Monday, June 04, 2007

Cerita 2

(Alihbahasa rojak)

SABTU

Chorus : Alamak! Mesin dishwasher rosak!

Natalie : Kena basuh tangan semua cawan-cawan ni.

Saya : Banyak woooo. Tray saya penuh.

Mimi : hahahaha

Linda : Teruklah macam ni. Kena bagitau Tommy (supervisor).

Wan : hahahaha (tak de suara. Sakit tekak)

Berkelentung-kelentang tolak tray masuk 'ketchen' yang baru sebulan beroperasi. Letak semua cawan dalam sinki tunggu Natalie basuh satu persatu. Jenuh. Kemudian, Linda dan Natalie pergi telefon Tommy beritahu pasal mesin dishwasher yang rosak. Satu hari suntuk masa Natalie dihabiskan dengan membasuh cawan-cawan secara manual. Saya tolong juga, sebab ward saya yang paling hampir dengan 'ketchen' ni.

Tommy tiba menge-check mesin yang rosak. Tekan sana tekan sini. Berlutut di bawah sinki. Cari punat air panas. Bunyi mesin macam orang semput. Tak cukup nafas.

Tommy : Tekanan air panas tak cukup kuat kot.

Wan : Valve rosak ke?

Tommy : (dari bawah sinki) mungkin. Tak apa, saya akan panggil juruteknik betulkan.

Kami (chorus... lagi) : waaah... teruk rosaknya ni. Serius. Mesin second-hand ke?

Petang itu basuh cawan-cawan secara manual lagi.


AHAD

Chorus
Waaahhhhhh! Rosak lagi!!!

Linda : Juruteknik tak betulkan lagi ke?

Saya : Cawan-cawan kotor saya berganda banyaknya ni!

Mimi : hahahahaha (dah tak tau nak cakap apa lagi la tu)

Wan : hahahaha (tak ada suara lagi)

Natalie tak sampai lagi.
Ada tiga sinki besar dalam 'ketchen' tu. Linda dan Mimi kongsi satu sinki manakala saya dan Wan ambil dua sinki di bahagian belakang. Tuang sabun basuh. Berbuih-buih. Rendam cawan-cawan dan basuh.

Tolak cart yang penuh dengan cawan-cawan bersih masuk dalam ward. Sediakan teh dan kopi dan sepiring biskut. Tolak cart dan terus offer 'it's tea time! Nak kopi ke teh?' Tengok ward yang berkilau-kilau bersihnya sebab minggu ni ada dua orang 'pencuci' yang bertugas jadi saya tak ada kerja sangat. Masuk balik ke 'ketchen'. Ajak Natalie bersihkan lantai. Linda masuk. Tengok kami. Saya tenung suis sambil pegang batang mop.

Linda : Teruklah kita kalau mesin ni tak dibetulkan.

Natalie : Dah beritahu Tommy?

Linda : Sepatutnya juruteknik datang hari ni betulkan, tapi dia tak datang.

Saya : Cuba tekan suis tu. (juih mulut kat suis utama di sebelah mesin pencuci pinggan mangkuk)

Linda : Uish! Nanti satu bangunan black-out.

Saya : hahaha.. Cuba je lah. Kalau black-out kita duduk aje diam-diam kat sini. hahahaha

Linda petik suis utama. Mesin dishwasher yang semput-semput, padam. Lampu tetap menyala. Tak black-out. Mesin dishwasher tiba-tiba tarik nafas. Bernyawa. Butang ultraman tak berkelip-kelip lagi. Hijau. Sudah boleh digunakan.

Saya : Kita, domestic assistant cum dishwasher technician.

Linda : Kita memang sangat cerdik!

Natalie : Yeay! Tak payah basuh tangan lagi! Errr... alamak! Saya dah tak ada kerja nak buat lagi!



8 comments:

Pa'chik said...

Natalie : Yeay! Tak payah basuh tangan lagi! Errr... alamak! Saya dah tak ada kerja nak buat lagi!

err.. dia basuh cawan ke basuh tangan neh?

khairyn said...

alaaaa pa'chik ni.

dah basuh cawan kenala basuh tangan hahahaha

Anonymous said...

ha ha ha. sedang membayangkan watak-watak dalam entri ni berdialog. oh!

indera kencana said...

Terlepas cerita-cerita menarik Khairyn. Selamat menempuh hari-hari yang "melegakan" setamat peperiksaan.

Adik perempuan saya akan ke UK pada September tahun ini. Sedih. Nak pergi sama. Tengah kumpul duit. Kalau ada RM30,000, apakah cukup untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Strathclyde..??

(Sedih apabila orang mencebik sewaktu saya menyatakan hasrat ingin sama ke UK. Seperti impian saya laksana kisah Mat Jenin sahaja begi mereka..)

Pa'chik said...

oit tiDOLAH badawi nak kawen..tak nak balik ke?

13may said...

hahha...hebat la hangpa nih:D

blackpurple @ jowopinter said...

Momok.. ? Lama tak degor orang sebut ..

Isk... Cuci la pakai tangan.

khairyn said...

akira

haha

indera
tambah sikit lagi. Dan kalau sanggup bersusah payah jadi buruh kasar kat sini, insyaAllah boleh. Jadikan kata-kata orang sebagai peniup semangat. Timbang tara yang mana baik dan tak baik untuk diri kita sendiri.

pa'chik
Dan melihat hari persandingan mereka??? ooooh tidak. eh! hahahaha

May
jangan tak tau, pekerja2 domestic assistant department la yang paling bijak sekali. Koman2 pun mesti ada degree hahahaa

purp
tu senjata nak takut2kan masa kecik2 dulu. hahaha