Monday, September 10, 2007

cerita ceriti

Sabtu
Bangunan hospital Beatson Oncology Centre ataupun Beatson West of Scotland Cancer Centre ni baru jer siap. Kira cantiklah bangunan dia. Setiap tingkat tu ada warna tema masing-masing. Setiap ward pun ada warna tersendiri. Ward aku warna hijau muda (maaflah, bukan warna hijau Pas hahaha), tapi tetap segar dipandang mata. Oleh kerana bangunan baru, peralatannya pun serba-serbi barulah.

Tapi kan... aku tak tahulah macamana diorang bina bangunan ni? Main tampal je kot. Serba serbi mudah tertanggal. Sudahlah kerusi pun banyak yang dah patah kaki. Tempang pun ada. Yang tercabut terus pun ada. Dinding pun ada yang dah terongak di sana sini. Pemegang pintu apatah lagi.

Hasilnya, hari Sabtu hari tu, aku terkunci dalam toilet wakakakaka. Dok pulas-pulas tombol kunci, tapi kuncinya tak gak gerak-gerak. Ish! Ada orang yang dok lepak dalam toilet ni kang. Aku ketuk-ketuk tak ada orang dengar. Akhirnya aku gegar pintu bilik air tu sampai la aku dengar sorang misi ni kata "OK I'm coming, don't panic." hahaha aku tak panik cuma aku nak buka pintu ni jer. Bila dah terbukak masing2 ketawa besar. Aku kata kat dia, aku tak kisah dok dalam toilet tu lama-lama tapi kerja aku tu sapa nak buat? hahaha. Lepas ni aku tak moh dah masuk toilet staf tu. Biarlah kalau tak tahan, aku masuk jer toilet untuk orang cacat, sekurang-kurangnya ada tali emergency yg boleh aku tarik kalau dalam keadaan cemas hahaha.

Ahad
Minggu ni aku kerja 10jam terus. Alhamdulillah buat kerja tempat dulu. Upper Ground Floor dan Front Hall. Kalau dulu buat dua tingkat ni dalam masa 6 jam, minggu ni aku diberi masa 4 jam saja nak habiskan semuanya. Rasa macam blender pun ada. Full blast. Pusing! Bagusnya, supervisor baik hati. Habis kerja kul 7pm dah boleh balik. Sampai rumah dah neenong neenong. Keletihan. Tengok cerita Lord of The Ring pun sampai tertidur kat tengah-tengah filem. Sedar-sedar jer dah perang...

p/s
Tak sabar hendak menyambut si dia yang dijangka tiba di Glasgow International Airport pada jam 12.30 sebentar nanti. Bakal teman seranjang yang bersama-sama dikala susah dan senang. Teman ketawa dan menangis. Teman mengusik dan bermanja. Ish! Berdebar-debar rasa hatiku.

23 comments:

Anonymous said...

tajuk saja tanpa cerita.. senangnya bikin entri...
kekekek.. ko balik kerja lewat lagi ye....

khairyn said...

uit uit sabar

biasala jari tu laju je tekan enter. Dah balik dah.. urusan semua dah selesai ke?

Anonymous said...

Salam buat si dia....
Terlerailah segala rindu bila dia sudah berada di sisi.

khairyn said...

anon

insyaAllah. Moga dipermudahkan segala urusan beliau. Dan kemudian urusan kami.

:D

Anonymous said...

hiihhihihihihihihihihiihihihihi....

countdown ramadhan...

em...
nnt adeorg puasa summer lah ya?

ngeh3

Anonymous said...

salam

mcm best je kerja awak...buleh rekemen mak lang nanti ?

nak jugak cari duit se pound dua..

Pa'chik said...

mamai teringat kat orang tu la neh.. kekeke....

lapor kat aca diorang la... mesti pakai bahan murah tuh...
macam kat sini, buku satu set 4 ratus lebih buleh jadi sepuluh ribu satu set, kren yang 1.5j dicas 2.99j, satu set pemanduskru yang pat puluh inggit pun jadik 2ratus lebih...

Anonymous said...

ha ha ha..
saya baca pun dah terasa kelawakannya situasi masa tu :))

oh oh!
kak! nampak tak apa yang saya nampak..
aduhai..romantisnya depa ni kan kan kan :p

khairyn said...

salam

(budak) innocent
haha.. mungkin orang tu akan lari ke Malaysia. Berdua.

mak lang
huh! best ka kerja lagu ni? Mau patah kaki ada laa.. habis kerja ja terus nak pengsan.

pa'chik
hai la.. teringatkan orang tu dah berbulan-bulan lamanya dah. Alhamdulillah tadi senang jer lalu imigresen. Risau gak, tunggu lebih setengah jam tak keluar-keluar.

haha.. tu lah namanya bisnes. Untung atas angin kakaka

akira
ya ya lepas tu kitaorang gelak-gelak je.

oh memang agak lomantik gitu lalala

Anonymous said...

oooOOoOoo... [gaya bob span]

teman pegi amik sampai glasgow ya?

terharu tak? sanggup teman gi glasgow...

istilah lari tu... cepat2... satu malam je lagi ramadhan.. xsempat pecut nnt...

