapat tag pekerja kontrak ni, kuranglah dealings aku dengan pak gad kat sini. Cuma kalau aku orang terakhir yang kena hantar kunci bilik, terpaksa jugalah aku berdepan dengan mereka yang kerek-kerek dalam bilik kecik kat pagar masuk tu. Tak larat lagi rasanya aku nak menyengih dalam kedinginan dinihari. Ha ah, aku sekarang ni jadi burung hantu. Masuk kerja lepas maghrib dan balik dalam 3 or 4am. Bukan apa, bila dah ada tag touch and go ni, aku boleh access pejabat anytime aku suka. Bila malam, suasana sunyi jadi aku boleh concentrate especially bila aku buat satu program ni. Paling payah dan paling lama aku nak habiskan.
Bila dah kerja malam ni aku boleh access internet and any websites yang aku rasa nak jenguk. Bolehlah aku updatekan apa-apa yang perlu aku update. Kemaskini yahoo mail aku dan buang spam apa-apa yang patut. Cuma yang disadvantagenya kerja malam kat sini… adalah sejenis serangga kecil yang sangat annoying terbang macam pilot mabuk or kamikaze dan suka menggigit yang kita namakan nyamuk!
Ya Allah! Punyalah banyak nyamuk kat sini, tak kira siang atau malam. Kadang-kadang aku kelakar gak tengok kengkawan yang tengah ahsyik mahsyuk buat sarikata, tiba-tiba pap sana pap sini pukul nyamuk. Termasuk aku sekali. Sometimes aku sengaja dok diam-diam and lepastu terus lancarkan serangan balas. Dapatlah 3 or 4 ekor, tapi lepas tu datang pulak satu batalion ngiiing ngiiing kat telinga… adus! Risau gak aku dibuatnya. Ini bukan jenis nyamuk aedes, macam nyamuk tiruk… besar-besar saiz Boeing 747. walaupun begitu, tempat ni boleh jadi health hazard.
Aku bukan kata nak menambah-nambah cerita, tapi memang begitulah keadaannya di sini. Aku tak tahulah punca masalah ini datangnya dari construction sites di sebelah ofis ni ataupun sungai jadi tak jadi yang mengalir kat tepi north building ni. Apapun memang kami dihimpit oleh mosquito reproduction factories. Sampaikan kereta aku yang dipakir di bawah pokok pun penuh nyamuk beterbangan kat dalamnya. Kalau aku keluar dari kereta, nyamuk-nyamuk ni pun terbang keluar sama. Depa malas nak terbang kot sebab tu depa tumpang kereta aku. Dah ada convenient transportation, guna ajelah… Gitulah gamaknya.
Walau apapun keadaan yang menakutkan ini menyebabkan aku terpaksa menukar taktik survival kalau nak terus kerja di sini. Aku kena bawa mosquito repellent.
Posted by khairyn at Monday, May 01, 2006 0 comments
Memang lama aku tak update apa-apa, bukan tak nak tapi sebab tak ada internet connection. Aku kan cheapo. Kalau dulu connection kat opis aku pulun habis-habisan sebab free, sekarang ni bila dah tak kerja, mana nak cari free connection? Jadi, stagnant or keras keng lah blog ni.
Anyway, aku dah dapat kerja as subtitlist kat company Media Prima hehehehe. Akhirnya usaha tidak tahu malu aku tu berbaloi juga. Aku diterima sebagai salah seorang subtitlist yang buat masa ini kena handle 9 programmes satu minggu. Yes! Boys and girls! Aku adalah superwoman yang dalam sejarah stesen tv ini, diberi tanggungjawab menyudahkan 9 rancangan dalam satu minggu. Kawan-kawan aku semua pelik macamana aku boleh ‘ceria’ dgn 9 rancangan aku tu. Habis tu aku kan ke newbie, mestilah depa pulun habis-habisan dan aku takkanlah nak tunjuk muka muncung. Tu baru dapat 9 rancangan, belum 20 lagi. Dari kartun, drama, docu ataupun cerita merepek, semua depa bagi kat aku. Aku okey je sebab inikan learning experience untuk aku.
