Tuesday, October 31, 2006

Trick or Treat! Assalamualaikum!


Aren't they the cutest 'ghosts' you'd ever seen?
These cutie pies knocked on our door on Halloween night. After the first little mat sallehs ghosts tapping on the door, we thought of ignoring these bunch when they yelled 'Trick or Treat' around 7pm. Well we don't have any candy at home so we thought of 'tricking' the 'ghosts' by ignoring them but this children got a trick up their sleeves.
They yelled 'Assalamualaikum!!'
Now who could ignore that? So who stood in front of us? A pink coloured witch, an innocent looking ghost, a pretty princess with tiara and a boy with handiplast on his face. What a bunch of weird looking ghosts huh?
Anyway they're lucky. We got some extra kit-kat at home to give away. Ah! Should I say this? Well this is for the kids or those who stand at 4 feet tall. Happy Halloween! Hope you guys got buckets of candies to last for a year.
Me? I'm just a hantu trying to repent. Arghhhh!

Wednesday, October 25, 2006

Cerita Raya

Aku pergi beraya 6 rumah semalam.
Jap! Jap! Berapa? Enam rumah? Nenem? Six (Glaswegian pronounce sex. Sungguh! Tak tipu!). Aku pun tak tipu aku pergi beraya enam rumah dalam masa setengah hari.
Inilah dalam sejarah aku beraya enam rumah dalam setengah hari. (Tak termasuk zaman kanak-kanak beraya satu kampung sebab nak kutip duit). Selalunya kalau aku jadi drebar mak aku beraya, mesti dapat 3 rumah je dalam satu hari. La ni aku dah buat rekod baru, sekali ganda.
Aku rasa kalau aku tak ambik break dan pegi kelas petang, mesti aku dapat buat 12 rumah dalam satu hari. Mesti perut aku dah bloated dok telan air, makan kuih tak termasuk ketupat, laksa, mee, ayam golek dan berbagai juadah hari raya tuh. Aku sesungguhnya kagum dengan keterreran aku sambut Hari Raya di perantauan.
Kagum gak aku dengan ke-kreatif-an orang Melayu Islam kat sini. Dalam keadaan yang terhad pun masih boleh buat sambutan yang meriah. Masih dapat gak lah aku makan nasi dagang, nasi ayam (tu biasa), mee rebus, laksa penang (dengan daun kesum tanam dalam pasu), laksa fusion, (aku tak tau apa jenih laksa ni. Rasa macam laksa tapi kuah lain sket and mee pun guna speghetti), lemang oven and satay goreng.
Walaupun rumah masing-masing sempit, tapi tetap meriah. Bilik tidur tukar jadi instant children playroom. Bagi rumah satu bilik, dapurlah jadi ruang tamu. Kasut bersusun kat tangga dan tetamu yang datang semua berbaju tradisional. Cuma disarung bersama jaket ataupun tights untuk menghindar kesejukan.
Walaupun jauh beribu batu, walaupun pening dengan sistem tentukan puasa dan raya kat sini, sambutan tetap meriah. Untuk mereka yang menjamu tetamu di dalam keadaan ekonomi yang sangat terhad ini, pahala dan ganjaran Allah memang sangat besar. Apatah lagi memberi makan musafir-musafir seperti kami ni huhuhu. Yang sentiasa menanti makanan free.
Rasanya weekends ni mesti banyak open house kan?

Monday, October 23, 2006

Bila Raya?

Bukan hari ni apparently.

