Tuesday, March 27, 2007

Bertinggung.

sumber : http://www.bobstaake.com/Images/mg_humpty.gif

Humpty Dumpty sat on a wall,
Humpty Dumpty had a great fall.
All the King's horses, and all the King's men,
Couldn't put Humpty together again.

Saya kembali bertinggung.
Atas pagar itu.
Tunggu lagi
Bila masa akan jatuh...

Saya selesai temuduga SLAB. Keputusan paling cepat diterima. Tak sampai 10 minit.
Permohonan anda ditolak.
hahahahaha
'Saya dah agak dah!'

Bukankah Allah itu maha mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Dan dia juga tahu apa yang tersirat di dalam hati hambanya. Saya. Tak yakin untuk terima bantuan kerajaan Malaysia. Saya. Tidak ada semangat patriotik langsung. Saya. Kembali merajuk.

Saya sebenarnya malas untuk bercerita tentang politik. Terlalu banyak kotor dari bersihnya. Terlalu banyak telunjuk lurus dengan kelengkeng yang bertaut-taut di antara satu sama lain. Muak. Lagipun Puan Izinni pun sudah puas pelik dengan orang-orang di Tanah Malaya, Cik Akira yang separuh cina dan separuh jawa juga sakit hati dengan peniaga-peniaga Melayu. Belum lagi si Ainee yang tak faham dengan sistem pembelajaran di tanah air, bak menggapai bintang di langit lagaknya. Pa'chik juga puas bercerita tentang politik dan Islam. Tapi kali ini biarlah saya bercerita.

Orang Melayu (Hadhari? Glokal? apa-apa sajalah) terlalu memandang tinggi pada peraturan. Wah! Bukankah kita ada undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan, sudah semetinya undang-undang dan peraturan-peraturan ini diikut dan diguna pakai. Setiap urusan haruslah mengikut prosedur dan protokol yang ditetapkan. Setiap orang kenamaan atau berpangkat tinggi haruslah mengikut panggilan pangkat mereka seperti Dato' atau Puan sebagai tanda hormat. (Wah! Polis juga sudah tidak layak dipanggil tuan). Jadi, kerana mengikut mejoriti, saya turut memanggil 'mereka' dengan gelaran-gelaran selayaknya ini. Walaupun dalam hati terasa ingin saja memanggil 'kak', 'encik' 'pakcik (tiada kena mengena dengan kamu, Pa'chik), tok dan sebagainya.

Temuduga dilakukan di Ramada Jarvis Hotel di jalan Ingram tidak jauh dari Dataran George. Orang-orang berpangkat ini datangnya dari London. Menaiki pesawat. Menyewa bilik mesyuarat Miller di tingkat 6, khusus untuk proses temuduga. Ramai juga pelajar-pelajar Malaysia yang hadir. Majoriti dari Glasgow tapi ada juga pasangan yang tiba dari Sterling.

Tiba giliran saya, terus dipanggil masuk ke dalam bilik mesyuarat. Mereka mengucapkan salam pada saya. Dipersilakan duduk mengadap empat ahli panel. Sesi soal jawab bermula. Selalunya saya yang bertanya, tapi kali ini saya pula yang ditanya. Agak seronok mereka kerana jurusan yang saya ambil berlainan dari yang lain-lain. Saya bukan pelajar kejuruteraan, perubatan, farmasi atau sains komputer.