Nevertheless, macam yang kawan aku pernah cakap dulu, kerja ni memang seswai sangat dengan aku yang juga dikenali sebagai couch potato. Yep, my body is getting rounder and rounder like the American potatos. Cuma sekarang bila kerja ni, aku tak rasa jadi couch potato, jadi patatas fritas adalah. Terbakar otak aku! Garing!
Dulu kita selalu sangat komplen pasal bahasa yang digunakan pada subtitles especially bila mak-mak kita or makcik-makcik kita menonton tv during that housewives break tengahari buta. Ye la walaupun tak faham bahasa dari negara-negara latin, depa kenal characters cerita tu macam ‘Yo Soy Betty la Fea’ ataupun “Mi Tres Hamanas’ belum lagi ‘Kay Tagal’ dengan Ara dan Christiannya. Tang petang pulak mulalah mencangak depan tv tengok cerita Korea yang dialih bahasa Mandarin. Still tak faham gak bahasa Mandarin tu walaupun 60 mins x 5 seminggu terpacak kat depan kaca tv tu. Kalau miss satu episode, memuncunglah sampai ke esok petang pulak.
Okay-okay… sebabkan rakyat Malaysia ni memang suka menonton tv luar, kita sangat bergantung pada subtitles. Kalau subtitles salah, kita komplen habis-habisan. Apalah budusnya subtitlist ni, bahasa tunggang langgang. Mana ada nama khas untuk tok guru kepada tok guru? Apa hal sudah adik jadi long pulak. Datuk long tu wujudke? Tapi, bila aku sendiri dah masuk dalam bidang ni, barulah aku tahu, susah tak susahnya bila kita buat translation ni. In the end, silap-silap kita yang akan jadi adik ngah tok long pulak, tak ke pening?
Satu-satu programme yang kita dapat, kalau nasib kita baik, adalah disertakan dengan skrip, tapi kita tak boleh terlalu bergantung kepada skrip gak sebab kadang-kadang skrip pun salah. Jadi sebagai subtitlist, kita cuma perlu bergantung kepada kepekaan telinga mendengar perbualan atau narration dan pengetahuan kita dalam menterjemahkan apa yang dikatakan. Penggunaan bahasa kena standard dan sarikata kita tu pulak kena senang dibaca oleh penonton. Kalau kita tak tahu sesuatu benda itu, kita kena buat research. Untuk aku buat research tak susah sebab di internet ada pelbagai search engine – google, yahoo, msn, altavista to name a few. Malangnya pulak, unlike office lama aku yang any tom dick and harry boleh access the internet, as long as they have computers and passwords of course, sebab connections berselirat merata-rata tempat, belum lagi pasal wifinya…. Di sini, ahem! The biggest tv station in Malaysia, mind you, have only one terminal equipped with internet connection and printer in their special room for translators.
Jadinya, kalau aku duduk jauh sikit dari set computer yang istimewa ini, kenalah aku menapak tiap kali aku nak buat research dalam internet. Sebabkan ini gak aku kena adaptkan diri aku menggunakan kamus secara manually instead of click windows and type in the webpage for dictionary.com.
Sekarang ni aku dah tak dapat 9 programme seminggu lagi. Aku cuma ada 4 je. Second bos aku kata ini sebab aku komplen kat bos no 1 aku yang aku kena torture. Ya ke? Aku tak tahu pun yang aku mengadu. Aku cuma cakap aku tak nak buat 1 program katun tu sebab it takes a lot of my time, sedangkan aku kena concentrate untuk 1 lagi program yang tinggi ratingnya. Bos no 2 aku tu jugak yang advised aku suruh cakap dengan bos no 1. Bila dah cakap tu, bos no 1 terus tarik 5 program lagi dan tinggalkan 4. Salah aku ke? Aku kan jujur, hahaha.
