Wednesday, June 20, 2007

Benjol

Hari Sabtu lepas kepala terhantuk pintu cabinet atas. Kuat. Benjol. Sampai sekarang tak surut-surut. Hilang mood nak buat apa-apa kecuali pergi tengok wayang Pirates of the Carribean.


Malam tadi Mimi saran tengok video ni. Jadi, ingat nak kongsi sama-sama. Ada kena mengena dengan Islam Had dan Hari yang 'Orang-orang Kaya' kat Tanah Malaya dok sibuk-sibuk canang tapi tak paham satu apa pun.


Amaran : video ni selama 1 jam 42 minit.
Tajuk : When the Moors Ruled in Europe.


Tontonlah kalau ada masa dan fikirkanlah.

1. Sejarah dan fakta-fakta yang disembunyikan.
2. Kelemahan pemerintah yang terlalu taksub untuk mencipta masyarakat bertamaddun (civilised society) yang pentingkan nilai estetika seperti budaya, puisi, senibina sehingga teralpa tentang keselamatan dan mempertahankan diri.
3. Tidak bersatu-padu.

'you cry like a woman for the city you could not defend like a man' - Aisha to his son Abu Abdullah, the last ruler of Granada city-state.

20 comments:

Pa'chik said...

cerita apa weh?

Pa'chik said...

sudah baca berita ini??

khairyn said...

Dah.

Tahu sejak sebelum datang ke sini lagi. Badan dia makin kurus. Abang Karim ni baik, tak macam senior2 yg lain. Dia tak lokek ilmu. Didoakan semoga ada penawar untuk penyakitnya.

documentary pasal Al-Andalus. Kebangkitan dan kejatuhan. Tengoklah kalau ada masa.

khairyn said...

Tambahan,

sejarah al-andalus disembunyikan by spanish nationalists. Depa kata akhirnya andalus kembali pada yang hak - Kristian.

ironicnya both isabella and ferdinand ditanam kat dalam istana granada dikelilingi dengan tulisan - La Ila ha Ilallah.

Pa'chik said...

aku nak tau tajuk.. mana tau buleh dimuat turun...

kalau nak tengok kat sini... haha.. ko ingat koneksyen internet melaya ni laju sangat.. muvie sejam pat puluh dua menet tu.. mau tiga tahu baru abes tengok kot.. haha...

khairyn said...

aisey. video tu pun ambil kat link google ni.

http://video.google.com/videoplay?docid=-768956312207897325

kingbinjai said...

tuam dahi tu insyaAllah surut nanti

khairyn said...

King,

dah letak ais masa kena hari tu. Tu je yang tercapai tangan. Ada sikit lagi belum surut hahaha...

Saya memang accident-prone.

nUr@dDeEn said...

Cuba pukul balik cabinet tuh, biasa neh dia..makan dahi orang :D.
Hati-hati len kali ek. Take care [chewah, bersupan santun plak]

Islam Had dan Hari.. hmm.. kreatif sungguh he he he

blackpurple said...

Kalau sampai benjol, serius tu.. :D

1 jam 42 minit. Kena tunggu malam sikitlah baru senang nak tengok :)

zurd said...

Hilang mood sebab benjol kepala? alasan jer tu.... hehehhe tau sangat ko tuh.
Dibah's birthday... dah lapan tahun dah dia. Sekejap sangat masa berlalu rasanya. Dulu dia pemalu sangat dengan orang yg dia tak kenal masa kecik2. Last jumpa dia few months back dah jadi anak dara dah.
Pirates Of Carribean 3.. heheh jangan jeles kami bertiga (su, elly n myself) p tengok last Sunday lepas makan nasi lemak kat Sentul. 3 jam dlm panggung, 4 kali elly ke toliet.. hehehe knowing her. Tapi sempat tido lagi masa scene lain except scene Jack Sparrow. Camno tuh?
Errkss.. sori.. mcm tulih blog la plak kat blog orang nih.. muahahahhah. Take care.

khairyn said...

salam

nur,
dah babab dia dah. Pintu cabinet dan pintu2 yang lain except toilet and pintu luar kat rumah ni memang x de kunci. Main tolak je. Tu bila kena tiup angin terbukak. Gedegang la sebab x sedar.

Purp,
aisey, lupalah mesian internet connection lembab macam siput.

zurd,
betullah tak de mood. Sakit laa.. ni pun ada benjol sket lagi neh. Pirates 3 tak sebest pirate 2 tapi okayla. Wayang tak penuh time we all gi tengok hari tu. £4 for students hehehe.

Yep, Dibah dah besar dah. Manja dia masih tak hilang.. Yang paling lembut antara anak2 kakak aku. Tu yang soft spot sket kat dia tuh. Syyyy... Jangan bagi tau kang ada yang jealous hahaha

akirasuri said...

uh!
akhirnya berjaya jugak menghabiskan video ni :))

ha ha ha. hampir terturu nonton :p tapi besh :D

emmm. banyak yang disembunyikan. banyak yang harus dipelajari dari semua tu!sungguh!

pssstt: kepala masin benjol lagi ke? suruh dato' serai dr sood jalok ambong sitik, mesti surut punya :))

*larikkkk!!!

izinni said...

cheh! alasan kepala benjol terus takde mood. hehehhehe ...

ingat lagi tak hang sms aku dulu cerita pasal kat satu rancangan travel kat astro .. whereby the cook cerita, orang kristian ajak orang islam makan2. so nak tau islam ke tak, depa sengaja served babi. kalau tak makan, sah muslim .. terus bunuh. your comment was .. sebab tu orang spain suka makan babi! heheheh .. i still keep that particular sms :)

Sekarang ni orang2 kaya tu gi mana2 je sibuk islam had dan hari tu . sampai bawak ke russia bagai .. padahal krisis kat middle east makin meruncing .. komen yang dia bagi sungguh ada had dan hari.

BaYu SenJa said...

memang teringin benar nak ikuti cerita ni.. tapi sekarang masih belum ada masa nak lepak kat dpn kompter ni lama2... alahai

hm, minat gak ke cerita 'lanun karibean' tu?! hehe..bayu memang suka pun :)

Pa'chik said...

benjol tu tak surut lagi ye?

kalau dah surut nanti.. update blog ni ye...

Pa'chik said...

oit oit..
berjaya jugak aku tengok sampai abes... haha...

tapi kan.. pasal sejarah dan fakta² yang disembunyikan tu...

ko tak yah gi jauh.. tu sejarah 600-1200 tahun dulu... ni.. sejarah tak sampai 100 tahun, ada lagi yang masih hidup.. pun buleh diputarbelit lagi.. haha...

khairyn said...

salam

bayu,
cerita lanun tu walaupun light, pening gak kepala nak paham hahaha

pa'chik
dah update

pa'chik lagi
hahaha betul. Sejarah ditulis oleh nasionalists! Tu sebab aku tak ambik pelajaran sejarah kat sekolah dulu. Tak leh nak percaya.

So'od said...

oh smlm sy tgk sampai sejam lebih..
pastu dia sangkut2.. hilang berahi..
hahah..
akan disambung di kesempatan lain insyaAllah.. sgt menarik dan informatif.. rugi kalau x tgk..

Pa'chik said...

aku amek sejarah dulu.. pasal che'gu nya cantik amat.. che'gu sindiran...