Keputusannya....
Saya lulus semua subjects! Alhamdulillah... syukur!!!
Ahhhhh...... lega.
Boleh pi cuti lagilah hahahaha
op.. p/s : terima kasih sebab doakan saya lulus ek. Dah kata dah... doa awak, kamu, hang, kau, anda memanglah mustajab!
Saya lulus semua subjects! Alhamdulillah... syukur!!!
Ahhhhh...... lega.
Boleh pi cuti lagilah hahahaha
op.. p/s : terima kasih sebab doakan saya lulus ek. Dah kata dah... doa awak, kamu, hang, kau, anda memanglah mustajab!
Posted by khairyn at Monday, June 25, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
20 comments:
tahniah!! tahniah!!
Alhamdulillah. syukur pada tuhan.
terima kasih pa'chik.
sengih sampai ke telinga nih! lega sungguh.
tahniah tahniah!!
:D
salam,
Alhamdulillah..
tahniah tahniah..
bila nak belanja makan kenduri kesyukuran lulus ni..
hehehehe
(",)
salam
akira.
yeay! thankyu!! biasala orang dah tua lulus peksa memang macam ni hahahaha.
pa'chik
takpe.. spital ada guard jaga.. saya cuma bersihkan jer.. fuh! Nak gak cuti! Tak kira! lalalala
bang
mai sini, saya belanja makan binatang paling seksi dalam dunia hahahaha
salam, alhamdulillah. mudahan cuti2 juga dimudahkan segala urusan.
TAHNIAH=26KALI
tahniah!! tahniah!!
Alhamdulillah. syukur pada Tuhan.
hehe
Aku tau macamana perasaaan lulus peksa. rasa macam satu dunia kita yang punya ... nak lalalalallaala walaupun tengah kentut dan berak! hahahahhaa
TAHNIAH KAWAN! pegi la cuti2 ... you really deserve it! work can wait for a while.
cuma satu je aku tak puas hati .. ngapa tak sms aku? cheh! :P
salam
ainee.
InsyaAllah. Rasa memang tak sabar nak cuti ni sebab tempat kerja yang satu tu, tutup sebulan. Cuti.
dia,
hehehe... terima kasih 26x26x80x56x100x98 hahahaha
zwit
Alhamdulillah. Hari tu risau kalau kena repeat paper.. hehehe.. gumbira lepas semua subjects hahaha
Izinni,
aku dapat result dalam 4pm sini. Tak sms semua orang sebab dah lewat sangat waktu mesia. Cuma tipon my bonda je bagi tau hahahahaha..
wokeh.. gotogo. Nak pi kerja dah.
OOooo amik exam ruponya. Tahniah, tahniah. TAHNIAH! Semoga semester depan lebih sukses hendaknya!
..er..Saya pun lulus semua subjek. Bessstnyeee. Alhamdulillah! :D
ada satu yang ko tak pas kan...
ko sendiri..
ahli kelab tu kan...
Alhamdulillah....
Tahniah!!!!!!!
salam
nur,
haha.. tunggu next year je exam. Kami peksa setahun sekali jer hahaha
pa'chik
ye ke? betul ke? yko yakin dengan jawapan/soklan tu? hahahaha
errr... aku apa yang aku pilih hahha
purp,
hehe lega. Alhamdulillah.
lewat ckit..apapun Tahniah
bila mula sekolah weh?
tahniah!
salam
kemat,
tak de lewat pun. Trima kasih hehehe
pa'chik.
aiyah... lambat lagi. Lewat bulan 9 baru sekolah bukak balik.
king
hehe.. tengkiyu!
alhamdulillah tahniah chewah!
Post a Comment