Lepas seminggu kerja, aku dah taklah terkial-kial sangat nak buat subtitle ni. Dah laju sikit. Cuma menterjemah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu terasa lambat sikit. Kadang-kadang tu adalah writers block juga, tapi ada kawan-kawan yang sanggup bantu aku yang lembab ni. Kat sini gak lah aku kenal the best subtitlists in Malaysia. Aku harap aku taklah jadi the worst. Okeh! Aku nak buat kartun plak lepas ni… kartun ni siksa sikit, banyak cakap!
Bila dah kurang buat program, kuranglah pendapatan aku lepas ni. Ish! Mahal juga harga sebuah 'pengorbanan' ni ye?
Posted by khairyn at Saturday, April 29, 2006 1 comments
Aku dapat interview kat satu stesen tv.
By 8.30am aku dah keluar rumah sebab interview aku kat sana dalam pukul 10am. Lagipun, aku hantar member aku pi opis dia (kira opis lama aku juga) kat Bangsar. So, dari sana, aku terus pusing ke Jalan Maarof and masuk ke Sprint Highway, bayar singgit kat tol plaza dan terus menuju ke TTDI.
Elok juga aku keluar awal, sebab kat TTDI jem nak masuk ke LDP. And at the same time, aku boleh take my own sweet time untuk cari parking free tepi jalan. Aku tak nak masuk parking kat stesen tv yang dah sememangnya padat itu. So, aku parking je tepi jalan dengan doa dan harapan yang tak ada polis mabuk nak cari duit lebih dan letak surat cinta kat windscreen keta aku tu.
Pukul 9.40am aku dah tersengih-sengih kat pak guard nak minta pas masuk ke bangunan. Dapat pas, aku terus berlenggang masuk ke North building. Masuk jer, aku nampaklah celebrities tv. Ntahlah, aku agak depa tu celebrities. Tapi, bak kata member baik aku, artis yang aku kenal, cuma Michael Jackson.Maka, aku assume lah orang yang cantik-cantik aku jumpa masa berjalan dalam bangunan itu, adalah artis-artis juga.
Dengan confidentnya (aku memang selalu nampak konfiden tapi selalu gak kelam kabut) aku terus naik lif dan tekan tingkat dua. Unik gak lif kat TV3 ni, pintu dia ada dua. Depan and belakang. Macam dalam hospital pulak aku rasa. Turun kat tingkat dua, aku capai aje lah pintu yang aku jumpa. Nasib baik betul. Masuk cari orang yang akan interview aku. Sejuknya kat dalam ni macam kat tempat opis lama aku gak. Sejuk sampai ke tulang. Macam bilik mayat. Hmm… betul ke ini bangunan tv station? Atau…
Aku di bawa ke satu bilik kaca. Kat situ, si interviewer terus menginterview si interviewee (yiehah! Aku le tu). Tak ada apa-apa pun, cuma borak-borak. Tanya aku kenapa aku berenti kerja dulu. Aku cakaplah aku dah penat. Dia kata dia boleh tengok dari riak wajah aku yang aku ni dah penat sesangat. Ye ke? Nampak gaya dapat gaji ni (tu la aku kata, aku ni terover konfiden!) aku kena pi facial. Dia ketawa je. Dia tak tahu, aku serius ni! Aku memang kena pi facial. Muka aku dah dah ada dua tone warna yang ketara. Separuh gelap separuh lagi bertambah gelap!
Lepas tu dia keluar dan datang balik dengan kertas yang berkati-kati banyaknya. Dia kata aku kena buat test, dan aku tak leh guna dictionary. Pulak dah! Dia nak tengok proficiency aku. La! Terror sangat ke aku ni? Ada tiga “kertas soalan” dia bagi. Satu episode cerita lawak, satu documentary dan satu cerita mengarut. Memandangkan depa tak ada pc yang boleh spare untuk aku, aku kena tulis tangan. Punyalah lama aku tak tulis tangan, sekarang aku kena tulis pulak dah.
