Monday, October 09, 2006

Sedekah

12:20pm
Tadi, aku duduk kat George Square. Rasa syahdu je duduk kat bench panjang sorang-sorang. Bukanlah melayan perasaan tapi sementara tunggu kelas Psychology, baik aku dok kat George Square ni. Malas nak pi library sebab kepala berat dah nak terima tulisan-tulisan mat salleh ni. Dari pagi lepas sahur aku dok mentelaah buku Psychology yang tebalnya tak kalah kamus Dewan. Dahlah bahasa berputar belit, panjang pulak tu. Entah macamana nak exam nanti ni.
Sebab dok bengang ni la aku bawak diri duduk kat atas bench kayu kat George Square. Bench kayu yang aku duduk tu khas untuk :
Stephen Anderson
Donated by his loving wife Elizabeth, daughter Ina, son-in-law Jim. He was a true son of the city.
Aku suka duduk atas bench yang bersusun kat George Square sambil people watching. Biasanya lunch time, tempat ni memang penuh dengan office workers yang duduk-duduk sambil makan lunch kat sini. Ala depa bukannya makan nasi, jadi tak de lah berkecah. Tak macam kita orang Melayu, nak nasi, so taklehlah duduk dengan sepinggan nasi atas bench. Mau, berselerak and comot dibuatnya.
Depa ni makan tak banyak. Takat roti je, itupun share dengan burung merpati yang banyak kat sini. Teringin gak aku nak tangkap sekor, baca bismillah and sembelih leher. Tapi, takut plak nanti aku kena tangkap dengan animal rights movement. It's ironic for a society to love animals so much and yet felt nothing about the war and killing of fellow homosapiens in conflicted countries. Entah ....
Aku pandang ke langit, matahari garang menyinar. Tapi, aku selamat sebab as a true and true Asian, aku cari tempat teduh untuk duduk. Angin sepoi sepoi bahasa tapi sejuknya sudah mencengkam ke tulang hitam (ya ke tulang tu hitam? Entah!). Jari-jari aku dah nak beku tapi aku tak nak bangun dari bench ni. Sekor dua burung pegeons terkedek-kedek datang kat aku. Dengan kepala tertunjal-tunjal depa perhatikan aku. Aku perhatikan depa balik. Weh! Aku puasa la, mana ada roti! Shoo!
Sedang elok aku duduk beku atas bench tu dan tenung dua ekor burung merpati yang gempal-gempal, datang la mamat ni (refer gambar) bawak basikal. Dia ambik tempat duduk kat bench yang hujung. At first aku rasa mamat ni bermasalah, sebab dia macam mencari-cari something. Alih-alih dia terus duduk kat hujung bench.
Mula tu aku tak kisahkan dia ... alah mamat salleh problematic naik basikal dalam sejuk-sejuk macam ni. Aku dok cuba nak ingat points yang aku learned masa lecture politics tadi, sebab aku dok ternguap-nguap masa prof dok sembang kat depan. Tiba-tiba aku tengok dari 2 ekor merpati, segerombolan datang meluru. Ada yang terbang dari depan, belakang, kiri and kanan. What the heck?!
Ooo .... rupanya mamat ni bawak makanan untuk pegeons ni. Laa... orang putih ni pun tau buat amal jariah dalam bulan puasa ye?

1 comment:

akuhas said...

awat laaa ramai benor suruh ko redeem apakebenda gift card tu.

burung merpati buat gulai lemak cili padi sedap wooo. ko cuba ler kidnap satu .. hehehhe ..

tau buat masak lemak?

senang je ... the same ingredient sesuai untuk semua jenis dedaging.

ada bawang putih, merah, cili, halia, kunyit .. blend semua pastu campak dalam periuk .. campur santan. kalau ada serai ok gak takde pun takpe. pastu masuk ler dedaging yang available ... merpati pun cantek gak. masuk asam, garam .. masak sampai mendidih tapi kena kacau selalu la kalau rajin. kalau tak pecah minyak .. tapi pentingnya buleh makan.

hehehhe