ESOK RAYA

Sunday, October 22, 2006

Pening

Aku pernah kata dengan member, yang aku rasa aku macam puasa kat Baghdad. Well aku tak pernah pergi Baghdad ataupun Iraq maupun Iran. Tapi, aku rasa macam kat situ. Kenapa ek?
Sebab aku pernah baca, kalau kat Baghdad, Syiah puasa hari lain, Sunni hari lain dan Kurdish lain hari. Macam tu lah gak kat sini. Cuma yang bezakan bukan dari sect mana, tapi dari mana asal kita dan siapa sponsor kita. Pening? Aku pun.
Hampir sebulan lepas, Central Mosque di London sudah buat pengumuman hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan jatuh pada 23 Sept 2006, jadi hampir semua masjid-masjid di pulau UK ni ambik keputusan ikut announcement yang dibuat oleh Central Mosque.
Tapi, kat tempat aku ni, depa buat keputusan sendiri. Kalau tempat lain berpuasa hari Sabtu, Central Mosque di Glasgow ambil keputusan tentukan tarikh mula berpuasa pada 24hb Sept 2oo6. Satu hari lambat dari London. Central Mosque Glasgow sajalah satu-satunya masjid yang buat keputusan macam ni. Alangkan Sterling yang jauhnya setengah jam driving pun puasa hari Sabtu. Bukan setakat Sterling, ada dua, tiga masjid kat Glasgow pun ikut arahan London.
Yang buat aku lagi pening dengan ketidak sekeputusan orang Islam kat sini ialah, kita boleh ikut nak puasa hari apa, nak raya hari apa dengan mana-mana masjid yang kita suka. Kalau kat uni aku ni, ada yang akan raya Isnin dan ada yang akan raya hari Selasa.
Jadi, sekarang ni aku nak raya hari apa? Hmmm .....

Thursday, October 19, 2006

Hukum Karma

Allah itu memang maha adil.
I was singled out during the English Literature tutorial yesterday, today I was singled out again. This time it's at the Sociology Lecture hall. Where as in English tutorial there were only 15 people who looked at me with pity in their eyes. This time I became the centre of attention of around 150 students. The Embarrassment was huge, but the pride was humongous!
I was singled out because I got the Gold Star (with two exclamation marks) and a pagan styled-kneeling or worship or something (the one with open arms and bending a few times tuu) from MY LECTURER CC, (time to gloat, time to gloat - get it over my head, get it over my head) just because of my first essay for Sociological Imagination.
I feel Like I just been Operant Conditioned and with loads and loads of positive reinforcement.
Ahh... time to hit the books again...

Wednesday, October 18, 2006

Blank

The expected unthinkable happened today.
I do expect this thing would happen but I don't expect that it would happen TODAY!! And it was during English Literature tutorial. Definitely an embarassing moment.
Well, we're supposed to read a medieval Beowulf. A narrative long winded old English verse. Yep! Like i don't have enuff problem understanding English with Glaswegian slang, now I have to read old English verse.
Now, during tutorial, we were asked to identify which is Beowulf (the antogonist) and another protagonist. Either it's direct mention or indirect mention. It would be easy if the verse is in modern language but well, the professors seem enjoying themselves teaching this old English verse to us, the students.
Anyway to make a long winded story short - when the tutor asked me to identify Beowulf, I went blank and couldn't answer any of the questions. To make matter worse, everybody were looking at me with pity in their eyes!
ARGHHHHHHH!!!!!!!!!

Sunday, October 15, 2006

Kisah semalam...

