Thursday, September 20, 2007

Cerita tubuh badan.

update :
Akan tiada di dunia maya buat beberapa hari disebabkan berpindah rumah. Servis internet akan hanya dipasang pada hari Khamis petang waktu Glasgow. Sekian, terima kasih.

Di suatu malam. Di dalam bilik. Semua ahli bayt berkumpul. Bercerita. Mengenai tubuh badan. Bertukar-tukar pengalaman. Bahagian mana yang terkehel, terseliuh dan ter-patah. Uih! Ganas-ganas rupanya anak-anak dara di 'Awangan' ni. hahahaha

Akuatik :
Aku rasa kalau di x-ray badan aku ni, semua tulang-tulang dah lari dari paksi asal. Jatuh pokok, jatuh motor, jatuh tangga - tak usah ceritalah. Gaya bebas semuanya! Patah kaki, tangan, tulang tongkeng pun ada. Pernah aku kena hempap buah nangka lagi. Aku dah pengsan rasanya tapi kakak-kakak aku kata aku meracau macam orang kena rasuk. Aku mana sedar. Tau-tau aje dah terbaring atas kusyen. Dulu aku pernah jatuh motor, masa keluar pagi-pagi nak beli ikan. Tau-tau aje aku dah terbang macam superman. Tersembam. Nasib baik klinik sebelah kedai jual ikan aje. Keluar dari klinik terus beli ikan. Jalan kaki balik rumah. Doktor ada bagi aku emergency letter suruh bawak pi hospital tapi memandangkan tak ada orang nak hantar aku pi hospital hari tu, aku pi lah esok hari. Doktor tanya aku, aku tau tak apa tu emergency letter? Huh! Lawak.

Cik Sue :
Oh aku pernah patah tulang bahu. Entah macamana jadinya aku pun tak berapa ingat. Yang aku tau masa tu tangan aku dah tak boleh turun dah. Tak pergi hospital, mak aku bawak pergi bomoh tulang aje. Bomoh tu pun urut aku. Dah lah aku ni penggeli, tapi sakit pulak urutan dia. Apa lagi berselang seli ketawa dengan menangis la dibuatnya. Itu cerita patah tulang. Masa kerja aku kan jarang ambil MC cuma bila dah tak tahan jer aku pi klinik bawah tu. Sebabkan satu penyakit ni, aku kira fames jugaklah dikalangan dua doktor kat klinik syarikat tu. Oh awak ke yang sakit sampai tidur kat sick bay hari tu. Aku jawab ya ya.

Cik Mimi :
Ni kaki mi ni kecik sebelah. Ligamen koyak. Masa main netball. Entah landing macamana terus terkehel. Bangun jatuh, bangun jatuh. Pi operate la tapi kaki ni tak kuat sangat sebab jarang 'dikerjakan'. Doktor kata kena masukkan besi. Tapi harga operation tu mau dalam RM10,000. hahaha. Ini belum lagi cerita pasal tulang belakang yang 'melentik' ni. hahahaha.

Aku :
Huh! Kalau aku ni tulang-tulang kat badan ni pun dah tak sesempurna dulu kot. Setiap sendi dah merasa terkehel dah ni. Kalau ikut sejarahnya tulang tangan kiri yang terkehel dulu. Jatuh dari tingkat atas. Mak aku kata 'daulat' dia. Sebab aku nakal sangat. Dia suruh ambil telekung aku buat-buat tak mahu. Siap pakat dengan ayah aku. Last-last masa turun anak tangga tu, aku terpijak telekung tu terus jatuh. Masa jatuh terfikir dalam hati huh! macam ni agaknya superman terbang. Landing je, aku terus bangun. Mamai. Cari katil. Terus pengsan atas katil. Mana aku tau aku pengsan? Sebab aku mula masa jemaah di surau dekat-dekat rumah aku yang baru nak mula rakaat pertama dan aku sedar bila dorang bagi salam. Mula tak nangis tapi nampak aje muka ayah aku yang concern tu aku terus nangis. Huh! Macam Cik Sue juga, aku ni penggeli. Mengurut dengan arwah makcik aku, air mata aku berjejer-jejer sakit sambil mengekek-ngekek ketawa. Pergelangan kaki aku toksah cerita lah, dah berapa kali terseliuh dan terdengkot-dengkot jalan. Yang aku ingat aku pernah terseliuh kaki dan pi klinik Idham kat Melawati. Balik tu bukan terus balik rumah tapi pi shopping complex kat Wangsa Maju. Dengan terdengkot-dengkot. Jari kaki pernah patah sebab terlanggar mesin basuh. Aku biarkan aje, eh! Elok juga. Tapi yang paling kronik bila aku jatuh dan cederakan tulang punggong aku. Huh! 12 hari aku jadi orang Roman.

