Friday, October 13, 2006

Ada apa dengan date?

Friday the 13th. Ada yang kata hari tak baik, ada yang kata hari baik (holy and unholy). Bagi aku, tak de apa yang speselnya hari ni. Hari yang sekejap panas sampai aku berpeluh-peluh dalam fleece kuning or sekejap sejuk dan terpaksa keluarkan jaket yang aku dah gulung-gulung dalam beg.
Bila ingat-ingat Friday the 13th ni aku teringat buku Dan Brown, the controversial Da Vinci Code. Pasal the Knight of Templar yang kena bunuh on this particular days beribu riban tahun yang lepas. Bukan apa, cuma terfikir - bila agaknya aku boleh jadi kaya dengan cuma tulis novel ni? Kontroversi apa yang aku nak tulis? Pasal artis? Hish! Aku tak suka artis, aku tak kenal pun artis Malaysia. Takat Siti Nurhaliza ops Datin Siti Nurhaliza dengan love-bite di leher tu, mungkin gak.
Hari ni 13th October, akhir bulan ni pulak mat-salleh mat salleh kat sini nak sambut hantu - Holloween. Aku dah plan nak dok diam-diam je dalam rumah, tak moh bukak pintu bila hantu-hantu kecik datang ketuk dan menjerit-jerit nak trick aku. Hmm... hantu kecik? Tiba-tiba aku teringat toyol. Hmm... teringat balik pada pameran hantu yang aku dengan abah pergi before aku fly ke sini. Nampak toyol, tapi macam tak real jer.
I digress...
Hari ni Oct 13, hari Jumaat. Penghulu segala hari. Orang kata kalau meninggal pada hari Jumaat, elok. Tandanya orang beriman. Wallahuaklam. Orang kata kalau lahir hari Jumaat pun elok jugak. Budaknya baik, maybe juga cerdik dan beriman. Again, wallahuaklam. Entah mana punya fatwa yang aku quote, aku pun tak tahu. (Disclaimer : Jangan ikut).
Aku beli buku lagi hari ni, hari Jumaat 13hb Oktober 2006. Buku Sociology. Tebalnya dekat 3 inci. Satu lagi buku yang aku beli - The Penguin book of Scottish Verse. Semua sekali dekat £40. RM280. Dah bersusun buku teks kat rumah aku ni, entah bila aku dapat baca semuanya aku pun tak tahu.
Setakat ni aku ada -
* Kamus Times (English-Bahasa Malaysia-English) (penting nih!)
* Reader's Digest Oxford Complete Wordfinder (import dari Malaysia)
* English Student Usage - Cobuld (import dari Malaysia)
* Natural Grammar - Thornbury (import dari Malaysia)
* Practical Engish Usage International student edition -Swan (import dari Malaysia)
* Oxford Collocations dictionary for students of English - Oxford (import juga)
* English Usage - Collins & Cobuild (hantar guna kapal laut)
* Longman Essential Activator (masuk dalam kotak)
* Handbook for Writers - merriam-Websters (bungkus dengan plastik)
* Psychology - The Science of Mind and Behaviour
* Politics - Andrew Heywood.
* Comparative Government and Politics - Rod Hague & Martin Harrop
* Introduction to Fiction - John J Clayton
* The Sea Road - Margaret Elphinstone (lecturer aku tuh)
* Beaowulf a verse translation - Seamus Heaney
*The Rattle Bag - Seamus Heaney & Ted Hughes.
Tapi untuk malam-malam ni, rasanya ada satu jer buku yang sangat penting yang aku kena jenguk walaupun untuk sehelai dua.
Al-Quran ul-Karim.
Ia tidaklah setebal buku-buku aku yang lain, tapi lebih penting untuk ketenangan rohaniah aku yang selalu bergelora ni. Semoga dalam bulan yang penuh keberkatan ni, Allah tambahkan lagi keimanan aku, kuatkan lagi semangat aku dan jadikan aku orang yang bertakwa dan tahu bersyukur di atas setiap nikmat yang Dia kurniakan.
Dah tengah malam dah kat tanah melaya, abah mesti dah keluar untuk beriktikaf. Itulah rutin dia tiap-tiap tahun. Macamanalah orang beriman macam abah boleh dapat anak yang 'ke-setan-an' macam aku ni?
Ingat abah, ingat mak ... aduh syahdunya!
Azam bulan ni : buat lebih ibadat tengah malam, 10 hari terakhir sebelum Idulfitri.

4 comments:

Lan Rambai said...

waaa.. banyaknya beli buku! kali ni pes time berposa dan bakal beraya luar malaya ke? My wife dulu dok kat Glasgow 1 and 1/2 years. GCU. tapi dia dah tidor pulak utk saya tunjukkan blog ni.

khairyn said...

Glasgow Caledonian University? Ahhhh... dah dekat sangat la tu.

Biasala dah tua2 gini baru masuk first year huhuhu. Rasa dah berpinar2 otak nak terima theories and nak FAHAM apa yang diarg cakap.

Salam to yur wife. Mesti banyak kenangan 1 1/2 year in Glasgow.

myberlingobox said...

banyak buku yang dibeli tuh, simpan baik-baik untuk jadi harta anak cucu nanti....
kalau ikutnya buku kat malaysia atau kat uk, mana lagi mahal ?

khairyn said...

Rasanya Malaysia murah sket kot especially kalu beli kat Kinokuniya. Kat sini kalau nak murah kena beli buku second hands. Prblmnya buku2 ni cepat abis once lecturer kata 'You need to buy this book'. Argh! Tension!