[hilang sudah ke-innocent-an budak ini...]

BaYu SenJa said...

hm..
baru-baru ni seorang pakcik dari malaysia yang datang melancong ke sini juga terkunci dalam tandas bawah tanah di sebuah masjid. kesian dia. nak cakap arab tak reti. nak laung kuat2 nun di bawah tanah...

hehe..mujur ada rakan yang kebetulan turun ke bawah:)

Anonymous said...

oh... baik kamu prektis guna toilet orang cacat tu. Kot-kot tali emergency nya rosak pula.. kan naya! :)

Sastri said...

teringat baru-baru ni masa bagi talk kat satu hotel, terkunci kat tangga kecemasan... dah la tak bawak fon... nasib baik la sampai tingkat bawah, pintu boleh dibuka... kalau tak, mau merepeut kat situ...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Akhirnya kau guna gak toilet selain toilet kat rumah...kalau tidak sikit punya susah nak pergi, siap sanggup menahan bawak balik rumah...ceh!

Aku ingat hospital tu dibuat drp tanah liat kot sebab tu serba serbinya tertanggal...hehehe

Haa best ler pasni tidur dah ada teman seranjang...itu kawan seranjang masa aku kat London hari tu tau..takpe ler kasi kat hang pulak buat teman tidur waktu sejuk...hik..hik...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Aku takde pengalaman terkunci kat dalam toilet tapi aku pernah tertinggal bas masa tengah keluar dari toilet....masa tu bas berhenti rehat kat R & R dlm 10 minit.

Fuhhh...lari 4 x 400m berganti ler mengejar bas tu..haram betul si ayeen boleh ketawa tgk aku dari dalam bas tu.

blackpurple @ jowopinter said...

Ingat di Malaya saja hospital pasang siap..ha ha ha!

Selamat menyambut si dia. Dia yang itu dan dia Ramadan itu... :)

indera kencana said...

Sebut pasal teman seranjang ni rasa macam eeeeuuuuuuwwww.. kepala mula pikir benda lain hehehehehehehe...

Hal kerja main mudah ni berlaku di mana-mana. Buka setakat kat Mesia je.. Rupanya kat Glasgow pun ada bangunan baru yang mudah rosak..

Unknown said...

Ehem ehem...macam mana malam pertama? Ada percikan bunga api ke atau bunyi keretapi ker...

Pa'chik said...

oit oit...
ko sanggup tahan bawak balik kat umah? ish.... kena sangkut lam jem saja je.. kekkeke.... macam kisah bangkok jam tuh... orang qada hajat tepi-tepi jalan je... kekekek...

DeeN said...

hehehe .. terkanda dalam toilet tuh memang dah biasa dah. Memang malu, tapi best pun ada. Leh skip keja kejap hoh hoh..

Selamat sambut si dia dan Ramadhan!

khairyn said...

salam

innocent
haha.. tak berjemput. Balik bersama-sama jer kot. Puasa tahun ni dlm musim luruh tak pe. 2 tahun nanti la dlm musim panas. Masa tu lari balik la kot hahaha

bayu
Tu sebab memang tak suka masuk public toilet sebenarnya. takut perkara-perkara yang tak terjangka.

mudin
ye ye dah test tarik tali tu. Siren menjerit-jerit. Yes!!

sastri
haha.. pernah dua org member terperangkap kat tangga kecemasan di KL Tower. Nasib baik bawa fon, kalau tak? Takkan nak turun beribu2 anak tangga ke bawah?? huhu

khairyn said...

elly
hahaha boleh kira berapa kali jer aku masuk toilet hospital tu. Biasanya bila aku kena kerja 10hrs straight la. Aku masih ada habit lama tu. Semua simpan bawak balik rumah hahaha.

Hoh! hospital tanah liat. ko memang terpeser! buang duit jer kalau pi tengok wayang kakaka

purp
Entahlah.. memang bangunan baru ni harap cantik tapi semua tak tahan.
Oh Si dia sudah selamat tiba dan berehat.

indera
huh! otak serong! Pi basuh cepat2. Ai suci murni yu! hahaha. Oh! mereka kat sini memang la auta jer lebih. Mungkin nak cepat siapkan bangunan kot.

zura
oh dia sudah menduakan aku. Malam pertama dia seranjang dengan orang lain dan aku pula tidur di sofa. Waaaah! Begitu tega dia!!! hahahaha

khairyn said...

pa'chik
jenuh aku nak paham. Akhirnya aku paham gak. hahaha
ya ya itu memang habit aku dari dulu. Aku bab toilet memang cerewet la pa'chik. Aku rasa geli geleman. Aku pernah tahan 13 jam dlm flight. Tiba kat KLIA baru aku berlari. Aku pernah baca artikel org dapat penyakit siplis dan yg sewaktu ngan nya sebab dia guna public toilet. Padahal dia tak pernahpun ada hubungan masa tu.

nur
hahaha.. tak de la rasa malu sikitpun. Lebih rasa lawak pulak. incident tu jadi ice-breaker di kalangan misi-misi yg sebelum ini tak moh tegur kita ni hahaha