Sunday, October 15, 2006

Kisah semalam...

Semalam, aku dan housemate pecahkan rekod berjalan kaki. Buat pertama kalinya kami berjaya berjalan kaki sejauh lebih kurang 10km.
Bagi orang yang pernah duduk Glasgow ataupun tahu selok belok ibukota ini, mesti tahu betapa pentingnya kedai KRK dan kat mana lokasinya kedai ini. Bagi siapa yang tak tahu apa itu KRK, biarlah aku beritahu. KRK a.k.a Kedai Runcit Keling (ni member yang jadi houseman yang beri gelaran - please don't kill the messenger) adalah sebuah kedai yang sangat penting bagi sebahagian besar orang Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam yang sedang menuntut ilmu/ mencari rezeki di bumi Glasgow ini. Inilah satu-satunya kedai yang terkenal dengan daging halalnya di sini. Lokasinya pula berdekatan dengan University of Glasgow.
Semalam, kami keluar ke bandar untuk cari perakam suara kerana masing-masing menghadapi masalah memahami pensyarah yang berbahasa Inggeris bersulam dengan loghat Scottish yang sangat tebal. Cadangnya lepas beli perakam suara, bolehlah ke KRK untuk beli daging simpan sampai Hari Raya. Tiba di Jalan Royston, kami lihat kenderaan bersusun panjang ... ooh... kesesakan lalu lintas rupanya.
Memandangkan hari Sabtu, bas pun lebih kurang setengah jam satu, rasanya elok jalan kaki saja ke bandar. Selain lebih cepat dari kenderaan yang berinsut-insut, dapat jugalah kami bersenam sekali. Jalan dari rumah ke bandar lebih kurang 20 minit saja err dalam 3 atau 4km gitu.
Kata housemate, kedai yang ada jual perakam suara itu letaknya di Jalan Sauchiehall tapi dia terlupa di mana. Itu perkara enteng kataku, kita jalan sajalah. Untung-untung kita jumpa alat tu dengan harga yang lebih murah di tempat lain. Kalau tak pun kita jalan saja.
Nampak gaya memang tak ada nasib, sampai ke hujung Jalan Sauchiehall, jangan kata perakam suara, kedai elektrik pun tak jumpa. Mana ni? Akhirnya kata housemate dah alang-alang tiba kat hujung ni, jalan kaki ajelah ke KRK. Hmm... cadangan yang masuk akal juga. Lantas berjalanlah kami terus ke Kedai Runcit Keling. Pusing belakang sekejap. hahahahahaha jauhnya kami berjalan.
Kami keluar dari KRK dengan satu plastik penuh 1kg kaki ayam, 1/2kg ayam cincang dengan 1kg tulang dada kambing (hahahaha lamb ribs ler). Lepas tu naik bas ler pi balik ke bandar. Serik dah nak jalan kaki balik ke rumah.
***
Aku ada sebut yang housemate dah buat hebahan - hush susah betul nak berbahasa Melayu standad sekarang - I will revert to my oldself = berbahasa Melayu rojak.
I've mentioned that housemate had declared war against the oven. So since we're already out for the day, might as well we settled the thing that had been bugging us for the past two weeks. The oven.
With a blue plastic bag that weight two-and-a-half kg of meat, we made our way to Tesco and look for that microwave to replace the old oven. Aiyah! So expensive for just a simple microwave. The cheapest we found was at £29.90 and it only has basic functions, i.e heating up food. Not even for cooking or grilling, just a basic heating up food. We could just do that on the electric stove. A no brainer electrical item. Argh!
Then we moved o to the one with a price tag of £34.90 attached to it. A bit higer standard than the first one. Still we're a bit sceptical whether the model is suitable for our needs or not. Can we use it for grilling? Or even baking cakes or cookies for Hari Raya? It looked plain, just a white box with two knobs on it. One to control the time and the other the weight of the food. Would be the best choice?
Time to move on. Next on display showed a glimpse of promise. Yes it is still a steel box but it has a 'stainless steel' tag on it. It has a digital clock to show the time and the heat. I'm sure it would make a 'ding ding' sounds. The darkened panel is oozing with mysterious aura while the right panel is adorned with cute buttons with a list of things that it promises it could do. I checked the price tag ... hahahaha £43.90. Bulehlah!!
Sekarang tiba masanya fikir macamana nak bawa microwave ni balik? Mulalah berangan yang bukan-bukan. Nak tolak troli sampai rumahlah, nak angkat jer jalan kaki sampai rumah. Tapi tiba pintu besar Tesco terpaksalah buat drastic decision. Cari cab, tak larat weh nak angkat and berjalan kaki dari Tesco ke rumah. Huhuhu kena bayar £2.80 for cab fare. Takpelah!!

The first trial we all buat adalah dengan memanaskan pizza. Tengok jam dah 6.15pm. Mana dan nak masak. Nak solat Asar pun dah akhir-akhir. Jadi option memanglah memanaskan pizza.
Ikut betul-betul instruction yang tertulis kat kotak pizza tapi hasilnya begitu mengecewakan. Pizza kami keras kung macam makan keropok. huhuhuhu. Makan jugaklah. Nampak gaya lepas ni kenalah buat trial and error untuk mendapat hasil yang diinginkan dan puas hati.

2 comments:

myberlingobox said...

Dicadangkan beli perakam suara yang berbentuk MP3, kat malaysia ni dah banyak dah jual, mungkin boleh sapa-sapa beli dah post ke sana kot ???

khairyn said...

Hmm... kena difikirkan kembali. Harga yang termurah £29.99 untuk model yang sangat2 basic. Yang agak2 ok harganya £34.99 (RM250)- can download to pc. Fikir dan fikir lagi. Housemate yang perlukan sangat, me? hmmm fikir fikir lagi... Christmas dah dekat :D