Thursday, February 15, 2007

Terima Kasih

Assalamualaikum.

Berkat doa semua, keadaan Mona dan Haris beransur pulih. Alhamdulillah.

InsyaAllah kalau ada berita terbaru tentang mereka, akan saya sisipkan dalam blog. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah merahmati kita semua.

Amiin.

Pembetulan: Untuk sahabat yang tidak dapat melawat Mona dan Haris di Kelantan, saya titipkan gambar keadaan mereka selepas selamat menjalani pembedahan.


11 comments:

Pa'chik said...

Alhamdulillah
Kalau ada berita terbaru tentang mereka, kamu sisipkan dalam blog ye.

Iman Mawaddah said...

Salam kak,

Ini berita yang saya baca dari Harian Metro hari ni.

Sering tanya keadaan suami
KOTA BHARU: Wartawan Berita Harian, Mona Ahmad, 34, tidak lekang bertanya kepada keluarga dan rakan yang menziarahinya mengenai keadaan suaminya, Mohd Haris Fadzlilah Ibrahim, 34.

Pasangan itu yang kini dirawat di wad berasingan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini, dikatakan tidak bertemu, sejak Selasa lalu.

Berikutan itu, keluarga dan rakan terpaksa mententeramkanya kerana suaminya sudah menunjukkan perubahan positif dan semakin stabil.

Mona dan Mohd Haris yang juga jurugambar kumpulan akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) cawangan Kota Bharu cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 70, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, dekat Merapoh, Pahang, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, tiga pemuda dari Gua Musang yang menaiki kereta berkenaan terbunuh selepas cedera teruk di kepala.

Ketika kejadian, pasangan terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Pengkalan Chepa, di sini, selepas bercuti di rumah keluarga Mona di Kajang, Selangor.

Berikutan kejadian itu, Mohd Haris yang cedera parah di kepala terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di kepala, awal pagi Selasa lalu.

Mona pula menjalani pembedahan memasukkan plat di tangan dan kaki kirinya yang patah, semalam.

Semalam, Pengarah HUSM, Dr Zaidun Kamari, berkata alat bantuan pernafasan yang dipakai Mohd Haris sudah dibuka sejak tengah hari semalam.

Menurutnya, Mohd Haris menunjukkan perkembangan dan respon yang semakin baik berbanding sebelumnya.

“Dia sudah boleh bernafas dengan baik dan alat bantuan itu sudah tidak diperlukan selain tidak mahu dia terlalu bergantung terhadapnya,” katanya.


Semoga mereka beroleh kesabaran menghadapi musibah ini...Ameen

khairyn said...

salam

pa'chik,
mereka beransur pulih. Alhamdulillah. pa'chik juga, berhati-hatilah ketika memandu.

iman,
Saya ingat hati saya sudah keras. Sudah selalu dihidangkan dengan gambar2 kemalangan; kereta remuk dan mangsa tersepit atau terlantar dengan wayar berselirat dan besi tertanam, di hospital. Tapi, bila melihat gambar2 yang dititipkan seorang teman, saya jadi pilu.

Usia perkahwinan mereka baru 14 bulan.

Azhar Ahmad said...

Hummm... takziah buat anda....

13may said...

aduh....
moga2 semuanya akan bertambah ok....

izinni said...

T T
-

kingbinjai said...

semoga mereka cepat sembuh

khairyn said...

salam

nor azhar,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga mereka terus cekal dan bertambah iman dalam menghadapi dugaan Allah.

izinni,
Mahu mereka cepat sembuh. Mahu berbual dengan Mona.

king,
InsyaAllah. Berkat doa King dan sahabat-sahabat yang lain, mereka beransur pulih. Terima kasih.


Semalam saya berbual dengan Rosie. Beliau memberitahu saya yang beliau juga telah mendoakan untuk sahabat saya yang kemalangan itu malah meminta congregate gereja sahabatnya turut sama mendoakan untuk Mona dan Haris. Saya hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

akirasuri said...

semoga mereka cepat sembuh..

Hasrizal Abdul Jamil said...

Assalamualaikum.

Walaupun tidak kenal secara peribadi, tetapi terasa juga peha kiri apabila yang kanan terusik. Takziah dari saya, semoga segera dipulihkan Allah dengan ikhtiar dan doa... Ameen.

khairyn said...

salam

akirasuri,
InsyaAllah. Saya memang percaya dengan kuasa doa. Terima kasih kerana mendoakan keselamatan mereka.

abu Saif,
alaikumsalam. InsyaAllah. Semoga mereka cekal untuk menempuh hari-hari akan datang.