Semalam, aku dan housemate pecahkan rekod berjalan kaki. Buat pertama kalinya kami berjaya berjalan kaki sejauh lebih kurang 10km.
Bagi orang yang pernah duduk Glasgow ataupun tahu selok belok ibukota ini, mesti tahu betapa pentingnya kedai KRK dan kat mana lokasinya kedai ini. Bagi siapa yang tak tahu apa itu KRK, biarlah aku beritahu. KRK a.k.a Kedai Runcit Keling (ni member yang jadi houseman yang beri gelaran - please don't kill the messenger) adalah sebuah kedai yang sangat penting bagi sebahagian besar orang Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam yang sedang menuntut ilmu/ mencari rezeki di bumi Glasgow ini. Inilah satu-satunya kedai yang terkenal dengan daging halalnya di sini. Lokasinya pula berdekatan dengan University of Glasgow.
Semalam, kami keluar ke bandar untuk cari perakam suara kerana masing-masing menghadapi masalah memahami pensyarah yang berbahasa Inggeris bersulam dengan loghat Scottish yang sangat tebal. Cadangnya lepas beli perakam suara, bolehlah ke KRK untuk beli daging simpan sampai Hari Raya. Tiba di Jalan Royston, kami lihat kenderaan bersusun panjang ... ooh... kesesakan lalu lintas rupanya.
Memandangkan hari Sabtu, bas pun lebih kurang setengah jam satu, rasanya elok jalan kaki saja ke bandar. Selain lebih cepat dari kenderaan yang berinsut-insut, dapat jugalah kami bersenam sekali. Jalan dari rumah ke bandar lebih kurang 20 minit saja err dalam 3 atau 4km gitu.
Kata housemate, kedai yang ada jual perakam suara itu letaknya di Jalan Sauchiehall tapi dia terlupa di mana. Itu perkara enteng kataku, kita jalan sajalah. Untung-untung kita jumpa alat tu dengan harga yang lebih murah di tempat lain. Kalau tak pun kita jalan saja.
Nampak gaya memang tak ada nasib, sampai ke hujung Jalan Sauchiehall, jangan kata perakam suara, kedai elektrik pun tak jumpa. Mana ni? Akhirnya kata housemate dah alang-alang tiba kat hujung ni, jalan kaki ajelah ke KRK. Hmm... cadangan yang masuk akal juga. Lantas berjalanlah kami terus ke Kedai Runcit Keling. Pusing belakang sekejap. hahahahahaha jauhnya kami berjalan.
Kami keluar dari KRK dengan satu plastik penuh 1kg kaki ayam, 1/2kg ayam cincang dengan 1kg tulang dada kambing (hahahaha lamb ribs ler). Lepas tu naik bas ler pi balik ke bandar. Serik dah nak jalan kaki balik ke rumah.
***
Aku ada sebut yang housemate dah buat hebahan - hush susah betul nak berbahasa Melayu standad sekarang - I will revert to my oldself = berbahasa Melayu rojak.
I've mentioned that housemate had declared war against the oven. So since we're already out for the day, might as well we settled the thing that had been bugging us for the past two weeks. The oven.
With a blue plastic bag that weight two-and-a-half kg of meat, we made our way to Tesco and look for that microwave to replace the old oven. Aiyah! So expensive for just a simple microwave. The cheapest we found was at £29.90 and it only has basic functions, i.e heating up food. Not even for cooking or grilling, just a basic heating up food. We could just do that on the electric stove. A no brainer electrical item. Argh!
Then we moved o to the one with a price tag of £34.90 attached to it. A bit higer standard than the first one. Still we're a bit sceptical whether the model is suitable for our needs or not. Can we use it for grilling? Or even baking cakes or cookies for Hari Raya? It looked plain, just a white box with two knobs on it. One to control the time and the other the weight of the food. Would be the best choice?
Time to move on. Next on display showed a glimpse of promise. Yes it is still a steel box but it has a 'stainless steel' tag on it. It has a digital clock to show the time and the heat. I'm sure it would make a 'ding ding' sounds. The darkened panel is oozing with mysterious aura while the right panel is adorned with cute buttons with a list of things that it promises it could do. I checked the price tag ... hahahaha £43.90. Bulehlah!!
Sekarang tiba masanya fikir macamana nak bawa microwave ni balik? Mulalah berangan yang bukan-bukan. Nak tolak troli sampai rumahlah, nak angkat jer jalan kaki sampai rumah. Tapi tiba pintu besar Tesco terpaksalah buat drastic decision. Cari cab, tak larat weh nak angkat and berjalan kaki dari Tesco ke rumah. Huhuhu kena bayar £2.80 for cab fare. Takpelah!!

