Wednesday, January 09, 2008

Reflect

Dulu, waktu aku mula-mula berjinak-jinak untuk menulis, ada seorang hamba Allah pesan; "Menulislah dari hati bukan dari perasaan." Aku tak faham maksud dia, apa beza antara hati dengan perasaan. Bukan ke perasaan itu memberi nada dalam penulisan dan hati menggerakkan cerita? Dia jawab 'perasaan membentuk peribadi dan hati menjadi batasnya.'

Dia kata lagi, pertembungan antara hati dan perasaan memang selalu mencetuskan konflik dan kalau kita terlalu menggunakan akal saja, konflik itu kadang-kadang tidak akan terurai. Kita akan terlalu memikirkan tentang lojik sehingga kita hilang sentuhan nikmat, juga ada perkara-perkara yang tidak sampai pada akal kita. Huh! Lagilah aku tak faham. Bukankah fungsi akal sepatutnya digunakan untuk membentuk peribadi? Tapi tak boleh salahkan dia... atau aku dalam masalah komunikasi ini sebab kami berlainan warganegara walaupun serumpun.

Akal digunakan untuk berfikir, tapi ada perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan dengan akal saja. Ia harus bersendi pada hati. Dan hati yang ikhlas membentuk peribadi yang tinggi. Kau orang faham tak? Lama juga aku nak faham kata-kata hamba Allah ini. Mungkin sebab aku lebih suka orang berterus-terang jadi kata-kata macam kiasan atau metafora ni, otak aku lambat sikit nak cerna.

Cuma sekarang, selepas bertahun-tahun, baru aku faham apa sebenarnya yang dia ingin sampaikan. Nasihat yang dia beri bukan sekadar untuk membantu aku menjadi penulis/wartawan tetapi juga untuk aku jadi seorang manusia yang selalu cuba memperbaiki peribadinya, iaitu mengawal perasaan. Tidak boleh terlalu marah kerana aku tak mahu jadi pemarah, tidak mahu terlalu merendah diri sebab aku tak mahu berperibadi kurang keyakinan diri. Bukan juga seorang yang sombong atau bongkak atau menjadi penyedih. Dan mungkin juga kalau aku tidak menggunakan hati berteraskan pertimbangan akal, aku mungkin tidak 'hijrah', dan kaku di takuk lama saja, agaknya. Mungkin aku akan terus jadi manusia yang terlalu sarcastic, bitter dan mungkin hanyut dalam ideologi aku sendiri.

Mungkin juga aku tak akan ke sini langsung, melunaskan cita-cita yang tertangguh.

Tak lama lagi , akan masuk waktu maghrib dan kami di bumi thistle dan haggis ini pula akan menyambut Maal Hijrah 1429. Aku akan 'hijrah' lagi. Aku nak menghijrahkan semangat aku. Biar semakin kuat. Supaya aku menjadi manusia yang lebih tahu bezakan mana yang jumud dan mana yang tidak. Semoga aku juga tidak akan tergelincir. InsyaAllah. Juga aku mohon supaya tahun ini, Allah permudahkan segala urusan aku di sini.

Buat kawan-kawan yang kenal aku, aku doakan kau orang semua sentiasa diberkati dan dipermudahkan urusan;

izinni - aku doakan kau selamat melahirkan dan baby kau sihat. Aku dah tahu ada dua perkuburan Islam di Glasgow cuma aku belum pergi lagi ke lokasinya.

cik housemate - akan kuberikan nombor akaun dan nombor pin untuk urusan-urusan pengkebumian nanti ye hahaha - tak mahu diformalin, masuk dalam keranda dan diterbangkan balik ye.. ish! Jauh sangat tu. (Bila nak sampai daaaa?)

cik elly - hati-hati ye. Pujuklah mak baik-baik (my mom gak ek). Kurangkan 'panas' tu. Bukan setakat kita harus faham situasi dia tapi kita juga harus merasa apa yang dia rasakan. Sebab dia sayang kau, dia bertegas macam tu. Apapun, aku tetap mendoakan yang terbaik untuk kau.

cik Zurd - Dari bulan Febuari ek? Lama kau simpan dari aku ye? hehehe aku faham. Semoga Allah permudahkan urusan kewangan kau dan dapat apa yang diidam-idamkan. Aku pun doakan semoga kau dapat yang terbaik dan mudah berbincang dengan mama (mak aku juga tu). Tapi ingat! Aku tetap tak mahu jadi madu kau hahahaha!

cik Zura - Kau belum capai tahap umur tua lagi. Kat sini 60 tahun baru dapat kad warga tua dan dapat naik bas, percuma. Sebelum kau dapat kad tu, kau masih lagi kategori muda hahaha. Selagi masih bernafas, selagi ada nyawa, selagi itu masih ada lagi peluang untuk kita semua. InsyaAllah. Fikir positive!

cik Akuatik - Semoga bergumbira di China dan gumbira makan sotong gedik. Janganla dok malu-malu nak ajak aku teman walaupun aku tau ko suka buat menda sengsorang jer. Kita kan ke dah friend friend. Semoga kau dapat Abang Thornton ye hihihi.

Puan Mona - Aku banyak belajar dari ketabahan kau. Semoga kau terus tabah dan sabar. Semoga kau berjaya tempuh hari-hari mendatang dengan tenang. Aku doakan Haris lekas sembuh, murah rejeki dan dapat berlibur seperti dalam rancangan kau.

Semoga Allah permudahkan urusan kita ye.
Selamat Tahun Baru 1429.

18 comments:

Pa'chik said...

selamat tahun baru lah wei...
pstt.. psttt... dibidi... mana? ekekek...
err... orang tu due bila weh?

Mimiamilia said...

selamat tahun baru osmet.
huwaaa..tatau nak sampai bila.
takperla i nak makan angin dulu di malaya ini sampai kembong perut.

psstt..i dah bubuh description kat setiap caption.eh..u nak i lukis mural kat bilik u ker?ehehehe

akirasuri said...

Huhu..

Salam tahun baru kak! :D
Moga azam ekhem ekhem dipermudahkan..
Insya-Allah :]

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Itulah yang membezakan hati & perasaan..kalau ikutkan hati yg tenang aku akan dapat selesaikannya dengan baik tapi kalau ikutkan perasaan yg gila entah apa ler nasib aku...

Apapun aku anggap itulah cabaran buat aku...bukan ke aku sukakan cabaran? Mungkin dah tertulis aku akan menghadapi dugaan hebat macam ni, kita doakan yang terbaik buat diri kita semua...AMIN.

QUDS REALCLOCKWISE said...

patut la kau gurui aku mcm tu gak...menulis dari hati.......tapi aku tambah ngan perasaan dan perasan skali.....kau apo kabar?

Azhar Ahmad said...

Yeahhhh... InsyaAllah... Apapun, kamu dah berjaya faham, tulisan dari hati, dan perasaan...

Anonymous said...

Salam maal hijrah di Bumi Robbie Burns.

khairyn said...

salam

pa'chik
Selamat tahun baru gak. dia tu due tak lama lagi dah, tapi dok tengah kalut kemas rumah sebab tak mau balik hospital, rumah sepah2. Ko pi la tolong dia hahaha.
DVD??? Amboi, gatal sungguh!! hahahaha Tak moh bagi.

mi
huhuhu.. Akuatik balik tadi. Sebulan la dia x de. Apa ni??? Cepat2 la mai. Tak cukup korum ni hahahaha.
Mural? hmm... kita buat satu rumah nak tak? hehehe

cik akira
ya ya.. semoga azam ahem ahem cik ati pun tercapai sama ek! hehehe

elly
Kadang2 memang kita rasa mereka tak bersikap rasional, tapi ingat satu jer.. dia sayang kita dan kita amatlah sayang dia. Sabar dan ambil langkah satu demi satu. InsyaAllah kalau memang itu takdir kau, lari macamanapun, sorok macamana pun, hendak macamana pun, hasilnya - kau tetap kena redha. Don't worry, I'll be here for you.

MrCucu
Dan dia hanya seorang pencuci di tempat kerja lama. Tapi pengalaman dia memang banyak sebenarnya. Perasaan tu kena jaga juga. Dan kau pun memang perasan! hahahaha. gurau.

enchek azhar
macam kamu juga. Tulis dari hati. Aku suka baca. Kamu jangan mamai lagi ye. hahahaha

mak lang
Tak de Beth ke hari ni? hahaha. Salam maal hijrah juga.

13may said...

Semoga dipermudahkan..

salam maal hijrah ..

Anonymous said...

Salam...

Salam Maal Hijrah 1429H... moga kita semua berhijrah kepada yg lebih baik dari yg sebelumnya, insya Allah.

Tadi berita jam 4.30 ptg, Adun Tenggaroh (MIC) kena tembak mati kat dlm lif kat bangunan MIC JB... canggih ye org skrg...

zorrokantoi said...

tenang rasanya menyambut kedatangan maal hijrah 1429 jika dibandingkan dengan sambutan tahun baru 08. tiada traffic jam, tiada kebisingan dengan ledakan bunga api. dan yang paling BEST, tiada rasa meluak melihat aksi aksi terlentang mat mat rempit . semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda tahun ini.

akuatik said...

aku dah sampai :)

Anonymous said...

Salam

Adun Tenggaroh kena tembak dlm lif ?

Wui Canggih betul orang sekarang..kalau tak suka tembak je.

Spekulasi, spekulasi : Mesti dia ada utang Along.

Anonymous said...

salam maal hijrah :)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Belum terlambat rasanya nak ucap selamat tahun baru 1429H.

Semoga yang baik-baik saja tahun ini ek.

Sastri said...

salam maal hijrah... semoga kita sama2 dapat berhijrah dari takuk lama dan menjadi lebih baik dan matang dalam menempuh kehidupan ini... :D

khairyn said...

Maymay
InsyaAllah
Salam Maal Hijrah

neen
Semoga urusan kita dimudahkan Allah ye. Kalau MCA boleh ada connection dgn triads, tak mustahil MIC dengan geng kan?

bimmer
oh mat rempit. Nak jadi 'usher' Umno tuu. election kan ke tak lama lagi, jadi kena practice dari sekarang la ni. hahaha

akuatik
panas? Tak leh tido? hahahaha

mak lang
Along kalau boleh tak bunuh. Kalau bunuh mana nak dapat duit? hehehe. Seronok spekulasi ek?

khairyn said...

mudin
salam maal hijrah juga. tahniah atas kehadiran Alya

purp
InsyaAllah. Semoga yang baik juga untuk kau. Psstt.. agak2 tahun ni akan ada walimatul urus atas nama kau? hahaha aku doakan yang baik-baik ye.

sas
InsyaAllah. Ahem! uhuk! Alahai terbatuk pula. hahahaha