Friday, June 22, 2007

Panggilan Pulau

Wokeh, benjol dah surut tinggal saki baki jer lagi.

Ini cerita jalan-jalan pulak. Pagi-pagi lagi dah mintak kebenaran dari mandur tempat kerja nak keluar setengah jam awal. Tepat 8.30am terus berlari turun, naik kereta kak Intan zooom balik rumah. Sampai je capai telefon kononnya nak telefon Malaysialah, nak beritahu ayahanda bonda yang anakanda akan berkelana menaiki bot ke Pulau Inchcolm, tak jauh dari bandar Edinburgh. Dail lah berkali-kali tak gak dapat disambung ke rumah ayahanda dan bonda terchenta di Melaka. Nampak gaya Dail Wise dah tak wise lagi dah. Bengap! Buat sakit hati. Trip ni kena mintak izin sebab kena naik bot. Bukan apa, anakanda ni cuma juara tenggelam je bukan juara berenang. Alhamdulillah anakanda selamat pergi dan selamat kembali.

Okay, semalam dah pikir nak bawak bekal apa ke Inchcolm Island ni, sebab kitaorang akan berada di pulau tu seharian suntuk. Kalau ikut itinerary, kita akan sampai di pulau dalam pukul 1pm dan balik dalam pukul 2.45pm. Dah lah tak ada kedai makanan pun kat situ. Kalau adapun, apa yang kitaorang boleh makan. Sudahnya terfikir, marilah buat bekal makanan yang berasaskan binatang kegemaran.

Curry puff bakar dan chicken pops goreng hahahaha.


The Forth Rail Bridge diselebungi kabus nipis. Perjalanan dari South Queensferry menaiki feri Maid of the Forth ke Inchcolm Island mengambil masa setengah jam. Dalam perjalanan tu, kapten feri kata selalunya akan ada ikan lumba-lumba yang mereka namakan Dolly the Dolphin mengejar feri, tapi tadi tak ada pun. Masa dalam perjalanan balik jer, kami nampak dua ekor anjing laut sedang sun-baking atas bayou. Sekor kami gelarkan Silly the Seal hahaha.

Awan tebal masa dalam perjalanan ke pulau. Angin pun agak sejuk. Best duduk mengadap belakang dan mengadap pelampung oren. Kalau jadi apa-apa, saya tarik pelampung tu dulu!

May this house stand until an ant drains the flowing sea, and a tortoise walks around the whole world. (Medieval inscription, abbey doorway)

Inilah Inchcolm Abbey. Walaupun letaknya di pulau yang kecik, katanya mempunyai sejarah yang signifikasi pada Scotland. Abbey ni pun dikatakan salah satu holy place di sini. Tapi sekarang pulau ni dah jadi tempat burung camar laut membiak (nesting).

Ikutlah nasihat papan tanda tu. Bonda-bonda burung camar ni garang dan tak teragak-agak nak menyerang kalau dirasakan anak-anak dia terancam. Satu kumpulan budak-budak India yang tak berapa pandai nak baca signboard ni dah sipi-sipi kena serang dengan sea gulls ni.
Renungan makrifat, perkh!

Saja je jadi minah bunga sat. Ni satu keluarga dengan lilly. Cantik bunganya.

My favourite Scottish wildflower - dendelion. Kuning yang menyerlah.

Ingat kisah budak-budak India yang nak kena patuk dengan burung camar laut tadi? Diaorang ni perasan artis-artis Bollywood dan Kollywood. Dalam perjalanan balik, kecoh menyanyi-nyanyilah, main games sesama sendirilah. Ingat diorang ni shooting pilem ke apa ke? Dah lah kitaorang tersesat duduk kat belakang, terpaksa sabar jer lah. Dua kali siku sorang mamat ni terkena kepala saya yang benjol ni, ish! Nasib baik ada seat kosong, terus lari. Driver bas pun bengang sampai suruh duduk dan pasang seat belt. Hailaaaaaa.....

Untuk gambar-gambar yang lain, kita tunggu cik mimi kita upload kat blog dia ye.

14 comments:

Pa'chik said...

tu ke resepi yang ko nak kasik?

haha...

banyak bejalan.. sepital tutup eh?

So'od said...

seronok dpt peluang melihat tmpt org..
dah lama sy x bermusafir..
bilalah berkesempatan lg :(

khairyn said...

pa'chik

tak aih. Tu karipap guna tepung untuk puff. Paling senang hahaha.

eh! esok keja spital la


So'od
Kalau dah keluar rumah curik-curik, pas tu lompat pengadang jalan tu semata-mata nak makan binatang yang menggiurkan lagi seksih tu, kira musafir gaklah.

Azhar Ahmad said...

Seronoknya jenjalan... Saya entahlah bila lagi nak jenjalan. Mesia pun tak habis round...

13may said...

bila nak aku pi jenjalan nih???

;)

nUr@dDeEn said...

Oh!! Syahdunyaaa.

Isyh!! Bilalah nak dapat jenjalan kat tempat org neh..? huk,huk,huk.

akirasuri said...

oh oh! beshnya :D
bilalah nak pi jejalan ni :(
tak de kesempatan. uh! komitmen banyak. adeii..

blackpurple said...

Kenapa epok-epok itu macam hangus...? ha ha

Batu-batu pun boleh nampak seni dan artistik...

Mimi Amilia said...

oit oit...saya kena upload ker?

khairyn said...

salam

azhar,
Ni kira jalan2 orang misken jer. Ikut rombongan hahaha

may
alaaa... start keta pi la jenjalan. Penang kan banyak tempat best. Perkh!

nur
bila ek? hahaha.. adalah rezeki tu nanti

akira
hoh! Komitmen. Ya, saya pun banyak gak ni.

Purp
hahaha.. salahkan cik mimi. Dia patutnya balik2kan epok-epok tu sebab oven panas atas jer hahahaha.. cik mimi marah ka? hahaha

ya ya cik mimi patutnya upload hahaha

Iman Mawaddah said...

Classic dan unik. Macam gambar dalam filem-filem seram :)

izinni said...

bila hang nak gi stonehedge?

zurd said...

Aku terus call mak hang hari tu lepas hang call aku. Tapi tak dapat gak, terus call along. Dia kata dia baru je lepas cakap ngan mak takkan takleh call kot. Mesti masa hang ngan aku call tu line tengah enggage la tu. Err dah bgtau ngan along suruh bgtau mak hang. Along kata.. lepas ni siap sedia la hang kena maghah dengan pak hang........

khairyn said...

salam

Iman,
hahaha.. memang ada part-part kat pulau tu yang menyeramkan. Seram nak kena serang dengan burung hehehe

izinni
perkh! Stonehenge tu jauh kat selatan pulau UK neh! Akan ke sana kalu ada duit hakhakhak.

zurd
lalalala dah dapat borak ngan mak aku. Dia kata ok tak marah lalalala. Hmmm.... lepas ni nak jalan2 pi mana plak? lalalalala