The first trial we all buat adalah dengan memanaskan pizza. Tengok jam dah 6.15pm. Mana dan nak masak. Nak solat Asar pun dah akhir-akhir. Jadi option memanglah memanaskan pizza.
Ikut betul-betul instruction yang tertulis kat kotak pizza tapi hasilnya begitu mengecewakan. Pizza kami keras kung macam makan keropok. huhuhuhu. Makan jugaklah. Nampak gaya lepas ni kenalah buat trial and error untuk mendapat hasil yang diinginkan dan puas hati.

Friday, October 13, 2006

Ada apa dengan date?

Friday the 13th. Ada yang kata hari tak baik, ada yang kata hari baik (holy and unholy). Bagi aku, tak de apa yang speselnya hari ni. Hari yang sekejap panas sampai aku berpeluh-peluh dalam fleece kuning or sekejap sejuk dan terpaksa keluarkan jaket yang aku dah gulung-gulung dalam beg.
Bila ingat-ingat Friday the 13th ni aku teringat buku Dan Brown, the controversial Da Vinci Code. Pasal the Knight of Templar yang kena bunuh on this particular days beribu riban tahun yang lepas. Bukan apa, cuma terfikir - bila agaknya aku boleh jadi kaya dengan cuma tulis novel ni? Kontroversi apa yang aku nak tulis? Pasal artis? Hish! Aku tak suka artis, aku tak kenal pun artis Malaysia. Takat Siti Nurhaliza ops Datin Siti Nurhaliza dengan love-bite di leher tu, mungkin gak.
Hari ni 13th October, akhir bulan ni pulak mat-salleh mat salleh kat sini nak sambut hantu - Holloween. Aku dah plan nak dok diam-diam je dalam rumah, tak moh bukak pintu bila hantu-hantu kecik datang ketuk dan menjerit-jerit nak trick aku. Hmm... hantu kecik? Tiba-tiba aku teringat toyol. Hmm... teringat balik pada pameran hantu yang aku dengan abah pergi before aku fly ke sini. Nampak toyol, tapi macam tak real jer.
I digress...
Hari ni Oct 13, hari Jumaat. Penghulu segala hari. Orang kata kalau meninggal pada hari Jumaat, elok. Tandanya orang beriman. Wallahuaklam. Orang kata kalau lahir hari Jumaat pun elok jugak. Budaknya baik, maybe juga cerdik dan beriman. Again, wallahuaklam. Entah mana punya fatwa yang aku quote, aku pun tak tahu. (Disclaimer : Jangan ikut).
Aku beli buku lagi hari ni, hari Jumaat 13hb Oktober 2006. Buku Sociology. Tebalnya dekat 3 inci. Satu lagi buku yang aku beli - The Penguin book of Scottish Verse. Semua sekali dekat £40. RM280. Dah bersusun buku teks kat rumah aku ni, entah bila aku dapat baca semuanya aku pun tak tahu.
Setakat ni aku ada -
* Kamus Times (English-Bahasa Malaysia-English) (penting nih!)
* Reader's Digest Oxford Complete Wordfinder (import dari Malaysia)
* English Student Usage - Cobuld (import dari Malaysia)
* Natural Grammar - Thornbury (import dari Malaysia)
* Practical Engish Usage International student edition -Swan (import dari Malaysia)
* Oxford Collocations dictionary for students of English - Oxford (import juga)
* English Usage - Collins & Cobuild (hantar guna kapal laut)
* Longman Essential Activator (masuk dalam kotak)
* Handbook for Writers - merriam-Websters (bungkus dengan plastik)
* Psychology - The Science of Mind and Behaviour
* Politics - Andrew Heywood.
* Comparative Government and Politics - Rod Hague & Martin Harrop
* Introduction to Fiction - John J Clayton
* The Sea Road - Margaret Elphinstone (lecturer aku tuh)
* Beaowulf a verse translation - Seamus Heaney
*The Rattle Bag - Seamus Heaney & Ted Hughes.
Tapi untuk malam-malam ni, rasanya ada satu jer buku yang sangat penting yang aku kena jenguk walaupun untuk sehelai dua.
Al-Quran ul-Karim.
Ia tidaklah setebal buku-buku aku yang lain, tapi lebih penting untuk ketenangan rohaniah aku yang selalu bergelora ni. Semoga dalam bulan yang penuh keberkatan ni, Allah tambahkan lagi keimanan aku, kuatkan lagi semangat aku dan jadikan aku orang yang bertakwa dan tahu bersyukur di atas setiap nikmat yang Dia kurniakan.
Dah tengah malam dah kat tanah melaya, abah mesti dah keluar untuk beriktikaf. Itulah rutin dia tiap-tiap tahun. Macamanalah orang beriman macam abah boleh dapat anak yang 'ke-setan-an' macam aku ni?
Ingat abah, ingat mak ... aduh syahdunya!
Azam bulan ni : buat lebih ibadat tengah malam, 10 hari terakhir sebelum Idulfitri.