Tulisan aku bukanlah elok sangat. By second page, dah jadi cakar ayam. Tangan kidal aku pun dah lenguh tulis berhelai-helai atas kertas kajang. Kajang pak malau kajang berlipat… kajang hamba dah berkeronyok sana sini. Dekat tiga jam aku nak selesaikan semua test aku tu. Dari pukul 10.30am sampai dekat pukul 1pm. Dari tak lapar, sampai laparlah dibuatnya.
Aku harap-harap sangat dapat kerja ni. Kalau dapat, hush! Nama aku akan terpampang di dada-dada televisyen. Aku akan jadi terkenal gaklah. Kembang kempis hidung aku bila berangan aku nampak nama aku. Aku akan jadi translator. Aku akan jadi penulis sari kata hahahaha! Syoknya!
Posted by khairyn at Monday, March 06, 2006 0 comments
Since I left school days, I’ve been a sports brand promoter, a clerk at a law journal company, another clerical position at an engineering firm before I landed a job which encompassed every jobs I did and more except the brand promoter, of course.
Never in my life that I thought I would land another job which required me to be road savvy, on the move and know where the best Middle Eastern food haven. I am going to be a driver and a guide. One of the small ambassadors of Malaysia zooming in many streets of Kuala Lumpur but, without the red and white car adorned with red hibiscus abstractly painted on the sides. I'm just driving my own grey Proton Wira Aeroback. I am a driver and driving not just for any ordinary people. I am driving for a special person, A man with great influence. I am driving for a president!
Yep! I am now officially hired as a driver cum guide for a president from a country far far away - A country on the other side of the globe, from one of the continents in the world. From US of A. Yes! He is a president, though he’s not the president of a country, a president nonetheless. He is a president of a multi-national furniture trade company, which is based in Houston. And he is an Iranian.
The job was from a friend in Houston - a very good friend. From an ex-housemate, before she got married and moved to US with his husband. Who, already got her green card and now heavily pregnant with first baby who is going to be an American as well since he (yes! It’s a boy!) will be born there. Who will get a cute foot prints, on his birth certificate. All you Americans! Lalalala
Anyway, this friend called and asked if I could help her president who need to come to KL for the MIFF exhibition. This was going to be his maiden visit to KL and need somebody to show him around. The only person she could think of was, me. Of course I would get my share of sparkling blue or purple Agongs for my trouble. Now, How could I reject this favour?
Definitely, I have to be prepared and first impression is very important, right? My first duty was to fetch him from the airport. So, with a placard with his name on it, I marched to the departure hall and wait among the hotel, car rentals, “ulat teksi” and even MIFF representatives. I waved my hand-written placard enthusiastly every time hordes of tourists passed the glass door. I wouldn’t want to be outdone by those aneroxic girls in short-skirts of course!
I switched hands when tired. Its been an hour and still I didn’t see Mr. President (oh I don’t really know how he looked like. I was told he was in his fifties). At this time, I was wondering whether Mr. President got lost while finding his way out.
Suddenly, an Arab man tapped me on the shoulder. He smiled widely. Telling me he was the person I was looking for. He was the Mr. President. I looked skeptically at the man. He was not even fifty. I mentioned his name again. “Yes!” he said. “I am he!”
He ushered me (yep! It’s the other way around for us) to his friend who was waiting with a trolley laden with big bags. This person looked like he was in his fifties. Now, my friend didn’t mentioned two guys. She said it was only one man. The Mr. President. I started to wonder why my friend failed to mention a “companion” to Mr. President.
I told the Arabs to wait at the gate and I will bring my car there. While driving to the arrival area outside the main building, I received a call from Mr. President asking me where I am. I told him I’m already on my way to the arrival area. I parked my car illegally and waved at the two Arabs whom I thought would be my guests for the next five days.