La ni semua orang dah mengadu sakit-sakit badan. hahaha... tanda dah tue ek?

23 comments:

Anonymous said...

kekekeke....
gila sungguh pengalaman akuatik tuh...
setakat ni.. patah tulang bulum lagi lah...

zwitterion said...

setakat ni penah jatuh basikal, jatuh tangga..terseliuh sikit je..
tak de yg kronik2 pun..:)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Weiii...ni satu rumah punye citer ke? Ngapa tak panggil satu taman tu buat citer pasal patah kaki ke, patah hati ke, patah tulang ke...

Tapi korang tetap tak boleh lawan aku sebab aku bukan penggeli bila di urut...

Kalau dah tak boleh dipegang agaknya camne ler malam pertama korang...wakakaka

achik said...

mak aih.. dasat2 pengalaman.. lawak la yg jatuh motor tp sempat lg beli ikan tu.. hehe..

saya w/p penah eksiden jatuh motor beberapa kali, alhamdulillah la xde patah2..cuma dulu kecik2 penah terkehel tangan jatuh kerusi.. huhu.. slalu ngadu sakit2 badan kat mak mesti mak kata "muda2 blum kawin dah sakit2.." ;p

kingbinjai said...

kalau macam korang semua ni layak dah buat sup tulang ha ha ha

akirasuri said...

ha ha ha.
entri ni buat saya riang ceria.
hahak!

Saya pernah terseliuh? teretak? terpatah? masa main bola sepak.
dalam dengkot-dengkot tu boleh sambung main lagi.
ha ha ha.
dah habis main barulah rasa kaki sakit yang amat.
bengkak bapak besar dekat dua minggu.
tak pergi hospital pun. buat bodoh.
tak pergi mengurut sebab geli geleman. ha ha ha.
akhirnya baek sendiri.
tapi la ni selalu jugalah kaki tu sakit.

erk? tu tanda saya juga dah tua lah.
wakakaka.

DeeN said...

Jatuh?? Patah?? Isk, isk, coobaann

zorrokantoi said...

I stumbled upon your entry while blog hopping. entertaining. congrats. pengalaman saudari mengingatkan kembali kenangan semasa saya bertuguas selama 3 tahun di govan, glasgow in 1992. will drop by at your blog again !

blackpurple @ jowopinter said...

Kurang kalsium tu kot...he he he...

Ofis aku dekat dengan klinik Idham itulah.......

Unknown said...

Aku jatuh bangsal pengering kelapa bapa aku punya...tinggi woh! Nyaris2 ilang nyawa sebab aku jatuh sebelah je dgn pokok kopi yang dah patah...dua inci je sipi kot..kalau tak hmm..Masa aku 19 plak aku terbang cam superman gak dari motor sepupu aku...trajis..sekarang aku slip disc hmmm tak leh lama sangat duduk. That's the story of my life.

khairyn said...

salam

kekekek@kakaka@byk la nama ko guna
akuatik memang champion la malam tu. Habis dia cerita semua orang surrender. Tak leh celen. La ni balik kerja je terus lumur minyak panas satu badan hahaha. Sengal badan gittew!