Thursday, October 12, 2006

Two Faces

Picture taken using IPAQ rx3000.
Hampir setiap hari aku menungging kat bukit ni. Jalan sebelah kiri pergi ke Graham Hills building, kelas untuk Journalism and Creative Writing dan tutorial untuk Sociology.
Bangunan di sebelah kanan pulak is Livingstone Tower untuk pergi workshop English dan Creative Writing. Esok aku ke sana lagi untuk tutorial Politics pulak. Sebelah Livingstone Tower (tak nampak) is the McCance Building, lecture untuk English Litterature pulak.

Jalan terus pergi city centre. Terus lagi ... tak tahulah sampai kat mana. Belum explore lagi.
Last Wednesday, a male Malaysian student was badly bashed up by gangs when he was walking home after performing Terawih at Sumsa Strathclyde University. The boy was alone when the gang members accosted him and eventually bashed him.
We were informed that the incident occured around 9-10pm and the boy was walking alone at Royston Street. Unfortunately nobody saw what happened. There was no witness. I was told that the boy was found laying down on the street and immediately sent to hospital.
I haven't had a chance to visit him at the hospital but those who went said, the boy was still in trauma. He can't recalled what had happened. All he can feel now is pain. He suffered broken jaw and bruises all over his body. I don't know what else is broken.
Yeah, this area is not really safe for us. There are drunkards, asylum seekers and just stupid teenagers watching too much violence on the tele. Winter is approaching and the only thing that I can think of is how cold it was that night. The pain of being beaten up by a group of boys and left lying on cold tarmac.
Is this what we called developed country? When the mentality of their youths are corrupted and filled with violence? Where the only reason to beat or kill somebody is that he or she is not the same colour as you? Or not speaking the same slang as you?
Doakan untuk Rusdi Murad. Semoga beliau cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan Allah di dalam bulan yang pernuh keberkatan ini. Semoga beliau dapat kembali semangat beliau untuk teruskan perjuangan menimba ilmu di perantauan. Ameen. InsyaAllah.