While the two Arabs were busy putting their big bags into my car, I received another call from my handphone and this time it was from a Malay chap telling me that my guest is still waiting at the arrival hall. I was confused. I told him my guests are with me. Then I spoke to the original Mr. President. La! There was a mixed-up! These two Arabs thought I was the person who supposed to pick them up at the airport.
Bodoh betul! I asked their names again. They nodded. I asked their surnames, they looked confused. I asked them whether they are from America. They echoed my question. La! Can’t they read the sign? It was clearly written there, “Mr. President”. At this time I really wanted to knock their heads… and mine too! So much for first impression!
They scrambled out of the car, took their bags and looked lost. Who cares! My Mr. President is already here. I waved at him. Apologised to him profusely. He said ok. Put his bag into the boot and shot off to city centre. Whatever happened to the Arab guys, I wished them luck!
After I sent my Mr. President to the hotel, checked in. Bought him his prepaid card, topped up. Bought another handphone and showed him the way to PWTC, I went back home.
On the way home I couldn’t stop thinking the fate of the two Arabs… and laughing. Bodoh betul! Mak ai! Penatnya!
Apapun, I still bersyukur coz I still have my sanity and can laugh at my own mistakes. Honest mistake la, sapa suruh mamat arab masuk keta aku!
Posted by khairyn at Sunday, March 05, 2006 0 comments
Kadang-kadang aku fikir, lebih baik lepaskan sahaja cita-citaku. Tinggalkan sahaja impianku, buangkan sahaja angan-anganku. Biarlah aku putus asa, biarlah mereka kata aku mudah menyerah kalah. Buat apa beriya-iya bersedia untuk berjuang kalau perjuangan itu selalu menerima ledakan kata-kata pelemah semangat.
Dalam sepuluh mungkin dua yang mendorong dengan kata-kata pembakar semangat, tetapi api yang kecil ini hampir tidak mampu berdiri di dalam hembusan angin sinis yang kuat bertiup. Mungkin akan terpadam?
Mampukah aku? Bolehkah aku? Aku sudah tua! Otak mungkin sudah karat. Tumpul! Bodoh! Iya ke? Bukankah orang tua-tua dulu yang kata, belakang parang kalau di asah selalu akan tajam? Jadi, bodohlah orang tua itu. Kenapa belakang parang yang hendak di asah? Sudah hilang akal? Sudah nyanyuk? Bukankah matanya jika terus di asah akan berkilat dan tajam? Sekarang, akukah yang bodoh, atau mereka yang dungu?
Rasulullah pernah berpesan, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Alah! Tanah Besar China dekat sahaja. Naik pesawat, tak sempat hendak berdengkur, sudah tiba. Lagipun, siapa yang boleh tidur berdengkur dalam pesawat? Tapi, kita pegang kata-kata Rasulullah bukan sebab negara China dah dekat dengan kita, ataupun kita sekarang pun dikelilingi oleh rakyat China yang datang secara haram dan bergelandangan saban malam di sini. Kita pegang kata-kata keramat itu kerana dulu orang Arab sanggup naik kapal berbulan-bulan nak sampai ke negara China. Jauh macam Timur dan Barat. Maha besar Allah, dijadikan bumi ini bulat, jadi Timur dan Barat itu tidak ada hujungnya.
Jadi, aku nak pergi menuntut ilmu lebih jauh dari negara China. Aku akan naik pesawat juga, tapi mungkin sempat tidur, walaupun aku tak tahu samada aku berdengkur atau tidak kerana kalau sudah tidur, mana kita sedar akan keadaan sekeliling kita. Lagipun mana selesa tidur tanpa tilam sejengkal dan selimut kotak-kotak aku. Kaki tersepak orang di depan, lengan terlekat orang sebelah. Namun, aku yakin aku boleh ulang tidur dan bangun hanya bila dikejutkan pramugara yang cantik molek bila tiba waktu makan dan pramugari yang manis yang menghidangkan nasi semangkuk dan air kosong secawan.