Datuk A : Wah! Ambil jurusan persuratkhabaran.
Saya : Begitulah.
Datuk A : Apa 'first degree' anda?
Saya : Inilah 'first degree' saya. Sebelum ni saya bekerja.
Datuk B : Di mana?
Saya : Suratkhabar Kerajaan.
Datuk B : Kenapa berhenti.
Saya : Sebab sudah tiba masanya saya kembali belajar.
Datuk C : Siapa biaya belajar?
Saya : Sendiri.
Datuk C : Wah! Kayanya.
Saya : Sudah kerja 11 tahun, pasti ada sedikit simpanan.
Datuk C : Selesai belajar bolehlah kembali kerja di Suratkhabar Kerajaan.
Saya : *sengih*
Datuk A : Kenapa tidak teruskan bekerja di Suratkhabar Kerajaan tersebut?
Saya : Saya mahu mencari peluang-peluang lain dan mungkin sebagai pensyarah dan pengelaman yang ada, saya dapat membantu generasi akan datang yang minat dengan persuratkhabaran.
Datuk B : Ya pengalaman awak sangat penting kalau mahu jadi pensyarah. Tapi... awak sudah lebih had umur.
Datuk C : Beginilah. Kami tidak dapat meluluskan permohonan awak kerana faktor usia. Untuk SLAB, awak harus berusia 30 tahun ke bawah. Sekarang, bila awak selesai 'first degree' umur awak sudah 34 atau 35 tahun. Lagipun awak tidak mempunyai 'first degree'. Saya sebenarnya 'admire' orang macam awak ni, berani datang ke sini untuk melanjutkan pelajaran. Tapi macam saya kata tadilah, faktor usia menghalang.
Saya : *sengih* dan *mentol di kepala tiba-tiba menyala*. Oh kalau begitu tidak mengapalah. Lagipun saya cuba-cuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Datuk C : Dari cara awak menjawab soalan kami ini, saya percaya awak boleh jadi pensyarah yang berwibawa. Betul saya kata, saya 'admire' pelajar-pelajar Melayu macam awak ni. Nanti saya ingat, balik Malaysia saya mahu menulis tentang semangat bangsa Melayu yang sanggup bersusah payah mencari peluang belajar di negara orang seperti awak ni.
Saya : *Sengih semakin lebar* *Mentol semakin terang.*
Datuk C : Beginilah, cuba awak tulis surat pada Dato Mokhtar (*Wah, saya semakin silau dengan lampu yang menyala lebih 100 watt kuatnya*). Dia suka bantu pelajar-pelajar yang bersemangat seperti awak.
Saya : Ya saya faham. Sebabkan faktor usia, saya tidak dapat bantuan SLAB ni. Tak apa. Iya. 'Maybe you're afraid that I'll drop dead on a busy street in Glasgow because of old age?'
Mereka : *Ketawa ramai-ramai.*

Lawak kah?

Rosie mempunyai masalah yang sama seperti saya. Dia pernah mengadu yang dia tidak dapat bantuan kewangan belajar di universiti hanya kerana umurnya sudah melebihi 50 tahun. LIMA PULUH TAHUN. Kerajaan British hanya beri bantuan untuk pelajar-pelajar belajar di universiti sehingga usia 45 tahun. EMPAT PULUH LIMA TAHUN. Rosie sedang cuba mendapatkan khidmat peguam untuk melawan kesnya menentang kerajaan. Menurut Rosie, beliau didikriminasi kerana mereka yang belajar kejururawatan masih boleh menerima bantuan kewangan walaupun belajar ketika usia 50 tahun.

Saya?
Saya bukan anak menteri. Bukan juga anak buah menteri. Di awalan nama ayahanda saya tidak ada Datuk, Tan Sri, Tun ataupun YB. Hanya gelaran Haji yang itupun ayahanda saya segan-segan mahu mengaku. Agaknya kalau ayahanda saya ada gelaran Datuk, saya senang-senang saja menerima skim latihan akademik untuk bumiputera. Rasanya akronim SLAB tu tak bersesuaian. Guna sajalah SLAP, coz for me it's like a slap on the face.

Tapi tak mengapalah. Saya pun bukan bumiputera sepenuhnya. Darah saya mengalir dari seberang. Seberang Selat dan seberang tambak. Mungkin sebab itulah juga saya tak layak. Lagipun waktu masih ber'uniform' putih biru dulu pun bantuan buku sekolah sangatlah terhad. Saya juga bayar yuran sekolah dan yuran periksa. Wah! Memang sejak dari kecil saya tidak mendapat bantuan kerajaan secara total untuk belajar.

Nampak gaya saya akan terus menghayun batang mop selagi kudrat mengizinkan. Dan ingatlah wahai tuan-tuan penemuduga sekalian, kerana Allah itu berkuasa dan atas izinNya sekiranya semangat saya tak luntur, saya akan pastikan saya tidak menjadi antara 60,000 graduan-graduan penganggur di Malaysia. Juga, saya tak akan ikut saranan cik Menteri Sasa untuk memandang ke Asean kerana pandangan saya lebih jauh dari cik. Saya lihat globalisasi. Mungkin ke tempat di mana orang Islam Melayu belum tiba lagi. Tapi saya janji, saya tak akan tanam Al-Quran. Malah dengan izinNya, saya akan junjung isi kandungannya sehingga akhirnya. InsyaAllah.

oooh... jangan salah sangka, ini bukan entri marah. Saya biasa saja. Masih boleh tersenyum. Cuma saya cuak saja, orang Malaysia yang majoritinya mempunyai nama Islam kalau mahu bantuan belajar kena ada had umur, tapi di negara-negara yang majoriti mempunyai nama bukan Islam had umur bantuan belajar ditingkatkan atau di setengah-setengahnya, tiada had langsung.

p/s : Bayu, kamu mengetag saya ye? Tunggu ye. InsyaAllah saya lunaskan 'hutang' tersebut.