Monday, October 09, 2006

Sedekah

12:20pm
Tadi, aku duduk kat George Square. Rasa syahdu je duduk kat bench panjang sorang-sorang. Bukanlah melayan perasaan tapi sementara tunggu kelas Psychology, baik aku dok kat George Square ni. Malas nak pi library sebab kepala berat dah nak terima tulisan-tulisan mat salleh ni. Dari pagi lepas sahur aku dok mentelaah buku Psychology yang tebalnya tak kalah kamus Dewan. Dahlah bahasa berputar belit, panjang pulak tu. Entah macamana nak exam nanti ni.
Sebab dok bengang ni la aku bawak diri duduk kat atas bench kayu kat George Square. Bench kayu yang aku duduk tu khas untuk :
Stephen Anderson
Donated by his loving wife Elizabeth, daughter Ina, son-in-law Jim. He was a true son of the city.
Aku suka duduk atas bench yang bersusun kat George Square sambil people watching. Biasanya lunch time, tempat ni memang penuh dengan office workers yang duduk-duduk sambil makan lunch kat sini. Ala depa bukannya makan nasi, jadi tak de lah berkecah. Tak macam kita orang Melayu, nak nasi, so taklehlah duduk dengan sepinggan nasi atas bench. Mau, berselerak and comot dibuatnya.
Depa ni makan tak banyak. Takat roti je, itupun share dengan burung merpati yang banyak kat sini. Teringin gak aku nak tangkap sekor, baca bismillah and sembelih leher. Tapi, takut plak nanti aku kena tangkap dengan animal rights movement. It's ironic for a society to love animals so much and yet felt nothing about the war and killing of fellow homosapiens in conflicted countries. Entah ....
Aku pandang ke langit, matahari garang menyinar. Tapi, aku selamat sebab as a true and true Asian, aku cari tempat teduh untuk duduk. Angin sepoi sepoi bahasa tapi sejuknya sudah mencengkam ke tulang hitam (ya ke tulang tu hitam? Entah!). Jari-jari aku dah nak beku tapi aku tak nak bangun dari bench ni. Sekor dua burung pegeons terkedek-kedek datang kat aku. Dengan kepala tertunjal-tunjal depa perhatikan aku. Aku perhatikan depa balik. Weh! Aku puasa la, mana ada roti! Shoo!
Sedang elok aku duduk beku atas bench tu dan tenung dua ekor burung merpati yang gempal-gempal, datang la mamat ni (refer gambar) bawak basikal. Dia ambik tempat duduk kat bench yang hujung. At first aku rasa mamat ni bermasalah, sebab dia macam mencari-cari something. Alih-alih dia terus duduk kat hujung bench.
Mula tu aku tak kisahkan dia ... alah mamat salleh problematic naik basikal dalam sejuk-sejuk macam ni. Aku dok cuba nak ingat points yang aku learned masa lecture politics tadi, sebab aku dok ternguap-nguap masa prof dok sembang kat depan. Tiba-tiba aku tengok dari 2 ekor merpati, segerombolan datang meluru. Ada yang terbang dari depan, belakang, kiri and kanan. What the heck?!
Ooo .... rupanya mamat ni bawak makanan untuk pegeons ni. Laa... orang putih ni pun tau buat amal jariah dalam bulan puasa ye?

Saturday, October 07, 2006

The trip, the work and the food...

Dah 2 minggu lepas lagi we all decided nak buat jamuan buka puasa untuk neighbours we all kat sini. Jemput takat 5 orang jer. Kami ni tinggal satu building tapi tak pernah pun terserempak dalam lift.

