PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
19 comments:
Hok alo... inilah entri paling susah nak baca, loading ngan detect.. huhuhu
Apapun, rasanya benda tu habuk kering. Dia terlekap kat tepi lens (mungkin belah dalam) so dia boleh gerak-gerak... Takpun paranormal activities kot...
ha ha ha..
entri yang comel dan kelakar!
saya gelak mengkekek-kekek baca entri ni..
kakakaka!
oh! cantik cik sue berposing ek..
kirim salam kat dia tau..
pssttt: saya suka dapur dia! ceria!! suka.. suka.. suka.. :D
benda yang kau bulat tu, habuk ke kawan seram???
ke ufo??? hoooooooooooooooo
ooo gambar cik sue, ingat kau...
Wahhh... cantiknya rumah baru..
Juga dengan sentuhan Scottish yang menarik hati. Simple tapi menawan.. (menawan..)
Kalau betul benda bulat tu boleh berubah tempat.. Biar je la.. asal dia tak ganggu
salam
enchek azhar
oh ye ke? sori la ye.
hmm habuk kering agaknya la kot. Apa-pa pun kita test malam minggu nanti.
akira-san
gelak ye? suka ye? OK raya nanti datang rumah hahaha. Ye ye salam disampaikan kepada Cik Sue.
pssttt... dapurnya kuning pening. Tapi ok lah tu hehehe
king
aku anggap dia habuk. kalau kawan seram pun, jangan dok nak kacau or mengada-ngada. Siapla tu! hahaha
indera
sebenarnya yang buat terpikat tu memang la rak bukunya. Kiri dan kana. Kami gelak sukahati sebab tu dah chop tempat awal-awal hahaha. Ya ya simple saja dekorasinya.
cuba tanya budak may tu.. dia dulu sempat kawan ngan antu masa dok rumah lama... kekekeke....
atau itu tok moh makeluk alus.
Uiii meriahnya dapur..kalau masak sambal tumis mesti tak melekat kat tiles tu...
kalau boring2 boleh ler main dam aji ngan sue kat dapur...
Lepas ni kalau datang sana takde ler susah nak angkut bag naik lif lagi kan, tapi kalau bag aku berat sah2 kau yg kena bawak...huhu...
Ngapa sue tak posing kat tengah jalan tu betul...hahaha
Mana satu bilik hang? Habuk tu sebenarnya invisible man...wakakaka
misteri ni..hehe
benda bulat tu hapa???
wah ceria sungguh dapurnya.. apsal cik sue je berposing.. cik khairyn bila plak nak posing sama??? ;)
salam
pa'chik
kalau betul la, rumah ni boleh masuk tv hahahaha.oh kena ambik course ngan maymay ni hahaha. Yang makeluk alus tu kang bukan bagi tips, dia buat kawan la plak hahaha
elly
boleh buat dam aji, boleh buat main chess juga hahaha. Tu pun aku yg suruh dia posing laaa. Kami pilih bilik 1. Besar. Nampak taman kecik kat depan. Eh bukanke ko dulu yg kawan dengan invisible man ni??
Apa da banyak naa soklan ko ni.
zwit
hahaha.. kita tungguuuuu. Alah, rasanya tak de apa2 la. cuma rumah tu lama kosong. biasala tu.
maymay
benda bulat tu bukan yu ke? yu tak bulat ke? hehehehe
achik
haha.. kalau tak bilik 1 tu 2 dindingnya biru. Mintak owner cat balik. tak suka hahaha. Yang dapur tu alaa tak sampai hati nak cat hahaha. Tak pe la biar kuning ceria.
habuk jenis aper boleh travel semua bilik nih??ho..ho..ho..ko ingat lagi tak masa kiter tinggal kat apartment tepi LRT tu..mungkin kroni dia ler tu..tapi dah ikut ko berhijrah ke escort-land..(heh..heh..sorry scotland lah)
ceh..curtain kat dapur tu betul betul macam burberry punya design lah.. Tapi kira okay lah tu..depa dok sewakan funished macam tu.. tak yah mengangkut kerusi meja naik lori..
Jangan lupa buat terawih kat rumah baru..bulan ramadhan ni geng geng paranormal kat dah kena ikat..lalala
Benda apa tu? macam misteri je
malam minggu ni kita test ek..ehehhe
(i jadi tukang test!!)
sahih letih erk...kesian die...
p/s:semoag berbahgia dengan rumah baru erk...
bestnye raya kt rumah baru!!
bulat2 ada dlm bilik yg xde pencahayaan cukup. sbb, bln2 pose camni, ada paranormal ke?
selamat menghias rumah dengan ketupat dan pelita! (kalo landlord bg. heheh)
oit semalam aku kasik dua je kan?
ada satu lagi.. tertinggal
sini!sini!!
Ko biar betul.. Rumah ko tu ada poskod tak? Aku takut korang dah masuk TWILIGHT ZONE..nininini waaaaa
alahai Cik Sue dah menjejak kaki ke bumi Scotland rupanya. hai satu2 kawan2 ke bumi asing.....
Post a Comment