Sunday, October 22, 2006
Aku pernah kata dengan member, yang aku rasa aku macam puasa kat Baghdad. Well aku tak pernah pergi Baghdad ataupun Iraq maupun Iran. Tapi, aku rasa macam kat situ. Kenapa ek?
Sebab aku pernah baca, kalau kat Baghdad, Syiah puasa hari lain, Sunni hari lain dan Kurdish lain hari. Macam tu lah gak kat sini. Cuma yang bezakan bukan dari sect mana, tapi dari mana asal kita dan siapa sponsor kita. Pening? Aku pun.
Hampir sebulan lepas, Central Mosque di London sudah buat pengumuman hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan jatuh pada 23 Sept 2006, jadi hampir semua masjid-masjid di pulau UK ni ambik keputusan ikut announcement yang dibuat oleh Central Mosque.
Tapi, kat tempat aku ni, depa buat keputusan sendiri. Kalau tempat lain berpuasa hari Sabtu, Central Mosque di Glasgow ambil keputusan tentukan tarikh mula berpuasa pada 24hb Sept 2oo6. Satu hari lambat dari London. Central Mosque Glasgow sajalah satu-satunya masjid yang buat keputusan macam ni. Alangkan Sterling yang jauhnya setengah jam driving pun puasa hari Sabtu. Bukan setakat Sterling, ada dua, tiga masjid kat Glasgow pun ikut arahan London.
Yang buat aku lagi pening dengan ketidak sekeputusan orang Islam kat sini ialah, kita boleh ikut nak puasa hari apa, nak raya hari apa dengan mana-mana masjid yang kita suka. Kalau kat uni aku ni, ada yang akan raya Isnin dan ada yang akan raya hari Selasa.
Jadi, sekarang ni aku nak raya hari apa? Hmmm .....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
LOL. betul tu. pelik. kenapa Iraq sunni n shiite nak announce hari raya kire lain2 just bcoz of their different belief. i just dont get it. i thought you need to follow ahli falak observance in your place. even my neighbour (pakistani) said as i told her "we're having potluck at house XX today bla3" since kteorg puasa hari sabtu, she said "owh, im following pakistan". erk, whatever~
sian u. dtg laa sini. leh u raya hari isnin. :P
Salam Ainee.
Baru balik dari masjid sat tadi. Huhuhu ... announcement. Memang sah raya hari Selasa. Memang sahlah I tak beraya. Kira beraya dalam kelas jer la sebab kelas full day.Hmmm... should I be in festive mood and wear baju kurung to school?
Pakistan lagi dasat. Depa stat puasa hari tu hari Senin.
p/s Ainee, if I turun kat tempat u raya, u nak jamu aper? hihihi
hohoh. kterog sini seb baek laa week raya jatuh pd half term, which =cuti. my advice is: ponteng kelas. haha. don't follow me since i'm a bad girl.
if u were here kteorg ade lemang (modern version), ketupat dan rendang. heheh~nk blagak sket.
aku saje nyibuk kat cni...tapi pelik laa...keputusan lain2...tapi masing2 ngaku beragama Islam...tapi tak nak sepakat...ntah aku pun pening...kalau aku kat tempat ko...aku pun tak tau nak ikut mana...tak reti aku...!
Post a Comment