Aku dah penat bekerja. Aku sudah jerih diperlekeh orang sekeliling. Yang di atas menekan, yang dibawah cuba memanjat dan memijak. Yang di sebelah terlalu menghimpit. Aku lemas! Aku jelek dengan perlakuan manusia yang bekerja atas nama gaji dan kuasa. Aku muak bermanis mulut dan senyum meleret mendapat duit raya beratus-ratus yang kadang-kadang aku sendiri musykil dari mana asalnya dan akhirnya memaksa aku menjadikan habuan yang kuterima sebagai wang Baitulmal. Membuat amal memberi makan kepada anak-anak bukan miskin, bukan yatim piatu walaupun ada janda-janda ditempatku, setahun tiga kali.
Kali ini aku berjanji, apa yang aku buat hanyalah untuk diriku. Apa yang aku doakan hanya untuk kejayaanku. Biar aku jadi kiasu! Biar aku pentingkan diriku, asalkan aku tahu dari mana asal usulku. Keturunan dari sekepal tanah liat hitam yang kotor yang menjadikan Adam dan berpasangan dengan Hawa. Aku tidak mahu menjadi iblis yang mendoakan malaikat di Syurga tetapi lupa untuk mendoakan dirinya sendiri. Aku akan usahakan untuk tentukan hidup aku sendiri dan serahkan takdir hidup pada Ilahi.
Kalau sudah tidak ada lagi manusia di dunia ini yang sudi meniupkan semangat juang untuk aku, biarlah aku hembus sendiri. Penat pun diri aku sendiri. Letih pun aku yang tanggung. Biarlah aku penat sekarang, letih sekarang kerana susah payah aku sekarang mungkin menghasilkan kejayaan yang paling manis yang akan aku rasakan.
Jadi kalau kau panggil aku sekarang mungkin aku tidak dengar, kerana aku sudah tuli dengan kata-kata yang memualkan. Tunjukkanlah di depan mata aku sampai kau penat, kerana aku juga sudah buta.
Boleh tak aku mohon peruntukan istimewa OKU?
Selamat Harijadi untuk aku!
Posted by khairyn at Tuesday, February 21, 2006 3 comments
I am still unemployed. Study - postponed. Money - I think zero. Liability - just one more credit card. Book - completed and still searching for publisher.
The only place to surf internet, is at mak's house but had to do so sparringly especially when dad came home and showed me the bill. RM80 waahh!!! Me just use the dial-up and always disconnected, still RM80? hehehe. As usual mom started nagging me. Dad just raised his eyebrows and me? Never mind. Got long tunnel between my ears meh! Whatever came into the right ear can just slide through the opposite way!
Life as an unemployed can be very hectic. Tak percaya? Well, last Friday, sis called and said she wanted to hitch a ride with me balik kampung, so off we went from Kuala Lumpur to Malacca, with another small baggage in tow. My cutest baby niece.
My mom of course was delighted to see the baby. She spent two days playing with her, cooeing her and did whatever grandmother do lah! Then its time to go back to KL. As a designated unpaid permanent family driver, I duly noted my duty to drive sis. Unexpectedly, mom wanted to come too.
The drive to KL began. As usual, since we are not a staunch Gov supporters, we took trunk road. 2 1/2 hour to reach KL. Under the scorching hot sun. In Kancil.
Mom's not the type who could be comfortable at "foreign land" too long. Even at sis's home. So after spending about one and a half hour there, she insisted we drive back to Malacca. Aisey! There should be no argument about it! So, reluctantly, we said goodbye and ready to go back.
After about five kilometre, the clouds started to gather, the wind howling and rain finally came down. In buckets. I took a different route, to Keramat wet market. Hahaha told mak. Laparlah! Can we stop for dinner?
"Got money?" mak asked.
"Nope!" I grinned.
"Then how to pay?"
"It's your turn to pay lah! How to drive in this rain? I can't even see two metres ahead. My stomach emptylah mak."