Majlis berbuka ni pun bersempena dengan hari jadi housemate aku yang ke 25/26 ntah aku tak berapa pasti plak. Yang pasti dia buat masters and yang pasti gak nickname untuk dia is 'Space Girl'.
So pagi tadi dengan penuh semangat kami pun menunggu bas kat Royston Road. Instead of shopping kat Asda, we all decided to shop kat Asda. Lagipun bila lagi nak tahu jalan ke Asda. Cantik juga jalan menuju ke Asda ni. Kira memang keluar dari city sungguh. Jumpalah pekan-pekan kecik dengan rumah comel-comel sepanjang jalan ke sana. Kira memang aku enjoylah trip ke Asda ni.
Barang-barang kat Asda memang murah banding dengan Tesco. Lagipun barang-barang dia tersusun sket. Kalau kat Tesco berserabut nak cari barang. Sat tepung belah sini, lepas tu ke depan sket jumpa lagi tepung. Macam main sembunyi-sembunyi pulak tepung dengan aku ni. Yang tersusun aku tengok tu, arak, tuak, toddy dan yang seangkatan dengannya. Babi pun tak beratur efisyen macam tu.
Sejak kat sini, kitaorang sangat particular dengan harga barang yang kitaorang beli. Lepas tengok ingredients mesti tengok harga. Kalau ada yang lagi murah lagi bagus. Selalunya jenama Asdalah yang murah. Tapi satu yang kitaorang belajar, jangan beli beras murah Asda. Berkanji dan tak sedap. Kenalah beli beras Tesco 99p satu kilo.
Selesai membeli belah, we all balik tapi tak terus masak. Relax-relax dulu. Selesai buat apa yang patut barulah attack dapur macam battlefield. Aku in charge of masak ayam masak merah and housemate aku buat kuih. Mula-mula decide nak buat triffle. Lepas tu baru realise, we all cuma beli sponge cake base jer. Then decide buat kek coklat huhuhuhu.
Kek coklat housemate aku rentung bahagian atas whereas bahagian dalam membuak-buak. Kek tak jadi sebab oven kat rumah ni cuma bakar bahagian atas jer. Lalalalala. Oven gila rupanya. Terus housemate aku declare war dengan oven tu. Decided minggu depan nak beli microwave terus. Reason dia 'macamana nak buat kek/kuih raya kalau oven macam ni?'
Valid gak argument dia. So, aku setuju yang minggu depan kita akan berjalan ke Tesco dan beli microwave oven untuk dia bakar kek/kuih raya. Buat jangan tak buat!
Dalam perang-perang tu akhirnya selesai gak masak-masak kami. By the time nak buka, ketukan dipintu bertalu-talu kedengaran. Tibalah para jemputan kami. Apabila jam menginjak ke waktu berbuka, kami pun menjamah buah kurma sekadar berbuka puasa.
Jemputan seterusnya tiba dan upacara mentekadarah pun bermula. Seronok kami dapat duduk ramai-ramai atas alas duvet yang dijadikan saprah makan ayam masak merah, sayur goreng, salad buah, keropok dan yang penting kicap import dari Kedah (thanks Jules for introducing it to me!!)
Kawan-kawan, lain kali kita makan sama-sama lagi ye?

Friday, October 06, 2006

Kak Tini bagi my housemate coklat orange ni as hadiah hari jadi. Pelik sungguh kalau nak makan coklat ni. Bukan main kopek kertas pembalut and terus masuk mulut kunyah-kunyah telan tapi ... Kena buat macam ni dulu.
Whacked it!!!

Dan inilah hasilnya .... Yummy



Begitulah adanya cara nak makan coklat oren ni.

Happy Birthday housemate! (esok sebenarnya) huhuhu

Tuesday, October 03, 2006

All that remained ...


Finally, the boxes that I sent almost two months ago arrived. They looked pathetic, but fortunately all the things inside were not broken.
Wan called earlier, told me that the boxes had finally arrived at his house. They were heavy that even the delivery man was huffing and puffing carrying those boxes inside. Well, thanks to abah who packed everything until each of them scratches the 20kg mark.
So after the iftar, the whole family came to our humble flat. Wan carried the boxes sebiji macam buruh bangla. Dipikulnya kotak tu atas bahu.
Anyway, I'm glad that the boxes had finally arrived. So we opened them and I gave them the 3 packs of 2kg Milo each that I've promised to them. Free of charge. Ah, you may think 'Aik! Kat Glasgow tak de Milo ke?' Well, according to the three musketeers (a.k.a Ayie, Ya and Ali a.k.a the children of Dr Wan Amir and Dr Liza), 'Milo kat sini tak sedap.' There you go. The kids know best.
Apapun ....Sukanya aku!!! Akhirnya botol 5.1kg cili sos yang aku tunggu-tunggu tiba! Weh! This is not just any chilli sauce, it's cap jagung tau. Made in Kedah. Asli you!
Now our house is turned into a sundry shop. Anybody needs maggie kari berapi Mawi?

Sunday, October 01, 2006

Serba Sedikit...


Ahhh... my humble room, cluttered with things that I don't really need except the books, laptop and a bed to lie on to.

This is where I spent most of the day watching stupid/hilarious/educational (I guess) clips on youtube.





My humble bed ..... ooh bestnya kalau dapat tidur dan bergelumang dalam duvet!!