24 comments:

akirasuri said...

salam.

saya suka entri ni. ha ha ha. serius. lontaran yang mendalam untuk menjana satu aspirasi dalam otak saya. mentol saya pun menyala lebih terang ni. ha ha ha.

kak khairyn! berusahalah. tanpa mereka mereka itu, kita boleh berjaya. yeay!

khairyn said...

salam akira,

saya sebenarnya sarcastic. Tapi saya bercita2 mahu menjadi seorang insan yang 'baek' seperti kamu. hehehe.

Yep! InsyaAllah, saya mahu jadi 'Melayu' yang tidak bergantung pada kerajaan. Bukan berdiri bersandar atau bertongkat.

Saya azam bila kudrat saya sangat2 diperlukan di tanah Malaya, saya mahu 'jual mahal'(ada maksud ni!). Boleh? hahahaha

Pa'chik said...

oit, nanti ko mintak ic lain, buat umur muda sikit. Kalau untuk pilipin mereka buleh kasik ic, takkan tak leh kot.

Err.. cerita kamu nak seberang pagar hari tu kan, dan masih jugak kena tolak.

Ni cerita OKU-OKU kat sini, yang memang keris telanjang sentiasa tergenggam erat, satu hari tu, mereka dipanggel mengadap seseorang, kononnya nak bagi bantuan. Maka pergi la mereka,si buta datangnya berpimpin, si capik ya bertongkat, si pekak bertanya-tanyaan, si pendek, ya mungkin naik motor,
ada juga yang buking teksi sapu, hutang dulu, lepas dapat duit bantuan tu, bayar.

Bila sampai ke tempat yang dituju, mula-mula, mesti la kena dengar ceramah dulu, lepas abih ceramah, mereka ni cuma dibanci saja. Takde pun bantuan tu. Maka pulanglah mereka semua tu dengan hampa.

Tak taulah, samada keris telanjang ditangan itu, masih erat digenggam, atau sudah mula longgar genggamnya.

Iman Mawaddah said...

Kadang2 gimik sahaja untuk mengaburi mata umum. Sekadar satu formality jangan nampak sangat tak buat. Walhal senarai penerimanya telah tersedia. Alasan menolak yang mudah selain lebih had umur..ialah kuota tak cukup. Ada yang lebih sesuai..pirahhhhhh!!!..kalau macam ini baik tak payah buat interview..perabiskan duit je.

izinni said...

Datuk C : Wah! Kayanya.

Apsal ko sengih? kalau aku dengan senyum simpul manis masam masin aku akan jawab, "Alhamdulillah .. tapi masih tidak sekaya 'tuan-tuan' semua."

InsyaAllah rezeki hang bukan kat situ. Allah ada reserve something untuk hang.

errr tinggung tu bebaik ya .. jangan terlelap nanti jatuh.

BaYu SenJa said...

kali ni saya setuju dengan akira :)
saya suka entri khairyn kali ni. benar-benar suka.....

kalau pelajar agama.. rata-rata yang saya kenal, zakat menjadi masalah. Bantuan lain payah nak diberi, zakat pula banyak songeh nak luluskan...

mujur bayu anak kedah..
terimakasih Pejabat Zakat Kedah :)

zwitterion said...

teruskan berusaha.InsyaAllah akan dipermudahkan

izinni said...

errr fren,
datuk mokhtar tu .. datuk mokhtar hang tu ka? hehehe

INDERA KENCANA said...

Hmmm.... aduuhhh. Beginilah penanggungan yang mesti kita hadapi sekiranya kita bukan siapa-siapa.

Semoga Allah melorongkan kelapangan rezeki buat khairyn. Doa saya moga sentiasa sejahtera di sana.

Saya amat simpati...

akirasuri said...

kak khairyn..
ha ha ha saya juga ada orang gelar budak sarcastic..hahak.. mungkinlah juga saya ni sarcastic..baek tak juga?nakal dalam diam tu!ha ha ha tu yang bahaya :))

jual mahal dengan malaya. bisa aja. jual murah kita dipijak-pijak. jual mahal, baru saham naik kak.

13may said...

hgpa nak jual saham apa plak nih???

hahha...:P

Miss Aini said...

huhuh, pelik. mature student di sini diberikan penghormatan. kata nak aplikasi 'lifelong learning'. k-economy la. seriyes kak, di msia mata saya tak celik lagi bertahi mata. ditutup oleh langsir yang kononnya mahu memanjakan. sabar kak. percaya kpd rezeki Allah. mungkin itu yang terbaik untuk kakak.

PS: gelakkan mereka kerana mereka tak menghayati makna surah al-alaq. biar mereka jawab sendiri dengan tuhan tatkala di padang mahsyar kelak.

Anonymous said...

sis, u still a great writer huh, always a great writer till forever. diskriminasi? well sis, apa yang akak cakap i've been done that! sakit kak, pedih, mereka rasa gagah kerana kuasa, tapi mereka lupa ada yang lebih BERKUASA! ADIkmu ini still hope datu hari masaku akan tiba jua (tetiba luahan hati)

Anonymous said...

Harny, inilah namanya Islam Hahdari, Melayu Glokal dan entah apa lagi gelaran dan perkataan baru yang akan aku dengar ketika Perhimpunan Agung Umno kelak.

Cerita kau ini mengingatkan aku kepada cerita rakan sepersekolahan ku ketika di EC dan kemudian di USM.

Kawan ku ini mengikuti kursus Sarjana Muda Terjemahan dan Intepretasi. Suatu hari dengan muka hampa dia singgah ke bilik ku di Desa Indah saja bertanya khabar.

Kawan ku ini walaupun orang Johor membesar di Negeri Sembilan. Lantas tidaklah dia mengikuti pendidikan sekolah agama seperti yang mahsyur di Johor itu.

Tapi jangan marah, tandatangannya dalam jawi, malah dia lagi laju membaca jawi dari pegawai temuduganya.

Nak jadi cerita, pegawai membelek-belek sijil2 persekolahannya, tidak ternampak sijil persekolahan agama di Johor.

DIa ditanya kenapa tidak ada, jawab la kawan ku itu, ida memang tidak pernah masuk sekolah agama di Johor.

Tau apa kata pegawai penemuduga, "awak tak layak memohon biasiswa Yayasan Johor sebab hanya anak Johor yang masuk sekolah agama dan lulus sekurang-kurangnya darjah 5 sekolah agama saja yang boleh pohon"

ha macam mana tu? Setahu aku yang lulus sampai darjah 5 selalunya sambung sampai darjah 6 dan kemudian darjah Khas dua tahun sebelum masuk uni di Mesir dan Jordan.

Kan ke undang-undang dunia ni ciptaan manusia. Kalau anak pegawai tinggi kerajaan yang kaya raya boleh dibenar menuntut di uni luar negara DENGAN ditanggung kerajaan, apalah sangat anak bekas tentera seperti kawan saya ditanggung.

Kata nak jadikan orang Malaysia ni bijak laksana, tapi bila tiba part bantuan liat. Bagi kat orang yang ambik kursus tak berdaya saing dan yang tak ada potensi.

Lepas tu tak pulak digalakkan orang Melayu ni buka dana pelajaran untuk anak2 macam bangsa lain.

Aku ingat dan berazam, esok kalau aku sudah nikah dengan teman lelaki mamak ku itu (mak aku tak suka, malangnya waaaaaaaaa) bila mengandung je nak buka satu dana untuk anak. Manalah tau kalau nyawa tak panjang, anak yang ditinggal boleh hidup dengan wang yang disimpan.

Pa'chik said...

oit, tak penat ke lama-lama bertinggung ni.. krem kaki tu kang.

ZaKiN said...

uiksss.. letih membaca.. panjang entri nih..hahahha.. mau tido dululah.. uiksss :p

Anonymous said...

hi harny..

from your entry, i know its not exactly a good time but could u pls check on mona.. she's not in good shape emotionally.. haris is back in the ward and his condition has worsened... maybe some words of strength would do her some good now.. take care..

nelson.

blackpurple @ jowopinter said...

Sinikal dan sarkastik, suka....! Serius, saya suka....

khairyn said...

salam,

pa'chik.
saya tak suka tipu. Dah tua pun. Nak seberang pagar ni, kena mintak izin dulu dari kawan-kawan. heh?

iman,
saja-saja test market. Rupanya tak laku juga hehe.

king,
well, yes!

izinni,
aku harap rezeki aku tidak ditarik Allah dengan sekelip mata. Aku ingatkan diri supaya sentiasa bersyukur. InsyaAllah. Minta Nisa doakan untuk untie nya ni ek?

bayu,
syukur alhamdulillah.

zwitt,
InsyaAllah. Saya perlu usaha dengan cara saya sendiri.

khairyn said...

izinni,
sebenarnya tan sri mokhtar yang pemes tu.

akira,
izinni dah muak tengok muka sarcastic saya. Dah jadi trademark hehe

May,
aaaa... jual saham, nak beli?

one da diva,
your time will come. InsyaAllah. Never give up my friend. You're a good writer too. Kalau tak takkan lah Bernama ambil u kerja kan?? hehe good luck!!

diva,
kita bukan kroni. Kita rakyat marhaen yang sentiasa dipijak. jangan dok diam aje. Lawan. Aku dah mula nak siapkan dana yuran sekolah untuk anak2 buah aku. So, bila masa mereka tiba nak teruskan belajar, mereka tak perlu susah payah melutut menadah tangan. Siapa kata Malaysia ada dana untuk bumiputera?
Bumiputera terpilih yang bapa masing2 gantung kot rega ribu riban kat rumah yang dapat dana. Untuk ibu bapa yang gantung baju masam kerja pagi petang siang malam, dana apa yang mereka dapat untuk anak2 sambung pelajaran?
Sibuk kempen belajar di uni tempatan sedangkan anak2 mereka belajar di luar negara sejak umur 5 tahun lagi. Amacam??

Pa'chik
saya bertinggung dan terus meneropong. hehehe

maniq
tidurlah wahai permaisuri. Jangan tidoq lebih nanti pening hehehe

khairyn said...

salam nelson,

thanks for dropping by. I should've check on her more often. I was bogged down with work and studies these past few weeks. Thanks for reminding me.
I've talked to her just now and yes, she sounded down. She's alone at the moment and i guess that's why she was a bit depressed. I've promised to call her regularly. I pray that Allah bless her with strength, emotionally and physically.

Thanks once again, nelson. I really appreciate it. just drop me an email whenever you can. If you plan to visit her and haris sometime soon, just send my regards to them ya. thanks again.

khairyn said...

Purp.

saya kena belajar kurangkan sinikal dan sarkastik ni. tak baik untuk pembangunan jiwa ;)

-our- said...

diskiminasi & syarat dan macam2.. kadang2 malah selalunya saya bosan dengan pelbagai peraturan yang pada saya byk membuang masa. kalau khairyn ada baca diblog saya, nak tahu, urusan dgn public authority itu masih belum selesai. letih kaki melangkah, tgn menulis dan otak berpikir.. tapi bila bos kita pergi entah jampi apa yang dibaca, "oh ok, takde masalah akan dikeluarkan kebenaran bla bla bla" kemudian berbisik2 dengan geng2nya,tntu ada kata bos yg x saya ketahui namun dapat saya teka. saya panas hati dan bengang. ye, saya adalah antara penerima scholar dari form 1 hingga form 5 serta di UTM mungkin kerana itu saya tak terasa pedihnya untuk belajar (dan mungkin sebab masa tu saya muda lagi hehehehe). Namun, peraturan yang terkadang tidak munasabah ini saya banyak hadapi ketika kerja.. mereka sering kata yang kecil perlu membesar tapi hakikatnya mereka lebih membantu yang besar beranak pinak.kompeni bos dah macam kompeni sendiri sebab tu saya selalu rasa kesukaran, ranjau yang perlu kami lalu terlalu pedih. (adakah bonus saya akan kurang...isk isk isk)

Anonymous said...

aduhai entah lah kawanku. aku cuma boleh bersyukurlah aku dapatlah merasa pinjaman JPA kala aku belajar dulu. Sudah pun aku habis membayarnya. Tapi budak2 sekaranglah yang perit, PTPTN tu bayarnya siap interest. Kalau kau sudah bekerja tak pe la, kalau masih menganggur atau terpaksa kerja part-time kat 7E apa yang nak dibayar.

Cerita pasal belajar di Uni tempatan, tapi pelajar cerdik kita dihantar belajar ke negara orang. Apa dah tak cukup ke kepakaran anak tempatan mendidik pelajar Uni kita?

Apa kodi sangat ke uni tempatan ni sampai nak kena pilih uni di negara penjajah kita?

Lain lah kalau benda yang nak dipelajari tu memang tiada di negara ini, faham lah juga. Ini tidak, kolej perubatan ada, USM, UiTM, UM, UKM, UPM sabit IMU pun ada, tapi mungkin tidak setanding negara asing.

Jadi sekarang adakah kita nak kata, doktor keluaran USM,UKM dan UM tu tak de kelas lah?