We went into a regular small but busy warung. Each of us got one plate of steaming hot rice. A portion of chicken for me and a fish for mak. Some vege and salted egg to share between us. A glass of lemon for me and a carbonated orange for mak. Total RM9.40. Then mak decided to pack dad some roti canai. So another RM3.00 added.
Mak grumbled when she took out RM20 from her wallet, but later added another 40 sen for some gula-gula hahaha.
By the time, we finished our meal and into our car, the rain has stopped. By the time we left Kajang, mak already lentok her head. She was fast asleep. She did not even stirred during the drive or the occassional bounced when I hit some potholes. I slipped in my tape into the deck. Tam of Spider started "coaxing" me to rub the magic lantern. Gosok jangan tak gosok...
I had to "endure" listening to the tape for three times as my nephew had "kapur" my Radja tape and left me with the empty cover. Ceh!
p/s : mom's nagging in the background but I couldn't hear the details...
Posted by khairyn at Monday, February 20, 2006 0 comments
I am still unemployed. Study - postponed. Money - almost zero. Liability - increasing. Book - 70% and still in inertia mode.
I lost someone dear on Christmas day. He was my uncle. He died early morning but we only knew he had passed away later in the afternoon.
Chik was 65 when he passed away. A year younger then my father. He was single. Never married and I was very close with him. He was not exactly my uncle, just my step-uncle, but for us, he was family. what saddens me was nobody had the decency to call us and told us about the sad news. We do not know whether he died alone or if there was someone beside him to whisper and reminded him the name of his Creator. To prepare him. All we can do now is to pray that Allah have mercy on his soul.
I asked dad why Chik never married, dad said that he was engaged before but there was another guy who was also interested with his intended. He just gave up and broke the engagement. Since then, he never show any interest in any girl.
Chik practically raised me. Since he was unmarried and has no family of his own, he regarded me as his daughter he never had. I used to sit on his lap, marvel at his strenght. He would buy me ice-creams whenever I was down with flu or fever. He would say,"Ini ubat demam selsema. Makan, nanti cepat baik." And I would gladly devoured my Wall's ice-cream or guzzled down some bottled soda carbonated drink.
When I started schooling, he was the one who gave my first present. A wristwatch. Not the cheap plastic ones but a real watch. Citizen, Christian Dior and another Citizen. Although he stayed in Klang and us in Ampang, he would come for visit at least once a week or twice a month. And his visits never disappointed me. He would always bring some ole-ole, present - just for me.
Unfortunately, as years go by, we fall apart. I grew up and no longer his little girl. Our relationship was not as close as before. I learnt to have secrets from him. I have other interests. But Chik always love me in his own way. I may not be his little girl whom he could cuddle, in fact we have less physical contact except when I kissed his hands whenever we met. However, in my heart I knew he still love me.
Chik once told dad he wanted to name me as his beneficiery so that if anything happens to him, all his savings will go to me, but dad politely refused the offer. He did not want Chik's real family to squabble over this. The last we knew, Chik had almost RM80,000 in his ASB account.
It was just money. What I lost is greater then that. I lost the one person who loved me dearly. I missed Chik. What I can give now is only Al-Fatihah and doa that Allah have mercy on his soul.
A day after Christmas, my handphone buzzed. It was a text message from Mona. Ipah's dad had passed away in Muar. It was already 6.30pm when text came. I immediately called June (who was based in Muar). Lucky she answered the call. Made a plan with her to go and visit Ipah the next day.
I drove from Malacca to Muar and met June at Abu Bakar Mosque after dropping dad at the Land Office a few meters away from the mosque. We spent three hours at Ipah’s house.
I wish I could help ease Ipah’s sadness. She was very close with her dad. Like I am close with dad. Her eyes were puffy red. She had been crying all night. When we hugged and say goodbye, Ipah whispered in my eyes. “at least everytime I have to go away, I don’t have to worry about him anymore.” I knew then she would be alright.
Posted by khairyn at Friday, January 06, 2006 1 comments
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu