Friday, April 11, 2008

Buku pula

Well, well, well. Seems that I'm not the only one who is skeptical about the birth of a certain blog. I thought I was just being cocky and riak dan takbur when I posted my two pence (and later deleted it for fear of becoming more riak dan takbur haha). I was talking about hyusof.com. About a mother who sets up a blog to 'clear the air' and the 'misconceptions' about her family. I do symphatise with her for what happened with Sufiah. No mother should be put to such a humiliation like this. May Allah grant her the strength. Anyway, lets talk about the blog. It just saddens me actually that the 'real story' excludes Sufiah. Not even the 'About Us' column has a special snippet about her. I'm not saying that creating a blog and cleaning 'certain air' means you need to start airing all your dirty laundry in public but, at the moment the main concern of public (those who are still adamant that 'all of you' are fellow Malaysians) is about 'clearing' Sufiah. Do we really want to know about the abuse? Well, being a busy body society that we are, the answer is of course. Do we really want to know about why Sufiah ran away? Definitely. Just that the Press back home has no means (monetary?) and the guts to get off their lazy arses to go looking for story. Oh well! An anonymous replied in one blog (malas nak bubuh) that what Suffiah does now is her own choice, what happened to the family is their own private matters. We should not jaga tepi kain orang. In my opinion, when you start a blog, diary, webpage or anything on the Net that is easily accessible to the public; your life, your say, your thoughts are no longer private. How are we the Net-users, the so called individuals in the blogsphere (faveret term lecturer aku) not becoming busybodies? Who love to jaga tepi kain orang? Ah, lets just see how it will end, shall we?
(Just to remind those who are reading, this is my private thoughts on my private blog so please jaga tepi kain masing-masing ya hahahaha)


Kali ni aku nak cerita pasal buku pula. Ingat tak buku War on Truth yang aku beli sikit masa dulu. Aku sudah berjaya menghabiskannya, walaupun ada sedikit buat lompat-lompat katak.

Keistimewaan buku ini mestilah terletak pada penulisnya. Macam Davit Pratt juga, Mackay bertugas di Sunday Herald (Buku ni pun diterbitkan oleh SundayHeraldbooks). Beliau merupakan editor Siasatan dan Hal Ehwal Dalam Negeri -Home Affairs and Investigations editor Di Sunday Herald. Beliau banyak memenangi anugerah kewartawanan sepanjang career beliau di dalam kewartawanan.

Apa yang menarik pada buku ini - Cara penulisan Mackay yang selamba. Penggunaan perkataan yang tidak terlalu formal seolah-olah kita sedang 'bercakap atau berdiskusi' dengan beliau secara terus. Ada juga penggunaan 'hell, bullshits' dan pelbagai lagi bahasa yang sudah pasti tak akan lepas meja editor aku kalau aku yang menulisnya. Bahasa selamba dan sarkatik yang sangat-sangat aku suka.

The War on Truth fokus pada penjajahan dan peperangan di Iraq. Mackay mengasak dua pemimpin terkenal Bush dan Blair yang menjadi mastermind dalam perang di bumi 'Hikayat Seribu Satu Malam' ini. Tapi benarkah mereka saja yang perlu dipersalahkan? Bagaimana dengan kuasa-kuasa besar dunia yang lain?

Mackay mengupas kisah di sebalik peperangan ini dengan teliti. Walaupun bahasanya agak sempoi dan selamba, tetapi fakta yang diberikan adalah tepat dan dari sumber yang boleh di verify (apa dalam bahasa Melayu? ahhhhh!!). Kalau sesiapa yang suka conspiracy theory mungkin akan suka sangat baca buku ini sebab di dalamnya penuh dengan cerita-cerita spy, tapi sebenarnya buku ini BUKAN mengenai conspiracy theory, ia semua adalah fakta kerana Mackay buat research yang mendalam sebelum menghasilkan buku ini.

Menurut Mackay, Saddam merupakan produk negara-negara Barat. Bukan saja Amerika atau UK yang menjual dual-purpose produk yang boleh digunakan untuk membuat bom nuklear atau mesen jantung, bom biologi sarin atau pembunuh rumpai, tetapi juga negara-negara barat yang lain termasuk Jerman dan Perancis (yang konon-kononnya tidak setuju dengan Iraq liberation oleh dua kuasa besar ini) juga jadi pembekal produk ini sejak tahun 1980an lagi. Di UK saja berpuluh-puluh syarikat membekalkan produk yang boleh diubah menjadi bom ini kepada Iraq.

Ketika perang Iraq dan Iran, kuasa Barat terus membekalkan Saddam dengan produk ini walaupun mereka tahu yang Saddam sudah 'alter' produk export mereka menjadi bom untuk digunakan ketika perang saudara itu. Tapi, mereka pejam mata saja sebab mereka memang mahu Saddam menang. Permainan politik dunia memang sangat memualkan. Apatah lagi bila kita tahu semua kuasa barat sebenarnya bergabung tenaga untuk memusnahkan negara-negara Timur Tengah dan menghirup hasil dunianya. Mackay menuduh dunia yang didalangi Amerika sebagai pembunuh terbesar kerana sewaktu sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iraq, beratus ribu rakyat yang terkorban adalah orang tua, wanita dan kanak-kanak. (Lihatlah di tangan anda, ada darah yang terpalit).

Krisis minyak di Amerika memburukkan lagi keadaan. Bukan setakat itu saja, Mackay juga expose tentang krisis bekalan elektrik yang melanda California dan skandal Enron. Ianya semua berasaskan duit. Yang 'menakluk' Iraq juga konco-konco White House. Mereka memusnahkan dan kemudian kononnya cuba membangunkan kembali Iraq dengan menggunakan wang siapa? Wang hasil bumi rakyat Iraq sendiri. Kira 'win-win situation'. Mereka tidak rugi sekupang atau seduit sekalipun. Yang rugi cuma rakyat Iraq.

Antara excerpts yang aku suka

Remember, information is a hand grenade. So, if you see Bush and Blair chuck this book at them for me.

It was at the collapse of the Matrix Churchill case in the autumn of 1992 that led to the setting up of the Scott Inquiry - a wide-ranging investigation into what the Thatcher and Major governments had been up to during the 1980s and early 1990s when it came to arms sales to Saddam. The proceedings kicked off soon afterwards under the eyes of Sir Richard Scott, a rather maverick judge who'd spent his formative years in India and South Africa, and who irritates the hell out of the Tories on every count, including the fact that he cycled to work. That as way too anti-Establishment for the Conservative Party back then.

Germany after all was shown by Iraq to be its biggest arms-trading partner with some 80 companies sending WMD technology to Saddam - including the firm Siemens. It sold medical machines with dual-purpose parts that could be used in nuclear bombs.

Macam biasa, secara keseluruhan memang aku suka buku ini. Sarat dengan fakta hasil penyelidikan yang dijalankan bertahun-tahun. Kewartawan dan penulisan merupakan industri yang sangat berasaskan kredibiliti individu itu sendiri. Tanpa kredibiliti, buku non-fiction seperti ini mudah jatuh pada kategori fiction saja. Setiap fakta yang ditulis haruslah boleh disahkan kembali (yay! dah dapat!). Komen atau pendapat wartawan itu pun harus bersandarkan kepada fakta. No opinion or comment made personally, all conclusions are made based on fact and verified sources.

Lepas ni nak kena cari buku The Comfort of Strangers tulisan Ian McEwan pula dan buku Satanic Verses oleh Salman Rushdie di Goma Library hehehehe.




12 comments:

Pa'chik said...

ntah.. kalau nak jaga.. jangan jaga tepi kain je.. jaga semua sekali.. ekeke...

Azhar Ahmad said...

Nyarislah saya mi speed reader. Panjang gilerr.. Hahahah. Tapi saya mmg suka bc punn. Ilmu nihh... Humm satu je ucapan saya. Bila melangkah ke dunia blog, pastikan anda rela kain ada dijga, jangan lupa pakai underwear cukupla...

Anonymous said...

woit... woit... apsal kamu 'bold'kan Siemens? Kamu nak mengata aku ya? Aku dah blahlah dari company tu... ekekeke :D

khairyn said...

salam

pa'chik
ye betul.. kadang-kadang yang koyak bukan kat tepi jer tapi tu haaa kat atas la kat tengah la hahaha

enchek azhar
wah speed reader. me slow reader, 'dyslexic' la katakan hahahha. Ya ya.. saya pun suka membaca hahaha. Orang lelaki kat sini pakai kilt dan mereka tak pakai underwear ahaks! camno tu?

tok
kakakakkaa.. peringatan kat aku tu. Aku pun guna jenama siemens ni dulu. Tak sangka teknologi yg aku guna tu boleh buat bom nuklear hehehe

akirasuri said...

Hoh! Macam besh jek buku tu..
Nak cariklah buku tu nanti..
Huhu..

Sekarang saya tengah baca buku Israeli Empire Collapses In 2022..
Buku ni pun menarik gak..

zwitterion said...

hai khairyn..
buku tu mcm best..akhirnya jumpa jugak perkataan verify tu apa..:)

Anonymous said...

Hello, you should comment about Sufiah in her mum's blog. It's a good point of view. Not just to write in your blog. Let her know what you want to know.

Anonymous said...

yup,
i've read the blog and it's all about how successful was the method the mother used, how the father came and start the abuses and bla bla bla ...
as if sufiah bukan sebahagian dari keluarga tu .. betui2 kena tendang kiranya ... patut pun sufiah jadi bengong.
pastu nak promote the method to those yang interested pulakk .. (errr termasuk aku! hahahaha) biasala badak air kan kan kan ...

makin parah ko ni .. obsess dengan war sekarang. heheheh ... nak alih perhatian dari 'perang' lain la tu. ekkekeke ...

btw .. apa khabar abang salim? apa perkembangan?

DeeN said...

Wow! Cakap akak komen buat daku teringin nak membaca.tp bukan skang. Karang silap jwb soalan plak HaHaHa!!

Tp pergolakan / krisis yg berlaku skang nih , bermula daripada konspirasi. Huhu .. itu pendapat 2 sen dakulah. :)

DeeN said...

*Huh! Camner lak leh silap taip neh?
*cakap [x]
*cara [/]

Isk, Isk, Isk..!!

kingbinjai said...

macam menarik je buku tu hehehehe

khairyn said...

ati

Israeli Empire Collapses In 2022..
Hoh! Macam besh jek buku tu..
Nak cariklah buku tu nanti..
Huhu..hik hik hik

zwit
saya memang tunggang langgang. Kalau menulis dlm BI pk dlm BM cam tu lah sebaliknya. :)

anon
I don't think so. It's confirms my speculations.

izinni
tak salahkan aku riak dan takbur? hahahaha. Aku dah tulis sebenarnya apa yg aku suspek kan, tapi aku dah padam sebab tulisan aku tuuu.. menyombong gila hihihi.
The thing is, budak kalau dilatih tubi dari kecik mestilah boleh jadi terer. That's not genius its trained. Bagi kami, genius adalah orang yg punya both IQ and EQ yg tinggi and for me those with higher EQ will success.
Erk aku pun rasa aku tengah obses dgn war. Tapi best!
'Perang' tu? huh! aku rasa macam nak lancarkan scud missle jer hahahaha

nur
hahaha.. salah taip ek? Nak exam la katakan. Sebenarnya kebanyakan fakta tu kita dah tahu tapi bila baca balik, rasa seronok sebab penulis beritahu macamana dia dptkan fakta2 tu.
The world know but the world didnt do anything, huh!
Semua ni berlandaskan duit dan kuasa jer.

King
err.. ada maksud ka? tak de yg murahlah king. hahahaha. btw, buku ni memang best!