zwit
hoho anda seorang yang berhati-hati. Dulu takat jatuh basikal tu selalu. Sampai tengok satu longkang ni pun boleh jadi fobia haha

elly
oit! Mana ada buat promosi patah tulang la weh. Dah dok bertenggek kat bilik aku semua pakat ceritalah. Ntah macamaana boleh keluar cerita2 eksiden ni.
Ko memang bukan penggeli. Kalau tak bangchik urut bahu aku hari tu rasanya bahu aku ni pun 'dara' lagi hahahaha

achik
akuatik kata dia orang kampung. Kalau tak luka cedera sampai patah tu mungkin bukan org kampung kot. Sepupu dia pernah terjun sungai kaki dulu terus kena tunggul kayu. tembus. Bapak datang tolong. Tapi kena sedas libas lagi. Sebab dia patut jaga lembu tapi dia pi mandi sungai. aduh! haha.
psst.. akuatik kata lagi - kalau aku tak beli ikan tu, abis orang kat rumah nak makan apa? - hahaha

khairyn said...

king
ish ish ish.. sup tulang mahal kan kan kan?? :)

akira-san
hoho memang lawak bercerita malam tadi. itulah selalunya dah terlalu ghairah main bola la lari sana lari sinilah sampai kaki terseliuh pun buat derk aje. Esok tu bila dah bengkak besar bola golf barulah kelam kabut. hahaha.
kenapa tak pergi urut? Sakit tu bila dah tua terasa balik tau! hoho

nur
memang cobaan2 untuk mematahkan, menyeliuhkan dan menyekehelkan lagi segala tulang2 yang ada.. aduss!

bimmer553
thanx for dropping by. Oh.. ada 3 thn lagi di sini. Mungkin lebih banyak pengalaman lagi yang harus saya tempuhi. Glasgow may've changed a lot since the last time you're here :)

purp
hmm ya ka. Okeh lepas ni kita minum susu lembu banyak2 untuk menguatkan tulang-tulang hahaha.
Oh klinik tu memang klinik panel syarikat dulu. OK next time pergi sana akan kutanya orang2 disitu. Mana opis blackpurple?? hehehe

zura
itu la namanya belum ajal hehehe. Ramai gak yang ada pengalaman jadi superman ni ek?

BaYu SenJa said...

wah.. dahsat cerita srikandi2 kita nie :)

jatuh pernah, terbang pun pernah.. tapi mujur bayu masih belum ada tulang yang patah.. huhu

akirasuri said...

tak tua lagi pun dah sakit-sakit dah kaki tu.
ha ha ha.
kerap yang amat.
dah tua nanti entah apa yang jadi agaknya.
erk? sempat ke jadi orang tua?
wakakaka!

Sastri said...

sas plak dah teralih disc kat tulang belakang ni gara-gara bawak moto... keskeskes...

Azhar Ahmad said...

Hhahahhahaha, tengah bosan-bosan memang keluar cerita macam-macam... hahhahah

faridmw said...

salam..
selamt berpuasa..
bulan dugaan .. bersabarla banyak2

khairyn said...

salam

bayu
ini baru dikatakan srikandi. hahaha. tahan lasak.

akira-san
pi la urut. kata tukang urut, bila urat masuk angin tu yang bisa. terutama time sejuk2 dan hujan.

sastri
ish slip disc sakit kan sas. tu si Zura tu pun slip disc. my dad pun slip disc gak. Hari tu buat treatment kiropraktor kat melaka. 2 kali aje dah boleh jalan tak bertongkat.

azhar
biasala kan. berkumpul ramai-ramai. duduk macam2 gaya. sementara nak tunggu isya'. Gitulah adanya hehehe

farid
ye ye.. dugaan. InsyaAllah

akirasuri said...

oohhh kekaseh gelapku..
aku akan merinduimu..
lama sudah kita tidak berada diawangan kan?
bila lagi ya.. indahnya..

ha ha ha..
saja buat ayat spekulasi..
nanti boleh tambah hits ke blog akak..
hahak!!

ohh!! ya ka?
emmm insya-Allah akan ku bawa kaki kus ini ke tukang urut..
tapi gelilah dipegang-pegang..
hahak!!
ai dara lagi tau :))

13may said...

perghhhh!!! dasat betoi :D

Kemat said...

ganas2 juga kamu semua yer...saper kater orang MElayu lembik...

Sya said...

Salam Ramadhan utk Khairyn yg jauh..

13may said...

hai...
oh hiii!!!