Wednesday, October 25, 2006

Cerita Raya

Aku pergi beraya 6 rumah semalam.
Jap! Jap! Berapa? Enam rumah? Nenem? Six (Glaswegian pronounce sex. Sungguh! Tak tipu!). Aku pun tak tipu aku pergi beraya enam rumah dalam masa setengah hari.
Inilah dalam sejarah aku beraya enam rumah dalam setengah hari. (Tak termasuk zaman kanak-kanak beraya satu kampung sebab nak kutip duit). Selalunya kalau aku jadi drebar mak aku beraya, mesti dapat 3 rumah je dalam satu hari. La ni aku dah buat rekod baru, sekali ganda.
Aku rasa kalau aku tak ambik break dan pegi kelas petang, mesti aku dapat buat 12 rumah dalam satu hari. Mesti perut aku dah bloated dok telan air, makan kuih tak termasuk ketupat, laksa, mee, ayam golek dan berbagai juadah hari raya tuh. Aku sesungguhnya kagum dengan keterreran aku sambut Hari Raya di perantauan.
Kagum gak aku dengan ke-kreatif-an orang Melayu Islam kat sini. Dalam keadaan yang terhad pun masih boleh buat sambutan yang meriah. Masih dapat gak lah aku makan nasi dagang, nasi ayam (tu biasa), mee rebus, laksa penang (dengan daun kesum tanam dalam pasu), laksa fusion, (aku tak tau apa jenih laksa ni. Rasa macam laksa tapi kuah lain sket and mee pun guna speghetti), lemang oven and satay goreng.
Walaupun rumah masing-masing sempit, tapi tetap meriah. Bilik tidur tukar jadi instant children playroom. Bagi rumah satu bilik, dapurlah jadi ruang tamu. Kasut bersusun kat tangga dan tetamu yang datang semua berbaju tradisional. Cuma disarung bersama jaket ataupun tights untuk menghindar kesejukan.
Walaupun jauh beribu batu, walaupun pening dengan sistem tentukan puasa dan raya kat sini, sambutan tetap meriah. Untuk mereka yang menjamu tetamu di dalam keadaan ekonomi yang sangat terhad ini, pahala dan ganjaran Allah memang sangat besar. Apatah lagi memberi makan musafir-musafir seperti kami ni huhuhu. Yang sentiasa menanti makanan free.
Rasanya weekends ni mesti banyak open house kan?

6 comments:

ainee said...

memberi makan musafir-musafir seperti kami ni huhuhu. Yang sentiasa menanti makanan free.

ur so rite~! i had stomach ache after raya :(

luckily it gets well before the feast.

neways, selamat hari raya to you~

MaNiQ KaYaNgaN said...

salam untuk akak.. selamat hari raya. lewat sikit bertandang.. moga ceria dirantau org..

akumasihdisini said...

waa best la ko raya kat negara org...kira terrer la ko...tapi mesti tangkap raung nye bila dgr takbirkan ...he he he

khairyn said...

masih lagi maintain ketereran ... tak raung pun dengar takbir. Lagu tak sedap.. biasalah orang arab punya lagu tak sama dengan melayu yang mendayu dayu huhu

akuhas said...

what happened to tigris?

fida said...

harny, tak pe lah, janji puasa dah dapat diselesaikan.

kita orang pun, walaupun raya di rumah sendiri, pening kepala takut air bah masuk rumah, ular tedung jadi tetamu di pagi raya