Friday, June 29, 2007

Hmmm...

Hidup yang tidak ceria sepanjang minggu. Hari-hari dihabiskan dengan berulang alik ke kamar mandi. Musim panas yang sejuk. brrrrr......

Nak cerita apa ye?

Oh oh.. ada satu kisah.

Beberapa minggu yang lepas. Buat kedua kalinya saya berpengalaman mendapat 'sleeping disorder' atau dalam bahasa Melayu - kena tindih. Tapi taklah seluruh badan. Hanya kedua-dua kaki yang tak dapat digerakkan. Kali pertama, saya terasa sesuatu masuk melalui jari hantu tangan kanan langsung menekan di pergelangan, naik ke siku. Sebelum sempat ke bahu, saya sudah sedar dan segera mengiring.

Kali kedua tu, saya bermimpi baring dan anak saudara perempuan yang berusia 14 tahun datang dan terus meniarap di atas kaki. Bila saya sedar, kaki terasa berat sehingga tak dapat digerakkan. Entah ayat apa yang saya baca, saya pun tak ingat sebab terlalu mengantuk. Sedar kali kedua, matahari sudah tinggi dan jam menunjukkan pukul 6.30am. Wah! Satu pengalaman yang menarik. Keluar bilik tersengih-sengih, housemate pun pelik hahahaha.

16 comments:

izinni said...

hang gi jalan-jalan mana sampai bawak balik kawan kat umah cheq oiii ... atau hang rindu nak balik malaya. hehehehehe .... errr gi jalan-jalan lagi!

pssttt ... zurd marah aku suruh ko perabih duit gi jalan-jalan! hahahaha

nUr@dDeEn said...

tido basuh kaki tak nih? he he he
ke kaki sis kejang sebab banyak jalan2?

*larikkkk*

izinni said...

uikk .. aku tag hang la .. gi blog aku ek. hehehhee

Pa'chik said...

oit oit...
jangan pandang belakang weh.. heheh...

Mimi Amilia said...

housemate, boring la...jom makan pi nandos!! (dgn gaya lagak2 org kaya)

p/s: tu terkena badi i...ahahhaa apa kata tido bilik i.mesti satu badan kena hempap punya.ehehehe

Achik_Sufi said...

dulu mase kecik2 penah gak kene...tiap kali achik jadi cam tue, ayah achik akan ketuk perut achik dengan penyapu( apa yang achik dapat tahu dari ayah achik) boleh cuba, tapi jangan ketuk kuat2 nati lain pulak yang jadi....

blackpurple said...

Masa tinggal di asrama dulu-dulu, biasa juga kena 'tindih'..Isk..tensi kan bila kena!

ainee said...

huu. pernah kena juga.

akirasuri said...

huhu.
dulu selalu kena tindih masa dekat sekolah dalam hutan tu. huhu.

So'od said...

semua ngaku penah kene tindih..
aku nak ngaku gak ah!

ainee said...

hahah. dr so'od jeles ek. dak asrama la selalunya ada pengalaman kena tindih. tapi kan, ni bukan kat asrama kan? glasgow ade gak ek?

13may said...

hehhe....best kan:D

Pa'chik said...

khair... ko pasti ke kes kamu ni tak sama dengan yang ini!! ini!!!

khairyn said...

izinni,
hahaha.. aku rupanya dah kurang ke'setan'an kot. op! ye aku nak pi jenjalan lagi yeay yeay

nur
err... tak kot hehehe

izinni lagi,
aku tak de mood. nanti2 la ek.

pa'chik
haha aku memang tak suka pandang belakang.

mimi
tu laa dok bawak badi. Jauh. Naik kapai terbang hahaha.. Nandos sedap ek.

achik
hehe kat sini tak de batang penyapu, batang mop ngan vakum adalah haha. Tok sah nak cuba2 ketuk perut ngan batang mop aaa...

khairyn said...

purp,
saya jenis blur, kadang2 tak tau apa yang jadi. Tu yang bila sedar, kluar bilik terus sengih2.

ainee,
depa kata tu sebenarnya sleeping disorder. Entahler.

akira,
selalu dengar orang citer je. Ni first time kena kat kaki.

So'od
tu tindih ngan buku tu

ainee lagi,
agaknya dok tenung cemetery kat seberang tu.. tu yang depa nak datang melawat tu kot cheh!

khairyn said...

may
hang dok imajin sapa yang tindih hang? lalala

pa'chik lagi
waah.. dia naik flight mai sini ke? Tapi aku musykil tang lebam. Memang mesti ada kat badan orang yang pernah experience benda ni. Tapi aku kena kat lengan. Kecik jer besar duit 5 sen